{"id":1887,"date":"2011-07-11T17:57:00","date_gmt":"2011-07-11T09:57:00","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1887"},"modified":"2023-03-10T09:46:00","modified_gmt":"2023-03-10T01:46:00","slug":"ubat-sakit-gastrik-untuk-wanita-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ubat-sakit-gastrik-untuk-wanita-hamil\/","title":{"rendered":"UBAT &#8216;SAKIT GASTRIK&#8217; UNTUK WANITA HAMIL"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, saya tak tahan dengan pedih perut dan rasa mahu muntah.. Teruk sangat pembawakan budak kali ini. Ada tak, ubat untuk hilangkan rasa pedih perut, loya dan muntah? \u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cUntuk hilangkan rasa loya dan muntah memang tidak ada, tapi kalau untuk kurangkan rasa loya dan muntah, saya boleh berikan ubatnya. Selagi berada di peringkat awal kehamilan, selagi itulah akan rasa loya dan muntah\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Pening kepala dan tidak faham dengan dialog di atas? Cubalah bezakan perkataan \u201chilangkan\u201d dan \u201ckurangkan\u201d.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rasa loya dan muntah disebabkan oleh peningkatan hormon hCG yang dikeluarkan oleh uri (<em>placenta). <\/em>Keadaan ini\u00a0biasanya akan berlaku pada usia kehamilan di antara 5 hingga 18 minggu. Kebanyakan wanita akan mengalaminya, cuma tahap rasa loya dan muntah itu berlainan pada setiap individu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah ujian yang ditempuhi oleh wanita yang hamil. Sudah tentu banyak ganjaran yang diperolehi dan banyak dosa yang terampun dengan bersabar ketika hamil. Ujian menjadi lebih berat apabila mereka juga mungkin mengalami <em>dyspepsia<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201c Doktor, sebelum hamil saya tidak pernah mengalami gastrik. Macam tak percaya pula bila ada doktor yang mengatakan saya mengalami gastrik ketika hamil\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Dyspepsia<\/em> di kalangan wanita hamil boleh berlaku dengan mudah apabila asid dalam perut tiba-tiba naik ke atas saluran pemakanan oesophagus dan menyebabkan \u2018pedih ulu hati\u2019 (<em>heartburn<\/em>). Oleh itu kadang kala ia dikenali sebagai <em>reflux <\/em>dan boleh dialami oleh kebanyakan wanita hamil<em>. <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketidakselesaan ini akan bertambah parah apabila wanita itu sudah pun mengalami <em>peptic ulcer disease<\/em> sebelum hamil. Orang kita mengenalinya sebagai \u201c<em>sakit gastric<\/em>\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengapa ia mudah berlaku pada wanita hamil?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebiasaannya terdapat otot di hujung saluran pemakanan oesofagus. Otot ini dinamakan <em>Lower Esophageal sphincter <\/em>(LES) berada di sempadan antara perut (stomach) dan saluran pemakanan esophagus. Ia berfungsi menghalang makanan yang diproses di dalam perut tidak masuk semula ke dalam oesophagus.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika hamil, kesan hormon reproduktif menyebabkan LES menjadi lembut dan menyebabkan \u2018kebocoran\u2019 ketika makanan diproses dalam perut. Ini bermakna makanan yang diproses bersama asid akan keluar dari perut dan naik semula ke dalam esophagus. Asid ini akan menyebabkan rasa pedih di hulu hati atau di belakang tulang dada.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saiz bayi di dalam rahem yang semakin membesar juga\u00a0 menyebabkan perut tidak dapat menjalankan proses penghadaman dengan baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain rasa pedih di hulu hati (<em>heartburn<\/em>), pesakit boleh mengalami rasa tidak selesa di bahagian atas abdomen, rasa loya dan mahu muntah, mudah kembung perut dan rasa cepat kenyang selepas makan. Tanda-tanda ini boleh datang sesekali atau akan ada sepanjang masa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak petua-petua yang diberikan oleh doktor yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan di bahagian ulu hati ini. Antaranya :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. Menjaga pemakanan<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada makanan dan minuman yang boleh menyebabkan dyspepsia menjadi bertambah teruk. Antaranya ialah segala rempah, makanan pedas, berminyak, minuman panas, kopi dan arak. Cuba elakkan makan dalam kuantiti banyak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2. Jauhi asap rokok<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nikotine