{"id":1697,"date":"2011-04-20T08:20:23","date_gmt":"2011-04-20T00:20:23","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1697"},"modified":"2023-04-07T10:28:17","modified_gmt":"2023-04-07T02:28:17","slug":"penerangan-umum-mengenai-ketagihan-seksual","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/penerangan-umum-mengenai-ketagihan-seksual\/","title":{"rendered":"Penerangan Umum Mengenai Ketagihan Seksual"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Rakan FB saya, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil meluahkan kebimbangannya terhadap email yang baru diterima. Saya menyalin luahan dari<em> wall <\/em>FB beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cBerpuluh-puluh emel saya terima dengan kes yang sama. Anak muda yang soleh, tak pernah tinggal solat semenjak aqil baligh, tetapi ketagihan pornografi, merutin diri dengan masturbasi, dan aktif naik ke pentas memberi tazkirah dakwah. Meminta tolong daripada saya, Wallahi saya tak tahu nak nasihat apa, malah derita jiwa memikirkan anak-anak saya pula!\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga keluhan Ustaz Zaharudin Abd Rahman dalam blognya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201csalam ustaz, ustaz macamana hendak berhenti dari masturbasi dan menonton filem lucah, padahal saya sembahyang cukup. Adakah selama ini Allah tidak terima ibadat saya?\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah ada yang cuba beralasan kononnya bermasturbasi untuk mengelakkan zina, padahal masturbasi sebenarnya mendekatkan diri dengan zina. Pelbagai alasan lagi yang diberikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cAssalamu alaikum ustaz. Saya hendak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari cara-cara melakukan seks. Ini kerana isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks. Apa pendapat ustaz?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengajak isteri menonton filem lucah supaya isteri boleh mempelajari melakukan seks adalah suatu alasan yang paling \u2018kurang pandai\u2019 yang pernah saya dengar. Sebagai manusia, Allah telah memberikan naluri berkehendakkan hubungan seksual tanpa perlu diajar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kegilaan ini bukan baru bermula. Ia \u2018dipupuk\u2019 tanpa disedari dari remaja dan sebelum mendirikan rumahtangga. Dan kini cuba \u2018menjangkiti\u2019 isterinya yang bersih.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya inilah contoh seorang suami yang \u2018kurang iman dan akal\u2019 yang mahukan isterinya melakukan teknik-teknik seksual ala kebaratan yang dia &#8216;pelajari&#8217; dari filem-filem lucah agar dapat memuaskan nafsunya. Demi menghalalkan caranya dia beralasan umtuk mengajar isterinya yang dikatakan tidak tahu melakukan hubungan jima\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa disedari, semua yang bertanya di atas telah berada dalam kumpulan \u201cPenagih Seks\u201d yang memudaratkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Bagaimana penagihan seksual boleh memudaratkan?<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak mendalami jurusan syariah seperti mana Ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharudin. Maka saya tidak akan memberikan nas-nas hadis dan al-Quran berhubung dengan isu ini. Namun saya akan menengahkan kajian saintifik dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh para kaunsellor dan <em>psychiatrist.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Para <em>psychiatris<\/em>t telah banyak membuat kajian tentang ketagihan seksual. Ini bermakna ketagihan seksual adalah sebenarnya suatu penyakit mental, bukan sekadar permasalahan emosi yang perlu diselesaikan oleh kaunsellor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketagihan seksual secara ringkasnya bermakna keinginan seksual yang tidak normal, berlaku apabila ingatan dan perbuatan untuk melakukan aktiviti seksual yang tidak dikawal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Aktiviti tidak normal ini boleh difahami dengan mudah, iaitu perbuatan seksual yang memalukan dan berbeza daripada kebiasaan. Antaranya masturbasi, menghendap orang melakukan aktiviti seksual, melihat pornografi dari filem atau majalah. Banyak lagi aktiviti seksual yang dilakukan oleh penagih seks.