{"id":1850,"date":"2011-06-27T09:38:52","date_gmt":"2011-06-27T01:38:52","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1850"},"modified":"2024-10-09T11:21:30","modified_gmt":"2024-10-09T03:21:30","slug":"mengapa-selalu-mengantuk-di-siang-hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-selalu-mengantuk-di-siang-hari\/","title":{"rendered":"Mengapa Selalu  Mengantuk Di Siang Hari"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDalam satu hari berapa cawan minum nes ?\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSaya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cTeruk sangat ke rasa mengantuk?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je kelopak mata ini. Tak boleh buka mata langsung. Pernah sekali hampir berlaku kemalangan jalan raya kerana terlalu mengantuk. Satu ketika pula, saya tertidur bila berhenti di simpang lampu isyarat. Saya terjaga bila terdengar bunyi hon kuat dari kereta di belakang\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mengangguk-angguk kepala. Saya percaya bahawa keadaan rakan saya ini memang teruk. Keadaannya dinamakan sebagai \u201c<em>hypersomnia<\/em>\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengikut penulisan bertajuk <em>&#8220;Hypersomnia\u00a0\u2014 causes, adults, drug, person, people, used, effect, Definition, Description, Causes and symptoms, Demographics, Diagnosis, Treatments, Prognosis&#8221;<\/em>, oleh laman web Minddisorders.com (ditulis pada 15 februari 1999), keluhan biasa yang selalu diadukan ialah rasa sangat mengantuk di siang hari walaupun telah cukup tidur di malam hari melebihi 8 jam. Mereka juga rasa sukar untuk bangun pagi.(1)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akibat rasa mengantuk, mereka akan rasa mudah marah, rasa tidak bertenaga, lambat berfikir, ada kalanya rasa tiada selera makan (dia lebih suka tidur daripada mengisi perutnya), daya ingatan yang terjejas, tidak dapat memberi fokus pada pekerjaan dan ada kalanya \u2018melihat perkara yang ganjil\u2019 (<em>hallucinations<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Biasanya masalah ini dihadapi oleh remaja atau lelaki yang berusia 20an. Jika tidak dirawat, mereka mungkin akan menghadapi masalah ini berbulan-bulan lamanya, malah bertahun-tahun. Ada juga sembuh dari masalah ini dengan sendirinya namun ia berulang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu pemeriksaan oleh doktor perlulah dilakukan, kerana terdapat penyakit saraf yang dinamakan <strong><em>Kleine-Levin Syndrome <\/em><\/strong>(PLS) yang memerlukan rawatan khas kerana penghidapnya akan menghadapi\u00a0 masalah mengantuk secara melampau.(2)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesakit PLS hanya bangun untuk makan dan ke bilik air saja. Ketika dia dalam keadaan jaga, sifat dan perangainya menjadi liar dan menyusahkan orang di sekeliling.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hypersomnia juga tanda-tanda bagi masalah yang lain seperti <strong><em>narcolepsy<\/em><\/strong> atau <strong><em>sleep apnea<\/em><\/strong>. Narcolepsy ialah masalah mengantuk yang dihadapi oleh seseorang akibat kerosakan saraf di otaknya akibat kekurangan <em>protein hypocretin. Sleep apnea <\/em>pula adalah keadaan di mana seseorang itu berdengkur ketika tidur di waktu malam, sehingga menyebabkan pernafasannya terhenti untuk beberapa saat. (3,4)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hypersomnia juga harus dibezakan dengan keadaan di mana seseorang merasa mengantuk akibat tidurnya terganggu (sebagai contoh menjaga anaknya yang sakit) atau disebabkan tidak tidur malam (kerana bertugas sebaga polis yang berkawal di waktu malam) atau rasa terlalu penat akibat melakukan banyak kerja yang melibat fizikal atau mental. Rasa mengantuk sebegini dikira normal.(5)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMata saya tidak dapat dibuka selepas makan tengah hari. Walaupun saya sudah tidur sebentar, namun rasa macam tidak puas\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, suami saya itu sudah tahap kronik. Kadangkala ketika kami sedang berbual-bual dia boleh tertidur..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rungutan di atas adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami hypersomnia. Mereka merasa mengantuk ketika bertugas, ketika makan, ketika berbual-bual dengan rakan-rakan dan dalam mesyuarat. Tidur sebentar (<em>nap<\/em>) tidak akan dapat membantu mereka rasa segar dari rasa mengantuk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi bagaimana hendak memastikan bahawa hypersomnia yang dialami bukanlah penyakit yang bahaya? Tidak lain, dengan menjalani pemeriksaan klinikal dan makmal oleh doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeriksaan doktor akan membezakan sama ada hypersomnia ini disebabkan oleh keadaan yang biasa atau keadaan yang agak merbahaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini kerana hypersomnia juga boleh disebabkan oleh kerosakan saraf dalam otak atau masalah kemurungan yang agak kronik, dan kepekatan toksik urea dalam darah terlalu tinggi (<em>uremia<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut <em>National<\/em><em> Sleep Foundation United State of America<\/em>, hypersomnia juga boleh disebabkan oleh fibromyalgia. Yang menariknya, kesakitan otot akibat fibromyalgia akan berkurang dengan \u2018rawatan\u2019 tidur berlebihan.