dakam asap rokok boleh menyebabkan dyspepsia menjadi teruk, tidak kiralah anda perokok atau perokok sekunder , iaitu menghisap asap dari orang yang merokok<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3. Kedudukan badan yang baik<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak berbaring dan membongkok ke hadapan akan menyebabkan <em>dyspepsia<\/em> bertambah teruk. Duduk dan berdirilah dengan tegak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">4. Masa tidur<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika <em>dyspepsia<\/em> berlaku ketika waktu malam, pastikan tidak makan atau minum 3 jam sebelum tidur. Tinggikan kepala dengan menggunakan bantal 10-15 cm dari paras dada.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">5. Tinggalkan ubat penahan sakit<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada ubatan yang menyebabkan <em>reflux <\/em>dan <em>dyspepsia<\/em> bertambah buruk. Antaranya ialah ubat penahan sakit, NSAID seperti <em>ibuprofen <\/em>atau <em>aspirin<\/em>. Sekiranya masih perlu mengambil ubat-ubatan ini, pastikan anda berbincang dahulu dengan doktor yang bertugas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika telah melakukan petua-petua ini tetapi masih tidak mendapat kelegaan, maka bolehlah mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Keperluan memakan ubat ialah apabila kesakitan tidak dapat ditahan lagi.Yang menjadi persoalannya ubat yang mana sesuai untuk wanita yang hamil?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ubat yang selamat digunakan ialah <em>antacids<\/em>, iaitu ubat kunyah yang diperbuat dari <em>calcium carbonate<\/em> dan boleh dibeli secara <em>over the counter<\/em> (OTC) di farmasi. Ia sangat cepat, berkesan dan mudah dibawa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada antacids yang mengandungi <em>magnesium hydroxide<\/em> atau <em>magnesium oxide<\/em> yang juga boleh digunakan. Ia berbentuk sama ada cecair atau tablet.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cuma masalahnya apabila kita menelan cecair (walaupun air suam yang diminum untuk menolak tablet ke dalam perut pun), akan menyebabkan perut kita mengeluarkan asid (<em>digestive juices<\/em>). Ini akan menambahkan lagi kandungan asid dalam perut yang mana sepatutnya dikurangkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antacid ini bertindak me\u2019nutralise\u2019kan asid yang berada dalam perut dan dengan serta-merta akan mengurangkan pedih dalam perut. Namun kelegaan ini tidak lama, kerana dari masa ke semasa, perut kita akan terus mengeluarkan <em>gastric juice<\/em> yang mengandungi asid.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita hamil yang menghadapi masalah sembelit, cuba elakkan menggunakan antacids yang mengandungi <em>aluminum hydroxide<\/em> atau <em>aluminum carbonate<\/em>. Bahan aluminum ini akan menyebabkan sembelit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Manakala antacid yang mengandungi <em>sodium bicarbonate<\/em> dan <em>sodium citrate<\/em>, tidak sesuai digunakan oleh wanita hamil kerana ia akan menyebabkan <em>water retention<\/em>, iaitu bengkakan pada tubuh dan kaki kerana berlebihan air di dalam badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, antacid boleh mengganggu penyerapan <em>tablet iron<\/em>, yang diberikan untuk meningkatkan kepekatan tahap haemoglobin dalam darah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSaya sudah cuba ubat kunyah untuk kurangkan asid. Ubat kapur warna putih sudah saya cuba, tapi tidak berkesan..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sendiri amat berhati-hati dengan ubat-ubatan yang lebih baik daripada antacid bagi melegakan <em>reflux (<\/em>sakit ulu hati) di kalangan wanita hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun ubat antacid bertindak cepat tetapi ia hanya untuk sementara sahaja. Acid yang dikeluarkan secara berterusan di dalam perut akan menyebabkan kesakitan berulang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu adakalanya doctor akan memberikan ubat \u201c<em>Acid Reducers<\/em>\u201d yang lebih baik. Jika ubat antacid hanya bertindak meneutralkan asid yang sedia ada dalam perut, \u201c<em>acid reducer<\/em>\u201d pula bertindak menghalang pengeluaran asid dari dinding perut. Oleh itu kepekatan asid dalam perut tidak bertambah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jangan terperanjat jika dalam kes-kes yang agak teruk, doktor akan memberikan <em>antacid<\/em> bersama dengan <em>acid reducer<\/em>, untuk memberikan kelegaan yang serta-merta dan mengurangkan pengeluaran asid sehingga 12 jam. <span style=\"text-decoration: underline;\">Oleh itu <em>acid reducer<\/em> harus diambil secara berkala, bukan seperti <em>antacid<\/em> yang perlu diambil hanya ketika perut berasa pedih.