{"id":1706,"date":"2011-04-22T11:38:34","date_gmt":"2011-04-22T03:38:34","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1706"},"modified":"2024-05-23T15:13:52","modified_gmt":"2024-05-23T07:13:52","slug":"nyanyuk-di-usia-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/nyanyuk-di-usia-muda\/","title":{"rendered":"Nyanyuk di Usia Muda"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Selalunya seseorang dikatakan mengalami penyakit nyanyuk apabila dia mula mencapai umur 65-70 tahun. Namun apa yang terjadi kepada rakan saya, seorang agen unit amanah yang berjaya, dia mengalami beberapa kelupaan yang merisaukan.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cDoc, satu malam saya balik ke rumah. Oleh kerana kepenatan dan terasa mahu minum teh panas, jadi saya memasak air di atas dapur. Saya buatlah air teh dengan mencurahkan air dari atas dapur.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Saya menanti dengan penuh minat.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cPada pukul 4.30 pagi isteri saya menjerit. Dia memarahi saya kerana lupa menutup tombol dapur gas sepanjang malam. Mujur isteri saya bangun untuk membuatkan susu pada anak kami..\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Saya mendiamkan diri. Mungkin dia lupa kerana terlalu penat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeberapa hari lalu I marahkan kerani I sebab terdapat satu aliran keluar dalam akaun syarikat. Penyata bank menunjukkan ada aliran keluar sebanyak RM5000 dengan satu cek. I dah siap nak report polis. Bila I selidik sebenarnya, cek itu I berikan pada adik I yang belajar di KL. I hairan, dengan nilai cek sebanyak itu, I tak ingat bila I tulis dan berikan kepada adik I\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Memang benar, penyakit nyanyuk atau <em>Alzheimer&#8217;s <\/em>dulunya berlaku pada warga tua. Sekarang terdapat corak peningkatan pada usia yang lebih muda. Jangan terperanjat jika pada usia 40an, terdapat tanda-tanda awal untuk seseorang mengalami penyakit nyanyuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Amerika Syarikat sendiri terdapat 5.3 juta orang yang berumur 40an dan 50an hidup dalam kebimbangan akibat masalah kelupaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka hidup dalam sebuah negara yang sibuk dan \u2018mendesak\u2019, menyebabkan terdapat banyak faktor-faktor yang menjadi punca kelupaan ini. Antaranya tekanan pekerjaan, tidak cukup rehat dan tidur, menghisap rokok dan meminum arak dan memakan makanan yang tidak seimbang. Persoalannya, adakah masalah kelupaan ini adalah suatu penyakit atau sekadar masalah biasa .<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang rakan ustaz menasihatkan saya agar memberikan preskripsi doa agar dapat dibaca oleh pesakit sendiri. Banyakkanlah berdoa supaya tidak mudah lupa yang boleh dibaca dengan bahasa yang difahami sendiri (bahasa Melayu). Antaranya doa yang senang, \u201cYa Allah memberikan ingatan yang kuat dan tidak mudah lupa\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau boleh membaca: <em>robbii zidnii \u2018ilmaa warzuqnii fahmaan<\/em> (Ya Allah, tambahkan ilmu kepadaku dan kurniakan kefahaman al-Quran). Selain itu banyakkanlah berzikir kepada Allah dan membaca al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi bagaimana mahu membezakan sama ada kelupaan&nbsp; itu satu tanda awal penyakit nyanyuk atau hanya disebabkan stress bekerja?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan senang mahu membezakannya. Namun ada beberapa <em>clue<\/em> yang boleh saya berikan untuk memastikan ia bukan disebabkan oleh penyakit Alzheimer.<\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">Pertama, kelupaan biasa tidak mengganggu kehidupan seharian. <\/span><\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap orang mempunyai masalah ingatan yang berbeza. Ramai lelaki yang tidak dapat mengingati tarikh kelahiran anak mereka walaupun telah diingatkan beberapa kali oleh isterinya. Ia dianggap kelupaan yang biasa kerana kita menyambut \u2018tarikh lahir\u2019nya sekali pada setiap tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakalanya kita mengingati penyanyi sebuah lagu, tetapi lupa tajuk lagu itu. Ini mungkin satu perkara yang biasa kerana kita jarang memberikan perhatian kepada tajuk lagu.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya sendiri hanya mengingati irama lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain, tetapi saya jarang mengingati tajuk lagunya kerana saya menganggap lagu Maher Zain hanya satu hiburan yang tidak perlu dihafal.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai juga penceramah yang kadangkala lambat mengingati sesuatu perkara atau fakta. Sampai berselawat berkali-kali namun fakta yang cuba diingati itu tidak juga sampai ke ingatan. Tetapi akhirnya mengingati semula. Jadi ia bukanlah suatu tanda awal penyakit.