{"id":1955,"date":"2011-08-09T09:51:05","date_gmt":"2011-08-09T01:51:05","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1955"},"modified":"2023-01-09T16:49:38","modified_gmt":"2023-01-09T08:49:38","slug":"masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/","title":{"rendered":"Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di sana menghadapi masalah ketidaksuburan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, perangkaan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan sama dengan perangkaan di UK, walaupun tiada kajian yang dilakukan. Kesimpulannya, masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku di kalangan pasangan yang baru berkahwin. Mereka rasa malu dan terpencil, tetapi harus mendapatkan nasihat dan rawatan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada kebiasaannya 85% dari pasangan yang telah berkahwin dan melakukan jima\u2019 secara kerap (selang 2 atau 3 hari) dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan akan hamil dalam masa setahun. Sementara 15% lagi hamil selepas dua tahun mencuba.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor, berapa lama saya mahu tunggu\u2026?\u201d <\/em>tanya seorang wanita yang sudah 3 tahun berkahwin.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cTunggu apa?\u201d <\/em>sengaja saya meduga perasaan beliau.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cTunggu nak pregnant lah doctor<\/em>..\u201d<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau kecewa kerana saya tidak menjawab soalan dan seolah-olah mempersendakan beliau.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKalau soalan itu susah saya nak jawab. <span style=\"text-decoration: underline;\">Itu ketentuan Allah<\/span>. Allah saja yang menentukan takdir seseorang sama ada seseorang itu dikurniakan zuriat atau tidak. Oleh kerana kita tidak tahu takdir kita, kita kena berusaha untuk mendapat apa yang kita hajati. Jadi puan dan suami kenalah berusaha dengan mendapatkan rawatan yang betul, barulah menepati tawakal\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Kalau macam itu lama lagilah saya kena tunggu..\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSekali lagi puan, sama ada puan hamil atau tidak, itu ketentuanNYA dan puan dan suami harus\u00a0 berusaha. Insya Allah, ALLAH tidak akan mensia-siakan usaha orang yang berusaha..\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya melihat wajahnya yang muram. Fikirannya beku.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em> \u201cJika puan tanya saya, <span style=\"text-decoration: underline;\">berapa lama puan harus menunggu sebelum berjumpa pakar<\/span>, soalan itu saya boleh jawab\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita itu mula mengangkatkan muka. Bersinar-sinar semula. Mungkin dia mula memahami apa yang saya maksudkan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak tahu takdir seseorang, sama ada dia dikurniakan anak atau tidak, kerana itu adalah takdir dari ALLAH. Kita harus berusaha untuk mendapat apa yang kita hajatkan di samping berdoa dengan penuh tawajuh kepadaNYA. Itulah kesempurnaan tawakal. Tawakal bukan bermakna duduk diam tanpa melakukan apa-apa usaha dan dalam hati mengharapkan zuriat.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Jadi bila harus saya berjumpa doktor pakar kesuburan?\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masa yang terbaik untuk berjumpa dengan pakar kesuburan bergantung kepada umur seorang wanita dan berapa lama dia telah berkahwin.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seseorang wanita itu dikatakan mengalami masalah kesuburan dan harus berjumpa pakar kesuburan apabila :<\/p>\n<ul>\n<li>berumur <strong>bawah 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 12 bulan <\/strong>tanpa menggunakan mana-mana alat pencegah kehamilan ketika berjima\u2019 atau<\/li>\n<li>berumur<strong> lebih 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 6 bulan <\/strong>tanpa menggunakan mana-mana alat pencegah kehamilan ketika berjima\u2019<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">(rujuk :Makar RS, Toth TL (2002). &#8220;<em>The evaluation of infertility<\/em>&#8220;.\u00a0Am J Clin Pathol.\u00a0117 Suppl: S95\u2013103. )<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka harus mendapatkan rawatan segera. Saya mendapati ramai wanita yang bertangguh-tangguh dalam usaha ini. <span style=\"text-decoration: underline;\">Apabila bertangguh, usia akan bertambah dan kesuburan mereka juga semakin menurun.