{"id":14923,"date":"2022-09-05T11:01:26","date_gmt":"2022-09-05T03:01:26","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=14923"},"modified":"2024-07-19T15:41:04","modified_gmt":"2024-07-19T07:41:04","slug":"ada-apa-dengan-sendawa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ada-apa-dengan-sendawa\/","title":{"rendered":"ADA APA DENGAN SENDAWA?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Sendawa adalah tindak balas semula jadi tubuh untuk mengeluarkan gas dari perut bagi mengurangkan rasa tidak selesa dan mengelakkan kekembungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian menunjukkan individu normal boleh mengalami sendawa sehingga 30 kali dalam sehari.<\/p>\n\n\n\n<p>Punca berlaku sendawa boleh dikategorikan kepada dua iaitu masalah kesihatan dan bukan masalah kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah kesihatan ini dikaitkan dengan gejala pedih hulu hati atau <em>&#8216;gastro-esophageal reflux disease&#8217; <\/em>(GERD).<\/p>\n\n\n\n<p>GERD ialah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama, dinding esofagus akan terdedah kepada keadaan yang dinamakan &#8216;barrett&#8217;s oesophagus&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Barrett&#8217;s eosophagus ialah perubahan sel dinding esofagus yang akan menyebabkan penyakit barah pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah keadaan ini boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah kesihatan lain yang dikaitkan dengan sendawa ketika perut kosong ialah keradangan perut (gastritis), ulser perut, jangkitan bakteria helikobakter pylori pada perut.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, ia juga disebabkan oleh masalah batu karang dalam hempedu dan intoleransi laktosa (tidak berupaya menghadam laktosa).<\/p>\n\n\n\n<p>Sendawa yang biasa tidak memerlukan apa-apa rawatan spesifik. Sebaliknya, jika gejala ini berterusan dengan kerap dalam tempoh seminggu, rawatan lanjut perlu dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Proses rawatan perlu dimulakan dengan beberapa ujian seperti ujian darah, ujian ultrabunyi dan ujian <em>&#8216;oesophago gastro duodenoscopy&#8217; <\/em>(OGDS) iaitu prosedur pemeriksaan pada bahagian atas salur pemakanan pesakit.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika semua ujian klinikal mendapati pesakit mempunyai satu daripada masalah kesihatan berkenaan, rawatan diberikan adalah lebih kepada ubat-ubatan seperti &#8216;proton pump inhibitor&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain ubat-ubatan, pesakit turut dinasihati supaya mengubah cara pemakanan termasuk mengelak makanan yang menggalakkan penghasilan banyak gas atau angin dalam perut.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada tiga cara untuk mengelakkan masalah kerap sendawa. Antaranya :<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Makan secara tenang dan kurangkan bercakap semasa makan,<\/li>\n\n\n\n<li>Jangan makan dalam kuantiti yang banyak atau membiarkan perut terlalu lapar.<\/li>\n\n\n\n<li>Elakkan makanan dan minuman yang menghasilkan banyak angin atau gas termasuk makanan yang terlalu masam atau pedas.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Punca sendawa disebabkan<strong> BUKAN MASALAH KESIHATAN<\/strong> adalah:<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>1. Udara yang ditelan semasa makan (aerofagia). Ia boleh berlaku ketika:<\/p>\n\n\n\n<p>i. Makan sambil bercakap<\/p>\n\n\n\n<p>ii. Memakan gula getah<\/p>\n\n\n\n<p>iii. Merokok<\/p>\n\n\n\n<p>iv. Mengalami masalah serangan kebimbangan<\/p>\n\n\n\n<p>v. Menggunakan gigi palsu yang longgar<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>2. Makanan dan minuman yang menyebabkan sendawa:<\/p>\n\n\n\n<p>i. Kekacang<\/p>\n\n\n\n<p>ii. Kacang<\/p>\n\n\n\n<p>iii. Brokoli<\/p>\n\n\n\n<p>iv. Bunga kobis<\/p>\n\n\n\n<p>v. Pisang<\/p>\n\n\n\n<p>vi. Kobis<\/p>\n\n\n\n<p>vii. Bawang<\/p>\n\n\n\n<p>viii. Roti gandum<\/p>\n\n\n\n<p>ix. Minuman berkarbonat<\/p>\n\n\n\n<p>x. Minuman beralkohol<\/p>\n\n\n\n<p>xi. Minuman tinggi kafein<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>3. Ubat-ubatan:<\/p>\n\n\n\n<p>i. Ubat tahan sakit daripada kategori ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti naproxen, ibuprofen, aspirin, asid mefenamik.<\/p>\n\n\n\n<p>ii. Ubat sembelit seperti laktulosa atau sorbitol.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga bermanfaat.