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi apa sebenarnya tanda-tanda nyanyuk?<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita lupa melakukan sesuatu perkara atau mengingati suatu perkara yang menjadi sebahagian rutin kehidupan kita, barulah kelupaan itu dianggap membimbangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh, satu pagi ketika kita mahu memanggil isteri kita, kita terlupa namanya. Padahal, itulah seorang isteri kita hidup bersama lebih dari sepuluh tahun. Setelah duduk dan cuba mengingati namanya buat beberapa ketika, barulah kita dapat mengingati namanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu lagi contoh, seorang lelaki memberitahu saya, ketika bangun pagi, dia terkejut kerana dia tidak mengingati tarikh dan nama pada hari itu. Dia rasa terasing dalam dunianya sendiri, duduk termenung dan sangat susah hati. Padahal umurnya baru sahaja memasuki lima puluh tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah tanda-tanda permulaan bagi seseorang untuk mendapat penyakit nyanyuk. Oleh itu jika perkara yang kita lupa itu adalah sesuatu fakta atau perbuatan yang kita tidak gunakan kehidupan seharian kita, kelupaan itu adalah suatu yang normal. Namun jika kita lupa sesuatu yang menjadi rutin seharian kita, itu adalah masalah besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mula perasan yang saya sering lupa apabila saya mencuba makanan laut. Adakah itu puncanya doktor?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sukar bagi saya memberi \u2018fatwa\u2019 ya atau tidak. Namun berhati-hatilah ketika mencuba makanan yang baru. Ada juga produk-produk kesihatan yang kononnya membantu menambah kekuatan minda, tetapi berlaku sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang ini terdapanyak banyak produk-produk seperti itu. Malah ada yang menggajikan \u201cDoktor\u201d dan \u201cProfessor\u201d untuk memberitahu kelebihan produk masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah professor dan doktor ini menculik fakta perubatan dan sains untuk mencantikkan strategi jualan dengan menyebut <em>\u201cProduk ini akan menguatkan semua synapses saraf di otak dan meningkatkan kekuatan otak<\/em>\u201d.&nbsp; Padahal mereka tidak membuat ujikaji saintifik dan makmal bagi membuktikan dakwaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya bimbang produk-produk ini (yang harganya mahal) hanya suatu pelaburan yang membazir. Kajian dari <em>National Institutes of Health US<\/em> membuktikan produk-produk kesihatan yang berada di pasaran Amerika Syarikat tidak membantu menyembuhkan sel-sel otak yang telah menghidap penyakit Alzheimer.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya hanya mencadangkan agar mencuba beberapa teknik terapi untuk meningkatkan ingatan (<em>memory<\/em>) pesakit-pesakit Alzheimer&nbsp;yang dipraktikkan oleh pakar psychiatric yang terlatih&nbsp;.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana setiap kali kita lupa sesuatu fakta, sel-sel otak akan cuba mendapatkan semula fakta itu yang tersimpan dalam ingatan kita dan latihan yang mencabar minda boleh membantu orang-orang yang mengalami kelupaan di peringkat awal. Permainan<strong> Soduku dan teka silangkata<\/strong> adalah contoh permainan yang menguji minda dan memori.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga beberapa pesakit saya yang menghadapi masalah kelupaan ini setelah mencuba satu ubat tradisional. Kadangkala kesan sampingan ubat atau jamu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah kelupaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pesakit kronik seperti pesakit diabetik, darah tinggi dan <em>hypercholestrolemia<\/em>, yang terpaksa mengambil beberapa jenis ubat untuk mengawal penyakitnya, hendaklah bertanya &nbsp;dan berbincang dengan doktor yang merawat.<\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">Jadi, clue kedua ialah berkemungkinan seseorang pesakit itu mula mengambil ubat-ubat tertentu yang menyebabkan dia sering kelupaan.<\/span><\/p>\n\n\n\n<p>Selain interaksi kepada ubat yang boleh menyebabkan kelupaan, rasa kemurungan juga membuatkan ramai pesakit yang mengalami kelupaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya pernah diberitahu oleh seorang isteri, bahawa suaminya mengalami kemurungan selepas saya memberikan diagnosa suaminya mengalami penyakit diabetis pada usia 35 tahun. Dia langsung tidak mahu bercakap dan sering terlupa sesuatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu doktor yang merawat dapat membezakan sama ada kelupaan itu adalah masalah emosi atau kesan sampingan dari rawatan atau tanda-tanda mula menghadapi penyakit nyanyuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada beberapa ubat yang boleh menyebabkan \u2018kelupaan\u2019 jangka pendek termasuk ubat yang merawat kemurungan itu sendiri seperti <em>Xanax<\/em> dan <em>Valium<\/em>, ubat untuk \u2018gastrik\u2019, dan ubat menurunkan tahap kolesterol (<em>Lipitor<\/em>). Oleh itu bertanyalah kepada doktor yang merawat pesakit itu.