{"id":1796,"date":"2011-05-30T19:12:11","date_gmt":"2011-05-30T11:12:11","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1796"},"modified":"2023-03-06T12:42:19","modified_gmt":"2023-03-06T04:42:19","slug":"bahayakah-puting-getah-pada-anak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahayakah-puting-getah-pada-anak\/","title":{"rendered":"Bahayakah Puting Getah Pada Anak?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Memberikan puting getah (pacifier) pada bayi dianggap sebagai satu amalan yang tidak sihat. Apatah lagi kebersihannya tidak dijaga. Saya pernah melihat bagaimana <em>pacifier<\/em> yang jatuh di atas lantai hanya dikesat atau disapu pada baju ibunya dan kemudian diberikan semula kepada bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pacifier juga dikatakan sebagai penyebab pada pembentukan gigi yang tidak cantik. Keadaan jonggang biasa dikaitkan dengan pengamalan menghisap puting getah atau menghisap ibu jari di kalangan kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Atas alasan itu saya tidak memberikannya pada anak-anak saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun beberapa penulisan perubatan baru-baru ini telah mengubah pendirian saya. Akademi Perubatan Kanak-kanak Amerika,\u00a0<em>American Academy of Paediatric (AAP) <\/em>telah memberikan \u2019lampu hijau\u2019 pada penggunaannya. Ini bermakna penggunaan puting getah tidak merbahaya pada bayi. Terserahlah pada ibubapa untuk mengimbangkan kebaikan dan keburukannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Sejarah penggunaannya yang lama<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Puting getah, dalam bahasa Inggeris disebut sebagai\u00a0<em>dummy<\/em>,\u00a0<em>pacifier<\/em> atau\u00a0<em>baby soother <\/em>adalah\u00a0diperbuat daripada getah, plastik atau silicon dan dimasukkan ke dalam mulut bayi untuk dihisap.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia bertujuan untuk mendiamkan bayi yang menangis dan memberikan ketenangan pada bayi. Dengan ini ibubapa atau penjaga mendapat sedikit ketenangan untuk tidur atau melakukan kerja-kerja rumah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Pacifier <\/em>mempunyai tiga komponen yang penting iaitu pelindung mulut (<em>mouth shield)<\/em>, struktur getah dan tangkai pemegang\u00a0(<em>handler<\/em>). Pelindung mulut dan tangkai pemegang bertujuan mengelakkan struktur getah itu ditelan oleh bayi dan menyebabkannya tercekik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Pacifier<\/em> dikatakan telah diperkenalkan oleh Joaquin Martinez pada tahun 1300an setelah wanita ini tidak dapat lena tidur akibat bayinya yang menangis sepanjang malam. Namun tidak ada catatan kukuh mengenai wanita ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada kurun itu, <em>pacifier<\/em> telah mula diperkenalkan di Eropah dan Rusia. Mereka tidak menggunakan puting getah tetapi kain yang disimpulkan dan dicelupkan ke dalam madu dan dimasukkan ke dalam mulut bayi. Ada kalanya simpulan kain ini mengandungi kepingan roti, gula pasir, daging, ikan atau bijirin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah ada yang mencelupkan arak (<em>brunddy)<\/em> dan\u00a0<em>poppy seed<\/em> yang bertujuan untuk membuat bayi itu mengantuk lalu tidur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 1873, seorang penulis bernama Cecilia Viets Jamieson telah menulis dalam bukunya mengenai <em>pacifier <\/em>yang digambarkan sebagai sehelai kain yang membalut secubit gula pasir di tengah-tengahnya dan dibentukkan sebagai bebola dengan diikat sekelilingnya.\u00a0<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-4\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[1]<\/a><\/sup><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penggunaan <em>pacifier<\/em> kemudian telah mendapat perhatian dari masyarakat perubatan yang mengkritik penggunaannya.\u00a0\u00a0Ini kerana ramai ibu yang tidak menjaga kebersihan alat itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Contohnya pada tahun 1800 Christian August Struve, seorang German menulis dalam bukunya \u2018Adalah menjadi satu amalan yang memeranjatkan di kalangan para ibu, apabila mereka memberikan bayi mereka kain untuk dihisap bertujuan untuk mendiamkan anak mereka daripada menangis.