{"id":1458,"date":"2011-03-06T07:49:52","date_gmt":"2011-03-05T23:49:52","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1458"},"modified":"2011-11-07T11:25:00","modified_gmt":"2011-11-07T03:25:00","slug":"airmata-darah-fenomena-luar-biasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/airmata-darah-fenomena-luar-biasa\/","title":{"rendered":"Airmata Darah: Fenomena Luar Biasa"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/bloody-cry.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1460\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/airmata-darah-fenomena-luar-biasa\/bloody-cry\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/bloody-cry.jpg?fit=215%2C300&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"215,300\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"bloody cry\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/bloody-cry.jpg?fit=215%2C300&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1460\" title=\"bloody cry\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/bloody-cry.jpg?resize=215%2C300&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"215\" height=\"300\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya khuatir dengan sikap segelintir orang Melayu yang jahil dalam akidah, begitu mudah mempercayai khurafat. Pantang saja ada keganjilan berlaku, berbondong-bondong orang kita pergi melawat dengan penuh ketakjuban.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang lebih bahaya apabila hati mula mempercayai kononnya orang itu wali kerana keajaibannya dan meminta pelbagai permintaan kerana percaya orang itu boleh menunaikan permintaan mereka dengan \u2018kuasa\u2019 yang dia ada.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tahun 2011 ini, saya mendapati ada beberapa keganjilan berlaku di beberapa tempat di dunia. Seharunya dijadikan iktibar supaya jika ianya berlaku di Malaysia, kita tidaklah mengikuti orang-orang jahil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dua kejadian ganjil berlaku di India apabila kedua-dua wanita mengeluarkan airmata bercampur darah. Sepatutnya peluh dan air mata mengeluarkan rembesan cecair yang tidak berwarna. Namun \u00a0Twinkle Dwivedi, berusia 14 tahun mengeluarkan air mata yang bercampur dengan darah semenjak beliau berumur 11 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mulanya Twinkle dianggap penipu tetapi kes ini disahkan oleh\u00a0 oleh Dr George Buchman yang telah membuat pemeriksaan dan rawatan terhadapnya. Kes yang sama dihadapi oleh Rashida yang kebetulan berasal dari negeri yang sama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saintis berpendapat bahawa keadaan ini dinamakan <strong><em>Haemolacria<\/em><\/strong> atau <strong><em>Hematidrosis<\/em><\/strong> yang terjadi ketika seseorang mengeluarkan air mata yang bercampur dengan darah. Fenomena ini tidak menyebabkan pesakit berasa sakit. Penyakit ini sangat jarang berlaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Dr. Frederick Zugibe<\/em>, seorang pakar forensic dari New York berpendapat\u00a0 hematidrosis adalah disebabkan oleh kesan ketakutan yang amat sangat, yang dikenali dalam istilah fisiologi sebagai <em>fight or flight response<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau menjelaskan, di sekeliling kelenjar peluh terdapat saluran darah kapilari yang banyak. Akibat dari kerunsingan dan ketakutan yang kuat, hormone <em>adrenaline<\/em> akan menyebabkan saluran darah kapilari yang berada di sekeliling kelenjar air mata akan mengecut dan mengecil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila keadaan sudah tenang, saluran darah kapilari itu akan mengembang semula menyebabkan ia pecah. Maka darah akan masuk ke dalam liang air mata. Ini mengakibatkan darah akan bercampur dengan airmata lalu keluar walaupun seseorang itu sebenarnya tidak menangis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/airmatadarah.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1459\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/airmata-darah-fenomena-luar-biasa\/airmatadarah\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/airmatadarah.jpg?fit=320%2C228&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"320,228\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"airmatadarah\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/airmatadarah.jpg?fit=320%2C228&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1459\" title=\"airmatadarah\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/airmatadarah.jpg?resize=300%2C213&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"213\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/airmatadarah.jpg?resize=300%2C213&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/airmatadarah.jpg?w=320&amp;ssl=1 320w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Fenomena ini juga boleh berlaku pada kelenjar peluh di mana seseorang itu akan berpeluh darah. <em>Leonardo da Vinci<\/em> pernah mencatatkan bahawa seorang askar berpeluhkan darah sebelum peperangan bermula, akibat ketakutan yang keterlaluan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dr. Zugibe juga memberikan contoh ketakutan seorang kelasi kapal apabila berhadapan dengan ribut taufan di tengah laut. Atau seorang pesalah yang menunggu masa untuk digantung sampai mati.