{"id":1400,"date":"2011-02-10T09:01:15","date_gmt":"2011-02-10T01:01:15","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1400"},"modified":"2023-03-10T10:39:17","modified_gmt":"2023-03-10T02:39:17","slug":"adakah-selamat-berjima-ketika-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-selamat-berjima-ketika-hamil\/","title":{"rendered":"Adakah Selamat Berjima\u2019 Ketika Hamil?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kali ini saya ditanya mengenai hubungan jima\u2019 bersama suami. Apakah gegaran ketika melakukan jima\u2019 atau kesan air mani&nbsp;boleh menyebabkan keguguran pada janin di awal kehamilan?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini yang saya cuba kupas pada kali ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSalam doktor, saya pernah keguguran sebelum ini. Anak saya meninggal dunia pada usia kehamilan 12 minggu. Prosedur D&amp;C terpaksa dijalankan. <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Alhamdulillah selepas 3 bulan saya hamil kembali. Oleh kerana saya pernah keguguran sebelum ni doktor menasihati agar tidak melakukan hubungan suami isteri sehingga habis trimester pertama kerana takut air mani itu boleh merbahayakan kandungan.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Sehingga sekarang kami masih fobia untuk bersama kerana bimbang keselamatan kandungan saya..dan saya musykil adakah air mani boleh merbahayakan kandungan walaupun sekarang kandungan saya sudah hampir masuk trimester ketiga?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hubungan suami isteri sememangnya tidak dilarang dalam Islam kecuali ketika haid dan nifas. Bagi wanita yang keguguran, tempoh nifasnya sama dengan nifas wanita yang melahirkan anak yang hidup, jika anak yang dilahirkan meninggal dunia dengan cukup sifat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tentu ada hikmahnya. Antaranya memberikan tempoh bagi rahem dan saluran kehamilan untuk sembuh di samping memberikan kesembuhan emosi akibat kegugurannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cJadi adakah doktor bermaksud, hubungan jima\u2019 boleh dilakukan ketika awal kehamilan?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya tiada masalah bagi wanita meneruskan aktiviti seksual bersama suami walaupun hamil. Ianya tidak ditegah kecuali jika aktiviti itu membahayakan nyawa bayi dan kandungan. Selain hubungan jima\u2019, banyak lagi aktiviti&nbsp; seksual lain yang boleh dilakukan seperti berpeluk, bercium dan sebagainya. Saya percaya ramai yang boleh memahami maksud saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari sudut saintifiknya, aktiviti jima\u2019 tidak menyakitkan bayi dalam rahem. Apatah lagi bayi dalam kandungan<span style=\"text-decoration: underline;\"> dilindungi oleh selaput air tuban (<em>amniotic sac<\/em>) dan otot rahem<\/span>. Di samping itu <em>mucus plug<\/em> menutupi saluran pangkal rahem bagi mengelakkan jangkitan kuman naik masuk ke dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dTapi bila saya melakukan jima\u2019, saya merasa sakit perut. Adakah ianya merbahaya?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sakit perut ketika jima\u2019 disebabkan oleh pengecutan otot rahem. Ianya boleh disebabkan oleh gegaran (ketika penis lelaki dimasukkan ke faraj) yang merangsangkan pengecutan rahem (<em>uterine contraction<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu rangsangan puting payudara isteri juga akan memberikan rangsangan yang sama pada rahem. Ketika isteri klimaks, pengecutan rahem tidak dapat dielakkan. Unsur <strong><em>prostaglandin<\/em><\/strong> pada air mani juga boleh merangsangkan pengecutan rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaubagaimanapun pengecutan ini bersifat sementara. Ianya tidak akan berpanjangan melebihi beberapa minit. Saya lebih suka menasihati pasangan supaya <span style=\"text-decoration: underline;\">mengurangkan kekerapan aktiviti jima\u2019 jika kehamilan masih peringkat awal<\/span>. Terutama bagi mereka yang pernah keguguran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cSaya mahu tanya, saya tidak mengalami keseronokan melakukan jima\u2019. Saya hanya melayani suami. Saya bimbang saya akan terus begini selepas melahirkan..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setiap wanita mempunyai naluri seksual yang berbeza. Ada yang merasakan keseronokan ketika bersama suami, ada yang masih lagi kesedihan mengenang musibah keguguran. Setiap wanita mempunyai perasaan yang berbeza.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada yang tidak merasa selesa kerana terasa \u2019bengkakan\u2019 di bahagian ari-ari. Ada pula pula yang merasakan bertambah nikmat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini disebabkan oleh pengaliran darah yang bertambah di kawasan pelvic semasa proses penyembuhan rahem. Pengaliran darah ini juga menyebabkan faraj dan klitoris membesar dan membengkak. Ini yang menyebabkan ada wanita yang merasa nikmat. Apatah lagi ketika itu lendiran faraj keluar dengan begitu banyak. Namun ada pula yang merasa tidak selesa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, perasaan \u2018tidak seronok\u2019 juga disebabkan oleh kebimbangan keguguran akan berulang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau apa pun perasaan ketika itu, haruslah <strong>berbincang dengan suami<\/strong>. Jika ada perasaan seksual yang dirangsang tetapi tidak mahu melakukan jima\u2019, mungkin boleh dilakukan aktiviti lain seperti berpelukan, bercumbuan dan lainnya yang tidak payah saya huraikan lagi.&nbsp; Semua sedia maklum.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dSaya bimbang perut dan rahem saya ditindih oleh suami saya..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hmm..Saya rasa tidak perlu saya menjawab soalan ini. Dengan pengetahuan posisi jima\u2019 yang banyak diperkatakan dalam buku-buku dan video, saya cuma mahu menasihatkan ubahlah posisi kepada posisi yang \u2018tidak menindih perut isteri\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Elakkan melakukan <strong><em>posisi missionary<\/em><\/strong> di mana suami berada di atas. Boleh lakukan posisi di mana isteri di atas, mengiring dan sebagainya. Pastikan suami menyokong tubuhnya menggunakan siku dan lutut jika masih mahu melakukan posisi ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dSaya masih bimbang. Agaknya bagaimana saya nak tahu tanda-tanda bayi saya dalam bahaya..