\u2019<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau menyambung, \u2018Ramai ibu yang miskin mengambil kain yang terbuang di tepi jalan dan ianya sangat kotor serta mempunyai kuman yang merbahaya. Ibu-ibu kemudian mencelupkan kain ini ke dalam air suam dan memasukkannya ke dalam mulut bayi. Ada kalanya apabila bayi membuangkan kain itu ke atas tanah, ibunya mengambil semula dan dimasukkan ke dalam mulut bayi mereka.\u2019<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau juga menceritakan tentang bayi-bayi yang lemas kerana disumbat secara keterlaluan dengan kain di dalam mulut mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 1914 seorang doktor telah menulis dengan nada kritis di dalam satu journal mengenai <em>pacifier<\/em> ,\u201cJika ia jatuh ke lantai, para ibu\u00a0\u00a0serta-merta akan mengambilnya dan mengosoknya pada baju mereka, basahkan semula dengan memasukkan ke dalam mulut mereka kemudian memasukkan pula ke dalam mulut bayi\u201d<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-11\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[2]<\/a><\/sup><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada kurun yang ke 20, penggunaan kain tidak diamalkan lagi. <em>Pacifiers<\/em> mula mendapat bentuk seperti sekarang di sekitar tahun 1900 apabila puting (<em>teat<\/em>), pelindung mulut (<em>mouth shield<\/em>) dan tangkai pemegang(<em>handle<\/em>) direka dan dipatenkan di Amerika Syarikat sebagai &#8220;baby comforter&#8221;.<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-7\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[3]<\/a><\/sup><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Pacifier mengganggu kesihatan bayi?<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya<span style=\"text-decoration: underline;\"> tiada bukti-bukti yang jelas mengenai penggunaan <em>pacifier <\/em>boleh mengganggu kesihatan bayi secara langsung<\/span>. Oleh itu tidak banyak penulisan berkaitan dengan <em>pacifier<\/em> yang ditulis oleh pakar paediatrician. Kebanyakan mereka hanya mendiamkan diri atau memberikan komentar ringan mengenainya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun apa yang membimbngkan para pakar perubatan ialah<strong> jika pacifier diberikan terlalu awal, bayi akan keliru membezakan puting ibunya dan pacifier<\/strong>. Keadaan ini disebut\u00a0<em>nipple confussion. <\/em>Konsistensi puting ibunya dan pacifier adalah amat berbeza.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dibimbangi bayi akan lebih \u2018menggemari\u2019 dan lebih selesa dengan pacifier, dan menolak putting ibunya, sedangkan pacifier tidak memberikan bayi itu sebarang susu. Maka ia akan mengganggu amalan penyusuan ibu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini dibuktikan dalam beberapa kajian<em>, <\/em>bagaimana penggunaan pacifier telah mengganggu tabiat penyusuan ibu terutamanya jika ia diberikan kepada bayi yang berumur <span style=\"text-decoration: underline;\">kurang daripada 6 minggu<\/span>\u2019.<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-Sanches_2004-13\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[4]<\/a><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-Marmet_2000-14\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[5]<\/a><\/sup><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi bayi yang diberikan susu formula melalui botol susu (atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan), pemberian pacifier tidak menjadi masalah kerana kosistensi puting botol susu dan pacifier adalah sama.<\/p>\n<div style=\"text-align: justify;\">\n<p>Selain itu, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa amalan menggunakan pacifier di kalangan bayi akan menyebabkan jangkitan kuman dalam telinga bayi (<em>otitis media)<\/em>.