(6)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor juga akan bertanya jika pesakit sedang mengambil apa-apa rawatan untuk kemurungan (<em>depression<\/em>), yang selalunya mempunyai kesan sampingan iaitu rasa mengantuk keterlaluan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesakit yang pernah mengalami kecederaan kepala yang melibat otak juga boleh mendapat masalah yang sama. Selain itu penyakit saraf <strong><em>multiple sclerosis<\/em><\/strong> juga akan menyebabkan saraf akan menjadi rosak. Pesakit biasanya mengalami keletihan dan rasa sangat mengantuk.(7)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Orang yang bersaiz obese juga mudah mengalami masalah yang sama. Banyak kajian menunjukkan jika seseorang mula melakukan riadah dan dapat mengurangkan berat badannya, masalah hypersomnia ini akan dapat dirawat tanpa sebarang ubat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dan ramai juga tidak menyedari yang mereka menghadapi masalah kelenjar tiroid. Hormon thyroid amat penting bagi metabolisma tubuh dan memberikan tenaga pada badan. Jika mereka menghadapi kekurangan hormone thyroid (<em>hypothyroidism), <\/em>masalah yang mula mereka rasakan ialah rasa cepat letih dan rasa sangat mengantuk di siang hari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu,\u00a0<em>diabetes mellitus<\/em> dan hypercholestrolemia juga menyebabkan penghidapnya menjadi sangat letih dan mudah merasa mengantuk. Adakalanya pantang letakkan kepala di atas bantal, mereka akan terus tidur. Tidak hairanlah jika mereka merasa terlalu penat ketika sampai di rumah dan terus melelapkan mata ketika di kerusi sofa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jika kita mendapati diri kita selalu mengantuk di siang hari walaupun telah mendapat cukup tidur, haruslah menjalani pemeriksaan. Rasa mengantuk itu mungkin disebabkan oleh penyakit yang lebih merbahaya. Amalkanlah ayat-ayat Ruqyah agar Allah melindungi kita dari musibah penyakit-penyakit yang kita sendiri tidak mampu hadapi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (270611)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Aldrich, Michael S.\u00a0<em>Sleep Medicines. <\/em>New York: Oxford University Press, 1999.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">American Psychiatric Association\u00a0<em>Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. <\/em>4th edition, text revised. Washington DC: American Psychiatric Association, 2000.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Chokroverty, Susan, ed.\u00a0<em>Sleep Disorders Medicine: Basic Science, Technical Considerations, and Clinical Aspects. <\/em>2nd ed. Boston: Butterworth-Heinemann, 1999.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Thorpy, Michael J, ed.\u00a0<em>Handbook of Sleep Disorders. <\/em>New York: Marcel Dekker Inc, 1990.<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya. \u201cDalam satu hari berapa cawan minum nes ?\u201d \u201cSaya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk\u201d \u201cTeruk sangat ke rasa mengantuk?\u201d \u201cMana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je kelopak mata ini. Tak boleh &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[2763,254,2317,2768,986,5471,2769,1697,2770,2771,2783,414,2779,819,278,2773,376,2767,2764,2778,2765,2319,2782,853,976,2774,2762,2198,2772,2776,2244,2775,2766,2113,2777,2021,2780,2781],"class_list":["post-1850","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-alicaffe","tag-ayat-ruqyah","tag-berdengkur","tag-daya-ingatan","tag-depression","tag-diabetes-mellitus","tag-focus","tag-gemuk","tag-hallucinations","tag-halusinasi","tag-hypercholesterolemia","tag-hypersomnia","tag-hypothyroidism","tag-kapal-api","tag-kemurungan","tag-kleine-levin-syndrome","tag-kopi","tag-lambat-berfikir","tag-letih","tag-makan","tag-marah","tag-mengantuk","tag-metabolism","tag-multiple-sclerosis","tag-nap","tag-narcolepsy","tag-nescaffe","tag-otak","tag-penyakit-saraf","tag-protein-hypocretin","tag-selera-makan","tag-sleep-apnea","tag-tidak-bertenaga","tag-tidur","tag-tidur-sebentar","tag-tongkat-ali","tag-urea","tag-uremia"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-tQ","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":9680,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kenapa-saya-mengantuk-walau-minum-kopi-sebelum-tidur\/","url_meta":{"origin":1850,"position":0},"title":"KENAPA