{"id":1781,"date":"2011-05-25T01:35:43","date_gmt":"2011-05-24T17:35:43","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1781"},"modified":"2023-01-11T15:04:19","modified_gmt":"2023-01-11T07:04:19","slug":"bahan-merkuri-dalam-produk-kosmetik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahan-merkuri-dalam-produk-kosmetik\/","title":{"rendered":"Bahan Merkuri dalam Produk Kosmetik"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai wanita di Malaysia masih tidak menyedari tentang kehadiran merkuri dalam produk kosmetik mereka. Malah ramai yang tidak mengetahui kesan merkuri pada kesihatan mereka pada jangka masa yang panjang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun ini sahaja banyak negara telah mengharamkan penggunaan merkuri dalam kosmetik.\u00a0Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik mencerahkan kulit muka. Ia dijual dalam bentuk krim, losyen atau sabun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan produk ini mengandungi antara 2-10% merkuri bagi setiap berat produk itu. Produk kosmetik ini telah dijual di negara Afrika, Asia dan Amerika Latin di mana ia mengandungi kandungan merkuri yang lebih banyak, antara 660-57 000 bahagian dalam sejuta (ppm). (1)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun apakah yang menyebabkan ramai wanita di dunia ketiga mengguna produk kosmetik yang merbahaya ini? Mengikut satu kajian seramai 60% pengguna di Asia menggunakan produk ini kerana mereka mahukan kelihatan lebih putih dan muda. Ia juga murah. Malah ada yang menggunakan untuk tempoh masa yang lama, iaitu 20 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka telah menjadi mangsa bagi lambakan produk kosmetik yang merbahaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 2010 saja FDA telah mengeluarkan sebanyak tiga kenyataan amaran untuk menghentikan penjualan 23 produk kosmetik pemutihan kulit yang mengandungi merkuri yang diimport dari China. Ini bermakna pencemaran bahan merkuri sudah mencapai tahap serius.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Kesan keracunan merkuri <\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keracunan merkuri yang juga dikenali sebagai <em>hydragyria<\/em> atau <em>mercurialism,<\/em> ialah suatu penyakit yang disebabkan oleh pendedahan merkuri dan pengumpulannya dalam tubuh pada jangka masa yang lama. Kesan jangka panjang penggunaan produk seperti ini akan menyebabkan kerosakan saraf terutama pada tangan. Pesakit akan berasa gatal dan rasa terbakar pada kulit tangan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, pesakit boleh berasa lemah, mempunyai emosi yang tidak stabil dan mempunyai masalah ingatan yang kurang baik. Ada pesakit mengalami tanda-tanda seperti menggigil, letih, pening, hilang ingatan, dan berasa terlalu penat.(2)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keracunan merkuri juga akan menyebabkan warna kulit bertukar menjadi pudar (discoloration), dan menggelupas. Ada yang menyebabkan kulit menjadi kelabu. Bagi pengguna yang baru, produk ini akan menyebabkan alahan kulit yang teruk.(3)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Merkuri menghalang penguraian (<em>degradation<\/em>) biokomia <em>catecholamines<\/em> dalam tubuh, menyebabkan pengumpulan <em>epinephrine <\/em>dalam tubuh. Pesakit akan mengalami perpeluhan yang luar biasa (<em>hyperhidrosis)<\/em>. Ada kalanya ia menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan tekanan darah menjadi tinggi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu janganlah kita menunggu kehadiran simptom-simptom di atas barulah kita mahu mengelakkan penggunaannya. Ini kerana ramai juga wanita yang mengamalkan produk kosmetik itu tidak mengalami apa-apa tanda, walaupun kandungan merkuri dalam tubuh semakin meningkat. Akhirnya tanpa mereka sedari, telah mengalami kerosakan ginjal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai contoh, di Hong Kong kebanyakan (78%) wanita yang menggunakan produk-produk ini tidak mengalami apa-apa masalah, walaupun dua pertiga dari mereka mengalami kenaikan merkuri yang tinggi. Oleh itu ramai yang meneruskan penggunaan produk ini dan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk pada ginjal dan saraf mereka. (4)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerosakan ginjal akibat keracunan merkuri telah dilaporkan di China, Hong Kong dan UK. Malangnya ramai di antara mereka yang lambat berjumpa dengan doktor bagi mengesan penyakit ginjal di peringkat awal.(5).(6)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi berhati-hatilah ketika memilih produk kosmetik. Bahan merkuri bukan saja merbahaya jika disentuh malah tiub yang mengandungi kosmetik itu juga boleh mengumpulkan wap yang mengandungi merkuri dan boleh tersejat apabila dibuka penutupnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu alat yang dinamakan <strong>Lumex RA-915<\/strong> boleh mengesan wap merkuri yang tersejat di udara. Pada keadaan biasa, wap merkuri yang tersejat seharusnya serendah 0.5 nanograms\/m3. Namun dalam beberapa kajian yang dilakukan, walaupun <em>tube<\/em> yang mengisi krim produk kosmetik itu telah ditutup rapat, alat ini mampu mengesan sebanyak 0.002 mg\/m3 wap merkuri yang tersejat di udara. Jadi jika terdedah secara berpanjangan, terdapat risiko keracunan merkuri pada pekerja dalam pembuatan di kilang, pembeli, penjual dan orang yang menguruskan penghantaran produk ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita hamil harus ingat bahawa kesan toksin merkuri ini bukan saja didapati dengan memegangnya, tetapi juga menghidu wap yang tersejat apabila penutup tiub produk itu dibuka. Apabila berlaku pengumpulan bahan