<\/p>\n<p>Dalam berita\u00a0<em>BBC mobile 20 August 2008, <\/em>Professor Steve Field, dari Royal College of GPs, United Kingdom memberitahu terdapat banyak bukti kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berumur <span style=\"text-decoration: underline;\">bawah setahun<\/span> yang menggunakan pacifiers dikaitkan dengan jangkitan kuman pada telinga.<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-Sanches_2004-13\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[6]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>Ini bermakna bayi berumur kurang setahun yang menghisap pacifier <strong>lebih mudah<\/strong> mengalami masalah ini berbanding kanak-kanak lain. Namun begitu\u00a0amalan pemberian pacifier\u00a0<strong>tidak semestinya<\/strong> akan menyebabkan jangkitan kuman pada telinganya.<\/p>\n<p>Oleh itu saya nasihatkan kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan di bahagian rongga mulut dan hidung agar menghentikan penggunaan pacifier untuk sementara waktu bagi mengelak jangkitan kuman di telinga.<\/p>\n<p>Selain itu masalah yang mungkin dihadapi oleh mereka ialah<strong> kerosakan struktur gigi<\/strong>.<\/p>\n<p>Satu kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang mengamalkan penggunaan pacifier semasa kecil mengalami kerosakan struktur gigi apabila memasuki alam persekolahan.\u00a0<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-16\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[7]<\/a> <\/sup><\/p>\n<\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><a href=\"http:\/\/www.dentalhealth.org.uk\/\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">British Dental Health Foundation<\/a><\/em> juga mencadangkan\u00a0&#8220;Jika boleh, elakkan menggunakan pacifier dan jangan biarkan bayi menghisap ibu jari.\u00a0\u00a0Ini akan menyebabkan masalah pembentukan gigi. Kanak-kanak ini mungkin memerlukan rawatan apabila ia telah dewasa\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu pacifier tidak harus diberikan kepada kanak-kanak <strong>selepas berumur setahun <\/strong>kerana pada masa itu pembentukan gigi telah bermula. <strong>Bagi bayi yang berumur setahun ke bawah, penggunaan pacifier tidak dianggap menjejaskan pembentukan gigi.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saranan ini disokong oleh America Academy of Pediatric Dentistry. Dalam laman webnya\u00a0\u00a0di bawah tajuk\u00a0<em>Policy on\u00a0<a href=\"http:\/\/www.aapd.org\/publications\/brochures\/tfphabits.asp\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Thumb, Finger and Pacifier Habits<\/a><\/em> memberitahu &#8220;Bagi kebanyakan kanak-kanak, tiada kebimbangan mengenai amalan menghisap ibu jari atau pacifier sehingga gigi kekal di bahagian depan telah terbentuk.\u00a0<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-16\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[8]<\/a><\/sup><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu apa yang sangat membimbangkan ibu bapa ialah bayi akan \u2018ketagih\u2019 pada pacifier itu walaupun telah memasuki alam persekolahan. Adakalanya bayi akan menangis di tengah malam hanya kerana pacifier terjatuh dari mulutnya. Namun itu lebih kepada kesan\u00a0<em>psychology <\/em>bukannya kesan kesihatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Pacifier sebagai penyelamat<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai ibu yang menganggap pacifier sebagai penyelamat apabila bayi mereka menangis di tengah malam. Bayi kelihatan selesa dan tenang ketika menghisap pacifier.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pernah diberitahu seorang ibu terpaksa enam kali berjaga pada malam itu untuk memujuk anaknya yang menangis tanpa sebab. Akhirnya apabila dia memasukkan pacifier ke mulut bayi, anaknya terus senyap dan tidur sehingga ke pagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga ketika para ibu sedang mengemas rumah dan memasak. Memberikan pacifier telah menyelamatkan masa mereka kerana pacifier akan mengalihkan perhatian bayi mereka. Bayi akan diam dan adakalanya terus tidur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakalanya pacifier diberikan untuk menidurkan bayi yang susah untuk tidur walaupun telah larut malam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang lebih penting dari itu, pacifier juga <strong>mengurangkan risiko kejadian\u00a0<em>sudden infant death syndrome<\/em> (SIDS).