{"id":13594,"date":"2021-06-23T17:33:51","date_gmt":"2021-06-23T09:33:51","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=13594"},"modified":"2023-06-02T15:44:47","modified_gmt":"2023-06-02T07:44:47","slug":"muntah-di-kalangan-bayi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/muntah-di-kalangan-bayi\/","title":{"rendered":"MUNTAH DI KALANGAN BAYI"},"content":{"rendered":"\n
Bayi muntah tidak memerlukan rawatan?<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Ramai di kalangan ibu bapa yang runsing apabila bayi mereka muntah selepas disusukan. Lantas mereka segera membawakan ke Jabatan Kecemasan dan mengharapkan agar bayi mereka diberikan rawatan sewajarnya. Namun mereka kecewa apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak perlukan apa-apa rawatan dan dibenarkan pulang.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Kerunsingan ibubapa amat mudah difahami. Apabila melihat keadaan bayi mereka yang muntah setiap kali disusukan, ibubapa menyangka tentu adalah masalah besar dengan sistem penghadaman bayi mereka.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Sayangnya tiada penerangan yang diberikan, menyebabkan ibubapa akhirnya membawa bayi mereka ke klinik atau farmasi yang memberikan apa saja ubat untuk \u2019merawat kekecewaan hati mereka\u2019.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Saya berpendapat kebanyakan bayi muntah selepas disusukan tidak memerlukan rawatan, tetapi penerangan yang lengkap pada ibubapa yang menjaga bayi mereka.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Tanpa penerangan yang lengkap, ibubapa akan menganggap bayi mereka tidak dirawat dengan sebaiknya, doktor yang memeriksa kurang mahir atau pihak hospital yang mempunyai banyak karenah birokrasi. Saya sendiri menjadi serba salah bila didesak oleh ibubapa yang mahukan ubat untuk melegakan muntah anak mereka.<\/p>\n\n\n\n
Muntah disebabkan anatomi yang kurang matang<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Apa yang kita lihat fenomena \u2019muntah\u2019 ini berlaku apabila bayi kita mengeluarkan semula susu yang diminum. Oleh kerana ianya bukanlah menjadi kebiasaan bagi orang dewasa untuk muntah selepas makan, maka kita menganggap bayi kita juga tidak normal jika muntah selepas disusukan. Itu adalah persepsi yang silap<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Apabila bayi menelan, susu akan melalui saluran esofagus sebelum memasuki ruang perut (stomach). Terdapat seberkas otot yang mengelilingi sempadan antara esofagus dan perut, yang dinamakan otot lower esophageal sphincter (LES).<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
LES mengecut dan menyebabkan makanan yang diproses akan tetap berada di dalam perut. Oleh itu isi perut tidak akan masuk semula ke dalam esophagus.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Namun terdapat keadaan di mana makanan yang sedang diproses di perut memasuki semula ke dalam esofagus. Ini dinamakan sebagai “reflux.”<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Reflux dan muntah mudah berlaku di kalangan bayi selepas disusukan kerana struktur anatomi mereka yang berbeza dari orang dewasa.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
1. Perut mereka yang kecil (kira-kira bersaiz seperti bola golf) dan mudah dipenuhkan.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
2. Otot LES belum lagi matang dan tidak mengetat dengan baik. Ini menyebabkan susu mudah mengalir keluar apabila proses penghadaman bermula.<\/p>\n\n\n\n
Benar-benar muntah atau suka-suka muntah?<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Setiap bayi akan memberikan reaksi yang berbeza, apabila mereka disusukan. Ada bayi yang akan muntah sesekali, ada yang kerap, malah ada yang muntah setiap kali diberikan susu.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Namun begitu bayi yang muntah selalunya selesa, tidak merengek, dan tidak mengalami sukar bernafas selepas muntah. Oleh itu ianya bukanlah sesuatu yang merunsingkan.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Akibat struktur anatomi mereka tadi, bayi sebegini akan \u2018muntah tanpa sebab yang merbahaya\u2019. Kebanyakannya disebabkan oleh udara yang ditelan bersama susu akan cuba keluar dari perut melalui esofagus.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Apabila ia melepaskan diri, ia kelihatan seperti sedawa tetapi membawa bersamanya susu. Oleh itu ia kelihatan seperti muntah.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Ada pakar perubatan yang menggelarkannya sebagai “a happy spitter baby” atau \u2018bayi yang suka-suka muntah\u2019. Tiada rawatan yang perlu diberikan.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Jadi jangan risau jika bayi yang berumur kurang dari setahun kerap muntah ketika disusukan. Otot LES akan mula menjadi kuat dan dapat menghalang terjadinya reflux apabila bayi mencapai umur antara 4-5 tahun.<\/p>\n\n\n\n
