{"id":1653,"date":"2011-04-05T07:10:04","date_gmt":"2011-04-04T23:10:04","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1653"},"modified":"2023-01-27T11:19:06","modified_gmt":"2023-01-27T03:19:06","slug":"pancutan-awal-boleh-merosakkan-hubungan-suami-isteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pancutan-awal-boleh-merosakkan-hubungan-suami-isteri\/","title":{"rendered":"Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima\u2019 suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (<em>Sexual Health<\/em>), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja teringin mencubanya. Saya amat bimbang, terutama remaja lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun setelah saya ditanya oleh beberapa soalan yang luar biasa dari beberapa orang sahabat FB, yang mendakwa hubungan suami-isteri menjadi tegang, maka saya hanya berserah kepada Allah agar penulisan saya tidak disalahtafsirkan atau memberikan kesan buruk kepada masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, setiap malam saya amat fobia untuk masuk ke bilik tidur. Saya bimbang akan menghampakan permintaan isteri. Ini kerana saya mengalami premature ejaculation\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor, isteri saya mulai melayan lelaki lain. Ramai lelaki yang menggodanya melalui sms dan mms. Bila ditanya mengapa, dia menjawab kerana saya tidak mampu melayan kehendak seksualnya. Saya tertekan dan rasa seperti lelaki bacul. Tolonglah beri nasihat pada saya<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, saya dengar \u2018hati ular\u2019 dan \u2018anak tikus\u2019 boleh menguatkan stamina lelaki di ranjang dan mampu bertahan lama. Betul kah? Saya benar-benar perlukan rawatan.\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya rasa hendak membuang saja pertanyaan-pertanyaan \u2018gila\u2019 seperti itu. Namun bila saya fikirkan berpuluh-puluh kali, apa akan jadi jika saya tidak membantu mereka?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin ada yang mencuba \u2018hati ular\u2019 dan \u2018anak tikus\u2019.. atau mungkin ada masjid yang runtuh walau baru dibina\u2026<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoc, premature ejaculation itu bermakna pancut awal ke? Apa salahnya pancut awal. Penatlah buat lama-lama..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ish-ish.. inilah kalau tidak dinasihat, lelaki selalu mementingkan diri sendiri. Sementara wanita memendam rasa, ibarat\u00a0gunung berapi\u00a0yang akan meletup bila-bila masa saja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyakit ini (<strong><em>Premature Ejaculation<\/em><\/strong>\/PE) bermakna seorang suami mendapat orgasm atau klimaks awal sebelum isterinya. Dalam kata lain si suami telah mengalami pancutan air mani walaupun kedua-dua mereka belum lagi bersedia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Si isteri mungkin belum lagi menikmati rangsangan seksual dan suami pula belum bersedia untuk melakukan pancutan. Maka ada pancutan dilakukan sebaik saja memasuki faraj, malah lebih malang pancutan berlaku dalam kain sarung suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia biasanya berlaku pada lelaki yang berusia kurang dari 40 tahun. Seorang lelaki mempunyai tiga fasa sebelum dia menyempurnakan kepuasan seksualnya. Fasa-fasa itu ialah keinginan (<em>desire\/libido<\/em>), keghairahan (<em>arousal<\/em>), dan kepuasan (<em>orgasm)<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bermakna seorang lelaki mungkin teringatkan isterinya (<em>desire<\/em>), kemudian bila pulang ke rumah melihat isterinya bersolek dan berwangi-wangian (<em>arousal<\/em>), selepas itu proses jima\u2019 bermula. Setelah 5-10 minit, lelaki akan mengalami klimaks atau pancutan air mani (<em>orgasm<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka lelaki yang mengalami PE akan mengalami proses-proses ini dengan laju atau mungkin dia melangkaui mana-mana fasa pertama atau kedua dan terus ke fasa tiga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMaaf doctor, saya tinggal berjauhan dengan isteri kerana tugas. Saya lecturer di Johor, sementara isteri masih bekerja di KL. Kami berjumpa sesekali. Memang ada kalanya PE berlaku, tetapi selepas hari ketiga, saya kembali normal. Isteri saya tidak komplen. Perlukah saya mendapatkan rawatan?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PE bukan sesuatu yang dirisaukan jika terdapat \u2018keghairahan melampau\u2019 si suami. PE tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri kerana bolehjadi ia berlaku sesekali akibat faktor lama tidak berjumpa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun jika PE berlaku lebih daripada 50% setiap kali melakukan hubungan jima\u2019, suami haruslah mendapatkan rawatan secara professional. Dibimbangi \u201ckeegoaan suami\u201d melayan kehendak sendiri akan ditangani oleh isteri dengan mengikut \u201cpintu belakang\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 15px; font-weight: bold;\">Berapa lamakah proses jima\u2019?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia bergantung kepada seseorang individu. Biasanya seorang lelaki mencapai orgasm atau klimaks (memancutkan air mani) selepas 8-10 minit\u00a0\u00a0berjima\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu jika seorang lelaki mecapai orgasm pada jangka masa yang kurang dari 10 minit tetapi isterinya juga mencapai orgasm kurang dari lima minit atau bersama-samanya, itu masih lagi tidak bermasalah. Walaupun mereka mencapai orgasm dengan kadar yang cepat, namun masing-masing merasai kepuasan seksual.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Yang dimaksudkan dengan PE ialah<span style=\"text-decoration: underline;\"> seorang lelaki yang mendapat orgasm terlalu cepat sehingga isteri belum lagi ghairah (dapat diketahui dengan belum ada lendiran pada vaginanya).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Contoh lain, seorang lelaki mungkin mencapai orgasm selepas 20 minit, lebih lama dari kebiasaannya. Tetapi isterinya pula mengalami orgasm selepas 35 minit. Maka ini masih masih lagi PE. Ini kerana hanya suami sahaja yang merasakan kenikmatan seksual, tetapi tidak pada isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKalau macam itu teruklah saya doctor, sebab isteri saya masih bertenaga selepas sejam..