{"id":1484,"date":"2011-03-12T01:02:35","date_gmt":"2011-03-11T17:02:35","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1484"},"modified":"2023-04-18T13:04:19","modified_gmt":"2023-04-18T05:04:19","slug":"selamatkah-wanita-hamil-menaiki-kapalterbang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/selamatkah-wanita-hamil-menaiki-kapalterbang\/","title":{"rendered":"Selamatkah Wanita Hamil Menaiki Kapalterbang?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Doktor saya ada emergency ni..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dIsteri saya sudah mahu check in tapi tidak dibenarkan. Dia hamil 28 minggu. Kami mahu balik ke Sarawak.\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dJadi apa yang emergency?\u201d <\/em>saya kehairanan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dPintu gate sudah mahu ditutup. Saya dan isteri nanti tidak akan dibenarkan masuk. Tolonglah..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Ok, tapi saya masih keliru. Apa yang emergency nya? <\/em><em>Isteri kamu sakit perut kah?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Tidak ! Saya mahu surat pengesahan segera. Saya mahu cepat<\/em><em>!!\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya gelihati bila teringat perbualan saya dengan seorang penumpang penerbangan AirAsia yang mahu balik Sarawak. Kebetulan, saya bertugas di sebuah cawangan poliklinik yang berhampiran dengan <em>Lapangan Kapalterbang Antarabangsa Senai<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menulis keterangan berdasarkan buku antenatal yang dibawanya. Banyak maklumat yang saya dapati membantu saya menentukan sama ada isterinya layak (<em>fit) <\/em>untuk berada di dalam pesawat. Nasihat saya, <strong>semasa merancang untuk membeli tiket pesawat, berbincanglah dahulu dengan doktor.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Apasallah syarikat penerbangan di Malaysia ini mengada-ngada. Saya semasa hamil 36 minggu dulu, syarikat penerbangan antarabangsa di US, benarkan saya menaiki pesawat. Tapi di Malaysia, adik saya tidak dibenarkan menaiki pesawat walaupun hamil hanya 35 minggu\u201d <\/em>seorang rakan FB berleteran di ruangan <em>chatting<\/em> setelah saya memberitahu akan menulis mengenai risiko penerbangan di kalangan wanita hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai syarikat penerbangan asing. Sepanjang pengetahuan yang saya ada, kedua-dua syarikat penerbangan di Malaysia iaitu MAS (mungkin termasuk Firefly) dan AirAsia mempunyai beberapa syarat yang berbeza.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kenyataan dari <strong>AirAsia<\/strong> yang saya petik :<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adalah menjadi tanggungjawab penumpang untuk memberitahu pihak kami tentang progress kehamilan mereka ketika menempah tempat duduk dan ketika berada di di kaunter \u201dcheck-in\u201d. Penerbangan kami hanya membenarkan penumpang yang hamil bergantung kepada faktor-faktor di bawah :<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Kehamilan sehingga 27 minggu : kami akan membenarkannya tanpa surat keterangan doktor dengan syarat penumpang menandatangani surat \u2018Limited Liability Statement\u2019.<\/li>\n<li>Kehamilan antara 28 hingga 34 minggu : penumpang harus menunjukkan surat keterangan doktor untuk mengesahkan usia kehamilan dan dalam surat itu harus menyatakan bahawa penumpang <em>fit <\/em>untuk penerbangan. Surat itu harus dikeluarkan tujuh hari sebelum tarikh penerbangan. Penumpang juga harus menandatangani surat&nbsp; \u2018Limited Liability Statement\u2019<em>.<\/em><\/li>\n<li>Kehamilan 35 minggu ke atas : kami tidak membenarkan.<\/li>\n<\/ol>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara untuk pesawat penerbangan <strong>MAS<\/strong> pula:<\/p>\n<blockquote>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Penumpang yang hamil normal (tanpa komplikasi boleh menaiki pesawat sehingga umur kehamilan 35 minggu).<\/li>\n<li>Surat keterangan doktor harus dibawa untuk mengesahkan bahawa penumpang <em>fit <\/em>untuk berada dalam pesawat bergantung pada tarikh kelahiran yang dijangkakan (<em>expected due date).<\/em><\/li>\n<li>MAS tidak membenarkan penerbangan bagi penumpang yang hamil pada bulan terakhir kehamilan sehingga tujuh hari sebelum tarikh melahirkan yang dijangkakan.