{"id":1686,"date":"2011-04-19T08:48:51","date_gmt":"2011-04-19T00:48:51","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1686"},"modified":"2023-05-26T10:49:00","modified_gmt":"2023-05-26T02:49:00","slug":"obesiti-pelajar-direkod-dalam-kad-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/obesiti-pelajar-direkod-dalam-kad-laporan\/","title":{"rendered":"Obesiti Pelajar Direkod dalam Kad Laporan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya amat mengalu-alukan cadangan\u00a0Kementerian Kesihatan Malaysia\u00a0(KKM) untuk bekerjasama dengan\u00a0Kementerian Pelajaran\u00a0bagi menangani masalah obesiti atau kegemukan di kalangan pelajar-pelajar sekolah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KKM mencadangkan agar indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Pada saya ini akan menarik perhatian ibubapa tentang \u2018masalah kesihatan\u2019 anak mereka. Ramai ibubapa tidak menyedari anak-anak mereka mula mengalami obesiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak dapat dinafikan juga penjualan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan di kantin sekolah, juga menyumbang kepada masalah kesihatan pada kanak-kanak. Ia perlu dihentikan segera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kadangkala saya gelihati melihat telatah ibubapa. Apabila saya memberitahu ibubapa bahawa anak mereka harus mengurangkan \u2018ayam goreng\u2019 dalam menu hidangan kerana berat badan yang berlebihan, ibubapa akan berpaling ke arah anak mereka dan menyalahkan mereka pula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDengar tu Daniel, lepas ni tak boleh makan KFC lagi.. berat badan dah naik.\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cTu lah Syafiq, mama dah cakap. Tak nak dengar..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tergamam mendengar reaksi itu. Bukankah ibubapa yang seharusnya mengaturkan pemakanan anak-anak mereka? Bukankah ibubapa yang membawa anak-anak ke KFC dan McDonald lalu memesan makanan di kaunter restoran itu? Bukankah ibubapa yang mengeluarkan wang ?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi mengapa mereka harus \u2018meminta kebenaran\u2019 anak untuk mengatur pemakanan mereka.\u00a0Anak\u00a0mereka akan mendesak tapi keputusan terletak di tangan ibubapa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibu bapa harus memainkan peranan untuk menghalang anak-anak mendapat obesiti sejak dari awal. Ramai kanak-kanak yang obes terus mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka. Risiko menghidap penyakit kronik juga meningkat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian Morbiditi &amp; Kesihatan Kebangsaan ketiga (NHMS III) pada tahun 2006 kepada 21,249 kanak-kanak menunjukkan 5.4 peratus kanak-kanak mengalami obesiti di mana 6.8 peratus berusia 7 hingga 9 tahun manakala 6.4 peratus berusia 4 hingga 6 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malaysia\u00a0berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai ramai dewasa yang obes. Kira-kira 1.7 juta\u00a0rakyat Malaysia\u00a0yang berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Obesiti meningkatkan risiko untuk penyakit diabetes, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser. Dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes dan 4.8 juta menghidap darah tinggi. Diabetes Mellitus sendiri antara 10 penyebab utama kematian di hospital kerajaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi mengurangkan berat badan dan mengekalkannya bukanlah satu perkara yang mudah. Cara yang terbaik ialah mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatrik dan\u00a0\u00a0pakar pemakanan. Ubat mengurangkan selera makan tidak sesuai untuk kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Obesiti di kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah penyakit genetik (jarang berlaku) iaitu\u00a0<em><a title=\"Prader-Willi syndrome\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Prader-Willi_syndrome\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Prader-Willi syndrome<\/a>,<a title=\"Bardet-Biedl syndrome\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Bardet-Biedl_syndrome\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Bardet-Biedl syndrome<\/a>,\u00a0<a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/MOMO_syndrome\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">MOMO syndrome<\/a>, mutasi\u00a0<a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Leptin_receptor\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Leptin receptor<\/a>,\u00a0<a title=\"Congenital leptin deficiency (page does not