<\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">Selain itu tanda-tanda awal bagi permulaan penyakit nyanyuk ialah sikap kelupaan pesakit dapat dikesan sendiri oleh anggota keluarganya.<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cKenapa nama saya tidak ada dalam senarai itu. Saya sudah telefon dan membuat temujanji dengan doktor. Cuba awak periksa betul-betul. Jangan buat saya marah\u201d<\/em> jerit seorang lelaki di kaunter depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia marah sebab nama dia tidak ada dalam senarai temujanji.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cMemang tidak ada, encik..\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cApa jenis hospital ini. Tak pandai buat kerja. Semalam saya sendiri telefon.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Suasana tegang dan muka mulai masam.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cCuba encik ingat semula, encik telefon hospital mana?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cHospital ini lah.. hospital Pakar Johor ini lah!!!\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPakcik, ini hospital Pakar Puteri. Hospital Pakar Johor di hujung sebelah sana..\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cYe ke..\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Memang kadang kala senario sebegini&nbsp; sangat menggeletek jiwa. Namun sebenarnya ia adalah tanda-tanda awal bagi penyakit nyanyuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada keluarga yang mengadu kepada saya bahawa ayahnya yang berumur 50an, bekas pegawai kerajaan dengan jawatan yang besar, bersiar-siar di tepi jalan di bandar Johor Bahru tanpa tujuan. Rumusan mudah untuk masalah ini, senang saja dengan mengatakan \u2018bapanya telah dipukau\u2019..<\/p>\n\n\n\n<p><em>Prof Dr Ken Robbins Pakar Geriatric Psychiatric <\/em>dari<em> University of Wisconsin,<\/em> Amerika Syarikat memberitahu selalunya ahli keluarga pesakit mula perasan terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada pesakit.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cAgaknya sudah buang tebiat orang tua ni. Pagi-pagi lagi sudah nak keluar rumah, dengan baju tidurnya. Subuh pun belum masuk lagi..\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cSaya hairan, ayah saya sekarang ini selalu mengadu tak jumpa cermin mata bila hendak membaca buku. Padahal, cermin mata itu dia dah letakkan di atas meja ..\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Adakala \u2018perubahan\u2013perubahan\u2019 ini disalahanggap oleh ahli keluarga sebagai suatu perbuatan yang mengada-ngada, mengandaikan pesakit menghadapi masalah pendengaran, malah yang bertengkar dan bertumbuk dengan ayahnya sendiri kerana menyangka ayahnya telah gila dan selalu panas baran.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaubagaimanapun apabila seseorang itu terlalu penat bekerja dan tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup, mereka akan kehilangan ingatan jangka masa pendek (<em>short-term memory loss<\/em>) dan mudah menjadi pelupa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada orang yang melakukan dua atau tiga pekerjaan dalam satu masa, menyebabkan otak mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak kajian saintifik yang dilakukan menggunakan kaedah <em>neuroimaging, <\/em>seperti <em>ct scan <\/em>otak, mendapati seseorang tidak dapat memberikan fokus yang baik jika diberikan melebihi dua pekerjaan serentak. Apatah lagi jika pekerjaan itu memerlukan pemerhatian yang serius.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah ini juga akan bertambah sukar jika seseorang itu melakukan kedua-dua pekerjaan menggunakan \u2018kemahiran otak\u2019 yang sama pada waktu masa yang sama. Sebagai contoh, seorang yang sedang bercakap di telefon bimbit tidak mungkin dapat mengarang ayat dan menaip perkataan menggunakan <em>keyboard <\/em>computer.<\/p>\n\n\n\n<p>Kekurangan tidur juga menyebabkan masalah kelupaan kerana otak dikatakan menyimpan dan menyusun data ketika seseorang itu sedang tidur. Suasana kerja yang terlalu <em>stress<\/em> juga akan menyebabkan seseorang menghasilkan hormone <em>cortisol<\/em> yang berlebihan di dalam tubuh, yang mana akan mengganggu sel-sel otak yang sedang berfungsi.<\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">Jadi orang yang menghadapi masalah kelupaan walaupun menikmati tidur yang cukup, telah bersara dan tiada kehidupan yang stress, berkemungkinan menghadapi tanda-tanda awal bagi penyakit nyanyuk atau Alzheimer<\/span>.