Bila perlu berjumpa doktor?<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Saya tidak mengatakan semua bayi yang muntah tidak perlu dirawat. Cuma kebanyakan bayi yang muntah tidak perlu dirawat.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Oleh itu bayi yang muntah dan berkeadaan selesa, tidak merengek, dan tidak mengalami sukar bernafas selepas muntah tidak perlu dirawat.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Sementara bayi yang muntah bersama-sama dengan kembung dan sakit perut, tentu ia sesuatu yang lebih serius.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Bayi tidak akan mengadu yang dia mengalami sakit perut, tetapi bayi akan menangis dan perutnya kelihatan besar.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Mereka juga mungkin mengalami kesukaran bernafas. Kita dapat perhatikan tanda-tandanya seperti kadar pernafasannya laju, mukanya yang agak pucat atau kebiru-biruan.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Jika kesukaran bernafas disertai dengan demam yang tinggi, kemungkinan bayi telah mengalami aspirated pneumonia akibat susu yang dimuntahkan akan masuk semula ke dalam paru-parunya.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Bayi yang muntah setiap kali disusukan dan berlangsung dalam waktu yang lama, mungkin mengalami pertumbuhan fizikal yang terbantut. Bayi ini perlu dibawakan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.<\/p>\n\n\n\n
Tips-tips yang membantu :<\/strong><\/p>\n\n\n\n
1. Jangan baringkan bayi setengah jam selepas menyusukannya. Ini akan membantu susu untuk kekal berada di dalam perut akibat tarikan graviti.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
2. Cuba tepuk-tepukkan dengan lembut di bahagian belakang bayi selepas menyusu untuk menggalakkan udara yang ditelan bersama susu dikeluarkan secara perlahan-lahan.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
3. Jangan memberikan apa-apa tekanan fizikal kepada bahagian abdomen bayi selepas menyusukannya. Sebagai contoh kita tidak menyedari apabila kita mendukung bayi di bahu kita, ia akan menekan abdomen bayi kita.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
4. Memberikan makanan yang separuh pepejal. Bagi bayi yang melebihi 6 bulan, mencampurkan sedikit nasi atau cereal ke dalam makanannya (selain susu) akan menyebabkan makanan itu lebih berat dan tidak naik semula ke esofagus.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
5. Pastikan susu yang diberikan sesuai dengan bayi anda. Bayi yang mengalami alahan terhadap beberapa jenis susu akan menyebabkan mudah membentuk gas di dalam abdomennya.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
6. Bawalah berjumpa dengan pakar paediatrician jika masalah muntah ini berlanjutan sehingga menyebabkan pertumbuhan fizikalnya yang terbantut.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
7. Adakalanya bayi terpaksa dibawakan ke Jabatan Kecemasan kerana muntahnya menyebabkan dia tersedak (choking) dan tanda-tandanya ialah tidak boleh bernafas atau batuk yang tidak berhenti.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
8. Ibubapa tidak perlu memberikan ubat-ubatan yang dibeli dari farmasi atau kedai ubat untuk bayi muntah kerana kebanyakan ubat-ubat itu tidak membantu bayi itu mengurangkan muntahnya.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Dr Zubaidi Hj Ahmad.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Bayi muntah tidak memerlukan rawatan? Ramai di kalangan ibu bapa yang runsing apabila bayi mereka muntah selepas disusukan. Lantas mereka segera membawakan ke Jabatan Kecemasan dan mengharapkan agar bayi mereka diberikan rawatan sewajarnya. Namun mereka kecewa apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak perlukan apa-apa rawatan dan dibenarkan pulang. Kerunsingan ibubapa amat mudah difahami. Apabila melihat …<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[187],"tags":[],"class_list":["post-13594","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-3xg","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2750,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berapa-banyak-kuantiti-susu-untuk-bayi\/","url_meta":{"origin":13594,"position":0},"title":"Berapa banyak