exist)\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/w\/index.php?title=Congenital_leptin_deficiency&amp;action=edit&amp;redlink=1\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Congenital leptin deficiency<\/a> <\/em>dan<em> mutasi\u00a0<a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Melanocortin_receptor\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Melanocortin receptor<\/a><\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia mudah dikenali kerana sejak bayi lagi mereka telah mengalami obesiti yang melampau. Apabila mencapai umur 10 tahun, berat badan mereka tiga kali lebih berat dari kanak-kanak yang sama umur dan jantina dengannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat juga beberapa penyakit yang dialami oleh kanak-kanak menyebabkan kegemukan. Bezanya ia adalah bukan sebab kerosakan genetik, tetapi akibat kegagalan keseimbangan hormon seperti penyakit\u00a0<em><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Cushing%27s_syndrome\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Cushing&#8217;s syndrome<\/a> <\/em>dan<em> <a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Hypothyroidism\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Hypothyroidism<\/a><\/em>. Pemeriksaan doktor juga penting untuk mengesan masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemakanan adalah punca utama kanak-kanak yang sihat mengalami kegemukan. Mereka\u00a0mencontohi tabiat makan yang kurang sihat daripada ibu bapa mereka. Sehubungan itu, ibu bapa mesti menjadi tauladan yang baik dan mengamalkan tabiat makan yang sihat untuk kebaikan anak-anak mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sering memberitahu pesakit saya, untuk mengelakkan kegemukan pada anak-anak kita, gaya pemakanan harus diamalkan oleh seluruh ahli keluarga. Ibubapa juga harus sama menjaga pemakanan agar anak-anak dapat mengikuti tauladan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bayangkan seorang itu bapa yang menyuruh anaknya yang obes memakan sayur sedangkan dia sendiri sedang seronok menikmati ayam percik atau daging gulai. Tentu tidak munasabah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Amalan minum air bergas yang mengandungi banyak gula juga menyumbang kepada obesiti. Saya pernah diberitahu oleh seorang agen insuran, bahawa anak saudaranya suka meminum minuman segera yang manis dibeli dari kedai 24 jam semenjak memasuki sekolah menengah. Apabila menncapai umur 17 tahun, dia telah disahkan mengalami diabetes dan obesiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kajian terhadap 548 orang kanak-kanak mendapati amalan meminum air bergas dalam tin setiap hari akan menambahkan berat badan sebanyak 1.6 kali selepas 19 bulan. Kajian ini dilaporkan di\u00a0<em>International Journal Obesity<\/em> (2005). (Rujuk : James J, Kerr D: &#8220;<em>Prevention of childhood obesity by reducing soft drinks<\/em>&#8220;).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti yang dikeluarkan oleh\u00a0Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap kanak-kanak berusia antara 2 hingga 8 tahun disarankan untuk mengambil gula kurang dari lima hingga enam sudu teh setiap hari manakala dewasa adalah kurang dari 10 sudu teh. (Bagaimanapun, rakyat Malaysia pada zaman sekarang ada yang mengambil gula sehingga 24 sudu teh)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada\u00a0rakan yang bertanya mengenai susu segar. Sebenarnya susu segar tidak menggemukkan kanak-kanak berumur antara satu hingga dua tahun. Jadi tidak perlu memberikan susu rendah lemak pada kanak-kanak, namun pemberian susu manis akan menyebabkan mereka mengalami berat badan berlebihan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa kita sedari makanan yang kita beli dari kedai atau restoran makanan segera akan mempengaruhi pemakanan anak kita. Keadaan ini lebih dirasai apabila para ibu bekerja dan tidak sempat memasak makanan segar di rumah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam akhbar\u00a0<em>Sydney Morning Hearld<\/em> (8 February 2011) menyiarkan bahawa ibu yang bekerja lebih masa mempunyai anak yang obes.