<\/li>\n<\/ol>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara amnya <strong><em>American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) <\/em><\/strong>tidak menghalang<span style=\"text-decoration: underline;\"> wanita hamil yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi<\/span> untuk menaiki pesawat. Namun badan itu mencadangkan agar ibu yang hamil <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak menaiki pesawat selepas mencapai umur kehamilan mencecah 36 minggu<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibu yang mempunyai kompliksi kehamilan dan berisiko tinggi tidak dinasihatkan menaiki pesawat. Antaranya ibu hamil yang <span style=\"text-decoration: underline;\">mempunyai kencing manis yang tidak dikawal, penyakit sickle cell, masalah uri yang berada di bawah (<em>placenta previa)<\/em>, tekanan darah tinggi &nbsp;dan mereka yang berisiko untuk melahirkan pramatang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Doktor, adakah kemungkinan saya akan mengalami keguguran jika menaiki pesawat ketika kehamilan saya baru 10 minggu?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini adalah soalan yang sukar dijawab. Banyak faktor yang mempengaruhi kebarangkalian untuk mengalami keguguran. Bayangkan, ibu yang tidak menaiki pesawat juga keguguran, inikan pula yang menaiki pesawat. Jadi <span style=\"text-decoration: underline;\">kemungkinan itu ada tetapi bergantung kepada diri ibu yang hamil<\/span> itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu, di awal kehamilan (umur kehamilan <strong>kurang dari 12 minggu<\/strong>), masalah utama ialah <span style=\"text-decoration: underline;\">rasa loya dan muntah<\/span>. Ibu yang hamil bertambah <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak selesa<\/span> berada di kabin akibat tekanan rendah. Jadi pastikan 2-3 beg kertas yang disediakan untuk muntah ada bersama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada kehamilan<strong> antara 12-23 minggu <\/strong>pula, gejala \u2019<em>Morning sickness\u2019 <\/em>seperti rasa loya dan pening telah hilang, dan risiko untuk keguguran juga telah berkurangan, malah kemungkinan untuk lahir pramatang adalah mustahil. Inilah <strong>masa yang terbaik untuk terbang<\/strong> jika ada keperluan yang memaksa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu bagi penerbangan yang memakan masa <strong>melebihi 4 jam<\/strong>, terdapat risiko untuk menghadapi fenomena <em>\u201ddeep vein thrombosis\u201d <\/em>iaitu <span style=\"text-decoration: underline;\">masalah pembekuan darah di betis kaki<\/span>. Ini terjadi apabila kaki tidak digerakkan dan berada dalam keadaan rehat pada jangka masa yang lama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita hamil mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah ini. Apabila mereka duduk, rahem yang membesar menekan saluran darah besar <em>Inferior Vena Cava <\/em>menyebabkan perjalanan darah dari kaki ke jantung menjadi perlahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hal ini dapat diatasi apabila otot-otot betis kaki mengecut ketika berjalan. Oleh kerana keadaan ruang kabin dalam pesawat terhad, ini menyukarkan pergerakan ibu yang hamil. Jadi <span style=\"text-decoration: underline;\">janganlah duduk rehat lama di kerusi <\/span>kerana ini meningkatkan risiko pembentukan darah beku di betis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan pembentukan darah beku ialah :<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Pakailah pakaian yang <strong>selesa dan longgar<\/strong>.<\/li>\n<li>Gunakan<strong> stoking kaki khas<\/strong> kerana ianya membantu pengaliran darah dari pergelangan kaki ke jantung dan paru-paru. (Boleh didapati di farmasi)<\/li>\n<li><strong>Jangan duduk sambil menyilangkan kaki atau melipatkan kaki<\/strong> pada jangka waktu yang lama.<\/li>\n<li><strong>Minum air secukupnya<\/strong> bagi mengelakkan dehidrasi. Darah mudah beku ketika dehidrasi.<\/li>\n<li>Lakukan <strong>senaman regangan yang ringan<\/strong> dan boleh dilakukan di tempat duduk. Antaranya ialah dengan bangun dan berjalan-jalan setiap satu jam. Setiap setengah jam, lakukan regangan pada sendi lutut, pusingkan sendi pergelangan kai dan gerak-gerakkan jari-jari kaki. Ia boleh dilakukan tanpa menggangu penumpang yang duduk di sebelah.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor saya bimbang dengan keadaan abdomen isteri saya. <\/em><em>Walaupun baru 26 minggu tapi abdomennya amat besar. Saya bimbang ruang tempat duduk amat sempit baginya\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mengakui ada sesetengah ibu hamil yang mempunyai abdomen yang bersaiz besar walaupun usia kehamilan baru saja mencecah 26 minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila abdomen semakin besar, ibu yang hamil menghadapi kesukaran untuk bangun dan berjalan&nbsp; kerana ruang tempat duduk juga semakin menyempit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mencadangkan agar <span style=\"text-decoration: underline;\">bertanyakan kepada pegawai pendaftaran ketika melakukan \u2018check in\u2019<\/span>. Biasanya ruang tempat duduk di bahagian tengah lebih luas. Dapatkan