<\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesuburan seorang wanita berkurangan apabila usia mereka bertambah. Secara keseluruhan, pakar-pakar perubatan bersetuju bahawa bagi wanita berumur 35 tahun ke bawah, 95% dari mereka yang melakukan hubungan jima tanpa alat perancang akan hamil dalam masa 3 tahun. Bagi wanita yang berusia 35 tahun dan ke atas, 75% dari mereka akan hamil dalam masa yang sama.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu saya amat menggalakkan jika seorang wanita tinggal bersama suami dan melakukan jima\u2019 2-3 kali seminggu tetapi masih belum hamil, eloklah segera berjumpa doktor. <span style=\"text-decoration: underline;\">Semakin lama wanita itu bertangguh, semakin sukarlah rawatan untuk beliau.<\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kajian yang dilakukan oleh\u00a0<a title=\"Click this link.\" href=\"http:\/\/attainfertility.com\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">Attain Fertility Centers<\/a> menunjukkan hampir 30% dari pasangan yang mengalami masalah kesuburan ini menunggu lebih dari 2 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap lama. Kebanyakan mereka tidak mendapatkan rawatan perubatan moden kerana menganggap bahawa kos rawatan kesuburan terlalu mahal.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa mereka harus <strong>berjumpa dengan doktor dahulu dan mencari punca masalah mereka<\/strong>. Kemudian mereka boleh <strong>berbincang mengenai jenis rawatan dan kosnya<\/strong>. Jika <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak mampu<\/span>, mungkin boleh cuba <strong>mendapatkan surat rujukan bagi rawatan di hospital kerajaan<\/strong>.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor, masalah saya ialah suami saya tinggal berjauhan. Bagaimana dapat saya atasi masalah ini?\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah soalan yang mencemaskan saya. <strong>Keputusan untuk hamil haruslah keputusan bersama<\/strong>, suami dan isteri. Ini kerana proses kehamilan memerlukan dua bahagian \u2013 telur ovum dan sperma. Sepanjang tempoh kehamilan juga wanita memerlukan sokongan mental dan fizikal dari suami. Tanpa ada sokongan dari suami, proses kehamilan tidak boleh bermula.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Maaf ya puan, kalau saya bertanya. Puan sudah bincang tentang kehamilan ini dengan suami puan atau belum?\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita itu hanya diam dan tundukkan kepala.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Dia macam tak kisah, doktor. Saya seorang saja yang sangat mengharap<\/em>..\u201d<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kes macam ini biasa berlaku. Tidak ada doktor yang dapat membantu. Namun saya percaya si suami sebenarnya belum bersedia untuk membina keluarga dan membesarkan anak. <strong>Perlulah ada perbincangan antara suami dan isteri.<\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Dalam keluarga saya, tidak ada sesiapa yang ada masalah ini. Semua adik beradik saya mempunyai anak yang ramai. Malah ada yang mempunyai anak kembar. Saya rasa sangat bersalah..\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya simpati. Ini adalah ujian yang Allah berikan. Banyak bersabar dan berusahalah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cApakah manusia itu mengira, mereka akan ditingalkan dengan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji (keimanan mereka itu)?\u201d<\/em> Surah Al-Ankabut ayat 2.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya banyak punca bagi masalah kesuburan di kalangan pasangan muda yang disebabkan oleh suami atau isteri. Jadi tidak wajar si suami menyalahkan isteri dan isteri menyalahkan suami sebelum mengetahui punca sebenar.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes.png?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1958\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/infertility_causes\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes.png?fit=533%2C317&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"533,317\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"Infertility_causes\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes.png?fit=533%2C317&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1958\" title=\"Infertility_causes\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes.png?resize=300%2C178&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"178\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes.png?resize=300%2C178&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes.png?w=533&amp;ssl=1 533w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pakar perubatan memberitahu 30 peratus masalah ini disebabkan oleh faktor suami dan 30 peratus lagi dari faktor isteri. Namun apa yang menarik 25 peratus dari kes ketidaksuburan tidak diketahui puncanya dengan jelas. Hal ini akan saya jelaskan kemudian.