{"id":1979,"date":"2011-08-12T16:15:56","date_gmt":"2011-08-12T08:15:56","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1979"},"modified":"2023-03-24T15:55:19","modified_gmt":"2023-03-24T07:55:19","slug":"mengurangkan-sakit-kepala-ketika-berpua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengurangkan-sakit-kepala-ketika-berpua\/","title":{"rendered":"Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tercengang dan bagai tidak percaya apabila seorang pesakit Melayu beragama Islam meminta saya menuliskan surat pelepasan dari berpuasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor boleh tak tuliskan surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa kerana saya mengalami migraine dan tidak boleh berpuasa. Kalau saya berpuasa pasti migraine menyerang. Saya terpaksa makan ubat\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSurat pelepasan?!!\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sepanjang menjadi doctor, tidak pernah saya mendengar ada surat pelepasan untuk tidak berpuasa. Melampaunya!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cYa, surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa. Mana tahu kalau saya tengah makan, pegawai Jabatan Agama lslam Johor menyerbu. Boleh saya tunjukkan surat pelepasan itu..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mengurut dada.\u00a0 Saya dipaksa untuk bersubahat. <em>Tak pasal-pasal saya mendapat dosa kering&#8230;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Puasa dan sakit kepala<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berpuasa di bulan Ramadan merupakan salah satu dari lima rukun Islam. Semua muslimin dan muslimat diperintahkan untuk meninggalkan makan dan minum dan beberapa perkara yang lain dari terbit fajar subuh sehingga tenggelam matahari ketika maghrib selama 29 atau 30 hari di bulan Ramadhan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perintah ini jelas seperti mana dalam ayat,<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa\u201d. (Al-Baqarah : 183)<\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi seorang pengamal perubatan seperti saya, antara kes yang selalu saya temui di bulan Ramadhan ialah pesakit mengadu sakit kepala. Sakit kepala boleh berlaku pada pesakit migrain dan pesakit yang yang tidak pernah mengalami migrain. Bagi pesakit migrain, mereka lebih mudah mendapat serangan sakit kepala berbanding dengan mereka yang tidak pernah mengalami migrain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain muslim, kaum Yahudi juga mengamalkan puasa pada hari kebesaran mereka, <em>Yom Kippur<\/em>. Mereka hanya berpuasa pada hari itu, dan bukannya sebulan sepertimana yang dilakukan oleh umat Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terpaksa membawa contoh amalan berpuasa di kalangan Yahudi kerana walaupun mereka hanya berpuasa sehari, mereka juga mengalami sakit kepala. Banyak kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan Yahudi untuk mengkaji mengapa insiden sakit kepala ini lebih banyak berlaku ketika berpuasa. Saya merasakan kajian mereka sangat relevan dengan masalah yang sama dihadapi oleh umat Islam yang berpuasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengikut satu statistik yang dilakukan, sebanyak 30% daripada mereka yang berpuasa dari makan dan minum ini mengalami sakit kepala. Sakit kepala yang dialami ini boleh jadi berkeadaan sederhana atau terlalu kuat. Ada pesakit yang merasa kelegaan secara beransur-ansur dan ada juga yang terpaksa mengambil ubat untuk melegakan penderitaan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Hukum meninggalkan puasa bagi mereka yang sakit kepala<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai pesakit yang bertanya kepada saya, bolehkah mereka meninggalkan puasa untuk mengambil ubat melegakan sakit kepala? Banyak rujukan yang saya lakukan, membenarkan mereka yang tidak mampu berpuasa kerana terlalu sakit kepala, untuk meninggalkan puasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun mereka harus menggantikan puasa mereka dan membayar fidyah.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allah SWT berfirman dalam ayat 184 surah Al Baqarah iaitu: <em>\u201cDan wajib bagi orang yang berasa berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) untuk membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin.\u201d<\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang rakan bertanyakan saya, <em>\u201cSakit kepala yang macam mana seseorang itu dibenarkan meninggalkan puasa?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susah bagi saya untuk menjawab soalan itu. Ini kerana hanya pesakit itu saja yang tahu bagaimana penderitaannya. Pada pendapat saya, ciri-ciri sakit kepala yang dibenarkan berbuka ialah :<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Sakit kepala yang membuatkan seseorang menjadi lemah badannya, tidak berdaya untuk bangun dan membahayakan nyawanya.<\/li>\n<li>Pesakit muntah beberapa kali dan menunjukkan tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh) yang teruk.<\/li>\n<li>Pesakit tidak dapat menahan rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut seolah-olah kepalanya dihentakkan dengan batu yang berat.<\/li>\n<li>Adakalanya pandangan pesakit berkabur dan pesakit mungkin mengalami demam dan berhalusinasi.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesakit sebegini wajib meninggalkan puasa dan menggantikannya di hari lain kerana kesakitan ini mungkin mengancam nyawa. Pesakit harus memakan sedikit makanan, minum air secukupnya dan harus diberikan ubat bagi melegakan kesakitannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mereka yang hanya mengalami sakit kepala yang sederhana tetapi tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna akibat sakit kepalanya, dibenarkan mengambil ubat untuk melegakan sakit kepala. Ada dua cara pengambilan ubat:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Dengan mengambil ubat secara menelannya melalui mulut. Perbuatan ini membatalkan puasa walaupun hukumnya dibenarkan. Beliau harus menggantikan puasa dan membayar fidyah.<\/li>\n<li>Dengan mengambil ubat secara memasukkannya ke lubang dubur (suppository). Perbuatan ini dibenarkan oleh kebanyakan ulamak kerana memasukkan ubat ke dalam rongga dubur tidak memberikan tenaga kepada tubuh. Oleh itu tidak perlu menggantikan puasa dan membayar fidyah.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk Majlis Himpunan Fiqh Islam yang bersidang pada perhimpunan muktamarnya yang kesepuluh di Jeddah, Kerajaan Saudi Arabia, sepanjang jangka masa dari 23 sehingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun \u2013 3 Julai 1998M)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, bagaimana pula seseorang itu dengan sengaja berlakon untuk mendapat pelepasan meninggalkan puasa? Doktor tentu bersubahat\u201d<\/em> seorang teman cuba memprovokasi saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menggeleng-gelengkan kepala. Memang benar terdapat segelintir orang Islam yang nakal, cuba mengelakkan dirinya dari berpuasa atas pelbagai sebab yang tidak dibenarkan syarie.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada pendapat saya, terserahlah pada diri pesakit itu sendiri kerana setiap orang itu bertanggungjawab terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Saya sebagai doktor tidak bolehlah menjadi hakim, mengatakan seseorang pesakit itu sedang berlakon dan berpura-pura sakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya harus mempercayai segala masalah yang diadukan oleh pesakit dan menganggap aduan mereka benar. Jika mereka berbohong, maka mereka dipertanggungjawabkan untuk menjawab di hadapan Allah kelak dan saya sama sekali tidak bersubahat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Punca-punca sakit kepala ketika berpuasa<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara punca-punca sakit kepala yang biasa dihadapi oleh orang yang berpuasa ialah dehidrasi (kekurangan air dalam badan), \u2018ketagihan kafein\u2019, stress, atau kandungan gula yang rendah (<em>hypoglycaemia<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sakit kepala selalunya berlaku pada waktu tengah hari setelah beberapa jam berpuasa, atau sebelah petang sebelum waktu berbuka puasa. Ketika ini tubuh telah mula merasa lemah kerana tidak mendapat nutrient makanan dan kandungan gula dalam badan mulai menurun, mula mengalami kekurangan air dalam badan dan tubuh mula merasakan \u2018ketagihan kafein\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sakit kepala boleh berlaku pada sebelah kepala depan, kanan atau kiri. Sakit kepala selalunya rasa berdenyut-denyut seperti dihentak dengan batu dan adakalanya sakit kepala ini menyerupai migrain. Ia boleh berlangsung beberapa hari. Jika seseorang pernah menglami sakit kepala pada tahun sebelumnya, dia mudah untuk mengalami sakit kepala pada tahun berikutnya, walaupun sebelum ini beliau tidak pernah mengalami migrain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sakit kepala yang kuat akan menyebabkan pesakit merasa lemah. Jika mereka muntah, ini akan menyebabkan badan mereka mengalami dehidrasi yang teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Bagaimana mengurangkan sakit kepala?