{"id":192,"date":"2010-05-16T22:46:30","date_gmt":"2010-05-16T14:46:30","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.wordpress.com\/?p=192"},"modified":"2023-11-15T14:44:42","modified_gmt":"2023-11-15T06:44:42","slug":"pudendal-nerve-entrapment","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pudendal-nerve-entrapment\/","title":{"rendered":"Pudendal Nerve Entrapment"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang wanita mengadu suaminya iaitu seorang lelaki berumur 40an telah mengadu sakit di bahagian perutnya. Kesakitannya menjadi bertambah buruk apabila dia duduk menjalankan tugasnya sebagai seorang pengurus di sebuah kilang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila ditanya bagaimana sakitnya, dia menggambarkan kesakitannya seperti dihiris-hiris dan ditusuk dengan pisau. Kadang kala terasa seperti terbakar di peha di sebelah dalam, punggung, bawah abdomen dan juga bahagian kemaluan. Kerandut zakar (scrotum) nya juga menjadi sensitif sehinggakan terkena kain yang dipakai pun dia merasa terlalu sakit seperti dihiris-hiris.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya masih teringat satu kes beberapa tahun lalu di mana seorang wanita berumur 40an mempunyai anak 8 orang, semuanya dilahirkan secara normal, vaginal delivery mengadukan masalah seakan sama iaitu dia merasa sakit di bahagian \u201cperanakan dan saluran najis\u201d. Kesakitannya menyebabkan dia tidak menikmati hubungan kelamin bersama suaminya selama ini, walaupun dia mampu melahirkan 8 orang anaknya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang pelik, semua pemeriksaan dan kajian telah dilakukan terhadap mereka termasuk ultrasound, pelvic xray, CT scan dan MRI adalah normal. Malah doktor berkata, \u201dawak tidak ada apa-apa sakit, awak normal\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang menyedihkan apabila dia dirawat di sebuah wad di hospital kerajaan, nurse dan junior doktor melabelkannya sebagai seorang yang mengada-ngada dan sakit jiwa, kerana dia sering mengadu kesakitan sehinggakan dia tidak boleh tidur dan kadang kala memerlukan injeksion.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada juga kata-kata sinis seorang doktor yang menggelarkannya sebagai penagih dadah kerana kerap meminta injeksion penahan sakit terutama di tengah malam kerana tidak tahan sakit akibat terlalu bisa di bahagian kemaluan dan saluran najis. Malah yang pelik, apabila terasa sakit pesakit akan berdiri dan serta-merta kesakitannya akan hilang. Dia tidak boleh berbaring atau duduk langsung. Ini sememangnya mengganggu tidurnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila pesakit duduk di atas kerusi, dia merasa kesakitan yang keterlaluan kadang kala sukar digambarkan. Namun dia duduk di mangkuk tandas, ia merasa selesa kerana tiada tekanan secara langsung ke bahagian pelvisnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada pesakit yang memberitahu saya, dia sukar untuk memulakan membuang air kencing (voiding) walaupun bila sudah dimulakan, ianya mudah dan tidak sakit. Pesakit terpaksa pergi ke bilik air beberapa kali, dan doktor melabelkannya sebagai \u201dkencing kotor\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu ada beberapa pesakit yang mengadu mengalami sembelit (constipation) malah ada yang tidak berminat langsung dgn hubungan intim (sexual relationship) antara suami isteri. Bagi lelaki dia mungkin mengalami \u201dmati pucuk\u201d (erectile dysfunction) dan apabila climax (orgasm) dia merasakan kesakitan. Bagi wanita ketika kemasukan zakar, kesakitannya amat terasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak ramai doktor yang mengetahui bahawa apa yg berlaku sebanarnya, pesakit ini telah mengalami kerosakan saraf pudendal. Kerosakan ini selalunya disebabkan oleh faktor meknikal dan\/atau radang pada saraf itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerosakan dan radang ini disebabkan parut yang teruk ketika melahirkn anak atau ketika pembedahan di bahagian itu. Apabila proses penyembuhan berlaku, ianya akan menjadi fuse (bercantum) dengan otot-otot di sekelilingnya di kawasan pelvis. Kadang kala saraf itu terperangkap(trapped) di antara sacrotuberous dan sacrospinalis ligamen.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menunggang basikal secara salah dan terlalu lama (terutama pelumba basikal professional) atau posisi kerusi basikal (bicycle seat) yang tidak sesuai menyebabkan sacrotuberous dan\/atau sacrospinous ligamen menjadi tebal dan Pudendal nerve terperangkan di antaranya, menyebabkan keadaan yang tidak selesa dan kesakitan yang diterangkan di atas tadi..<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang perlu dilakukan ialah berjumpa dengan pakar bedah. Jika segala pemeriksaan adalah negatif dan anda diberitahu bahawa \u201canda normal\u201d, jangan berputus asa. Berjumpalah dengan beberapa orang pakar yang lain dan bincangkanlah tentang kerosakan saraf pudendal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada beberapa teknik yang mungkin kita boleh lakukan. Salah satunya dengan melakukan \u201dpelvic floor exercise\u201d iaitu dengan cara mengemut otot pelvis atau seperti menahan kencing. Ianya membantu, namun jika ianya bertambah teruk sakitnya, haruslah dihentikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara lain ialah dengan membongkok dan menyentuh jari-jari kaki. Atau dengan membawa kaki ke dada. Ubat penahan sakit hanyalah untuk sementara dan haruslah berdiskusi dgn pakar bedah untuk mengurangkan masalah yg dihadapi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan Dr Zubaidi b Hj Ahmad.