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagimanapun, suami dan isteri haruslah melakukan jima\u2019 untuk membolehkan kehamilan berlaku. Tanpa melakukan jima\u2019 yang kerap (sekurang-kurangnya seminggu sekali), mungkin ia antara sebab mengapa seorang wanita tidak berjaya untuk hamil.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Dalam kes saya ni doctor, macam mana pula. Suami saya tinggal jauh dari saya. Untuk melakukan jima\u2019 setiap hari tentulah mustahil..\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Iskh, tak kan itu pun saya nak selesaikan<\/em>\u201d\u2026 detik saya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Isteri haruslah berbincang dengan suami jika benar-benar inginkan zuriat . <span style=\"text-decoration: underline;\">Mereka harus mengira waktu ovulasi bagi isteri dan mengambil cuti tahunan untuk melakukan jima\u2019.<\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang memberikan alasan \u2018tidak ada masa\u2019 dan ia <strong>tidak dapat diterima kerana tidak menunjukkan kesungguhan untuk berusaha<\/strong>. Artikel\u00a0mengenai pengiraan waktu subur (ovulasi) bagi wanita telah saya tuliskan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujuk: <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=610\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=610<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti yang diberitahu, terdapat 25 % dari masalah ketidaksuburan ini tidak diketahui puncanya dengan jelas. Dalam hal ini, sebenarnya terdapat masalah kesuburan pada wanita itu tetapi ia tidak dapat dikesan oleh teknologi masa kini. Keadaan ini yang sukar dijelaskan kepada pesakit.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara masalahnya ialah telur ovum tidak dikeluarkan pada waktu yang sepatutnya untuk disenyawakan, sperma tidak dapat sampai kepada ovum atas pelbagai sebab, persenyawaan tidak berlaku, zygote yang telah disenyawakan tidak dapat dihantar ke rehem, atau zygote yang telah sampai ke rahem tidak dapat ditanam ke dalam endometrium dan pelbagai masalah lain yang tidak dapat dikawal oleh kekuatan ilmu manusia.<span style=\"text-decoration: underline;\"> Hal-hal ini sukar dikesan dan dikawal<\/span>. Hanya Allah sajalah yang mempunyai kuasa mutlak mengawal proses kejadian manusia.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, saya tidak mahu menjadi seperti rakan saya. Dia telah berusaha berjumpa doktor pakar kesuburan dan sudah menjalani rawatan kesuburannya. Malangnya dia belum lagi hamil..\u201d<\/em><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak mampu berkata-kata dan memberikan komen. Terkedu dengan keluhan sebegitu. Saya takut keluhan seperti itu \u2018mencabar\u2019 keimanan kita. Adakah beliau mahu menyalahkan doktor?<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Seorang doktor hanya dapat membantu berdasarkan ilmu yang dipinjamkan, namun keputusan bagi sesuatu rawatan adalah takdir Allah<\/strong>. Tiada doktor yang berani menjanjikan kejayaan sesuatu rawatan. Jika begitu, adakah kita akan menyalahkan Allah pula? Na\u00fazubillah..<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai hamba, kita harus <strong>berusaha<\/strong> dan Allah akan berikan keputusannya yang terbaik kepada kita. Dalam hal ini, kita tidak perlulah merasa terlalu sedih. Semoga usaha yang kita lakukan, akan diberikan ganjaran oleh Allah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lagi pun kita tidak tahu apakah yang terbaik untuk kita. Ramai yang menyangka dengan adanya anak, hidup mereka bahagia, namun sebaliknya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216:<\/p>\n<p>&#8220;<em>Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui <\/em>&#8220;<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pasangan muda yang sedang berusaha mendapatkan rawatan kesuburan, saya mendoakan agar Allah berikan yang terbaik untuk kalian.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rasulullah SAW bersabda:\u00a0<em>\u201cSungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya\u201d <\/em> Hadith riwayat Muslim.<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau apa jua keputusan yang diberikan oleh Allah, <strong>janganlah berputus asa dengan rahmatNYA<\/strong>. Bersyukurlah dengan apa saja keputusan itu, semoga kita termasuk kaum yang beruntung.