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun yang membezakan seseorang dengan penagih seksual ialah mereka mempunyai dua sifat ini. Pertama ialah <span style=\"text-decoration: underline;\">ingatan terhadap aktiviti seksual<\/span> hingga membangkitkan keinginan untuk melakukannya. Kedua ialah <span style=\"text-decoration: underline;\">melakukan aktiviti seksual<\/span> walaupun tahu akibat daripada perbuatannya dan <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak mampu menghentikan perbuatan itu<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah seperti mana ketagihan yang lain, semakin lama, ingatan dan aktivitinya semakin menjadi \u2018liar\u2019 semata-mata untuk mendapat kenikmatan yang sama. Aktiviti seksual sebelum ini tidak mendatangkan apa-apa kepuasan seksualnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai contoh, jika dulu dia hanya membeli majalah-majalah seksi, kini dia mula bertanya-tanyakan tentang VCD porno pula. Kalau dulu dia hanya masturbasi, tetapi sekarang mulai meraba-raba tangan dan punggung teman wanitanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu mereka yang sesekali melakukan masturbasi dan melihat pornografi atau aktiviti yang berseorangan walaupun tidak melibatkan wanita lain secara realiti, ia masih dikatakan sebagai seorang yang ketagihan seks di peringkat awal. Beliau harus disedarkan dan ditegah. Jika tidak, tentunya perbuatan sesekali akan menjadi amalan yang berkekalan suatu hari nanti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada penagih seks yang <em>extreme<\/em>, mereka cenderung melakukan perbuatan yang melampau dan melibatkan wanita lain seperti \u2018suka menunjukkan kemaluan pada wanita lain\u2019 (<em>exhibitionism<\/em>) atau menayangkan perlakuan lucah supaya ditontoni (<em>voyeurism<\/em>), menelefon wanita yang tidak dikenali dengan perbualan lucah, melakukan kelucahan pada kanak-kanak <em>(child molester<\/em>) malah merogol wanita lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang bertanya kepada saya, aktiviti seksualnya hanya dilakukan sendirian dan tidak \u2018menyusahkan\u2019 orang lain. Mengapa perlu dikisahkan dan masyarakat perlu mengambil perhatian?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa disedari penagih seks lama kelamaan akan menjadi pesalah seksual. Walaupun tidak semua penagih seksual akan menjadi pesalah seksual, namun kebanyakan daripada mereka berakhir sebagai pesalah seksual.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesalah seksual ialah orang yang melakukan aktiviti seksual yang melibatkan orang lain tanpa kerelaan atau mengganggu emosi dan fizikal mangsa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti mana yang saya katakana tadi, penagih seks akan melakukan perbuatan yang semakin hari semakin liar dan beliau sukar mengawalnya sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari berseronok-seronok seorang, beliau akan mengganggu masyarakat dari segi emosi (<em>exhibitionism, voyeurism) <\/em>dan akhirnya melakukan keganasan seksual secara fizikal seperti <em>child molester <\/em>atau merogol.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara statistik sebanyak 71 peratus pesalah melakukan kelucahan pada kanak-kanak (<em>child molester) <\/em>adalah penagih seks. Oleh itu untuk menyelamatkan masyarakat dari perbuatan terkutuk ini, cara terbaik ialah dengan memenjarakannya saja supaya dapat memisahkan beliau dari masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Psychiatrist<\/em> akan cuba memahami mereka dan mengenali ketagihan seksual ini dengan melakukan pelbagai temuduga dan sesi \u00a0<em>psychotherapy.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akhirnya saintis di <em>National Council on Sexual Addiction and Compulsivity US<\/em>, mendefinasikan ketagihan seksual sebagai \u201c<em>engaging in persistent and escalating patterns of sexual behavior acted out despite increasing negative consequences to self and others.