{"id":1960,"date":"2011-08-10T14:57:29","date_gmt":"2011-08-10T06:57:29","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1960"},"modified":"2023-03-24T15:27:15","modified_gmt":"2023-03-24T07:27:15","slug":"bengkak-pergelangan-kaki-di-kalangan-warga-tua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bengkak-pergelangan-kaki-di-kalangan-warga-tua\/","title":{"rendered":"Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua"},"content":{"rendered":"<h1 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 13px; font-weight: normal;\">Bulan Ramadhan baru memasuki hari yang kedua. Di kebanyakan masjid penuh dengan jemaah yang mengimarahkannya.<\/span><\/h1>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak<\/em>..\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot\u201d<\/em>. Itu detik hati saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bengkak ini dinamakan <em>ankle edema<\/em> iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak faktor-faktor yang menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Antara puncanya ialah :<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Berdiri terlalu lama<\/li>\n<li>Duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang<\/li>\n<li>Berat badan yang berlebihan<\/li>\n<li>Jika pernah berlaku kecederaan di kawasan itu, bengkak akan lebih mudah berlaku<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika bengkak kaki berlaku setelah berlaku perkara-perkara di atas, ia tidak merbahaya. Selalunya bengkak itu tidak menyakitkan dan akan berkurangan setelah beberapa hari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Cakap kat mak, supaya <span style=\"text-decoration: underline;\">angkat kaki melebihi paras jantung ketika berbaring<\/span>. Nanti bengkak itu akan hilang secara perlahan-lahan<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memberikan beberapa saranan-saranan yang\u00a0boleh dilakukan di rumah. Jika bengkak itu mulai surut, maka \u00a0ia tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya.<\/p>\n<div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, bengkak kaki boleh dihilangkan dengan melakukan pergerakan pada otot betis supaya darah dapat dipamkan ke jantung iaitu dengan <span style=\"text-decoration: underline;\">melakukan pergerakan ringan pada sendi-sendi dan otot betis<\/span>. <span style=\"text-decoration: underline;\">Urutan yang ringan<\/span> pada bengkak itu juga membantu melancarkan perjalanan saluran limfatik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika bengkak itu berulang, pesakit boleh menggunakan <span style=\"text-decoration: underline;\">stokin khas<\/span> yang boleh didapati dari farmasi. Penjagaan makanan juga penting. Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan <span style=\"text-decoration: underline;\">pemakanan \u2018low-salt diet\u2019<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi bengkak yang tidak merbahaya, doktor selalunya akan memberikan ubat <em>Frusemide 40mg<\/em> (diuretic) yang mana air yang terkumpul akan dibuangkan melalui air kencing. Namun ubat ini mempunyai kesan sampingan dan harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit warga emas, terutama jika mereka mempunyai penyakit kronik. Oleh itu ubat ini hanya digunakan setelah mendapat nasihat doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika bengkak itu tidak menyusut saiznya, ia adalah tanda bagi komplikasi penyakit yang lebih serius. Warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi harus mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti di hospital, terutama jika bengkak itu tidak berkurangan setelah beberapa hari. Dikhuatiri, bengkak itu menandakan seseorang itu mengalami masalah jantung, ginjal atau hati yang serius.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebahagian warga emas mengambil beberapa jenis ubat untuk merawat beberapa penyakit kronik mereka. Ada juga antara ubat-ubatan ini yang boleh menyebabkan bengkak di pergelangan kaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa ubat yang diberikan doktor juga boleh menyebabkan bengkak pada kaki. Antaranya:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Pil hormon <em>replacement therapy<\/em> (HRT) dan <em>testosterone<\/em><\/li>\n<li>Pil untuk penyakit darah tinggi seperti <em>calcium channel blockers (<\/em>seperti<em> nifedipine, amlodipine, diltiazem, felodipine, and verapamil<\/em>)<\/li>\n<li>Pil yang mengandungi steroids<\/li>\n<li>Pil rawatan kemurungan jenis <em>MAO inhibitors (<\/em>seperti<em> phenelzine dan tranylcypromine) <\/em>dan<em> tricyclics (<\/em>seperti<em> nortriptyline, desipramine<\/em>, dan<em> amitriptyline)<\/em><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jika berjumpa doktor untuk mengadu masalah bengkak kaki, saya sarankan agar pesakit <span style=\"text-decoration: underline;\">membawa ubat-ubatan mereka<\/span> agar doktor yang memeriksa dapat menyemak ubat-ubatan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor akan menghentikan ubat-ubatan itu dan mungkin menggantikannya dengan ubat yang lain bagi mengelakkan bengkak di pergelangan kaki berulang. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang mengadu bengkak di kaki ibunya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoc, ibu I ada bengkak di pergelangan kaki tapi yang peliknya, dia mengadu sakit pada bahagian itu. Bahaya tak?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika bengkak kaki disertai dengan rasa sakit, selalunya ia menunjukkan masalah yang lebih merbahaya, sama ada infeksi dan gout. Pemeriksaan yang rapi harus dilakukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi saya mencadangkan agar warga tua yang mengalami masalah bengkak di pergelangan kaki agar menjalani pemeriksaan oleh doktor, terutama jika mereka adalah pesakit kronik seperti seperti hypertensi\/darah tinggi, diabetes\/kencing manis dan hyperkolestrol.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya bimbang bengkak kakinya adalah tanda-tanda komplikasi penyakit kronik seperti kegagalan jantung, buah pinggang atau mungkin hati. Doktor akan memberikan rawatan berdasarkan penyakit yang sebenar, dan bukan hanya untuk menghilangkan bengkak di pergelangan kaki sahaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (100811)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Goldman L. Approach to the patient with possible cardiovascular disease. In: Goldman L, Ausiello D, eds.