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibubapa juga harus memperhatikan emosi anak-anak mereka. Tekanan dan bebanan belajar akan mempengarusi emosi dan mood mereka. Satu\u00a0kajian terhadap 1,520 kanak-kanak berumur 9\u201310 tahun, selama empat tahun membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara obesiti dan \u2018perasaan rendah diri\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian itu mendapati di kalangan kanak-kanak yang obese, 19% dari mereka tidak ceria, 48% pula berasa kebosanan dan 21% pula berasa nervous. Rasa murung juga akan menyebabkan kanak-kanak akan makan secara berlebihan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi ibu bapa mesti terlibat secara aktif di dalam program pengurangan berat badan anak mereka yang obes kerana ia hanya akan berjaya jika ibu bapa turut mengambil bahagian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang beranggapan bahawa dengan bersenam sahaja akan mengurangkan berat badan kanak-kanak, namun apabila penat ramai kanak-kanak bersama ibubapa mereka menjadi lapar dan mula mengabaikan pemakanan yang sihat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong>Bagaimana kita mengira BMI anak kita<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya bangga apabila ramai ibubapa yang prihatin pada pertumbuhan fizikal anak mereka. Mereka mahu mengira sendiri BMI anak mereka di rumah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">BMI atau\u00a0<em>body mass index<\/em> adalah suatu ukuran yang penting untuk menentukan sama ada anak kita mempunyai lebih berat badan (overweight), kekurangan berat badan (underweight), atau mempunyai berat yang normal.\u00a0Harus diketahui bagi kanak-kanak 2 tahun hingga remaja 20 tahun, pengiraan BMI tidak bermakna anak kita tidak mengalami obesiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara mengira BMI kanak-kanak 2 tahun hingga remaja 20 tahun :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. Timbang berat anak anda dalam kilogram<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2. Ukur tingginya dalam meter<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3. Kirakan BMI menggunakan formula<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong> BMI = [weight \/ (height x height)]<\/strong><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">4. Plotkan bacaan ini pada graf BMI Percentiles mengikut jantina dan\u00a0usia anak kita. Sebagai contoh kanak-kanak bermur 13 tahun\u00a0mempunyai BMI 17 adalah berada pada 25th percentile pada graf tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/girlsbmi.gif?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1690\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/obesiti-pelajar-direkod-dalam-kad-laporan\/girlsbmi\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/girlsbmi.gif?fit=612%2C792&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"612,792\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"girlsbmi\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/girlsbmi.gif?fit=612%2C792&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1690\" title=\"girlsbmi\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/girlsbmi.gif?resize=231%2C300&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"231\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/girlsbmi.gif?resize=231%2C300&amp;ssl=1 231w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/girlsbmi.gif?w=612&amp;ssl=1 612w\" sizes=\"auto, (max-width: 231px) 100vw, 231px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/boysbmi.gif?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1688\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/obesiti-pelajar-direkod-dalam-kad-laporan\/boysbmi\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/boysbmi.gif?fit=612%2C792&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"612,792\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"boysbmi\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/boysbmi.gif?fit=612%2C792&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1688\" title=\"boysbmi\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/boysbmi.gif?resize=231%2C300&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"231\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/boysbmi.gif?resize=231%2C300&amp;ssl=1 231w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/boysbmi.gif?w=612&amp;ssl=1 612w\" sizes=\"auto, (max-width: 231px) 100vw, 231px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">5. Dari situ kita analisa keputusan :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kurang Berat jika BMI&lt; 5th percentile.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Normal jika BMI antara 5th percentile hingga 85th percentile.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lebih berat jika BMI antara 85th hingga 95th percentile.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Obese jika BMI lebih 95th percentile.