<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam perkataan lain, ketagihan seks menyebabkan seseorang itu akan terus bersama dengan \u2018kehidupan seks\u2019nya,\u00a0 (sama ada dalam ingatan atau kelakuan) walaupun mereka tahu ketagihan itu boleh menyebabkan risiko kerosakan kesihatan (dijangkiti kuman-kuman penyakit kelamin), masalah kewangan (membelanjakan wang yang banyak untuk melanggani seks atau mendapatkan sumber-sumber seks), keretakan hubungan suami-isteri (apabila suami lebih gemar melayani fantasinya daripada isterinya), boleh menjatuhkan reputasi sebagai orang yang dihormati dan mungkin tertangkap sebagai pesalah seks (apabila melanggani pelacur atau meraba orang gajinya).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu panduan bertajuk \u201c<em>The Diagnostic and Statistical Manual of Psychiatric Disorders\u201d<\/em>, mengatakan penagih seks akhirnya akan menjadi penzina dan menggambarkan mereka sebagai \u201cpencarian wanita yang ramai yang tidak dikawal (<em>compulsive<\/em>), berkhayal pada wanita yang tidak mungkin dimiliki, selalu mastubasi, selalu mempunyai hubungan cinta terlarang dan melakukan hubungan seksual dalam hubungan terlarang itu\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia semua bermula apabila terdapat terlalu banyak bahan-bahan yang merangsangkan seksual di pasaran. Bagi yang tidak mempunyai kekayaan mungkin hanya membeli majalah seksi, DVD lucah, tetapi yang kaya pula mungkin akan mencari \u2018teman berbayar\u2019 yang terdiri dari GRO dan pelacur. Masalah bermula apabila mereka yang tidak mampu, akan mencari kepuasan seksual percuma dengan mengganggu emosi dan fizikal orang lain secara paksa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malangnya, ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa mereka adalah penagih seks dan memerlukan bantuan secara professional.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Seks ibarat makanan, ia amat perlu tetapi perlu dikawal<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketagihan seksual berbeza dengan ketagihan dadah, judi dan alkohol. Ketagihan dadah, judi dan alkohol adalah ketagihan yang dibawa dari luar masuk ke dalam pemikiran. Ia\u00a0 bukan aktiviti atau bahan yang perlu dalam kelangsungan hidup. Oleh itu semua orang mengakui bahawa tanpa dadah, judi dan alkohol semua boleh hidup dengan bahagia. Ia tidak diperlukan langsung. Semua agama juga melarang manusia menagih dadah, berjudi dan meminum alkohol.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi aktiviti seksual adalah aktiviti yang hidup secara semulajadi dalam setiap manusia. Sama ada seseorang manusia itu cacat atau sempurna anggota, kehendak terhadap aktiviti seksual adalah kehendak yang diperlukan. Ia seperti kehendak pada makanan, perlu dimakan apabila tiba masanya. Malah seseorang yang mempunyai kehendak seks yang rendah dikira mempunyai masalah kesihatan atau mungkin melibatkan kesihatan mental.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu ia perlu dikawal. Melakukan sesuatu tanpa kawalan akan mengundang kemudharatan. Ini mudah difahami. Walaupun makanan itu satu keperluan, namun apabila memakan makanan tanpa kawalan, ia akan mengundang pelbagai penyakit dan bakal memudharatkan dirinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi apakah yang menyebabkan seseorang tidak dapat mengawal kehendak seksnya? Adakah penagihan seksual ini adalah pilihan mereka seperti mana sesetengah orang yang memilih untuk merokok dan akhirnya ketagihan?