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (220411)<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selalunya seseorang dikatakan mengalami penyakit nyanyuk apabila dia mula mencapai umur 65-70 tahun. Namun apa yang terjadi kepada rakan saya, seorang agen unit amanah yang berjaya, dia mengalami beberapa kelupaan yang merisaukan. \u201cDoc, satu malam saya balik ke rumah. Oleh kerana kepenatan dan terasa mahu minum teh panas, jadi saya memasak air di atas dapur. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[395,394],"class_list":["post-1706","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-alzheimer","tag-nyanyuk-muda"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-rw","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2478,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risau-air-mani-bercampur-darah\/","url_meta":{"origin":1706,"position":0},"title":"Risau Air Mani Bercampur Darah","author":"drzubaidi","date":"06\/01\/2012","format":false,"excerpt":"Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani-300x218.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1653,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pancutan-awal-boleh-merosakkan-hubungan-suami-isteri\/","url_meta":{"origin":1706,"position":1},"title":"Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri","author":"drzubaidi","date":"05\/04\/2011","format":false,"excerpt":"Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima\u2019 suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (Sexual Health), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja. Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":11927,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/elakkan-nyanyuk-pada-masa-tua-dengan-berpuasa-dan-mengambil-minyak-zaitun-extra-virgin\/","url_meta":{"origin":1706,"position":2},"title":"ELAKKAN NYANYUK PADA MASA TUA DENGAN BERPUASA DAN MENGAMBIL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN","author":"admin","date":"09\/11\/2020","format":false,"excerpt":"Penyakit nyanyuk adalah penyakit yang digeruni oleh kita apabila telah berusia nanti. Penyakit ini dikenali sebagai Dementia dan Penyakit Alzheimir. Pada masa itu kita lupa sama ada kita sudah makan atau belum, sudah solat atau belum, sudah mandi ke belum. Paling malang kita menjadi kanak-kanak yang bermain najis sendiri. Jika\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x-300x254.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6477,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-tekanan-darah-tinggi-pada-memor\/","url_meta":{"origin":1706,"position":3},"title":"KESAN TEKANAN DARAH YANG TINGGI PADA INGATAN (MEMORI)","author":"drzubaidi","date":"19\/09\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor, saya telah menghidap penyakit hypertension sudah 10 tahun. Agak sukar untuk mengawal bacaan tekanan darah saya. Selalunya bacaan tekanan sistolik antara 140-150 sementara tekanan diastolic antara 90-100. Doktor kata bacaan saya tidak boleh rendah lagi kerana saya telah menggunakan ubat yang terbaik, tetapi masih sukar untuk mendapat tekanan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":8270,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kerosakan-ginjal-akibat-penyakit-autoimmune-dan-ubat-penahan-sakit\/","url_meta":{"origin":1706,"position":4},"title":"KEROSAKAN GINJAL AKIBAT PENYAKIT AUTOIMMUNE DAN UBAT PENAHAN SAKIT","author":"drzubaidi","date":"29\/08\/2016","format":false,"excerpt":"\u00a0 Dulu saya ada seorang pesakit lelaki berusia 25 tahun. Beliau sering dibawa berjumpa dengan saya semenjak berusia 12 tahun lagi kerana penyakit biasa seperti asma, ruam pada kulit, batuk, selsema dan demam. \u00a0 Lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin sebab saya sudah tidak bekerja di klinik lama, dan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x-300x254.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6008,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lupa-mungkin-tanda-penyakit-bahaya\/","url_meta":{"origin":1706,"position":5},"title":"Lupa mungkin tanda penyakit bahaya","author":"drzubaidi","date":"19\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1706","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1706"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1706\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18731,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1706\/revisions\/18731"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1706"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1706"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1706"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}