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini adalah penilaian asas bagi anak anda. Jika anda mendapati anak anda mempunyai masalah berat badan, silalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (190411)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya amat mengalu-alukan cadangan\u00a0Kementerian Kesihatan Malaysia\u00a0(KKM) untuk bekerjasama dengan\u00a0Kementerian Pelajaran\u00a0bagi menangani masalah obesiti atau kegemukan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. KKM mencadangkan agar indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Pada saya ini akan menarik perhatian ibubapa tentang \u2018masalah kesihatan\u2019 anak mereka. Ramai ibubapa tidak &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[187],"tags":[388,389],"class_list":["post-1686","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","tag-bmi-percentile","tag-mengira-bmi-kanak-kanak"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-rc","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4990,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/makanan-segera-tidak-sesuai-untuk-anak-anak\/","url_meta":{"origin":1686,"position":0},"title":"Makanan segera tidak sesuai untuk anak-anak","author":"drzubaidi","date":"30\/11\/2013","format":false,"excerpt":"Sebut saja makanan segera, semua orang pasti tahu jenis makanan yang dimaksudkan. Ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej, piza dan mi segera, antara makanan segera yang popular. Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak berbahaya kepada kesihatan. Ini kerana makanan segera mempunyai kandungan zat makanan yang tidak seimbang,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3691,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kurangkan-penggunaan-antibiotik-di-kalangan-bayi-dan-kanak-kanak\/","url_meta":{"origin":1686,"position":1},"title":"Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak","author":"drzubaidi","date":"06\/01\/2013","format":false,"excerpt":"Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila\u00a0 saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa \"demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik\". Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":3723,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengenal-tanda-masalah-autism\/","url_meta":{"origin":1686,"position":2},"title":"MENGENAL TANDA MASALAH AUTISM","author":"drzubaidi","date":"08\/01\/2013","format":false,"excerpt":"Saya pernah mendapat email dari seorang bapa yang keliru dengan keadaan anaknya. Anaknya memasuki \u00a0usia 2 tahun, namun belum dapat bertutur\/bercakap\u00a0 dengan baik seperti kanak-kanak seusianya. Jika berada dalam suasana orang ramai anak beliau tidak begitu mesra dan lebih suka bermain sendirian. \u00a0 Beliau tidak pasti sama ada anak beliau\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1545,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suntikan-vitamin-k-meningkatkan-risiko-leukaemia\/","url_meta":{"origin":1686,"position":3},"title":"Suntikan Vitamin K Meningkatkan Risiko Leukaemia?","author":"drzubaidi","date":"19\/03\/2011","format":false,"excerpt":"Banyak sangat kontroversi perubatan yang melanda. Paling baru saya mendapat pertanyaan dari seorang ibu di Australia. Pertanyaan itu dihantar ke dalam inbox facebook saya. \u201dDoktor, saya berada di Australia sekarang. Doktor yang menyambut kelahiran anak saya tidak memberikan suntikan Vitamin K. Beliau hanya memberikan titisan supplemen Vitamin K di mulut\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/vitamin-K-shot-300x199.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4424,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/vitamin-tambahan-untuk-bayi-dan-kanak-kanak\/","url_meta":{"origin":1686,"position":4},"title":"Vitamin Tambahan untuk Bayi dan Kanak-kanak","author":"drzubaidi","date":"12\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAssalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":1468,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-memeriksa-pertumbuhan-fizikal-anak\/","url_meta":{"origin":1686,"position":5},"title":"Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?","author":"drzubaidi","date":"10\/03\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya melapangkan masa menghadiri majlis kesyukuran kelahiran seorang bayi, anak rakan saya. Tersenyum bila saya mendengar perbualan kaum ibu. Mereka nampaknya amat peka terhadap apa yang berlaku pada anak yang dilahirkan. Mereka berbincang sesama sendiri dan memberikan beberapa petua agar anak mereka sihat. \u00a0 Malangnya, apabila di pusat kesihatan,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1686","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1686"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1686\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15303,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1686\/revisions\/15303"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1686"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1686"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1686"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}