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Punca ketagihan seksual ini sukar difahami. Psychiatrist memberikan pelbagai teori. Terdapat pelbagai kemungkinan perubahan <em>biochemical<\/em> dalam otak yang mungkin menyebabkan masalah ketagihan seksual ini berlaku. Malah psychiatrist memberitahu, ia berkaitan dengan gelombang saraf yang \u2018liar\u2019 dalam otak yang perlu dijinakkan. Oleh itu ramai doktor yang memberikan ubat pencegah kemurungan (antidepressant) dan ubat psychotropic, dan ternyata ia membantu penagih seksual ini mengurangkan ketagihan seks mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun saya berpendapat bahawa ketagihan seksual ini bermula apabila kita mengambil \u2019sikap tidak apa\u2019 terhadap semua aktiviti atau unsur-unsur seks yang berada di hadapan mata kita. Ramai yang menganggap bahawa kita memerlukan seks seperti mana kita memerlukan makanan. Aktiviti seksual adalah sebahagian dari kita. Bila kita lapar, kita perlukan makanan. Bila kita \u2018kegersangan\u2019 kita perlukan seks. Itulah lawak kering seorang lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang menganggap keperluan dan aktiviti seksual yang tidak ditahan dan dikawal adalah bagus untuk jiwa. Pemikiran sebegini memberikan bekas kepada pemikiran <em>subconscious<\/em> kita. Secara tidak sedar kita mengatakan apa yang berkaiatan seksual adalah &#8216;OK&#8217; dan normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari sikap biasa terhadap aktiviti seksual, lama-kelamaan keperluan seksual diperlukan lagi dan lagi. Akhirnya ketagihan seksual melekat di pemikiran seseorang dan beliau gagal mengawal kehendak seksualnya walaupun pemikiran logiknya faham bahawa ketagihan seks boleh membawa risiko kemudaratan kesihatan, keruntuhan kewangan, menjatuhkan maruah malah memutuskan hubungan suami-isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu jangan terperanjat jika seorang yang berilmu, berwawasan, dan memiliki ilmu agama boleh terjebak dalam ketagihan seks. Maka sesiapa juga boleh menghidap penyakit ketagihan seksual ini tanpa mereka disedari, sama ada dia seorang peguam, businessman, doktor, hakim, ahli politik malah imam masjid dan surau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di media negara barat, banyak sekali pendedahan kecurangan seksual paderi dan \u2018orang yang dekat dengan tuhan\u2019. Saya percaya mereka mengetahui perbuatan mereka akan menerima kutukan tuhan, namun hati mereka tidak mampu melawan ketagihan itu. Apabila terangsang, mereka tidak mampu berfikir secara waras walaupun mereka tahu akibat perbuatan mereka itu jika tertangkap atau diketahui orang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penagih seks akan mudah mendapat kenikmatan (<em>euphoria<\/em>) dari perbuatan mereka. Sebagai contoh, seorang lelaki yang gemar bermastubarsi akan merasa lebih seronok bermasturbasi daripada berjima\u2019 dengan isteri. Lebih seronok berfantasi daripada menghadapi reality di sebelahnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah satu ciri penagihan seksual ialah mereka menjalani aktiviti seksual dengan isteri mereka bukan lagi untuk menghargai kemesraan dan hubungan intim antara suami-isteri, tetapi lebih kepada kepuasan sendiri, menghilangkan rasa tertekan, rasa tidak boleh tidur atau mahu melupakan masalah di tempat kerja. Padahal orang yang bermasalah selalunya mengalami \u2018mati pucuk\u2019 (<em>erectile dysfunction<\/em>) yang sementara, bukannya lebih mendapat kepuasan seksual ketika menghadapi masalah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Tanda mengalami ketagihan seksual <\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya tiada diagnosa bertajuk \u201cPenagih Seks\u201d dalam mana-mana diagnosa yang dibuat oleh doktor. Namun begitu istilah \u201cPenagih Seks\u201d ini adalah satu kumpulan simptom (tanda-tanda) yang memberitahu bahawa seseorang itu berada di pintu bahaya. Ini kerana seorang penagih seks boleh saja menjadi pesalah seksual.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara tanda-tandanya ialah :<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>Mempunyai hubungan seksual terlarang.<\/li>\n<li>Selalu memikirkan atau mencari-cari peluang untuk melakukan aktiviti seks. Mereka telah cuba menghentikan pemikiran ini, namun tidak berjaya.<\/li>\n<li>Kembali melakukan aktiviti seksual terlarang walaupun telah lama menghentikannya.<\/li>\n<li>Menghabiskan banyak masa dalam melakukan aktiviti yang berkaitan seks contohnya menonton laman web pornografi berjam-jam atau mencari-cari teman wanita dengan niat melakukan seks rambang.