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Firman Allah, \u201c<em>Bagi Allah jualah hak milik semua yang ada di langit dan di bumi. Ia menciptakan apa yang dikehendakinya. Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki. Atau mengurniakan kedua-duanya-anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakinya,\u00a0 mandul. Sesungguhnya Ia maha mengetahui, lagi maha kuasa<\/em>\u201d (asy-Syura 49-50)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada beberapa tips yang Rasulullah SAW berikan seperti mana dalam satu riwayat hadis.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Abu Hanifah meriwayatkan dalam musnadnya, dari Jabir bin Abdullah, seorang telah menemui Rasulullah lalu berkata, \u201c<em>Wahai Rasulullah, saya tidak dikurniakan seorang anak pun dan sehingga kini saya tidak memiliki anak\u201d. <\/em>Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, <em>\u201cSudahkah kamu memperbanyakkan beristighfar dan bersedekah. Kamu akan dikurniakan (anak) berkat kedua-dua amalan itu\u201d.<\/em> Dengan izin Allah, orang yang mengadu nasibnya, akhirnya dikurniakan dengan sembilan anak lelaki.<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi selain <span style=\"text-decoration: underline;\">mendapatkan rawatan yang betul, banyakkanlah berdoa, beristighfar dan bersedekah<\/span>. Semoga Allah mengira usaha kita sebagai tanda kepatuhan kita (ibadah) kepadaNYA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (090811)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. Cooper TG, Noonan E, von Eckardstein S,\u00a0<em>et al.<\/em> (2010). &#8220;<em>World Health Organization reference values for human semen characteristics&#8221;<\/em>.\u00a0<em>Hum. Reprod. Update<\/em> <strong>16<\/strong> (3): 231\u201345.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2.\u00a0<em>Fertility: Assessment and Treatment for People with Fertility Problems<\/em>. London: RCOG Press. 2004.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3. Makar RS, Toth TL (2002). &#8220;<em>The evaluation of infertility<\/em>&#8220;.\u00a0Am J Clin Pathol.\u00a0117 Suppl: S95\u2013103.<\/p>\n<p>\u00a0<br \/>IKLAN<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. <b>Boleh dapatkan produk<strong> Kacip Fatimah<\/strong> keluaran UTM di <a href=\"http:\/\/needsvenue.com.my\/Collections.aspx?sq6=kacip\">http:\/\/needsvenue.com.my<\/a><\/b><\/p>\n<p>Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:<\/p>\n<figure id=\"attachment_10331\" aria-describedby=\"caption-attachment-10331\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"https:\/\/mailchi.mp\/d844d72c1f98\/ekf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"10331\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-soaya-dan-produknya-memberikan-kesan-pada-kesuburan-lelaki\/ekf1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=960%2C720&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"960,720\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"ekf1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda&lt;\/p&gt;\n\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" class=\"wp-image-10331 size-medium\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"[KLIK]\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=768%2C576&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?w=960&amp;ssl=1 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-10331\" class=\"wp-caption-text\">Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda<\/figcaption><\/figure>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream L<strong>abicea Revitalizing Moisturizer. <\/strong><strong>Info lanjut di <a title=\"mengekalkan kelembapan kulit yang kering\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/pages\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer\/486696818067490\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.facebook.com\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490\/<\/a><\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. \u00a0 Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di sana menghadapi masalah ketidaksuburan. \u00a0 &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[186],"tags":[433,434],"class_list":["post-1955","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","tag-ikhtiar-hamil","tag-kesuburan"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-vx","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2689,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengalami-masalah-untuk-hamil-semula\/","url_meta":{"origin":1955,"position":0},"title":"Mengalami Masalah untuk Hamil