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sendawa adalah tindak balas semula jadi tubuh untuk mengeluarkan gas dari perut bagi mengurangkan rasa tidak selesa dan mengelakkan kekembungan. Kajian menunjukkan individu normal boleh mengalami sendawa sehingga 30 kali dalam sehari. Punca berlaku sendawa boleh dikategorikan kepada dua iaitu masalah kesihatan dan bukan masalah kesihatan. Masalah kesihatan ini dikaitkan dengan gejala pedih hulu hati &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-14923","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-3SH","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":12238,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kerap-sendawa-apakah-puncanya\/","url_meta":{"origin":14923,"position":0},"title":"KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA?","author":"admin","date":"14\/12\/2020","format":false,"excerpt":"KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA? Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa. Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":14712,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sendawa-berlebihan-menandakan-penyakit-tertentu\/","url_meta":{"origin":14923,"position":1},"title":"SENDAWA BERLEBIHAN MENANDAKAN PENYAKIT TERTENTU","author":"admin","date":"24\/03\/2022","format":false,"excerpt":"Sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara dari keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebihan boleh menyebabkan perut kembung. Antara punca sendawa yang banyak adalah : 1. Makan atau minum terlalu cepat. 2. Terlalu banyak berbual ketika makan. 3. Mengunyah gula-gula getah. 4. Minum minuman berkarbonat.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x.png?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x.png?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/Olivie-Plus-30x.png?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":13082,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/labu-makanan-berunsur-angin\/","url_meta":{"origin":14923,"position":2},"title":"LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN","author":"admin","date":"24\/02\/2021","format":false,"excerpt":"LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN \"Assalamualaikum doctor. Saya baru melihat post doktor mengenai kebaikan memakan labu. Adakah labu ni berangin? Sebab saya adalah peminat labu. Tetapi saya adalah pesakit anxiety disorder. Ramai yang kata tidak boleh makan sebab berangin. Boleh doctor bagi penjelasan tak? Terima kasih.\" Walaikumusalam. Makanan berangin lazimnya dikaitkan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/ChatGPT-Image-Aug-6-2025-11_29_07-AM.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/ChatGPT-Image-Aug-6-2025-11_29_07-AM.png?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/ChatGPT-Image-Aug-6-2025-11_29_07-AM.png?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/ChatGPT-Image-Aug-6-2025-11_29_07-AM.png?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":4492,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kenapa-bayi-saya-kerap-muntah\/","url_meta":{"origin":14923,"position":3},"title":"Kenapa Bayi Saya Kerap Muntah?","author":"drzubaidi","date":"17\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor, saya mempunyai masalah di mana bayi saya berumur 4 bulan mengalami muntah yang agak kerap. Beliau juga mudah mengalami kekembungan perut.\u00a0 Bayi saya seolah-olah tidak berminat dengan susu yang diberikan dan hanya menyusu ketika hendak tidur. Ini menyebabkan berat badan anak saya tidak bertambah, Perlukah saya memberikan susu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":9716,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pedih-ulu-hati-gerd-atau-gastritis\/","url_meta":{"origin":14923,"position":4},"title":"Pedih ulu hati, GERD atau gastritis?","author":"drzubaidi","date":"08\/08\/2018","format":false,"excerpt":"GERD ATAU GASTRITIS? \u00a0 Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pendapat dan nasihat Dr berkenaan dgn masalah perut saya meragam dan berangin.Bila waktu pagi apabila bangun tidur perut saya akan berasa pedih sangat bahagian atas antara pusat dan uluh hati. Setiap kali perut saya pedih saya akan minum air jarang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2018\/08\/GERD-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6058,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/madu-mengelakkan-masalah-gastrik-orang-berpuasa\/","url_meta":{"origin":14923,"position":5},"title":"Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa","author":"drzubaidi","date":"25\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 \u201cSalam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"honey","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/honey-300x157.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14923","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14923"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14923\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19313,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14923\/revisions\/19313"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14923"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14923"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14923"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}