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang wanita mengadu suaminya iaitu seorang lelaki berumur 40an telah mengadu sakit di bahagian perutnya. Kesakitannya menjadi bertambah buruk apabila dia duduk menjalankan tugasnya sebagai seorang pengurus di sebuah kilang. Bila ditanya bagaimana sakitnya, dia menggambarkan kesakitannya seperti dihiris-hiris dan ditusuk dengan pisau. Kadang kala terasa seperti terbakar di peha di sebelah dalam, punggung, bawah &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[21,34,56],"class_list":["post-192","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-dalaman","tag-kencing-kotor","tag-sakit-perut"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-36","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":3467,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pembedahan-knee-replacement-surgery\/","url_meta":{"origin":192,"position":0},"title":"Pembedahan \u2018Knee Replacement Surgery\u2019","author":"drzubaidi","date":"23\/10\/2012","format":false,"excerpt":"Ramai di kalangan orang Melayu yang agak spektikal bila disebut \u2018pembedahan ganti lutut\u2019. Saya boleh faham perasaan sebegitu. Kita sanggup menderita menanggung kesakitan pada sendi lutut ketika sedang tidur daripada menjalani pembedahan. Pembedahan ganti lutut adalah pembedahan yang sangat mengerikan. Pada zaman sekarang, sakit sendi lutut bukan saja dialami oleh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Produk Pilihan&quot;","block_context":{"text":"Produk Pilihan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/produk-pilihan\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x-300x254.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":716,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kematian-adalah-qada-tapi-serangan-sakit-jantung-boleh-dielak\/","url_meta":{"origin":192,"position":1},"title":"Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak","author":"drzubaidi","date":"04\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Suatu petang semasa saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, saya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) untuk mengunjungi rakan sekerja, Dr Zainal yang sama-sama selesai menjalani On Call. Saya memang seronok ke sana, di samping mengajak rakan saya \u201dmengeteh\u201d (istilah orang Johor untuk menggambarkan suasana santai minum teh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/emergencydepartment.jpg?fit=720%2C479&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/emergencydepartment.jpg?fit=720%2C479&ssl=1&resize=350%2C200 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/emergencydepartment.jpg?fit=720%2C479&ssl=1&resize=525%2C300 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/emergencydepartment.jpg?fit=720%2C479&ssl=1&resize=700%2C400 2x"},"classes":[]},{"id":1640,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/cara-mengurang-kesakitan-bengkak-pada-payudara\/","url_meta":{"origin":192,"position":2},"title":"Cara Mengurang Kesakitan &#038; Bengkak pada Payudara","author":"drzubaidi","date":"03\/04\/2011","format":false,"excerpt":"\u201dDoktor, saya mengalami penyakit yang pelik. Saya merasa sakit pada ke dua-dua belah payu dara saya. Seolah-olah seperti ditekan, direntap dan bengkak. Ia berlaku pada bulan mengambang dan berulang-ulang untuk 2-3 bulan. Banyak tempat saya telah pergi untuk rawatan. Doktor di semua klinik mengatakan saya tidak mengalami apa-apa sakit. Hanya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/1.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3714,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/punca-sakit-belakang-semasa-haid\/","url_meta":{"origin":192,"position":3},"title":"PUNCA SAKIT BELAKANG SEMASA HAID","author":"drzubaidi","date":"04\/01\/2013","format":false,"excerpt":"As salam mu alaikum.. saya seorang gadis berumur 25 tahun dan belum berkahwin. Saya kurang pasti kenapa haid saya datang lambat, biasanya haid saya datang pada awal setiap bulan tapi semenjak 2 bulan lepas haid saya jadi lambat sehingga akhir bulan baru datang dan bulan lepas haid saya masih tidak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2777,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hukum-mengecilkan-payudara\/","url_meta":{"origin":192,"position":4},"title":"Hukum mengecilkan Payudara","author":"drzubaidi","date":"17\/06\/2012","format":false,"excerpt":"HUKUM MENGECILKAN PAYUDARA \"TERDAPAT GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT\" Jarang-jarang kita mendengar wanita yang mahu mengecilkan saiz payudara mereka. Tentu ada yang tersenyum atau melabelkan mereka sebagai \u201cmengada-ngada\u201d.\u00a0 Ini kerana ramai wanita yang mempunyai saiz yang kecil mahu menambahkan saiz payudara mereka. Namun terdapat wanita yang ditakdirkan mempunyai saiz payudara\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/bra-300x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":9913,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ubat-untuk-penyakit-uluran\/","url_meta":{"origin":192,"position":5},"title":"Ubat untuk penyakit uluran","author":"drzubaidi","date":"19\/12\/2018","format":false,"excerpt":"UBAT UNTUK PENYAKIT ULURAN \u00a0 Assalamualaikum..wbt. Dr. Apa kabar? Harap sihat walafiat. Saya ada satu penyakit yang saya hadapi selepas kahwin hampir 8Tahun. Penyakit Uluran atau hernia. Tidak boleh tidur, badan rasa penat, perut kembung, angin susah nak keluar. Apakah permakanan yg sesuai utk ubati penyakit ini Dr?. Terima kasih.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2018\/12\/uluran-300x86.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/192","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=192"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/192\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17017,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/192\/revisions\/17017"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=192"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=192"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=192"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}