<\/strong> SIDS dikatkrifkan sebagai kematian yang tidak disangkakan dan mengejut pada kanak-kanak berusia <span style=\"text-decoration: underline;\">setahun ke bawah<\/span>, yang mana pembedahan autopsy tidak dapat menerangkan punca kematian.\u00a0<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-16\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[9]<\/a><\/sup><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak kajian yang sahih mengenainya.\u00a0<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-16\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[10]<\/a><\/sup> Satu kajian meta-analasis juga dilakukan oleh\u00a0<em>American Pediatric Association<\/em> dan diterbitkan dalam Journal\u00a0<em>Pediatrics<\/em> pada\u00a0October 2005 bagi menyokong manfaat memberikan pacifier kepada bayi berumur kurang daripada setahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun bagaimana pacifier dapat mengurangkan risiko ini masih tidak jelas. <span style=\"text-decoration: underline;\">Tetapi pakar perubatan percaya bayi yang menghisap pacifier selalunya akan memastikan mukanya mendongak ke atas dan ini mengurangkan risiko kematian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Monash, Australia pada 2010 mencadangkan bahawa pemberian pacifier boleh mengurangkan risiko SIDS kerana bayi akan menukarkan\u00a0<em>sleep patterns<\/em>. Para saintis di situ percaya bahawa pacifier akan menyebabkan bayi akan tidur secara ringan (<em>light sleep<\/em>) dan ini akan memudahkan mereka terjaga apabila merasa tidak selesa.<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Sudden_infant_death_syndrome#cite_note-85\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[11]<\/a><\/sup><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><a href=\"http:\/\/www.aap.org\/\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">American Academy of Pediatrics<\/a><\/em> (AAP) memberikan kenyataan bahawa &#8220;Seharusnya para doktor berhenti memburuk-burukkan penggunakan pacifier. Malah penggunaannya harus dibenarkan ketika bayi mahu tidur tengah hari, dan di waktu malam sepanjang umurnya setahun\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi ibu yang menyusukan anaknya, AAP mencadangkan agar menunggu sehingga bayi itu mula menjalani rutin penyusuan ibu (<em>breastfeeding is well established<\/em>), idi mana ia selalunya mengambil masa beberapa minggu, sebelum memberikannya pacifier.\u00a0<sup><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Pacifier#cite_note-16\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">[12]<\/a><\/sup>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Sukar menghentikan tabiat menghisap pacifier<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibubapa juga mengalami masalah untuk memisahkan anak mereka dari tabiat menghisap pacifier. Kanak-kanak ini seolah-olah \u2018ketagihan\u2019 menghisap pacifier sehingga menimbulkan kerisauan di kalangan ibubapa. Kanak-kanak \u2018memberontak\u2019 apabila tidak diberikan pacifier. Apakah benar pacifier boleh menyebabkan ketagihan di kalangan anak-anak mereka?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya membaca banyak persamaan tabiat di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Namun saya belum menjumpai mana-mana penulisan mengenai bahan yang berbahaya yang boleh menyebabkan ketagihan pada pacifier.