merkuri dalam badan, ia akan menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf janin. Selain itu bahan merkuri juga dipindahkan melalui air susu dari ibu kepada bayi. (7)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun, terdapat banyak produk kosmetik pemutihan kulit yang selamat. Namun ada syarikat kecil yang mengambil jalan mudah dengan tidak menuliskan bahan merkuri dalam labelnya atau melabelnya dengan cara yang mengelirukan, atau menulis dalam bahasa asing yang tidak difahami pengguna. Oleh itu pengguna tidak tahu apa kandungan sebenar produk kosmetik yang digunakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerajaan haruslah bertindak dengan lebih berkesan untuk melindungi pengguna dari bahan yang berbahaya ini. Di negara-negara Kesatuan Eropah pula, produk kosmetik seperti ini telah lama diharamkan. Namun begitu, dari masa ke semasa terdapat penyebaran secara haram dan ia harus dipantau. Di Amerika Syarikat sendiri, produk kosmetik seperti ini masih dijual di Chicago tanpa disedari pihak berkuasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam akhbar <em>Chicago Tribune<\/em>, badan berkuasa telah menguji 50 produk kosmetik pemutih kulit yang diimport dari China, India, Lebanon, Pakistan dan Taiwan, dan mendapati ia mengandungi paras merkuri antara 6,000 hingga 29,600 ppm.(8),(9)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kandungan merkuri dalam produk kosmetik seharusnya mempunyai kandungan yang lebih rendah dari 1 per sejuta (0.0001 %) . Itu pun dengan syarat tiada bahan lain yang boleh menggantikan fungsi merkuri dalam produk kosmetik itu. Untuk produk kosmetik yang melibatkan mata, ia seharusnya mengandungi kandungan merkuri yang kurang dari 65 bahagian persejuta mercuri. ( <em>65 parts per million of mercu<\/em>ry).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini kerana merkuri adalah bahan yang sangat mudah meresap ke dalam kulit apabila ia disapukan pada permukaan kulit. Oleh itu bagi mereka yang pernah mengamalkan penggunaan produk kosmetik pemutihan kulit muka, disarankan agar memeriksa kandungan merkuri dalam darah mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kepekatan merkuri dalam darah seharusnya kurang dari 6 \u03bcg\/L. Namun bagi orang yang gemar memakan ikan kepekatannya boleh mencecah 200 \u03bcg\/L ini kerana dikatakan terdapat beberapa jenis ikan yang tercemar dengan bahan merkuri.(10).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi sebagai pengguna, kita harus berhati-hati ketika membeli produk kosmetik yang dijual. Ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi mengelakkan tertipu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pertama kita harus<strong> menyemak label<\/strong> pada produk kosmetik. Kedua, pastikan syarikat pengeluar produk adalah <strong>syarikat yang mempunyai integrit<\/strong>i. Kebanyakan syarikat pengeluar kosmetik yang terkenal dan besar akan menjaga kualiti pengeluaran produk itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kita boleh mengagak produk kosmetik itu mengandungi merkuri dengan menyapukan krim itu pada tapak tangan dan sapukan pada cincin atau barang kemas kita yang diperbuat dari emas. Jika produk itu mengandungi merkuri, krim itu akan menjadi kelabu. Semakin gelap perubahan warna, semakin banyak kandungan merkuri dalam produk itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika masih was-was bolehlah merujuk pada laman web <a href=\"http:\/\/fda.gov\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">http:\/\/FDA.gov<\/a>. Badan ini mempunyai panel Pengkaji Bahan-bahan dalam Kosmetik yang ditubuhkan pada tahun1976\u00a0oleh Majlis Produk Penjagaan Peribadi (<em>Cosmetic, Toiletry &amp; Fragrance Association<\/em>), dibantu oleh U.S. Food &amp; Drug Administration (FDA) sendiri dan Kesatuan Pengguna Amerika.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia pemantauan produk kosmetik yang beracun ini belum lagi di tahap yang terbaik. Banyak langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan Malaysia bukan negara lambakan bahan-bahan bertoksik. Ini semua memerlukan kesungguhan di pihak penguatkuasaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam<\/p>\n<p>Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (240511)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(1) Sin, KW and Tsang, HF (2003) Large-scale mercury exposure due to a cream cosmetic: community-wide case series. Hong Kong Medical Journal 9:329-334<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(2) Harada, M., et al. (2001) Wide use of skin-lightening soap may cause mercury poisoning in Kenya. Science of the Total Environment 269:183-187.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(3)Olumide, Y.M., Odunowo, B.D., and Odiase, A.O. (1991) Regional dermatoses in the African. Part 1. Facial hypermelanosis. International Journal of Dermatology 30(3):186-189.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(4)Sin, KW and Tsang, HF (2003) Large-scale mercury exposure due to a cream cosmetic: community-wide case series. Hong Kong Medical Journal 9:329-334;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(5)Li, S.J., et al. (2010) Mercury-induced membranous nephropathy: clinical and pathological features. Clinical Journal of the American Society of Nephrology 5(3):439-444.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(6)Oliveira, D.B., et al. (1987) Membranous nephropathy caused by mercury-containing skin lightening cream. Postgraduate Medical Journal 63(738):303-304.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(7)Bose-O\u2019Reilly, S., et al. (2008) Mercury in breast milk\u2014a health hazard for infants in gold mining areas? International Journal of Hygiene and Environmental Health 211:615-623.