<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai pesakit yang datang berjumpa saya di klinik selalunya mengadu sakit kepala yang sederhana. Mereka masih mampu berjalan dan berbual-bual dengan saya. Oleh itu mereka tidak perlu membatalkan puasa untuk mengambil ubat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya punca sakit kepala disebabkan oleh kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Jadi saya menasihatkan mereka agar berehat dan banyakkan minum air di waktu malam. Antara jadual yang saya syorkan ialah\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\">dua gelas ketika berbuka, dua gelas air sebelum solat tarawih, dua gelas setelah solat tarawih dan seberapa banyak air ketika bersahur<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu sakit kepala boleh disebabkan oleh ketagihan kafein (<em>caffeine withdrawal<\/em>). Mereka boleh mengurangkan sakit kepala dengan mengurangkan pengambilan kafein beberapa minggu sebelum datangnya Ramadhan. Jika pengambilan kafein tidak dapat dikurangkan, mereka boleh mengambil kafein ketika bersahur atau berbuka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kekurangan gula (<em>hypoglycaemia<\/em>) boleh menyebabkan sakit kepala. Ramai yang berpendapat bahawa kita harus memakan makanan yang manis di waktu sahur bagi membekalkan tenaga bagi kita berpuasa di siang hari. Ironinya, ia bertentangan dengan kitar fisiologi tubuh kita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika bersahur,\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\"> elakkan makan makanan yang terlalu manis<\/span> kerana kadar kepekatan gula akan naik secara tiba-tiba. Ini akan menyebabkan insulin keluar dengan banyak dan mendadak bagi menurunkan kepekatan gula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selepas beberapa jam, akibat terlalu banyak insulin yang dikeluarkan, tubuh secara perlahan-lahan mengalami kekurangan gula, dan seterusnya menyebabkan sakit kepala.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu mereka disarankan agar memilih\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\">makanan yang mempunyai serat yang banyak<\/span> bagi mengurangkan masalah ini. Pengambilan buah-buahan seperti beberapa biji tamar atau rotab, atau memakanan sayur-sayuran seperti labu amat digalakkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Orang yang berpuasa juga harus\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\">mengelakkan diri dari faktor-faktor stress, rasa mahu cepat marah dan baran, tidur yang berlebihan atau kurang<\/span> ketika menjalani puasa di bulan Ramadan. Rehat dan tidur yang cukup membantu menghilangkan sakit kepala.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Mengambil ubat-ubatan<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika sakit kepala tidak berkurangan dan mengganggu pekerjaan dan ibadat-ibadat yang lain, saya memang menasihatkan agar mengambil beberapa biji pil penahan sakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSaya mengalami sakit kepala yang kuat, doktor. Seharian saya berbaring. Mahu baca al-Quran pun tak larat, apatah lagi untuk berdiri solat tarawih<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat dua cara pengambilan ubat. Seperti mana yang saya terangkan sebelum ini, cara pertama ialah pesakit boleh berbuka dan memakan ubat penahan sakit. Pesakit wajib menggantikan puasanya pada hari yang lain dan membayar fidyah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara lain ialah dengan memasukkan ubat ke lubang dubur.