{"id":1519,"date":"2011-03-15T13:16:25","date_gmt":"2011-03-15T05:16:25","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1519"},"modified":"2024-12-15T23:21:12","modified_gmt":"2024-12-15T15:21:12","slug":"deodorant-menyebabkan-kanser-payudara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/deodorant-menyebabkan-kanser-payudara\/","title":{"rendered":"Deodorant Menyebabkan Kanser Payudara?"},"content":{"rendered":"<h3><strong><em>Kontroversi<\/em><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau <em>antiperspirant<\/em> di ketiak akan menyebabkan kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar <em>Oncologist<\/em> dari serata dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sendiri pernah menerima email dari rakan-rakan yang memetik kontroversi itu di sebuah jurnal terkenal, <em><a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Journal_of_the_National_Cancer_Institute\">Journal of the National Cancer Institute<\/a>.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi elok juga saya mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Ramai pakar <em>oncologist<\/em> tidak berpendapat bahawa deodorant\/antiperspirant boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi ramai saintis yang bekerja di makmal-makmal masih membuka perdebatan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka mendapati sejenis bahan kimia <strong><em>paraben<\/em><\/strong> yang terdapat pada deodarant\/antiperspirant dan beberapa bahan kosmetik lain, menjadi penggalak bagi terjadinya kanser payudara.<\/p>\n<h3><strong><em>Apa itu Paraben<\/em><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai <span style=\"text-decoration: underline;\">bahan pengawet, terutama dalam industri kosmetik, makanan dan farmasi<\/span>. Ia boleh menyebabkan produk-produk ini tahan lama. Antara contohnya ialah shampoo, krim pelembap, pelincir, alat solek dan ubat gigi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Paraben mempunyai struktur <\/span><span style=\"text-decoration: underline;\">menyerupai hormone estrogen<\/span>. Oleh itu dikhuatiri Paraben juga boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam tisu payudara. Seperti mana yang sedia diketahui hormon estrogen boleh menggalakkan pertumbuhan kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 1998, Prof Dr John Sumpter dan rakan-rakannya di Universiti Brunel, England telah menerbitkan satu kajian yang mengatakan bahawa paraben boleh berfungsi seperti hormon estrogen wanita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia juga disokong oleh kajian Golden R, Gandy J dan \u00a0Vollmer G \u00a0pada tahun 2005 bertajuk &#8220;<em>A review of the endocrine activity of parabens and implications for potential risks to human health<\/em>&#8221; yang diterbitkan dalam Jurnal <em>Critical Reviews in Toxicology<\/em> muka 435\u201358.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada July 2002 Dr. S. Oishi dari Jabatan Toxicology, Tokyo Metropolitan Research Laboratory, Jepun, menyatakan \u00a0dalam Journal Archives of Toxicology, \u201cpendedahan anak-anak yang baru lahir di kalangan mamalia pada <em>butylparaben <\/em>menyebabkan kesan yang tidak baik dalam penghasilan hormon lelaki testosterone dan fungsi pembiakannya\u201d. Ini bermakna sifat kelakian dan kebolehannya untuk menghasilkan sperma yang baik akan terjejas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu banyak kajian yang menolak dakwaan saintis itu kerana mereka berpendapat paraben mempunyai kebolehan untuk berfungsi menyerupai hormon\u00a0<a title=\"Estrogen\" href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Estrogen\">estrogen<\/a> yang lemah iaitu 100 000 kali lebih lemah berbanding dengan hormon estrogen semulajadi dalam tubuh wanita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi kesimpulannya paraben adalah bahan pengawet yang berada dalam kosmetik, boleh bertindak seperti hormon estrogen. Hormon ini yang memberikan kesan kewanitaan akan menyebabkan lelaki mengalami masalah ketidaksuburan. Kesannya pada wanita pula menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Tetapi paraben mempunyai sifat yang lemah untuk bertindak sebagai hormon estrogen<\/strong>. Jadi bagaimanakah bahan yang 100 000 kali lebih lemah dari estrogen, boleh menyebabkan kanser payudara pada wanita dan ketidaksuburan pada lelaki?