<\/li>\n<li>Melupakan tanggungjawab untuk belajar atau bekerja semata-mata untuk keseronokan seks.<\/li>\n<li>Terus melakukan aktiviti seksual terlarang walaupun mengetahui risiko kesihatan (jangkitan HIV), merenggangkan hubungan dengan isteri, atau menjatuhkan reputasi atau maruah jika dilihat orang ramai atau tertangkap.<\/li>\n<li>Mula mencari khidmat-khidmat seks yang lebih terbuka seperti melawat ke kelab-kelab bogel dan melanggani pelacur.<\/li>\n<li>Rasa tertekan dan marah apabila tidak dapat melakukan aktiviti sekssual yang terlarang ini.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Para psikologi memberitahu seseorang itu mula mengalami tanda-tanda mula ketagihan seksual apabila mempunyai tiga atau lebih tanda-tanda di atas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai ulamak yang mengharamkan masturbasi, menonton pornografi dan aktiviti seksual yang \u2018syok sendiri\u2019 kerana aktiviti-aktiviti itu mendekati zina. Lama kelamaan seseorang lelaki akan terjerumus juga ke lembah zina apabila dia tidak lagi dapat mengawal kehendak seksual kerana telah menjadi penagih seks.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bersyukurlah jika mereka bertaubat dan masih berpeluang melakukan kebaikan dan mendapat keampunan Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Dan satu riwayat:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari Abu Hurairah, dia berkata : Telah bersabda Nabi Shallallahu \u2018alaihi wa sallam, \u201cTidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan merampas barang yang manusia (orang ramai) melihat kepadanya dengan mata-mata mereka ketika dia merampas barang tersebut pada ketika dia seorang mukmin\u201d (Hadits shahih riwayat Bukhari no. 2475, 5578, 6772, 6810 dan Muslim 1\/54-55)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu, jika kita mendapati tanda-tanda di atas dipunyai oleh kita, rakan atau ahli keluarga kita, cepatlah mendapatkan nasihat dari professional seperti kaunsellor, ustaz atau pakar psychiatrist untuk membantu kerana ketagihan seks adalah sesuatu yang amat sukar dirawat apabila sudah parah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (200411)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakan FB saya, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil meluahkan kebimbangannya terhadap email yang baru diterima. Saya menyalin luahan dari wall FB beliau. \u201cBerpuluh-puluh emel saya terima dengan kes yang sama. Anak muda yang soleh, tak pernah tinggal solat semenjak aqil baligh, tetapi ketagihan pornografi, merutin diri dengan masturbasi, dan aktif naik ke pentas memberi tazkirah dakwah. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[392,393,390,391],"class_list":["post-1697","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-ketagihan-seks","tag-masturbasi","tag-ustaz-hasrizal-abdul-jamil","tag-ustaz-zaharudin-abdul-rahman"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-rn","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":6346,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-selepas-hubungan-intim\/","url_meta":{"origin":1697,"position":0},"title":"Pendarahan Selepas Hubungan Intim","author":"drzubaidi","date":"23\/08\/2014","format":false,"excerpt":"PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN INTIM \"Selamat sejahtera Dr. Saya Puan XXX . Saya mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan intim. Saya tidak merasa sakit. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih\" Jawapan: Mengenai pendarahan selepas hubungan intim saya ada menulis dalam blog. 1. http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-selepas-persetubuhan\/ 2. http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lendiran-bercampur-darah-selepas-hubungan-intim\/ Semoga bermanfaat. [IKLAN] Bagi wanita yang mengalami\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":6279,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/darah-keluar-dari-dubur\/","url_meta":{"origin":1697,"position":1},"title":"DARAH KELUAR DARI