kuantiti susu untuk bayi?","author":"admin","date":"13\/06\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya sering ditanya oleh ibu yang baru melahirkan tentang berapa kali kekerapan bayi mereka harus disusui. Ianya menjadi tekanan kepada mereka kerana bayi-bayi mereka kerap menangis dan seperti mahu disusui segera. \u201cDoktor, saya tidak dapat tidur semalaman kerana anak saya kerap mahukan susu, tidak kira di malam hari atau\u2026","rel":"","context":"In "Bayi\/Kanak-kanak"","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":980,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-bayi-menangis-di-waktu-malam\/","url_meta":{"origin":13594,"position":1},"title":"Mengapa Bayi Menangis di Waktu Malam?","author":"drzubaidi","date":"18\/11\/2010","format":false,"excerpt":"Saya on call malam itu di sebuah pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam. Saya sempat memejamkan mata selama dua jam sebelum bilik rehat doktor diketuk. \u201dDoktor, ada pesakit sedang didaftarkan\u201d suara staff yang mengejutkan saya. Saya memandang ke jam di tangan.\u00a0Waktu sudah\u00a0menunjukkan pukul 4.30 pagi. Saya menggeliat dan membasuh muka.\u2026","rel":"","context":"In "Bayi\/Kanak-kanak"","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2193,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/2193\/","url_meta":{"origin":13594,"position":2},"title":"Bolehkah Probiotik Diberi Kepada Bayi","author":"drzubaidi","date":"26\/10\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Seorang ibu membawa bayinya yang berumur 8 bulan, setelah mengalami ceret-beret selama tiga hari. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Saya rasa amat bersyukur dengan perubahan baik ini. Beliau datang untuk bertanya kerana beliau keliru dengan istilah \u2018kuman baik\u2019 yang diberitahu oleh seorang doktor. \u201cDoktor, ada ke kuman yang baik? Bahaya\u2026","rel":"","context":"In "Bayi\/Kanak-kanak"","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/21.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6440,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risiko-bius-pengsan-untuk-pembedahan-di-kalangan-kanak-kanakbayi\/","url_meta":{"origin":13594,"position":3},"title":"Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak\/bayi","author":"drzubaidi","date":"11\/09\/2014","format":false,"excerpt":"RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK\/BAYI \u00a0 \u201cSalam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih\u201d \u00a0 WA ALAIKUM MUS SALAM \u00a0 Saya\u2026","rel":"","context":"In "Bayi\/Kanak-kanak"","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4023,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berwaspada-memberikan-ubat-pada-bayi-anda\/","url_meta":{"origin":13594,"position":4},"title":"Berwaspada Memberikan Ubat pada Bayi Anda","author":"drzubaidi","date":"25\/04\/2013","format":false,"excerpt":"Seorang ibu bertanya di kaunter farmasi. \u201dMana ubat batuk anak saya? Antibiotik? Macam mana nak baik kalau tak bagi ubat. Doktor jenis apa ni.. tak bagus!!\u201d Pegawai farmasi yang bertugas terus menelefon saya. Menceritakan kejadian itu setelah wanita itu pulang dengan marah-marah. \u201dBiarlah orang yang kurang cerdik macam dia marah.\u2026","rel":"","context":"In "Bayi\/Kanak-kanak"","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1796,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahayakah-puting-getah-pada-anak\/","url_meta":{"origin":13594,"position":5},"title":"Bahayakah Puting Getah Pada Anak?","author":"drzubaidi","date":"30\/05\/2011","format":false,"excerpt":"Memberikan puting getah (pacifier) pada bayi dianggap sebagai satu amalan yang tidak sihat. Apatah lagi kebersihannya tidak dijaga. Saya pernah melihat bagaimana pacifier yang jatuh di atas lantai hanya dikesat atau disapu pada baju ibunya dan kemudian diberikan semula kepada bayi. Pacifier juga dikatakan sebagai penyebab pada pembentukan gigi yang\u2026","rel":"","context":"In "Bayi\/Kanak-kanak"","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13594","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13594"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13594\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16342,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13594\/revisions\/16342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13594"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13594"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13594"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}