{"id":1539,"date":"2011-03-18T02:30:47","date_gmt":"2011-03-17T18:30:47","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1539"},"modified":"2023-02-20T09:02:07","modified_gmt":"2023-02-20T01:02:07","slug":"adakah-bpa-selamat-untuk-bayi-kita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-bpa-selamat-untuk-bayi-kita\/","title":{"rendered":"Adakah BPA Selamat Pada Bayi Kita?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Assalamualaikum, doktor.\u00a0 Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan bahan-bahan kimia ini amat besar ke atas generasi kita yang akan datang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tentunya kita tidak menyangka bahawa dalam botol plastik susu anak kita mengandungi sejenis unsur kimia yang bahaya. Ini juga salah satu fakta yang menggalakkan penyusuan ibu kerana botol plastik susu bayi sekarang semakin tidak selamat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Bisphenol A (BPA)<\/strong> adalah unsur bahan utama bagi pembentukan botol plastik <em>polycarbonate<\/em>. Ia digunakan kerana tahan lebih lama, berwarna jernih dan tahan haba. Selain digunakan untuk membuat botol plastik, ia juga digunakan dengan meluas dalam pembuatan barangan mainan kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana BPA adalah unsur kimia yang tidak stabil, ia boleh terurai keluar dari botol susu bayi apabila ia dipanaskan berulangkali, atau membasuh botol dengan air panas atau memakai botol yang sama pada waktu yang lama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun masih belum ada kajian yang terperinci mengenai kesan BPA terhadap kesihatan manusia, namun banyak kajian telah membuktikan bahawa BPA telah memberikan kesan negatif pada kesihatan haiwan yang diuji.<\/p>\n<table style=\"text-align: justify;\" border=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td><strong>Dos (\u00b5g\/kg\/day)<\/strong><\/td>\n<td><strong>Kesan pada haiwan ( tikus dalam makmal) yang diuji<\/strong><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>0.025<\/td>\n<td>Kerosakan kekal pada saluran kencing<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>0.025<\/td>\n<td>Perubahan dalam tisu payudara yang membawa kepada kanser payudara<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>1<\/td>\n<td>Risiko yang tinggi untuk mendapat kerosakan \u2018kesuburan\u2019 dan menjadi kanser pada sistem pembiakan.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>2<\/td>\n<td>Menambahkan berat kelenjar prostate sebanyak 30%<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>2<\/td>\n<td>Mempercepatkan akhil baligh dan merangsangkan kemahuan mencari pasangan hidup dan menikmati seksual<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>2.4<\/td>\n<td>Mengurangkan hormone testosterone pada tikus jantan<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>2.5<\/td>\n<td>Meningkatkan risiko kanser payudara<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>10<\/td>\n<td>Sel prostate lebih berisiko menjadi kanser.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>10<\/td>\n<td>Mengurangkan sifat keibuan<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>30<\/td>\n<td>Menukarkan kelakuan dan sifat jantina dalam otak eg lelaki bersifat seperti perempuan, perempuan bersifat seperti lelaki<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>50<\/td>\n<td>Merosakkan saraf<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>50<\/td>\n<td>Menyebabkan tiada telur ova yang dihasilkan dari kelenjar ovari<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini membuktikan bahawa kesannya terhadap kesihatan masih besar. Ada sesetengah ahli saintis mengatakan haiwan yang diuji mempunyai kadar perkumuhan lebih perlahan berbanding dengan kadar perkumuhan manusia yang pantas lalu menyebabkan perkumpulan luar biasa sisa BPA terhadap tubuh haiwan itu. Namun saya menolak hujah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin golongan saintis ini terlupa bahawa bayi dan kanak-kanak juga mempunyai kadar perkumuhan yang rendah. Mereka sangat mudah mendapat kesan buruk BPA kerana banyak organ perkumuhan mereka (buah pinggang) yang belum matang. Pengumpulan bahan sisa BPA tentunya memberikan kesan yang negatif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat pada 2009, telah mengesan\u00a0 secara purata sebanyak 2.8\u00a0ng\/mL BPA dalam darah yang diambil pada 9 dari 10 talipusat bayi yang baru dilahirkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaya menunjukkan terdapat bukti penghuraian BPA dari botol susu ke dalam susu yang diminum oleh bayi. Sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu dianalisa dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi sisa BPA dalam julat 0.1 hingga 0.7 mg\/kg.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian itu juga memberitahu kadar penghuraian ini berlaku sebanyak tujuh kali ganda pada suhu lapan puluh darjah selcius, berbanding pada suhu bilik 25 darjah selsius. (Harian Metro, 15 Mac 2011)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 2009, Journal <em>Environmental Health Perspectives<\/em> <strong>117<\/strong> (11): 1639\u20131643, Gary Ginsberg dan Deborah C. Rice, menulis dalam artikel bertajuk<em> <a href=\"http:\/\/www.ehponline.org\/members\/2009\/0901010\/0901010.pdf\">&#8220;Does Rapid Metabolism Ensure Negligible Risk from Bisphenol A?