\u00a0<em>Cecil Medicine<\/em>. 23rd ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 48.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Benoit Blondeau; Lawrence L Tretbar; Morgan, Cheryl E.; Simon J. Simonian (2007).\u00a0<em>Lymphedema: Diagnosis and Treatment<\/em>. Springer.<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bulan Ramadhan baru memasuki hari yang kedua. Di kebanyakan masjid penuh dengan jemaah yang mengimarahkannya. \u201cAbang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..\u201d \u201cJangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot\u201d. Itu detik hati saya. \u201cTak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..\u201d Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya? Ramai di &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[16,436,435],"class_list":["post-1960","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-bengkak","tag-edema","tag-rusemide"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-vC","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":21954,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bolehkah-ubat-statin-menyebabkan-bengkak-pada-pergelangan-kaki\/","url_meta":{"origin":1960,"position":0},"title":"BOLEHKAH UBAT STATIN MENYEBABKAN BENGKAK PADA PERGELANGAN KAKI","author":"admin","date":"05\/08\/2025","format":false,"excerpt":"BOLEHKAH UBAT STATIN MENYEBABKAN BENGKAK PADA PERGELANGAN KAKI \u00a0 \u00a0 Ya, statin boleh menyebabkan pergelangan kaki bengkak, tetapi ia bukan kesan sampingan yang biasa. \u00a0 Bengkak pada pergelangan kaki (edema periferal) lebih lazim dikaitkan dengan ubat lain seperti: 1. Amlodipine dan ubat tekanan darah jenis calcium channel blockers (CCB) 2.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/WhatsApp-Image-2025-08-03-at-17.38.38.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/WhatsApp-Image-2025-08-03-at-17.38.38.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/WhatsApp-Image-2025-08-03-at-17.38.38.jpeg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/WhatsApp-Image-2025-08-03-at-17.38.38.jpeg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":13823,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bengkak-kaki-di-kalangan-wargamas\/","url_meta":{"origin":1960,"position":1},"title":"BENGKAK KAKI DI KALANGAN WARGAMAS","author":"admin","date":"17\/08\/2021","format":false,"excerpt":"1. Bengkak di bahagian kaki boleh terjadi\u00a0 di mana-mana bahagian kaki, termasuklah\u00a0 tapak kaki, buku lali, betis dan pergelangan kaki. 2. Pembengkakan kaki (pedal edema) dihasilkan akibat pengumpulan cecair dalam tisu kaki. 3. Punca-punca seperti berikut : \u2705 Kegagalan fungsi ginjal \u2705 Kegagalan fungsi jantung (cardiomyopathy) \u2705 Saluran darah kurang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":19571,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bunyi-pergelangan-kaki-ketika-bergerak\/","url_meta":{"origin":1960,"position":2},"title":"BUNYI PERGELANGAN KAKI KETIKA BERGERAK?","author":"admin","date":"21\/08\/2024","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu tanya kenapa pergelangan kaki berbunyi ketika berjalan? Terima kasih\". \u00a0 Waalaikumussalam. \u00a0 Bunyi pada pergelangan kaki ketika berjalan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. \u00a0 Salah satu penyebab yang biasa adalah krepitasi, iaitu bunyi yang dihasilkan oleh pelepasan gas dari kapsul sendi. \u00a0 Ini adalah fenomena\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fish Oil&quot;","block_context":{"text":"Fish Oil","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/fish-oil\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/69375103-300x300.webp?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5193,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-darah-tinggi-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1960,"position":3},"title":"Bahaya Darah Tinggi ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"29\/12\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum, doctor. Saya baru-baru ini disahkan mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil. Umur kehamilan saya 26 minggu. Saya hairan kerana tidak mengalami sakit kepala dan sebagainya. Perlukah saya meneruskan rawatan yang diberikan oleh doctor di Klinik Ibu dan Anak itu. Terima kasih?\u201d Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":11957,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perkara-yang-kita-perlu-tahu-tentang-ubat-darah-tinggi-hydrochlorothiazide\/","url_meta":{"origin":1960,"position":4},"title":"PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE","author":"admin","date":"12\/11\/2020","format":false,"excerpt":"Paragraph PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE 1. Ubat sintetik ini digunakan untuk mengawal tekanan darah. Ia tidak bertujuan untuk merawat (sembuh), tetapi untuk mengelakkan dari komplikasi seperti stroke, serangan sakit jantung atau kerosakan ginjal. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi. 2. Ia berada dalam\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/hydrochlorzide.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":11273,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-sampingan-bagi-ubat-darah-tinggi-felodipine\/","url_meta":{"origin":1960,"position":5},"title":"KESAN SAMPINGAN BAGI UBAT DARAH TINGGI FELODIPINE","author":"admin","date":"02\/06\/2020","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 Kesan sampingan bagi ubat darah tinggi Felodipine \u00a0 \u00a0 Yang biasa berlaku adalah : 1. Sakit kepala2. Pening3. Flushing (rasa panas atau kulit jadi merah)4. Jantung berdegup laju5. Rasa perut tidak selesa \u00a0 Selain itu, kesan sampingan yang mungkin berlaku : 1. Gusi bengkak2. Ruam pada kulit3. Batuk\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/farmasi-3\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/Felodipine.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1960","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1960"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1960\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16101,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1960\/revisions\/16101"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1960"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1960"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1960"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}