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(8)Gabler, E. and Roe, S. (2010), Some skin whitening creams contain toxic mercury, testing finds. Chicago Tribune, May 18, 2010<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(9)&#8221;NYC Health Dept. Warns Against Use of &#8220;Skin-lightening&#8221; Creams Containing Mercury or Similar Products Which Do Not List Ingredients&#8221;. January 27, 2005.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(10) Ibrahim D, Froberg B, Wolf A, Rusyniak DE (2006). &#8220;Heavy metal poisoning: clinical presentations and pathophysiology&#8221;. Clin Lab Med 26 (1): 67\u201397, viii.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai wanita di Malaysia masih tidak menyedari tentang kehadiran merkuri dalam produk kosmetik mereka. Malah ramai yang tidak mengetahui kesan merkuri pada kesihatan mereka pada jangka masa yang panjang. Pada tahun ini sahaja banyak negara telah mengharamkan penggunaan merkuri dalam kosmetik.\u00a0Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik mencerahkan kulit muka. Ia dijual dalam bentuk krim, losyen atau &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[402,403,404,405],"class_list":["post-1781","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-fda","tag-hydragyria","tag-mercurialism","tag-toksik"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-sJ","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":9601,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/paraben-dalam-produk-koesmetik-dan-penjagaan-diri\/","url_meta":{"origin":1781,"position":0},"title":"Paraben dalam Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri","author":"drzubaidi","date":"08\/06\/2018","format":false,"excerpt":"PARABEN DALAM PRODUK KOSMETIK DAN PENJAGAAN DIRI Parabens adalah sebatian kimia yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam industri penjagaan diri dan keluarga. Ia adalah dari sumber sintetik. \u00a0Ia lebih murah dan menjadikan produk itu tahan lebih lama. Paraben yang natural boleh diperolehi dari makanan terutama dari buah-buahan berry. Antara jenis-jenis\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":2623,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/spirulina-sebagai-makanan-tambahan\/","url_meta":{"origin":1781,"position":1},"title":"Spirulina Sebagai Makanan Tambahan","author":"drzubaidi","date":"13\/03\/2012","format":false,"excerpt":"Hampir setiap syarikat jualan langsung menjual produk makanan kesihatan spirulina. Ia adalah produk yang amat laris di pasaran kerana dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi dan bagus untuk pembangunan minda. Spirulina sebenarnya adalah tumbuhan microalgae berwarna biru kehijau-hijauan yang dimakan oleh manusia dan haiwan sebagai suplemen nutrisi. Kebanyakan algae ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/03\/spirulina-tablets-loose-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6313,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahan-kimia-penyebab-kanser-payudara\/","url_meta":{"origin":1781,"position":2},"title":"Bahan Kimia Penyebab Kanser Payudara","author":"drzubaidi","date":"20\/08\/2014","format":false,"excerpt":"BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARA \u201cSalam doktor. Baru-baru ini saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa terdapat bahan-bahan kimia dalam palstik makanan, kosmetik, barang permainan kanak-kanak dan pencuci boleh menyebabkan kanser. Kakak saya baru saja menjalani pembedahan pembuangan kanser payudara, dan akan menjalani radioterapi dan kemoterapi di HKL. Soalan saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":1519,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/deodorant-menyebabkan-kanser-payudara\/","url_meta":{"origin":1781,"position":3},"title":"Deodorant Menyebabkan Kanser Payudara?","author":"drzubaidi","date":"15\/03\/2011","format":false,"excerpt":"Kontroversi Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara. Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":3706,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pembatalan-notifikasi-produk-kosmetik-atas-isu-campurpalsu\/","url_meta":{"origin":1781,"position":4},"title":"Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik atas Isu CampurPalsu","author":"drzubaidi","date":"03\/01\/2013","format":false,"excerpt":"Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak\u00a0daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius. Produk seperti tersenarai\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/01\/bpfk21-225x300.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1673,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wajibkah-uri-bayi-ditanam\/","url_meta":{"origin":1781,"position":5},"title":"Wajibkah Uri Bayi Ditanam?","author":"drzubaidi","date":"14\/04\/2011","format":false,"excerpt":"Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahem. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Oleh itu uri adalah \u2018sebahagian dari organ\u2019 dalam proses pembentukan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1781","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1781"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1781\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15430,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1781\/revisions\/15430"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1781"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1781"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1781"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}