\u00a0<em>Suppository Voren 25mg<\/em> boleh digunakan dan kesannya amat cepat. Namun sebelum itu pesakit haruslah\u00a0<strong>bertanyakan dahulu kepada doktor<\/strong> kerana ubat-ubat penahan sakit tidak seharusnya digunakan oleh pesakit yang mempunyai alahan terhadap ubat itu atau mempunyai penyakit tertentu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika sakit kepala berlangsung beberapa hari, pengambilan ubat bolehlah diaturkan agar pesakit dapat berpuasa di siang hari. Antara ubat penahan sakit yang boleh digunakan untuk mencegah sakit kepala ketika berpuasa ialah\u00a0<em>tablet naproxen sodium 550mg<\/em> dan\u00a0<em>tablet mobic<\/em> yang bertindak selama 12 jam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Tablet Arcoxia 90mg<\/em> juga boleh diambil ketika bersahur atau berbuka kerana ia bertindak selama 24 jam. Tablet Mobic dan Arcoxia lebih mesra pada pesakit gastrik berbanding dengan naproxen. Jika bimbang terhadap kesan ubat, Tablet Paracetamol dan Panadol 500-650mg juga membantu mengurangkan sakit kepala. Ia lebih selamat dan tidak menyebabkan gastrik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun sekali lagi saya mengingatkan bahawa pengambilan ubat\u00a0<strong>haruslah mendapat nasihat doktor yang memeriksa<\/strong>. Walaupun saya telah memberitahu nama-nama ubat yang sesuai diambil, ia hanyalah panduan bagi pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (120811)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1.\u00a0<em>Fasting headache: a review of the literature and new hypotheses<\/em>.\u00a0<a href=\"http:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pubmed?term=%22Torelli%20P%22%5BAuthor%5D\">Torelli P<\/a>,\u00a0<a href=\"http:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pubmed?term=%22Evangelista%20A%22%5BAuthor%5D\">Evangelista A<\/a>,\u00a0<a href=\"http:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pubmed?term=%22Bini%20A%22%5BAuthor%5D\">Bini A<\/a>,\u00a0<a href=\"http:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pubmed?term=%22Castellini%20P%22%5BAuthor%5D\">Castellini P<\/a>,\u00a0<a href=\"http:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pubmed?term=%22Lambru%20G%22%5BAuthor%5D\">Lambru G<\/a>,\u00a0<a href=\"http:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pubmed?term=%22Manzoni%20GC%22%5BAuthor%5D\">Manzoni GC<\/a>.\u00a0<a title=\"Headache.\" href=\"http:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pubmed\/19472450\">Headache.<\/a> 2009 May;49(5):744-52.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2. Mosek A, Korczyn AD.\u00a0<em>Yom Kippur headache<\/em>. Neurol 1995;45:1953-5.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3. Shah PA, Nafee A.\u00a0<em>Clinical profile of headache and cranial neuralgias<\/em>. J Assoc Physicians India 1999; 47: 1072-5.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">4. Blau JN, Cumings JN.\u00a0<em>Method of precipitating and preventing some migraine attack<\/em>. BMJ 1966;2:1242-3.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">5. Hughes JR.\u00a0<em>Clinical importance of caffeine withdrawal<\/em>. N Eng J Med 1992;327:1160-1.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">7. Service FJ.\u00a0<em>Hypoglycemic disorders.<\/em> In: Wyngaarden JB, Smith LH, Bennett JC, eds: Cecil\u2019s textbook of medicine. 18th ed. Philadelphia: WB Saunders, 1992:1310-7.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">8. Dalton K.\u00a0<em>Food intake prior to a migraine attack \u2013study of 2313 spontaneous attacks<\/em>. Headache 1975;15:188-93.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya tercengang dan bagai tidak percaya apabila seorang pesakit Melayu beragama Islam meminta saya menuliskan surat pelepasan dari berpuasa. \u201cDoktor boleh tak tuliskan surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa kerana saya mengalami migraine dan tidak boleh berpuasa. Kalau saya berpuasa pasti migraine menyerang. Saya terpaksa makan ubat\u201d \u201cSurat pelepasan?!!\u201d Sepanjang menjadi doctor, tidak pernah saya &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[8,10],"tags":[79,69],"class_list":["post-1979","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-fiqh","category-umum","tag-migrain","tag-sakit-kepala"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-vV","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":13339,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/panduan-bersenam-ketika-berpuasa-bulan-ramadan-untuk-pesakit-kronik-dan-warga-tua\/","url_meta":{"origin":1979,"position":0},"title":"PANDUAN BERSENAM KETIKA BERPUASA BULAN RAMADAN UNTUK PESAKIT KRONIK DAN WARGA TUA","author":"admin","date":"24\/04\/2021","format":false,"excerpt":"PANDUAN BERSENAM KETIKA BERPUASA BULAN RAMADAN UNTUK PESAKIT KRONIK DAN WARGA TUA Bagi pesakit kronik dan warga tua (berusia 65 tahun ke atas) saya mencadangkan agar melakukan senaman ringan. Ia juga sesuai untuk mereka yang jarang bersenam (tiada stamina). Lakukan perlahan-lahan dan tingkat aktiviti bila sudah ada stamina. Senaman ringan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/average.