tempat duduk di kawasan itu. Kerusi yang paling dekat dengan ruang pejalan kaki juga membantu ibu yang hamil untuk keluar dan berjalan-jalan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pintu keluar semasa kecemasan juga memberikan ruang yang agak luas. Namun untuk duduk di tepi pintu kecemasan bukanlah suatu pilihan yang baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penumpang yang sepatutnya duduk di situ ialah penumpang yang boleh mengangkat pintu kapal terbang yang berat itu ketika berlaku kecemasan. Jadi <em>Federal Aviation Administration<\/em> Amerika Syarikat tidak membenarkan wanita hamil untuk duduk di kerusi itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Doktor bagaimana nak pakai tali pinggang keselamatan. Tak merbahaya kah kalau diikat di abdomen?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>ACOG<\/em><\/strong> mencadangkan penumpang yang hamil untuk memakai tali pinggang keselamatan sepanjang perjalanan kerana gegaran boleh berlaku pada bila-bila masa, sedangkan ruang antara abdomen dan kerusi penumpang di hadapan sangat rapat dan boleh mengakibat kecederaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika duduk, pastikan tali pinggang berada <strong>di bawah abdomen<\/strong> yang membesar, iaitu berada di atas bahagian ari-ari. Walaupun digalakkan untuk minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi, namun pengambilan teh, kopi dan minuman berkarbonat yang mengandungi kaffein akan menyebabkan rasa mudah untuk kencing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi <strong>elakkan minuman yang berkafeine<\/strong> sebelum dan sepanjang penerbangan. <strong>Kurangkan makan makanan yang menyebabkan perut berangin<\/strong> seperti kekacang dan kobis. Tekanan yang rendah di kabin menyebabkan gas di perut akan mengembang dan kita akan berasa lebih tidak selesa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi ibu yang hamil pada umur kehamilan<strong> 36 minggu ke atas<\/strong>, banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum menaiki pesawat. Ini kerana usia kehamilan 36 minggu adalah masa yang menghampiri kelahiran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Gegaran dan tekanan dalam kabin yang rendah akan merangsangkan proses kelahiran pramatang di dalam pesawat. Faktor lain ialah jangkamasa berada dalam kabin akan menentukan sama ada seorang ibu hamil dibenarkan untuk berada di dalam pesawat. <strong>Jika penerbangan mengambil masa melebihi 6 jam, risiko kelahiran pramatang bertambah tinggi.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penerbangan domestik selalunya mengambil masa tidak lebih dari 4 jam (jika dari Semenanjung ke Sabah). <span style=\"text-decoration: underline;\">Buatlah perancangan awal sebelum membeli tiket<\/span> supaya kehamilan tidak menghampiri 36 minggu di saat memasuki kabin pesawat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Belilah insuran penerbangan<\/span> jika perlu dan jangan lupa membawa <span style=\"text-decoration: underline;\">buku antenatal<\/span> yang berwarna merah bersama apabila menaiki pesawat. Jika terpaksa melahirkan di pesawat atau mana-mana lapangan kapalterbang berdekatan, <strong>buku ini amat membantu doktor yang menyambut kelahiran<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dDoktor, bagaimana jika tiba-tiba saya berasa sakit mahu melahirkan?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika berasa sakit pada abdomen dengan tanda-tanda mahu melahirkan, jangan takut atau malu untuk memberitahu krew kabin yang berada di pesawat. Krew kabin biasanya telah dilatih dan dapat menjangkakan keadaan ini. Pendaratan kecemasan mungkin dapat diaturkan supaya mendapat rawatan perubatan di lapangan kapal terbang yang berdekatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu berita dilaporkan oleh &nbsp;<em>Associated Press <\/em>pada June 2008 di mana seorang penumpang pesawat <em>Korean Air<\/em> dari Filipina ke New York telah melahirkan bayi dalam penerbangan selama 14 jam itu. Bayi itu dinamakan Jadan, disambut oleh ayahnya yang kebetulan seorang pakar bedah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadan dilahirkan seberat 3 paun dibawa terus ke Hospital New York sebaik sahaja pesawat itu mendarat dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Perubatan Lourdes di Camden, New Jersey.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em> \u201cSaya risau tentang pemeriksaan polis ketika sedang check in. <\/em><em>Adakah alat pengesan keluli itu merbahaya kepada janin dalam kandungan?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai ibubapa yang menyatakan kebimbangan sama alat pengesan metal (<em>metal detector<\/em>) memberikan kesan buruk pada bayi. Jangan risau. Ia adalah SELAMAT! Ia bukanlah mesin X-ray.