&#8221;<\/a> <\/em>memberitahu satu kajian yang dijalankan pada rakyat Austrian, Swiss dan Jerman, botol susu bayi yang diperbuat dari polycarbonate yang mengandungi BPA\u00a0 adalah sumber utama pendedahan bahan itu kepada kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu laporan yang diterbitkan di TIME Magazine pula, bertajuk \u201cThe Perils of Plastic\u201d memberitahu BPA terdapat dalam 93% air kencing wanita Amerika yang diuji. Ini sesuatu yang memeranjatkan kerana sisa BPA bukanlah unsur semulajadi dalam tubuh kita. Ia menggambarkan betapa kroniknya masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Struktur BPA menyerupai hormon semulajadi estrogen. Bayangkan jika terlalu banyak pengumpulan sisa BPA yang menyerupai fungsi estrogen. Ini akan memberikan kesan negatif pada tubuh bayi, kerana mengganggu keseimbangan hormone yang diperlukan bagi pertumbuhan fizikal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia juga telah menyebabkan perkembangan yang tidak normal bagi perkembangan jantina. Kanak-kanak lelaki akan mempunyai lebih sifat \u2019perempuan\u2019 kerana sistem hormon lelaki yang terganggu sementara kanak-kanak perempuan pula akan cepat mencapai akhil baligh dan mempunyai perasaan untuk cepat mencari pasangan dan menikmati seks..<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">BPA juga dikaitkan dengan risiko yang tinggi bagi penyakit kanser payudara, ovari dan prostate. Ia juga dikatakan menyumbang faktor bagi penyakit Attention Hyperactivity Disorder (ADHD) yang menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila memanaskan makanan dari bekas makanan yang diperbuat daripada plastik polycarbonate dan meminum air dari botol yang diperbuat dari BPA, ibu yang hamil telah mendedahkan janin yag dikandungnya kepada BPA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana terlalu banyak kesan negatif BPA kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia, pada October 2009, sekumpulan 33 saintis yang telah mengkaji BPA menghantar surat kepada badan yang mengawal ubat dan makanan di Amerika Syarikat (FDA US) mengatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat tidak perlu membuangkan duit dan masa lagi dengan mengkaji BPA, kerana kesan negatifnya telah nyata dan BPA harus diharamkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebanyak lebih 900 kajian telah dijalankan dan diterbitkan dalam jurnal dan sekurang-kurangnya 80 peratus daripadanya menyatakan BPA menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi apa pilihan yang kita ada untuk menjaga kesihatan anak kita? Cara terbaik ialah dengan menyusukan anak dengan susu ibu secara terus. Bagi ibu yang bekerja, amalan menyimpan susu ibu dalam botol plastik juga mendedahkan bayi pada kesan negatif BPA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengharamkan penjualan botol susu yang mengandungi BPA pada 1 Mac 2012 dan dilakukan secara berperingkat. Ini selaras dengan peraturan 27 Akta Makanan 1985 yang mengharamkan penggunaan bungkusan berbahaya dalam industri makanan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu sehingga tarikh itu, penjualan botol susu yang mengandungi BPA masih berada di pasaran. Nasihat saya jika terpaksa menyusukan bayi dengan susu formula, elakkanlah menggunakan botol plastik. Pilih botol susu bayi yang diperbuat dari kaca.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika terpaksa juga mencari botol plastic, pilihlah botol yang tidak diperbuat dari plastik polycarbonate BPA. Lihat pada label \u2018kitar semula\u2019 yang tertera di bawah botol susu. Kebanyakan polycarbonate plastic dilabelkan dengan nombor \u201c7\u201d dalam label \u2018kitar semula\u2019 itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/plastics_7.gif?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1541\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-bpa-selamat-untuk-bayi-kita\/plastics_7\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/plastics_7.gif?fit=200%2C200&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"200,200\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"plastics_7\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/plastics_7.gif?fit=200%2C200&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1541\" title=\"plastics_7\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/plastics_7.gif?resize=200%2C200&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"200\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/plastics_7.gif?w=200&amp;ssl=1 200w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/plastics_7.gif?resize=150%2C150&amp;ssl=1 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 200px) 100vw, 200px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanda \u2018recycle\u2019 berbentuk segitiga dan mempunyai tiga anak panah yang mengelilingi suatu nombor. Secara amnya plastik yang ditandakan dengan nombor 1,2,4,5, dan 6 tidak mengandungi BPA. Manakala yang ditandakan dengan nombor 3 dan 7 mengandugi BPA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila menggunakan botol susu plastik, cuba elakkan dari membasuh botol menggunakan air panas atau sabun berulang kali. Cukup dengan membasuh dengan air paip yang mengalir.