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti mana yang saya katakan, kekejangan pada bahagian perut semasa atau selepas jima\u2019 adalah sesuatu yang normal. <strong>Namun jika ia tidak hilang selepas 5 minit, ianya mungkin menandakan sesuatu yang merbahaya dan perlu bawa ke hospital. Begitu juga jika isteri mendapati ada pendarahan di faraj selepas jima\u2019.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun sekiranya seseorang wanita hamil dinasihatkan oleh doktornya untuk menjauhi aktiviti jima\u2019, ia tentu atas alasan tersendiri. <span style=\"text-decoration: underline;\">Kemungkinan wanita hamil itu telah didiagnosakan mengalami keadaan <strong><em>placenta previa<\/em><\/strong> di mana uri bayi berada di bahagian bawah rahem. Sebarang gegaran selalunya memudahkan pendarahan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga&nbsp;jika wanita itu <span style=\"text-decoration: underline;\">pernah mengalami kelahiran pramatang atau &nbsp;kematian tanpa diketahui punca<\/span>. Aktiviti jima\u2019 bersama suami akan mengulangi musibah yang sama. Begitu juga jika wanita itu diberitahu mempunyai <span style=\"text-decoration: underline;\">masalah pangkal rahem yang tidak kuat<\/span> (<strong><em>cervical insufficiency<\/em><\/strong>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kalau tidak dapat menahan gelora nafsu, haruslah bersabar. Kehamilan pada usia 38 minggu adalah waktu yang lebih selamat bagi perlakukan jima\u2019. Bayi telah matang dan tiada kebimbangan jika ianya lahir ketika itu. Namun <span style=\"text-decoration: underline;\">berbincanglah dengan doktor yang menjaga anda tanpa segan<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (100211)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB. Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain. Kali ini saya ditanya mengenai hubungan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[310],"tags":[333,334,332,335,554],"class_list":["post-1400","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-suami-isteri","tag-cervical-insufficiency","tag-military-position","tag-placenta-previa","tag-prostaglandin","tag-seks-ketika-hamil"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-mA","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1406,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ketidakseimbangan-hormone-ketika-hamil-hcg-dan-progesterone\/","url_meta":{"origin":1400,"position":0},"title":"Ketidakseimbangan Hormone Ketika Hamil: hCG dan Progesterone","author":"drzubaidi","date":"11\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Banyak soalan yang ditanyakan mengenai \u2018ketidakseimbangan hormon\u2019 yang dikatakan menjadi punca keguguran. Sehingga perkataan itu di\u2019kambinghitam\u2019kan bagi setiap punca keguguran yang tidak diketahui. Untuk mendapat diagnosa ketidakseimbangan ini,\u00a0jalanilah beberapa pemeriksaan darah. Ia harus dijelaskan\u00a0oleh doktor yang merawat. Jangan menggunakan alasan ini tanpa bukti yang jelas. Saya mengharapkan penulisan kali ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/21.gif?fit=379%2C449&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5421,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sukar-hamil-akibat-azoospremia\/","url_meta":{"origin":1400,"position":1},"title":"Sukar Hamil akibat Azoospremia?","author":"drzubaidi","date":"14\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cSalam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan\u201d. Wa alaikum\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"sperm","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/sperm.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1308,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/selamat-menggunakan-paracetamol-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1400,"position":2},"title":"Selamat Menggunakan Paracetamol Ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"22\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Saya kerap meneliti topik yang diminati oleh pembaca blog saya. Ini membantu saya menyiapkan penulisan yang diharapkan dapat membantu menghuraikan isu besar di kalangan rakan FB saya. Penulisan saya bertajuk \u201dPengambilan Paracetamol (Panadol) Ketika Hamil\u201d adalah antara topik yang selalu dibaca oleh rakan FB. Ia adalah topik yang berada di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":7455,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/baru-gugur-mahu-hamil-lagi\/","url_meta":{"origin":1400,"position":3},"title":"BARU GUGUR MAHU HAMIL LAGI","author":"drzubaidi","date":"05\/05\/2015","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 \u201cAssalamualaikum. Maaf mengganggu doktor. Sekadar ingin bertanya. Saya baru keguguran pada awal tahun ini. Saya ingin bertanya bilakah waktu subur sesorg itu dan bilakah waktu sesuai untuk saya 'bersama' dengan suami. Haid saya tidak teratur. Saya baru dating haid pada 1hb mei baru-baru ini. Maaf kalau soalan saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1083,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menghadapi-kesedihan-bila-keguguran\/","url_meta":{"origin":1400,"position":4},"title":"Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran","author":"drzubaidi","date":"08\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di\u2019cuci\u2019 dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2065,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ovarian-cyst-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1400,"position":5},"title":"Ovarian Cyst Ketika Hamil","author":"drzubaidi","date":"12\/09\/2011","format":false,"excerpt":"Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan. Saya selalu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1400","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1400"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1400\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15996,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1400\/revisions\/15996"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1400"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1400"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1400"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}