<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Paraben dan kanser payudara<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kontroversi ini sebenarnya bermula dari satu kajian yang dilakukan oleh Harvey PW dan Everett DJ dalam <em>Journal of Applied Toxicology<\/em> 24 (1): 1\u20134. terbitan 2004 bertajuk &#8220;Significance of the detection of esters of p-hydroxybenzoic acid (parabens) in human breast tumours&#8221;.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia juga disokong oleh satu lagi kajian oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri dari Dr Darbre PD, Dr Aljarrah A, Dr Miller WR, Dr Coldham NG, Dr Sauer MJ, Dr Pope GS \u00a0yang diterbitkan <em>Journal of Applied Toxicology <\/em>24 (1): 5\u201313 yang bertajuk &#8220;Concentrations of parabens in human breast tumours&#8221;.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka mendapati terdapat kepekatan secara purata 20 nanograms parabens dalam setiap gram tisu payudara telah dikesan dalam sample 20 tisu kanser payudara. Penemuan ini (walaupun ia kajian saintifik tidak lengkap) telah membuka kontroversi itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah Pakar Molecular Biologist dari UK, Prof Dr Philippa Darbre, memberitahu struktur paraben yang menyerupai hormone estrogen, apabila disapukan di bahagian ketiak (sebagai doedorant) menyebabkan kanser payudara, dan menjelaskan fenomena di mana 60% kes kanser payudara kebanyakkannya berada berdekatan dengan ketiak (iaitu bahagian \u2018<em>upper-outer quadrant\u2019<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 2004 satu kajian di Universiti <a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Northwestern_University\">Northwestern <\/a> oleh pakar Immunologist Prof Dr. Kris McGrath mendapati banyak kes-kes kanser payudara di peringkat awal berkaitan dengan kekerapan menggunakan deodorant\/antiperspirant di ketiak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian-kajian ini telah memulakan satu hipotesis yang <span style=\"text-decoration: underline;\">memerlukan pembuktian<\/span> bahawa \u201cparabens pada deodorants yang digunakan di ketiak boleh bergerak ke tisu payudara dan menyebabkan kanser payudara.\u201d<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Masih banyak bukti saintifik diperlukan<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masyarakat sains dan perubatan masih lagi membuka perdebatan ini dan mengesyorkan lebih banyak kajian yang lebih baik dilakukan. Sebagai contohnya, kita memerlukan kajian bilangan pesakit-pesakit kanser payudara yang memakai deodorant berbanding dengan bilangan pesakit kanser payudara yang tidak memakai deodorant.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun sememangnya diketahui estrogen boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser, <span style=\"text-decoration: underline;\">namun estrogen tidak menyebabkan aktiviti mutasi<\/span>. Aktiviti mutasi adalah aktiviti yang menyebabkan sel-sel normal bertukar menjadi sel-sel kanser. Terdapat perbezaan besar antara penggalak dan penyebab terjadinya sel-sel kanser.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apatah lagi estrogen adalah hormon semulajadi yang ada pada setiap wanita. Adakah setiap wanita mempunyai risiko menghadapi kanser payudara kerana tubuh mereka secara semulajadi mempunyai hormon ini?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jawapannya adalah <strong>tidak<\/strong>, kerana ia banyak bergantung kepada pelbagai <span style=\"text-decoration: underline;\">faktor lain seperti faktor keturunan, obesiti, bilangan anak dan umur<\/span>. Apatah lagi paraben adalah bahan yang mempunyai sifat estrogen yang lemah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kajian yang menyemak kajian-kajian sebelum ini dilakukan pada tahun 2005 oleh sekumpulan saintis memberikan kesimpulan \u201cterlalu sukar untuk diterima bahawa paraben beoleh menyebabkan peningkatan risiko pada kesuburan lelaki dan kanser payudara, jika dibandingkan dengan pendedahan yang lebih besar oleh bahan semulajadi yang terdapat pada pemakanan seperti phytoestrogen\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian ini dapat dibaca dalam Journal <em>Critical Reviews in Toxicology<\/em> <strong>35<\/strong> (5): muka 435\u201358 oleh Dr Golden R, Dr Gandy J dan \u00a0Dr Vollmer G, bertajuk \u00a0\u00a0&#8220;A review of the endocrine activity of parabens and implications for potential risks to human health&#8221;..