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sungguh pun begitu terdapat beberapa wanita yang tidak mudah dipuaskan hanya dengan rangsangan faraj, tetapi memerlukan pelbagai rangsangan lain. Jika ini berlaku, suami tidak mengalami masalah PE tetapi si isteri yang mungkin mengalami masalah kesihatan fizikal atau gangguan perasaannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu pasangan suami isteri perlulah berjumpa dengan doktor yang dipercayai dapat membantu mereka jika merasakan hubungan jima&#8217; mereka seperti ada sesuatu yang tidak kena.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PE pula didefinasikan oleh buku\u00a0<em>Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fourth Edition<\/em>, sebagai<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(1) kekerapan dan berulang-ulang kali masalah pancutan air mani berlaku hanya dengan rangsangan seksual yang minima eg isteri baru berkemban, suami sudah basah dalam\u00a0kain pelikat. Atau baru saja memasukkan zakar ke dalam faraj, suami sudah orgasm.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(2) Rasa tidak puas hati yang ketara antara suami dan isteri<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(3) tiada penyebab langsung bagi masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PE boleh jadi primer atau sekunder. Primer PE berlaku apabila seorang lelaki mengalami masalah ini sejak mula berkahwin. Ia adalah masalah yang serius perlu dirawat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Manakala PE sekunder berlaku pada seorang lelaki yang sebelumnya tidak mempunyai masalah, tetapi tanpa diketahui sebab-sebabnya lelaki itu mengalami PE setelah beberapa tahun berkahwin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PE sekunder selalunya disebabkan oleh keadaan lelaki yang mengalami <strong>ketagihan ubat perangsang atau ubat khayal yang menyebabkan dirinya mudah terangsang<\/strong>. Selalunya PE akan terubat apabila beliau meninggalkan \u2018ubat-ubat haram\u2019 ini. Ia bukannya masalah perubatan yang serius.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, bolehkah seorang yang mengalami PE, menghamilkan isterinya?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Soalan ini telah saya jawab di\u00a0<a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1332\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1332<\/a>. Jika gagal menghamilkan isteri, ia bukan disebabkan oleh PE, periksalah kandungan air mani suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (050311)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima\u2019 suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (Sexual Health), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja. Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja teringin mencubanya. Saya amat bimbang, &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[310],"tags":[382],"class_list":["post-1653","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-suami-isteri","tag-premature-ejaculation"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-qF","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1139,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-seksual-wanita\/","url_meta":{"origin":1653,"position":0},"title":"MASALAH SEKSUAL WANITA","author":"drzubaidi","date":"23\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman. Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap \u2018performance\u2019 mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1400,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-selamat-berjima-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1653,"position":1},"title":"Adakah Selamat Berjima\u2019 Ketika Hamil?","author":"drzubaidi","date":"10\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB. Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain. Kali\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2554,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suami-isteri-perlu-berpelukan\/","url_meta":{"origin":1653,"position":2},"title":"Suami Isteri Perlu Berpelukan","author":"drzubaidi","date":"25\/01\/2012","format":false,"excerpt":"Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk. Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Motivasi&quot;","block_context":{"text":"Motivasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/motivasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6256,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-onani-pada-perkahwinan\/","url_meta":{"origin":1653,"position":3},"title":"Kesan Onani Pada Perkahwinan","author":"drzubaidi","date":"25\/07\/2014","format":false,"excerpt":"KESAN ONANI PADA PERKAHWINAN \u201cSaya berusia 24 tahun dan masih bujang. Masalah saya ialah saya sering melakukan onani ketika melihat bahan lucah. Bagaimana cara saya menangani masalah ini? Saya bimbang apabila berkahwin nanti saya lebih menikmati onani dari bersama dengan isteri saya kerana tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"bed","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/bed-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1332,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sperma-dan-ejakulasi-pramatang-pe\/","url_meta":{"origin":1653,"position":4},"title":"Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)","author":"drzubaidi","date":"27\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat \u2019harga diri\u2019 seseorang lelaki. Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation\/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2478,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risau-air-mani-bercampur-darah\/","url_meta":{"origin":1653,"position":5},"title":"Risau Air Mani Bercampur Darah","author":"drzubaidi","date":"06\/01\/2012","format":false,"excerpt":"Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani-300x218.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1653","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1653"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15591,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1653\/revisions\/15591"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}