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesakit boleh mengalami rasa lemah badan kerana kekurangan darah dan dehidrasi. Kulit juga akan menjadi lembut dan mudah koyak apabila ditekan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi amat berharap agar orang Melayu kita sedar bahawa segala yang berlaku sebenarnya mempunyai penjelasan saintifik kerana alam ini dijadikan mengikut sunnatullah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Janganlah mudah terpedaya dengan keajaiban yang diwarwarkan kerana selalunya ada sebahagian kita yang akan mengambil kesempatan dari kekaguman orang ramai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (050311)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya khuatir dengan sikap segelintir orang Melayu yang jahil dalam akidah, begitu mudah mempercayai khurafat. Pantang saja ada keganjilan berlaku, berbondong-bondong orang kita pergi melawat dengan penuh ketakjuban. Apa yang lebih bahaya apabila hati mula mempercayai kononnya orang itu wali kerana keajaibannya dan meminta pelbagai permintaan kerana percaya orang itu boleh menunaikan permintaan mereka dengan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[517,10],"tags":[347,348],"class_list":["post-1458","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-ulasan-berita","category-umum","tag-haemolacria","tag-hematidrosis"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-nw","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":3609,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-gerhana-bulan-pada-manusia\/","url_meta":{"origin":1458,"position":0},"title":"Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia","author":"drzubaidi","date":"19\/11\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 Seorang rakan bertanya kepada saya, \u201cApakah ada kesan sampingan kepada kesihatan semasa gerhana bulan?\u201d\u00a0 Saya menjawab bergantung soalan itu ditanyakan kepada siapa. \u00a0 Jika ditanyakan pada orang yang kuat berfahaman tahayul yang datangnya dari unsur Hindu dan peramal bintang, sudah tentu pelbagai kesannya kepada kesihatan, kekayaan dan perjalanan hidup.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/5-300x214.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2270,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-payudara-berlebihan\/","url_meta":{"origin":1458,"position":1},"title":"Masalah Payudara Berlebihan","author":"drzubaidi","date":"09\/11\/2011","format":false,"excerpt":"Malu bertanya akan sesat jalan\u2019 itulah pepatah Melayu yang masih relevan sehingga kini. Harus juga bertanya pada mereka yang ahlinya. \u201cMaka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).\u201d (an-Nahl: 43) Perkara yang berkaitan dengan Islam, tentulah ditanyakan kepada ulama atau paling kurang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":441,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sawan-dan-ketumbuhan-otak-tiada-kaitan-dengan-saka\/","url_meta":{"origin":1458,"position":2},"title":"Sawan dan Ketumbuhan Otak: Tiada kaitan dengan saka","author":"drzubaidi","date":"30\/07\/2010","format":false,"excerpt":"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: \u201ckami beriman\u201d, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] Banjir besar di Kota Tinggi \u201cPada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir besar dlm sejarah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/kota-tinggi-flooding1-300x197.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5920,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kenapa-orang-dewasa-tidak-demam\/","url_meta":{"origin":1458,"position":3},"title":"Kenapa orang dewasa tidak demam","author":"drzubaidi","date":"17\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam, doktor. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik. Cuma ada sedikit kerisauan. Umur saya memasuki 25 tahun. Kali terakhir saya demam ketika saya berumur 15 tahun. Adakah normal keadaan ini? Andai kata Allah uji saya dengan demam, adakah saya berisiko untuk mendapat demam yang teruk? Terima kasih.\u201d WA ALAIKUM\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1979,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengurangkan-sakit-kepala-ketika-berpua\/","url_meta":{"origin":1458,"position":4},"title":"Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa","author":"drzubaidi","date":"12\/08\/2011","format":false,"excerpt":"Saya tercengang dan bagai tidak percaya apabila seorang pesakit Melayu beragama Islam meminta saya menuliskan surat pelepasan dari berpuasa. \u201cDoktor boleh tak tuliskan surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa kerana saya mengalami migraine dan tidak boleh berpuasa. Kalau saya berpuasa pasti migraine menyerang. Saya terpaksa makan ubat\u201d \u201cSurat pelepasan?!!\u201d Sepanjang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1706,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/nyanyuk-di-usia-muda\/","url_meta":{"origin":1458,"position":5},"title":"Nyanyuk di Usia Muda","author":"drzubaidi","date":"22\/04\/2011","format":false,"excerpt":"Selalunya seseorang dikatakan mengalami penyakit nyanyuk apabila dia mula mencapai umur 65-70 tahun. Namun apa yang terjadi kepada rakan saya, seorang agen unit amanah yang berjaya, dia mengalami beberapa kelupaan yang merisaukan. \u201cDoc, satu malam saya balik ke rumah. Oleh kerana kepenatan dan terasa mahu minum teh panas, jadi saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1458","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1458"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1458\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2255,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1458\/revisions\/2255"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1458"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1458"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1458"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}