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/average.png?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/average.png?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/average.png?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":6020,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pesakit-mana-yang-boleh-dan-tidak-boleh-berpuasa\/","url_meta":{"origin":1979,"position":1},"title":"Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?","author":"drzubaidi","date":"21\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.\u201d WA ALAIKUM MUS SALAM\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":4709,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pesakit-kanser-pankreas-tidak-harus-berputus-harap\/","url_meta":{"origin":1979,"position":2},"title":"Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap","author":"drzubaidi","date":"13\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya\u00a0motivasi. \u00a0 Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata 'kamu sudah terlambat'. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Motivasi&quot;","block_context":{"text":"Motivasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/motivasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":10212,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rasa-pedih-perut-semasa-berpuasa\/","url_meta":{"origin":1979,"position":3},"title":"RASA PEDIH PERUT SEMASA BERPUASA","author":"drzubaidi","date":"27\/05\/2019","format":false,"excerpt":"Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah. \u00a0 Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan\u2026","rel":"","context":"In &quot;#drzubaididetoks&quot;","block_context":{"text":"#drzubaididetoks","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/drzubaididetoks\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x-300x254.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":8232,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ibu-jari-mahu-dipotong\/","url_meta":{"origin":1979,"position":4},"title":"Ibu jari mahu dipotong","author":"drzubaidi","date":"17\/07\/2016","format":false,"excerpt":"IBU JARI KAKI MAHU DIPOTONG Lama saya tidak bertemu dengan rakan saya. Pagi-pagi lagi dia telefon kerana mahu berjumpa saya di klinik. Ada hal mustahak katanya. Saya kata, \"datanglah\". Lagi pun saya sudah lama tidak berjumpa dia untuk mengetahui perkembangan dirinya. Lapan bulan lepas dia mengunjungi saya kerana risau jari\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"diabetic foot","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/07\/diabetic-foot.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":13345,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berpuasa-dan-hipoglisemia\/","url_meta":{"origin":1979,"position":5},"title":"BERPUASA DAN HIPOGLISEMIA","author":"admin","date":"24\/04\/2021","format":false,"excerpt":"BERPUASA DAN HIPOGLISEMIA Assalamualaikum Dr. Apa cdgn pemakanan di bulan puasa bg pesakit mudah jadi hypoglisemia. Terima kasih. Walaikumusalam. Hipoglisemia selalunya berlaku pada pesakit diabetes yang mengambil berlebihan dos atau tidak makan apa-apa makanan selepas mengambil ubat diabetes. Pesakit diabetes selalunya mengalami kenaikan gula selepas makan. Ubat diabetes diberikan untuk\u2026","rel":"","context":"In &quot;Puasa&quot;","block_context":{"text":"Puasa","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/puasa-2\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/hipoglisemia-2.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/hipoglisemia-2.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/hipoglisemia-2.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1979","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1979"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1979\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17812,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1979\/revisions\/17812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1979"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1979"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1979"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}