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai\u00a0<em>paediatric psychologist<\/em> menganggap bahawa penggunaan pacifier hanya memberikan <strong>kepuasan psychology\u00a0\u00a0kepada bayi<\/strong>. Tabiat menghisap sesuatu ke dalam mulutnya memberikan kelegaan, ketenangan dan keseronokan pada bayi. Para saintis percaya terdapat satu litar saraf yang menghubungkan antara deria rasa di lidah dan mulut bayi dengan otaknya. Apa saja yang sedap dihisap di mulut kanak-kanak ini akan memberikan kepuasan pada mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini tidak bermakna kita boleh membiarkan anak-anak kita ke sekolah dengan menghisap pacifier. Walaupun ianya menyeronokkan pada kanak-kanak itu, tentu saja dia akan menjadi mangsa usikan dan sindiran kawan-kawan dan guru. \u00a0Jadi menjadi tugas ibubapa untuk memisahkan anak mereka dari pacifier sebelum memasuki alam persekolahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara amnya tabiat menghisap pacifier harus dihentikan apabila kanak-kanak berumur antara 3-5 tahun. Namun jika mereka belum bersedia, berikan sedikit masa lagi dan pastikan mereka tidak lagi menghisap pacifier ketika berumur antara 6-7 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Kesimpulan<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sama ada mahu memberikan pacifier pada anak atau tidak, itu adalah pilihan ibubapa. Secara amnya <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak terdapat kemudaratan secara langsung jika pacifier diberikan kepada anak-anak yang berumur setahun ke bawah<\/span> (dengan syarat yang telah dinyatakan tadi).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada ibubapa yang amat marah apabila saya mencadangkan agar pemberian pacifier ini dihentikan pada anak mereka, kerana \u2018<em>ketagihan psychology\u2019<\/em> anak mereka yang begitu kuat, namun itu semua harus ditangani oleh ibubapa sendiri secara berhikmah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>American Academy of Pediatrics<\/em> sendiri telah memberikan \u2018lampu hijau\u2019 pada penggunaan pacifiers. Namun begitu ada beberapa perkara yang harus diberikan perhatian:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li><strong>Tunggu sehingga bayi anda telah biasa dengan penyusuan ibu.<\/strong> Bayi kadang-kala mengambil masa beberapa minggu selapas dilahirkan untuk membiasakan dengan rutin pemberian susu ibu. Ibu harus bersabar agar bayi dapat membiasakan diri dengan penyusuan ibu sebelum memberikan pacifier.<\/li>\n<li><strong>Jangan gunakan pacifier sebagai kaedah utama untuk menenangkan bayi yang menangis.<\/strong> Kadang-kala dengan menukarkan posisi bayi atau meletakkannya dalam buaian, bayi akan menjadi diam kerana lebih selesa. Jika bayi lapar, berikan dahulu susuan ibu atau botol sebelum memberikannya pacifier.<\/li>\n<li><strong>Pilihlah pacifier yang selamat.<\/strong> Pacifiers yang mempunyai tanda-tanda rosak seperti merekah dan koyak boleh menyebabkan kejadian tercekik. Pacifier yang baik boleh dibasuh tanpa luntur. Berhati-hati jika pacifier diikat bersama tali (atau rantai) di lehernya. Ia boleh menjerut leher anak anda.<\/li>\n<li><strong>Hormati pilihan bayi anda. <\/strong>Jika bayi anda tidak berminat dengan pacifier, jangan memaksa. Jika ia terjatuh ketika bayi sedang tidur, tidak perlulah memasukkan semula ke dalam mulutnya.<\/li>\n<li><strong>Pastikan ianya bersih. <\/strong><strong>Sebelum memberikan pada bayi, pastikan<\/strong> <strong>pacifier itu telah dibersihkan dengan sabun dan air yang mengalir. Ramai ibu yang gemar \u2018membasahkan\u2019 pacifier dengan air liur mereka sebelum memberikan kepada anak mereka. Mereka telah menyebarkan kuman dari mulut mereka kepada anak. Kebersihan adalah sebab utama pacifier tidak digalakkan oleh para doktor.<\/strong><\/li>\n<li><strong>Tahu bila mahu menghentikan tabiat ini.<\/strong> Jika bayi anda kerap mengalami jangkitan kuman pada telinga, amalan memberikan\u00a0pacifier harus dihentikan. Ibubapa juga tidak wajar menggalakkan tabiat ini apabila anak-anak mereka mencapai umur 2 hingga 3 tahun.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semakin awal menghentikan amalan ini, maka ia lebih baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan: Dr Zubaidi Hj Amad (300511)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1.\u00a0<a href=\"http:\/\/www.letrs.indiana.edu\/cgi\/t\/text\/text-idx?c=wright2;cc=wright2;sid=7be904423dbfa3d5f5839509345adcdf;tpl=home.tpl\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Cecilia Viets Jamieson\u00a0<em>Ropes of Sand<\/em> Chapter 2: Top&#8217;s baby (1873)<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2. August 7, 1915 The British Journal of Nursing Supplement<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3.