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Rujuk : Rayburn W, Liles E, Christensen H, et al. <em>Antacids vs. antacids plus non-prescription ranitidine for heartburn during pregnancy<\/em>. Int J Gynaecol Obstet 1999;66:35\u201337.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun tidak semua <em>acid reducer<\/em> boleh diberikan kepada wanita hamil. Antara <em>acid reducer <\/em>yang digunakan ialah<em> ranitidine.<\/em> Ia telah diberikan sejak begitu lama oleh doktor kepada wanita hamil yang mengalami masalah \u2018gastrik\u201d yang teruk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun belum terdapat laporan yang menunjukkan kesan sampingan ranitidine pada wanita hamil atau bayi yang dilahirkan. Oleh itu ia dianggap selamat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nota : Ranitidine tidak mendapat kebenaran untuk diberikan kepada wanita hamil bukan kerana ia merbahaya kepada mereka, tetapi kerana pihak pengeluar farmaseutikal tidak menjalankan ujikaji kesan ranitidine terhadap wanita hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Rujuk :<em>Treating Gastro-Oesophageal Reflux Disease During Pregnancy and Lactation: What are the Safest Therapy Options?<\/em> Broussard C.N.; Richter J.E. Drug Safety, Volume 19, Number 4, October 1998 , pp. 325-337(13))<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain ranitidine, Omeprazole merupakan satu lagi ubat yang dianggap selamat digunakan untuk wanita hamil. Seperti ranitidine, ia juga harus diambil secara berkala sebanyak dua kali sehari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hanya ranitidine dan omeprazole yang dianggap selamat bagi wanita hamil jika mereka mengalami dyspepsia dan acid reflux. Itu pun setelah mendapat nasihat doktor. Ubat-ubat seperti cimetidine, esomeprazole, lansoprazole dan pantoprazole tidak digunakan kerana kesan sampingannya kepada ibu hamil tidak diketahui.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Rujuk : Tytgat GN, Heading RC, M\u00fcller-Lissner S, et al. <em>Contemporary understanding and management of reflux and constipation in the general population and pregnancy<\/em>: a consensus meeting. Aliment Pharmacol Ther 2003;18:291\u2013301.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ranitidine dan Omeperazole dikategorikan oleh FDA sebagai kategori B, iaitu ujikaji yang dijalankan ke atas haiwan di makmal di mana ia tidak menunjukkan kemudharatan bagi haiwan-haiwan itu. Ia juga tiada data yang menunjukkan kemudharatannya kepada manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi Ranitidine boleh dikeluarkan melalui susu ibu. Oleh itu <em>American Academy of Pediatrics<\/em> memberitahu bahawa <em>acid reducer<\/em>, seperti cimetidine, lebih sesuai untuk wanita yang menyusukan anaknya. Sekali lagi, farmaseutikal yang mengeluarkan ubat memberikan amaran agar berhati-hati memberikan ranitidine pada ibu yang menyusukan anaknya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Lebih selamat<\/span> jika <em>acid reducers<\/em> tidak dibeli secara <em>\u201cover-the-counter\u201d<\/em> di farmasi dan digalakkan anda mendapatkan preskripsi dari doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (110711)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan lain:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Calhoun BC. Gastrointestinal disorders in pregnancy. <em>Obstet Gynecol Clin North Am <\/em>1992;19:733\u201344.<\/li>\n<li>Olans LB, Wolf JL. Gastroesophageal reflux in pregnancy. <em>Gastrointest Endosc Clin N Am <\/em>1994;4:699\u2013712.<\/li>\n<li>Baron TH, Ramirez B, Richter JE. Gastrointestinal motility disorders during pregnancy. <em>Ann Inter Med <\/em>1993;118:366\u201375.<\/li>\n<li>Wald A, Van Thiel DH, Hoechstetter L, <em>et al<\/em>. Effect of pregnancy on gastrointestinal transit. <em>Dig Dis Sci<\/em>1982;27:1015\u201318.