<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Persatuan Kanser Amerika (<a href=\"http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/American_Cancer_Society\">American Cancer Society<\/a>) juga membuat kesimpulan bahawa tiada bukti saintifik yang cukup untuk menyatakan bahawa \u00a0penggunaaan alat-alat kosmetik seperti deodorant akan meninggikan risiko seseorang untuk mendapat kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pakar Epidemiologist Prof Dr Michael Thun berkata \u201ckatakanlah paraben boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser di payudara, tetapi risiko ini terlalu kecil kerana paraben adalah estrogen yang sangat lemah. Bahkan ia boleh dikira terlalu kecil berbanding dengan faktor-faktor lain yang menggalakkan kes kanser payudara\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Faktor pengambilan hormon estrogen sebagai pil perancang dan faktor obesiti adalah lebih 500 hingga 10,000 kali ganda lebih tinggi daripada pendedahan paraben.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kenyataan ini disokong oleh sekumpulan saintis Dr Namer M, Dr Luporsi E, Dr Gligorov J, Dr Lokiec F, Dr Spielmann M dalam Jornal berbahasa Perancis <em>Bulletin du Cancer<\/em> 95 (9): pada muka surat 871\u201380 (2008 Sep). dengan tajuk <a href=\"http:\/\/www.john-libbey-eurotext.fr\/fr\/revues\/medecine\/bdc\/e-docs\/00\/04\/40\/D1\/article.phtml\">&#8220;The use of deodorants\/antiperspirants does not constitute a risk factor for breast cancer<\/a>&#8220;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Industri kosmetik masih berpendapat bahawa paraben adalah selamat kerana ia telah lama digunakan dan berdasarkan kepada banyak rekod-rekod keselamatan produk. Malah mereka sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Saintifik Eropah yang mewajibkan kandungan paraben tidak seharusnya melebihi kepekatan to 0.4% pada setiap produk kosmetik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kini terserah pada kita untuk membuat kesimpulan, sama ada mahu meneruskan penggunaan deodorant atau tidak. Bagi saya sendiri, penggunaan deodorant boleh digunakan setelah kita <strong>memerhatikan label kandungan paraben tidak melebihi 0.4% ketika kita membeli apa-apa produk kosmetik, farmasi atau makanan<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu alam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dr Zubaidi Hj Ahmad (150311)<!--subscribe2--><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p><strong style=\"font-size: revert; color: initial;\">KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, <a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">boleh klik di link ini<\/a><\/p>\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui <a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/kanser\">Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi<\/a><\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/kanser\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"300\" height=\"300\" data-attachment-id=\"20606\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rawatan-kanser-payudara-peringkat-satu\/img-20241118-wa0008\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?fit=1024%2C1024&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"1024,1024\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"IMG-20241118-WA0008\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?fit=618%2C618&amp;ssl=1\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=300%2C300&#038;ssl=1\" alt=\"\" class=\"wp-image-20606\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=300%2C300&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=150%2C150&amp;ssl=1 150w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=768%2C768&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?w=1024&amp;ssl=1 1024w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/figure>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kontroversi Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara. Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist dari serata dunia. Saya sendiri &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[357],"class_list":["post-1519","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-paraben-dalam-deodoran"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-ov","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2841,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/benarkah-soya-menyebabkan-kanser-payudara\/","url_meta":{"origin":1519,"position":0},"title":"Benarkah Soya menyebabkan Kanser Payudara?","author":"drzubaidi","date":"28\/06\/2012","format":false,"excerpt":"Banyak pertanyaan tentang tentang kesahihan khabar angina, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempeh? Jawapannya tidak. Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyai phytoestrogens, iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":1123,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/selesema-yang-membawa-maut\/","url_meta":{"origin":1519,"position":1},"title":"Selesema Yang Membawa Maut","author":"drzubaidi","date":"21\/12\/2010","format":false,"excerpt":"\u00a0 Tarikh 16 Februari\u00a0adalah tarikh saya dilahirkan. Namun saya bukan mengingati tarikh ini sebagai tarikh kelahiran saya semata-mata. Tarikh itu merupakah tarikh kesedihan saya mengingati pemergian Maliki, rakan sekolah yang pernah menjadi teman karib saya dahulu. Kami sama-sama berkumpul, bergurau dan bermain bola di padang sekolah. Ketika berumur 15 tahun,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1553,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tahyul-moden-garam-boleh-halang-kesan-radiasi-nuklear\/","url_meta":{"origin":1519,"position":2},"title":"Tahyul Moden: Garam Boleh Halang Kesan Radiasi Nuklear?","author":"drzubaidi","date":"22\/03\/2011","format":false,"excerpt":"Pasaraya di Beijing dan Shanghai, China telah kehabisan bekalan serbuk garam semenjak khamis 17 Mac 2011. Ini kerana rakyatnya mempercayai khabar-khabar angin mengatakan kebocoran radiasi dari Kompleks Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun boleh menyebabkan kanser thyroid. Iodised salt (garam yang ditambah unsur iodin) yang dijual di pasaraya pula dipercayai boleh mengelakkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Ulasan Berita&quot;","block_context":{"text":"Ulasan Berita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/ulasan-berita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/nuclear_plant_explosion.jpg?fit=420%2C316&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6146,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kentang-goreng-boleh-menyebabkan-tumor-dan-kanser-2\/","url_meta":{"origin":1519,"position":3},"title":"Kentang Goreng Boleh Menyebabkan Tumor dan Kanser","author":"drzubaidi","date":"12\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya diberitahu oleh rakan saya bahawa memakan kentang goreng yang dijual di restoren segera boleh menyebabkan kanser. \u00a0Adakah ianya benar atau khabar palsu saja. Mohon pencerahan. Terima kasih\u201d WA ALAIKUM MUS SALAM Ya benar. Khabar yang mengatakan bahawa memakan kentang goreng boleh menyebabkan kanser bukanlah suatu khabar palsu.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":12436,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bolehkah-minum-air-sejuk-mendapat-kanser-perut\/","url_meta":{"origin":1519,"position":4},"title":"BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT?","author":"admin","date":"04\/01\/2021","format":false,"excerpt":"BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT? Air sejuk dari perti sejuk atau atau juga disebut sebagai ais selalunya diminum pada hari yang sangat panas bagi melegakan kehausan. Ramai yag tidak tahu minum air yang terlalu sejuk sama ada air kosong atau air berperisa boleh mendatangkan keburukan. Minum air sejuk\u2026","rel":"","context":"In &quot;Olive House&quot;","block_context":{"text":"Olive House","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/olive-house\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/air-sejuk.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/air-sejuk.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/air-sejuk.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/air-sejuk.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":11711,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berikan-rawatan-jiwa-pada-pesakit-kanser-payudara\/","url_meta":{"origin":1519,"position":5},"title":"BERIKAN RAWATAN JIWA PADA PESAKIT KANSER PAYUDARA","author":"admin","date":"14\/10\/2020","format":false,"excerpt":"Ini adalah catatan ketiga saya berkaitan kanser payudara, sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober. \u00a0 Sebagai doktor lelaki, terlalu mudah untuk saya menyarankan pesakit segera membuangkan payudara yang telah diserang kanser payudara. Iaitu melakukan pembedahan mastectomy. \u00a0 Apatah lagi saya adalah seorang lelaki dan pesakit bukan pula isteri\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1519","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1519"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1519\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20694,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1519\/revisions\/20694"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}