Semula","author":"drzubaidi","date":"24\/05\/2012","format":false,"excerpt":"Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. \u201cAtau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,\u00a0 anak-anak lelaki\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1840,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-rawatan-kesuburan-sering-gagal\/","url_meta":{"origin":1955,"position":1},"title":"MENGAPA RAWATAN KESUBURAN SERING GAGAL","author":"drzubaidi","date":"26\/06\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan kecewa dengan rawatan kesuburan yang mereka jalani. Mereka kecewa kerana rawatan itu terlalu panjang waktunya, sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini bermakna mereka terpaksa mengambil cuti bagi setiap hari temujanji, selain \u2018letih\u2019 memakan ubat atau disuntik dengan suntikan hormon setiap hari. \u00a0 Rawatan kesuburan memang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":14189,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ubat-kesuburan-wanita\/","url_meta":{"origin":1955,"position":2},"title":"UBAT KESUBURAN WANITA","author":"admin","date":"05\/11\/2021","format":false,"excerpt":"Benarkah ubat kesuburan ini tidak berbahaya? Ramai wanita kini lambat hamil walaupun sudah dua atau tiga tahun berkahwin. Terutamanya bagi pasangan yang sudah berumur 30an. Sudah tentu ini menjadi bahan bualan di antara kawan-kawan dan sahabat andai. Ada juga pasangan yang berusia 30an, agak sukar untuk hamil semula setelah mendapat\u2026","rel":"","context":"In &quot;KESUBURAN&quot;","block_context":{"text":"KESUBURAN","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/kesuburan\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/image.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/image.png?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/image.png?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/image.png?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":10017,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekerapan-hubungan-intim-yang-normal\/","url_meta":{"origin":1955,"position":3},"title":"KEKERAPAN HUBUNGAN INTIM YANG NORMAL","author":"drzubaidi","date":"12\/01\/2019","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. Rasa malu kerana soalan ini agak sensitif. Saya berusia 32 tahun sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Pertanyaan saya adakah normal bagi saya hanya mampu melakukan hubungan seksual dengan isteri sekali seminggu? Berat badan saya normal dan saya tiada masalah kesihatan. Terima kasih\"\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2019\/01\/ETA-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1902,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/faedah-asid-folik-kepada-kesuburan-dan-kehamilan\/","url_meta":{"origin":1955,"position":4},"title":"Faedah Asid Folik kepada Kesuburan dan Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"19\/07\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai yang bertanya mengenai satu produk kesuburan yang hangat di pasaran. Produk ajaib itu ibarat cahaya yang memberikan sinar kepada pasangan-pasangan yang mengalami masalah kesuburan dan telah berkahwin bertahun-tahun lamanya. Dengan mengamalkan beberapa kotak produk kesuburan itu, banyak testimonial yang mengatakan ramai telah pun hamil dan menjadi ibu dan bapa\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/folic-acid-3-150x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6304,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/benarkah-masalah-kesuburan-berpunca-dari-wanita\/","url_meta":{"origin":1955,"position":5},"title":"Benarkah Masalah Kesuburan Berpunca dari Wanita?","author":"drzubaidi","date":"18\/08\/2014","format":false,"excerpt":"BENARKAH MASALAH KESUBURAN BERPUNCA DARI WANITA? \u00a0 \u201cSalam doctor. Saya berumur 32 tahun dan telah berkahwin selama 3 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Apabila balik beraya, saya sangat tertekan kerana saya selalu ditanya tentang anak. Mertua saya menuduh saya mandul dan tidak subur, sedangkan anaknya yang kuat merokok, tidak pula\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1955","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1955"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1955\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15365,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1955\/revisions\/15365"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1955"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1955"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1955"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}