\u00a0<em><a href=\"http:\/\/www.uspto.gov\/main\/search.html\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Design Patent number 33,212<\/a><\/em> <em>C.W.Meinecke Sep 18 1900<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">4. Clinical management of oral disorders in breastfeeding&#8221;.\u00a0<em>J Pediatr (Rio J)<\/em>80\u00a0(5 Suppl): S155\u201362.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">5.Marmet C; Shell E, Aldana S (2000). &#8220;Assessing infant suck dysfunction: case management&#8221;.\u00a0<em>Journal of Human Lactation<\/em> 16\u00a0(4): 332\u2013336<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">6.\u00a0<em><a href=\"http:\/\/news.bbc.co.uk\/2\/hi\/health\/7463911.stm\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">http:\/\/news.bbc.co.uk\/2\/hi\/health\/7463911.stm<\/a><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">7. Zardetto, Cristina Giovannetti del Conte, C\u00e9lia Regina Martins Delgado Rodrigues and Fabiane Miron Stefani (2002)<a href=\"http:\/\/www.aapd.org\/searcharticles\/article.asp?ARTICLE_ID=385\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\"><em>Effects of Different Pacifiers on the Primary Dentition and Oral Myofunctional Structures of Preschool Children<\/em><\/a> <em>Pediatric Dentistry<\/em> 24:552-559.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">8.\u00a0<a href=\"http:\/\/www.aapd.org\/publications\/brochures\/tfphabits.asp\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">http:\/\/www.aapd.org\/publications\/brochures\/tfphabits.asp<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">9. Adams SM, Good MW, Defranco GM. Sudden infant death syndrome.\u00a0<em>Am Fam Physician<\/em>. 2009 May 15;79(10):870-4.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">10.\u00a0BMJ-British Medical Journal (2005, December 8).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">11.\u00a0<a href=\"http:\/\/www.smh.com.au\/lifestyle\/wellbeing\/dummies-may-protect-babies-from-cot-death-20101007-169we.html\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">&#8220;Dummies may protect babies babies from cot death&#8221;<\/a>. Sydney Morning Hearld. 8 October 2010.\u00a0<a href=\"http:\/\/www.smh.com.au\/lifestyle\/wellbeing\/dummies-may-protect-babies-from-cot-death-20101007-169we.html\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">http:\/\/www.smh.com.au\/lifestyle\/wellbeing\/dummies-may-protect-babies-from-cot-death-20101007-169we.html<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">12.\u00a0Mitchell, E.A., Blair P.S., L&#8217;Hoir M.P. (2005). &#8220;Should Pacifiers Be Recommended to Prevent Sudden Infant Death Syndrome?&#8221;.\u00a0<em>Pediatrics<\/em> 117\u00a0(5): 1755\u20131758<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Memberikan puting getah (pacifier) pada bayi dianggap sebagai satu amalan yang tidak sihat. Apatah lagi kebersihannya tidak dijaga. Saya pernah melihat bagaimana pacifier yang jatuh di atas lantai hanya dikesat atau disapu pada baju ibunya dan kemudian diberikan semula kepada bayi. Pacifier juga dikatakan sebagai penyebab pada pembentukan gigi yang tidak cantik. Keadaan jonggang biasa &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1797,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[187],"tags":[408,409],"class_list":["post-1796","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","","category-children","tag-nipple-confusion","tag-puting-getah"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/images-3.jpg?fit=200%2C188&ssl=1","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-sY","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2177,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-lidah-yang-pendek-tie-tongue-dibedah\/","url_meta":{"origin":1796,"position":0},"title":"Perlukah Lidah Yang Pendek (Tie-Tongue) Dibedah?","author":"drzubaidi","date":"21\/10\/2011","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini seorang sahabat membawa anaknya yang baru berumur 2 tahun berjumpa saya. Dia meminta saya memeriksa lidah anaknya. Apabila saya meminta membuka mulut dan menggerakkan lidah, didapati lidah\u00a0 anak itu tidak dapat digerakkan sebebasnya. \u00a0 Saya dapat melihat selaput pendek di bawah lidah yang melekat pada lantai mulutnya. Ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3860,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/benjolan-di-payudara-bayi\/","url_meta":{"origin":1796,"position":1},"title":"Benjolan di Payudara Bayi","author":"drzubaidi","date":"18\/02\/2013","format":false,"excerpt":"Assalam mu alaikum. Doktor, anak saya baru berusia 7 bulan dan saya baru perasan dalam 2 hari lepas. terdapat benjolan di puting payudara sebelah kiri anak saya. Adakah keadaan ini normal atau membahayakan. terima kasih \u00a0 Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. \u00a0 Ia adalah sesuatu yang normal bagi sesetengah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7772,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pedih-ketika-menyusukan-bayi\/","url_meta":{"origin":1796,"position":2},"title":"Pedih Ketika Menyusukan Bayi","author":"drzubaidi","date":"12\/10\/2015","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor, saya baru melahirkan anak berusia 2 bulan. Saya menyusukan anak. Masalah saya ialah saya berasa sakit ketika menyusukan anak saya, terutama di bahagian putting, sehingga sampai ke bahu rasa sakitnya. Saya telah berjumpa doctor. Doktor memberikan ubat penahan sakit dan antibiotic. Saya risau untuk mengambil ubat tersebut kerana\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"VCO","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/VCO1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1395,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangkitan-fungal-di-mulut-bayi\/","url_meta":{"origin":1796,"position":3},"title":"Jangkitan Fungal di Mulut Bayi","author":"drzubaidi","date":"09\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Saya pernah didatangi oleh sepasang suami isteri yang mengadu anak mereka mengalami keputihan di dalam mulut. Bayi yang berumur 3 bulan itu menangis ketika saya memeriksanya. Mulut dan bibirnya agak kering. Bila dia menjerit, saya mengambil kesempatan untuk melihat keadaan di dalam mulutnya. Keputihan itu seakan-akan kepingan \u2019susu basi\u2019 melekat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":17559,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ada-benjolan-pada-puting-anak-saya\/","url_meta":{"origin":1796,"position":4},"title":"ADA BENJOLAN PADA PUTING ANAK SAYA","author":"admin","date":"02\/02\/2024","format":false,"excerpt":"\u00a0 Tidak kira lelaki dan perempuan dari semua peringkat umur mempunyai tisu payudara pada dada yang normal. Tisu ini bertindak balas terhadap perubahan hormon. Jadi ketulan boleh datang dan pergi. Ada kalanya ia membesar dan adakalanya ia hilang. Ia boleh melibat sebelah kanan atau sebelah kiri, atau kedua-duanya. Ketulan payudara\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7605,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-tidak-mahu-menyusu-ibu-lagi-sebab-puting-kecil\/","url_meta":{"origin":1796,"position":5},"title":"Anak Tidak Mahu Menyusu Badan Lagi Sebab Puting Kecil","author":"drzubaidi","date":"28\/06\/2015","format":false,"excerpt":"ANAK TIDAK MAHU MENYUSU IBU LAGI SEBAB PUTING KECIL \u201c Assalammualaikum Dr. Zubaidi,\u00a0 saya ingin bertanya berkenaan dgn susu badan dimana Ada kwn mengesyorkn injection utk hormon yg menghasilkn susu badan..Sy berharap doctor dpt memberi pandangan utk Sy. Untuk pengetahuan doctor, saya mempunyai bayi berusia 56 hari. Di awal kelahiran\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1796","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1796"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1796\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15919,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1796\/revisions\/15919"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1797"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}