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulannya <strong>berbincanglah dengan doktor anda<\/strong> sebelum menempah tiket menaiki pesawat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (120311)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201dDoktor saya ada emergency ni..\u201d \u201dIsteri saya sudah mahu check in tapi tidak dibenarkan. Dia hamil 28 minggu. Kami mahu balik ke Sarawak.\u201d \u201dJadi apa yang emergency?\u201d saya kehairanan. \u201dPintu gate sudah mahu ditutup. Saya dan isteri nanti tidak akan dibenarkan masuk. Tolonglah..\u201d \u201dOk, tapi saya masih keliru. Apa yang emergency nya? Isteri kamu sakit &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[6],"tags":[353],"class_list":["post-1484","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-pregnancy","tag-polisi-penerbangan-mas-airasia-untuk-wanita-hamil"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-nW","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5424,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/membantu-pesakit-dalam-penerbangan\/","url_meta":{"origin":1484,"position":0},"title":"Membantu pesakit dalam penerbangan","author":"drzubaidi","date":"17\/02\/2014","format":false,"excerpt":"Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan. Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini. Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1353,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bila-harus-ke-hospital-untuk-kelahiran\/","url_meta":{"origin":1484,"position":1},"title":"Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?","author":"drzubaidi","date":"02\/02\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cMana doktor? Mana doktor? Bini saya dah nak terberanak ni !\u201d Saya masih ingat peristiwa itu ketika saya masih lagi menjadi houseman (doktor pelatih) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baru hari kedua. Semua kelam kabut bila saya diberikan \u2018pressure\u2019 begitu. Saya segera memanggil Dr Khairiah, registra di Jabatan O&G.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1400,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-selamat-berjima-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1484,"position":2},"title":"Adakah Selamat Berjima\u2019 Ketika Hamil?","author":"drzubaidi","date":"10\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB. Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain. Kali\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":9820,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tidak-hamil-tapi-upt-positif\/","url_meta":{"origin":1484,"position":3},"title":"TIDAK HAMIL TAPI UPT POSITIF?","author":"drzubaidi","date":"22\/09\/2018","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya. \u00a0 \"Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia...\" \u00a0 Ya puan. Apa masalahnya? \u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/UPT-1.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":8035,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mahu-hamil-selepas-4-tahun-berkahwin\/","url_meta":{"origin":1484,"position":4},"title":"Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin","author":"drzubaidi","date":"13\/03\/2016","format":false,"excerpt":"MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN \u201cAssalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"pregnant","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/pregnant.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7999,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mahu-hamil-semula-selepas-dua-kali-keguguran\/","url_meta":{"origin":1484,"position":5},"title":"Mahu hamil semula selepas dua kali keguguran","author":"drzubaidi","date":"04\/03\/2016","format":false,"excerpt":"\" Salam doktor. Saya XXX berumur 29 tahun. 58kg\/159cm. Saya pernah mengalami 2 kali keguguran pada tahun 2014& 2015. Incomplete dan complete miscarriage. Keguguran pertama-7w6d.\u00a0Keguguran ke dua-12w2d. Saya ingin hamil semula . Tempoh perkahwinan 2 tahun 8 bulan. Boleh doktor cadangkan supplement untuk saya dan suami.Terima kasih.\" WA ALAIKUM MUS\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/7.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1484","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1484"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1484\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16235,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1484\/revisions\/16235"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1484"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1484"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1484"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}