SAYA MENGANTUK WALAU MINUM KOPI SEBELUM TIDUR?","author":"drzubaidi","date":"29\/07\/2018","format":false,"excerpt":"Setiap cawan kopi yg kita minum mempunyai kandungan kafein yg berbeza. Lebih penting lagi setiap individu mempunyai kedan kafein yg berbeza. Ramai yg minum kopi kerana untuk mendapat rasa segar kerana merangsang otak dan menyebabkan jantung berdegup laju. Tetapi tidak semua orang mendapat kesan yg sama. Sebagai contoh ada orang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2022,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-dehidrasi-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1850,"position":1},"title":"Bahaya Dehidrasi Ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"24\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cTeruk betul isteri saya hamil kali ini. Asyik muntah saja sampai badannya lemah\u2026\u201d Saya tersenyum kerana rakan saya ini bercerita dengan bersungguh-sungguh. \u201cHabis tu siapa yang masak di rumah?\u201d saya menduga beliau. \u201cMakan kat kedailah doktor. Dia bukan saja lemah badan dan tak terdaya hendak masak, bau makanan dia pun\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":9554,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rasa-berdebar-dan-pening-setelah-ambil-pil-kurus\/","url_meta":{"origin":1850,"position":2},"title":"Rasa berdebar dan pening setelah ambil pil kurus","author":"drzubaidi","date":"20\/05\/2018","format":false,"excerpt":"MENGHILANGKAN RASA BERDEBAR DAN PENING WALAUPUN TIDAK LAGI MENGAMALKAN UBAT KURUS \u00a0 \"Salam, doc tumpang tanya. Saya ada makan ubat kurus, kesan yang ketara pada saya ialah tekanan darah menjadi tidak stabil, sakit kepala, jantung berdebar. Saya sudah berhenti makan pil kurus tu. Sekarang kesan ubat itu masih lagi ada.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"Female Ayurvedic Slimming Pill, Shelf Life: 1 Year","src":"https:\/\/i0.wp.com\/5.imimg.com\/data5\/JJ\/YX\/MY-12634098\/slimming-pill-500x500.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1225,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berapa-lamakah-diperlukan-untuk-puas-tidur\/","url_meta":{"origin":1850,"position":3},"title":"Berapa Lamakah Diperlukan untuk Puas Tidur?","author":"drzubaidi","date":"08\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Alhamdulillah, maha puji bagi Allah. Saya tidak mengalami masalah tidur sekarang. Sewaktu memulakan kerjaya sebagai doktor, tidur yang nyenyak adalah suatu kemewahan. Keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi membuatkan saya stress fizikal dan mental. \u00a0 Kini, letak saja kepala di bantal, otak saya terus masuk ke fasa rehat. Bila bangun\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7495,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menghilangkan-rasa-berdebar-dan-pening-kepala-walaupun-tidak-lagi-mengambil-ubat-kurus\/","url_meta":{"origin":1850,"position":4},"title":"Menghilangkan rasa berdebar dan pening kepala walaupun tidak lagi mengambil ubat kurus","author":"drzubaidi","date":"20\/05\/2015","format":false,"excerpt":"MENGHILANGKAN RASA BERDEBAR DAN PENING WALAUPUN TIDAK LAGI MENGAMALKAN UBAT KURUS \"Salam, doc tumpang tanya. Saya ada makan ubat kurus, kesan yang ketara pada saya ialah tekanan darah menjadi tidak stabil, sakit kepala, jantung berdebar. Saya sudah berhenti makan pil kurus tu. Sekarang kesan ubat itu masih lagi ada. Bagaimana\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"ubat kurus","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/ubat-kurus-225x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7299,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-ubat-gatal-akibat-chickenpox-terhadap-kehamilan\/","url_meta":{"origin":1850,"position":5},"title":"Kesan ubat gatal akibat chickenpox terhadap kehamilan","author":"drzubaidi","date":"28\/03\/2015","format":false,"excerpt":"KESAN UBAT GATAL AKIBAT CHICKENPOX TERHADAP KEHAMILAN \u00a0 \u201cSalam Dr, saya sedang mengandung anak pertama, usia kandungan 14 minggu. Saya telah mendapat chicken pox,\u00a0 dan diberi ubat gatal (piriton) dan ubat sapu calamine. Adakah pengambilan ubat ini akan memberi kesan kepada bayi saya? Sy pernah djangkiti chickenpox semasa kecil.\u201d \u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"piriton","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/piriton.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1850","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1850"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1850\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20060,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1850\/revisions\/20060"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1850"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1850"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1850"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}