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita yang hamil seharusnya mengurangkan memakan makanan yang telah ditinkan, meminum air dari botol plastik, atau memakan makanan terus dari bekas plastik. Bekas kaca dan aluminium adalah yang paling selamat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (180311)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cAssalamualaikum, doktor.\u00a0 Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?\u201d Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera. Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[187,10],"tags":[361,362,360],"class_list":["post-1539","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","category-umum","tag-bisphenol-a","tag-botol-plastik","tag-bpa"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-oP","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1602,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kimia-toksik-dalam-permainan-dan-peralatan-bayi\/","url_meta":{"origin":1539,"position":0},"title":"Kimia Toksik dalam Permainan dan Peralatan Bayi","author":"drzubaidi","date":"29\/03\/2011","format":false,"excerpt":"Tanpa kita sedari banyak pencemaran toksik merbahaya berada di dalam rumah kita. Paling membimbangkan ialah bayi-bayi kita terdedah secara langsung kepada pencemaran ini. Sebelum ini saya ada menulis tentang bahaya pencemaran sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai BPA yang terdapat pada botol susu plastik. Kini saya cuba membawa beberapa kerisauan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6313,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahan-kimia-penyebab-kanser-payudara\/","url_meta":{"origin":1539,"position":1},"title":"Bahan Kimia Penyebab Kanser Payudara","author":"drzubaidi","date":"20\/08\/2014","format":false,"excerpt":"BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARA \u201cSalam doktor. Baru-baru ini saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa terdapat bahan-bahan kimia dalam palstik makanan, kosmetik, barang permainan kanak-kanak dan pencuci boleh menyebabkan kanser. Kakak saya baru saja menjalani pembedahan pembuangan kanser payudara, dan akan menjalani radioterapi dan kemoterapi di HKL. Soalan saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":21135,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahan-kimia-pengganggu-endokrin-dan-kesuburan-anda\/","url_meta":{"origin":1539,"position":2},"title":"BAHAN KIMIA PENGGANGGU ENDOKRIN DAN KESUBURAN ANDA","author":"admin","date":"11\/02\/2025","format":false,"excerpt":"\u00a0 Setiap wanita tahu betapa kuatnya pengaruh hormon terhadap tubuh mereka. Dan setiap wanita yang cuba hamil juga tahu betapa pentingnya hormon untukhamil dan melahirkan bayi yang sihat. Ia juga mengganggu emosi dan produktif kerja. \u00a0 Tetapi, bagaimana jika hormon anda sedang terganggu tanpa anda sedari? \u00a0 Apa itu Bahan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6005,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahan-yang-menyebabkan-kerosakan-hormon\/","url_meta":{"origin":1539,"position":3},"title":"Bahan yang menyebabkan kerosakan hormon","author":"drzubaidi","date":"18\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih\u201d. \u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":9459,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lima-perkara-yang-perlu-kita-ketahui-sebelum-memberikan-anak-kita-suplemen\/","url_meta":{"origin":1539,"position":4},"title":"LIMA PERKARA YANG HARUS KITA TAHU SEBELUM MEMBERIKAN ANAK KITA SUPLEMEN","author":"drzubaidi","date":"15\/02\/2018","format":false,"excerpt":"10 FEB 2018 RADIO SALAM FM DAN 15 FEB 2018 RADIO BERNAMA SECARA RINGKAS, APAKAH ITU SUPLEMEN? Ramai ibubapa di Malaysia yang memberikan sekurang-kuranganya satu suplemen kepada anak-anak mereka, sama suplemen diet (selalunya dalam bentuk vitamin) dan produk makanan tambahan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan perkembangan IQ. Penjualan semua produk\u2026","rel":"","context":"In &quot;BERNAMA RADIO 24&quot;","block_context":{"text":"BERNAMA RADIO 24","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/bernama-radio-24\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/imnz-1.jpg?resize=1050%2C600&ssl=1 3x"},"classes":[]},{"id":9932,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/panduan-memberikan-susu-formula-pada-bayi\/","url_meta":{"origin":1539,"position":5},"title":"panduan memberikan susu formula pada bayi","author":"drzubaidi","date":"20\/12\/2018","format":false,"excerpt":"PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI \u00a0 \u00a0 Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka, dan\u00a0 segera memberikan susu formula. \u00a0 Saya mencadangkan : \u00a0 1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan diservis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman. \u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2018\/12\/susu-formula.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1539","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1539"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1539\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15746,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1539\/revisions\/15746"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1539"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1539"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1539"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}