<\/li>\n<li>Everson GT. Gastrointestinal motility in pregnancy. <em>Gastroenterol Clin North Am <\/em>1992;21:751\u201376<\/li>\n<\/ol>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cDoktor, saya tak tahan dengan pedih perut dan rasa mahu muntah.. Teruk sangat pembawakan budak kali ini. Ada tak, ubat untuk hilangkan rasa pedih perut, loya dan muntah? \u201d \u201cUntuk hilangkan rasa loya dan muntah memang tidak ada, tapi kalau untuk kurangkan rasa loya dan muntah, saya boleh berikan ubatnya. Selagi berada di peringkat awal &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[6],"tags":[420,421],"class_list":["post-1887","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-antacids","tag-gastrik"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-ur","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5999,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengurangkan-rasa-loya-dan-muntah-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1887,"position":0},"title":"Mengurangkan rasa loya dan muntah ketika hamil","author":"drzubaidi","date":"17\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya disahkan hamil dan usia kehamilan saya lebih kurang 12 minggu. Saya mengalami masalah rasa loya dan muntah yang amat teruk. Bolehkan saya mengambil ubat penahan muntah yang diberikan oleh doktor? Terima kasih atas pencerahan\u201d WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7400,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/morning-sickness-loya-dan-muntah-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1887,"position":1},"title":"MORNING SICKNESS (LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL)","author":"drzubaidi","date":"22\/04\/2015","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor, boleh doktor terangkan apa itu morning sickness? Bila bermulanya morning sickness?\" \u00a0 Morning sickness biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita kepada wanita. \u00a0 Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5714,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/loya-dan-muntah-ketika-hamil-sehingga-berat-badan-turun\/","url_meta":{"origin":1887,"position":2},"title":"Loya dan Muntah Ketika Hamil Sehingga Berat Badan Turun","author":"drzubaidi","date":"22\/04\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalammualaikum dokter. Saya berumur 30 tahun dan hamil anak ke 4 dan usia kehamilan saya minggu. Saya mengalami kehilangan berat badan sebanyak 3.7kg. (dari 67.7kg turun kpd 64.7kg) .. Saya mudah letih dan kerap susah untuk bernafas dan mengganggu saya menyiapkan kerja-kerja rumah. Saya juga tidak ada selera untuk makan,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":8395,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengurangkan-rasa-loya-dan-muntah-selepas-kimoterapi-dengan-perahan-halia\/","url_meta":{"origin":1887,"position":3},"title":"Mengurangkan rasa loya dan muntah selepas kemoterapi dengan perahan halia","author":"drzubaidi","date":"28\/01\/2017","format":false,"excerpt":"PERAHAN HALIA MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH PADA PESAKIT KANSER YANG MENJALANI RAWATAN KEMOTERAPI. Ramai ibu yang memberikan anak mereka minum yang mempunyai ekstrak atau perahan halia untuk melegakan kembung anak mereka yang berumur 4 tahun ke atas. \u00a0Beberapa kajian terbaru menunjukkan bahawa perahan halia membantu mengurangkan rasa loya dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Herba&quot;","block_context":{"text":"Herba","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/herba-2\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":4813,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-saya-hamil\/","url_meta":{"origin":1887,"position":4},"title":"Adakah Saya Hamil?","author":"drzubaidi","date":"22\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?\u201d Wa alaikum mus salam. Saya amat memahami perasaan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4577,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/membaca-al-quran-untuk-merawat-gastrik\/","url_meta":{"origin":1887,"position":5},"title":"Membaca al Quran untuk merawat Gastrik","author":"drzubaidi","date":"03\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?\u201d Wa alaikum mus salam.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1887","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1887"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1887\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15987,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1887\/revisions\/15987"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1887"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1887"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1887"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}