DUBUR","author":"drzubaidi","date":"14\/08\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam Dr, saya hendak bertanya, kalau keluar darah dari dubur kita, adakah ia buasir? Tapi masa buang air besar tidak rasa sakit pun. Darah pun keluar bukan pada masa buang air besar. Darah hanya keluar hanya sesekali. Mohon pencerahan doktor, terima kasih doktor atas masa diluangkan\u201d. WA ALAIKUM MUS SALAM\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":6535,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hamil-lendiran-darah-di-mulut-selepas-makan-antacid-untuk-gastrik\/","url_meta":{"origin":1697,"position":2},"title":"hamil lendiran darah di mulut selepas makan antacid untuk gastrik","author":"drzubaidi","date":"03\/10\/2014","format":false,"excerpt":"HAMIL LENDIRAN DARAH DI MULUT SELEPAS MAKAN ANTACID UNTUK GASTRIK \u00a0 Assalammualaikum doctor. Saya hamil 12 minggu dan sering diserang gastrik yang teruk. Semalam saya kena serangan gastrik lagi. Kemudian saya ambil pil antacid, tetapi bila bangun pagi ini ada keluar lendiran berwarna merah. Adakah kesan dari pengambilan pil itu?\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6542,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-sampingan-ubat-antacid\/","url_meta":{"origin":1697,"position":3},"title":"kesan sampingan ubat antacid","author":"drzubaidi","date":"04\/10\/2014","format":false,"excerpt":"KESAN SAMPINGAN UBAT ANTACID \u00a0 \u201cSalam doctor. Saya sering mengalami pedih perut terutama pada waktu malam. Jadi saya ada stok beberapa jenis ubat gastrik seperti Gelusil dan MMT dalam petiais. Apakah kesan sampingan ubat itu jika saya kerap mengambilnya? Mohon pencerahan, terima kasih\u201d \u00a0 WA ALAIKUM MUS SALAM \u00a0 Semua\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"antacid","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/10\/antacid.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6507,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/psoriasis\/","url_meta":{"origin":1697,"position":4},"title":"Psoriasis","author":"drzubaidi","date":"26\/09\/2014","format":false,"excerpt":"PSORIASIS \u00a0 \u00a0 Psoriasis adalah penyakit radang kulit yang kronik yang disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Ia bermula dengan ruam merah, dan mempunyai sisik, yang apabila digaru akan menyebabkan habuk putih. Ia biasanya berlaku terutama pada kulit kepala, siku, dan lutut. Psoriasis tidak boleh disembuh kerana punca kerosakan terhadap kulit\u2026","rel":"","context":"In &quot;Sakit Kulit&quot;","block_context":{"text":"Sakit Kulit","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/sakit-kulit-2\/"},"img":{"alt_text":"psoriasis 3","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/psoriasis-3-300x206.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6532,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berapa-lama-susu-ibu-boleh-bertahan\/","url_meta":{"origin":1697,"position":5},"title":"Berapa lama susu ibu boleh bertahan","author":"drzubaidi","date":"02\/10\/2014","format":false,"excerpt":"BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN? \u00a0 \u00a0 \"Salam doctor. Semoga dr berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.\u00a0 Saya mahu bertanyakan, berapakah tempoh hayat sebenar bagi susu ibu yang diperah dan disimpan dalam deep freezer? Adakah benar-benar tempoh maksimum hanya sehingga 6 bulan? Atau masih boleh digunakan setelah tempoh 6\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"Gambar hiasan","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/10\/susu-ibu-stok-300x185.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1697","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1697"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1697\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16180,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1697\/revisions\/16180"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1697"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1697"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1697"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}