{"id":13514,"date":"2021-06-08T16:03:39","date_gmt":"2021-06-08T08:03:39","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=13514"},"modified":"2021-06-08T16:03:42","modified_gmt":"2021-06-08T08:03:42","slug":"bagaimana-mengetahui-kesihatan-ginjal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-mengetahui-kesihatan-ginjal\/","title":{"rendered":"BAGAIMANA MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"13515\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-mengetahui-kesihatan-ginjal\/buah-pinggangg\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/buah-pinggangg.jpg?fit=640%2C480&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"640,480\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"buah-pinggangg\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/buah-pinggangg.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/buah-pinggangg.jpg?resize=360%2C270&#038;ssl=1\" alt=\"\" class=\"wp-image-13515\" width=\"360\" height=\"270\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/buah-pinggangg.jpg?w=640&amp;ssl=1 640w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/buah-pinggangg.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 360px) 100vw, 360px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>BAGAIMANA MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut BERNAMA, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada March 14, 2021 memberitahu bahawa penduduk Malaysia yang mengalami penyakit ginjal akan meningkat seramai 106,000 pada 2040. Malah sebanyak 30 peratus dari mereka adalah individu berusia 45 tahun ke bawah, yang secara langsung memberikan impaks kepada sosio-ekonomi negara. Sehingga kini, seramai lebih kurang 40 000 pesakit ginjal yang mnerima rawatan dialiasis.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Jadi bagi mereka yang ingin mengetahui tahap kesihatan ginjal mereka, apa yang patut dilakukan? Pernah lakukan pemeriksaan darah? Lihat pada bahagian Ujian Fungsi Ginjal (Renal Function Test).<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Cari dan lihat perkataan GFR? <strong>GFR<\/strong> adalah suatu nilai yang diperolehi dari nilai creatinine bergantung kepada umur dan jantina bagi menentukan keupayaan fungsi ginjal. Nilai GFR digunakan untuk menentukan sama ada ginjal kita sihat atau tidak.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Creatinine <\/strong>pula adalah produk terakhir apabila protein yang kita makan dicernakan. Creatinine yang berada pada tubuh kita dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing. Jika tahap creatinine dalam darah kita tinggi bermakna ginjal tidak melalukan tugas dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana otot kita sendiri (yang dibina dari protein) boleh cedera, koyak dan rosak, ketika melakukan aktiviti fizikal, maka tahap creatinine yang normal juga bergantung kepada berapa banyak otot yang ada pada tubuh seorang individu. Oleh itu tahap creatinine bagi setiap individu yang dikeluarkan dari ginjla melalui air kencing sangat berbeza, kerana ia bergantung kepada berapa banyak otot yang mereka ada, selain dari berapa banyak protein yang kita makan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu satu formula dicipta bagi menentukan fungsi ginjal ialah dengan mengira nilai GFR atau kadar penapisan yang dilakukan oleh ginjal terhadap bahan ini.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>GFR dan creatinine selalunya diukur dan dilaporkan sekali dalam laporan pemeriksaan darah kerana kedua-duanya melambangkan kesihatan ginjal kita. Nilai GFR yang rendah melambangkan fungsi ginjal yang merosot, sementara nilai creatinine yang semakin tinggi juga menunjukkan fungsi ginjal kita yang merosot.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan yang diterbitkan dalam sesawang <strong><em>National Kidney Foundation<\/em><\/strong>, Amerika Syarikat, bahawa bacaan GFR yang boleh diterima sebagai normal adalah nilai atas 60 sementara nilai bacaan creatinine yang baik adalah kurang dari 1.2 mg\/dL atau 107 umol\/L. Namun bacaan ini mungkin berbeza sedikit dari satu negara dengan negara yang lain. Yang penting jangan keliru dengan nialai yang digunakan, sama ada milligrams per deciliter (mg\/dL) atau micromoles per liter (umol\/L).<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai info bacaan GFR yang terbaik adalah 90 ke atas. Berikut adalah pengkelasan bagi CKD.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table\"><table><tbody><tr><td><strong>TAHAP<\/strong><\/td><td><strong>NILAI GFR<\/strong><\/td><td><strong>FUNGSI GINJAL<\/strong><\/td><\/tr><tr><td>I<\/td><td>&gt;90<\/td><td>NORMAL ATAU TINGGI<\/td><\/tr><tr><td>II<\/td><td>60-89<\/td><td>SEDIKIT RENDAH<\/td><\/tr><tr><td>III A<\/td><td>45-59<\/td><td>SEDERHANA RENDAH<\/td><\/tr><tr><td>III B<\/td><td>30-44<\/td><td>SEDERHANA-TERUK RENDAH<\/td><\/tr><tr><td>IV<\/td><td>15-29<\/td><td>TERUK RENDAH<\/td><\/tr><tr><td>V<\/td><td>&lt;15<\/td><td>KEGAGALAN GINJAL<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Bolehkah bacaan GFR dan creatinine ini diperbaiki? Sudah pasti. Dengan mengawal penyakit (terutamanya diabetis dan hipertensi), mengamalkan makanan yang sihat dan melakukan pergerakan fizikal (senaman) yang sederhana, sudah tentu akan menyebabkan fungsi ginjal bertambah baik. Elakkan makanan berproses dan pilih makanan dari sayur dan buah yang segar. Pastikan menu makanan kita mengandungi tahap garam yang rendah terutama jika menghidapi penyakit hipertensi, ada protein dalam air kencing dan mengalami kesukaran kita bernafas.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Satu lagi perkara adalah kurangkan pengambilan protein, terutama dari sumber haiwan. Pengambilan protein yang banyak bagi orang yang mengamalkan diet untuk mengurangkan berat badan hanya sesuai bagi mereka yang tidak mengalami masalah ginjal tahap 3 ke atas. Namun begitu jika tidak mengambil protein langsung akan menyebabkan otot mengecut dan tubuh tidak mempunyai kekuatan. Jadi ambillah protein dari sumber tumbuh-tumbuhan dan sesekali mengambilnya dari sumber haiwan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kajian menunjukkan fungsi ginjal akan bertambah baik jika kita melakukan aktiviti fizikal yang sederhana. Banyakkan berjalan atau melakukan aktiviti ringan mengeluarkan peluh seperti membersihkan rumah. Jangan duduk dan baring sepanjang masa.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kesihatan ginjal dapat diperbaiki dengan mengawal penyakit metabolic yang kronik (seperti diabetes dan hipertensi) dengan baik, menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang ringan. Namun adakalanya kesihatan ginjal bertambah teruk dan tidak dapat dielakkan walaupun kita telah berusaha sebaiknya. Oleh itu kita kena tahu punca masalah ginjal kita dan cara untuk mengawalnya.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Berbincanglah dengan doctor yang berpengalaman dan jangan lupa melakukan pemeriksaan darah secara berkala.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Semoga bermanfaat.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>#HealthDrZubaidi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BAGAIMANA MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL? Menurut BERNAMA, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada March 14, 2021 memberitahu bahawa penduduk Malaysia yang mengalami penyakit ginjal akan meningkat seramai 106,000 pada 2040. Malah sebanyak 30 peratus dari mereka adalah individu berusia 45 tahun ke bawah, yang secara langsung memberikan impaks kepada sosio-ekonomi negara. Sehingga kini, &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-13514","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-3vY","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":13173,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/dua-ujian-untuk-mengetahui-kesihatan-ginjal\/","url_meta":{"origin":13514,"position":0},"title":"DUA UJIAN UNTUK MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL","author":"admin","date":"17\/03\/2021","format":false,"excerpt":"Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berisiko untuk mendapat masalah kerosakan ginjal, atau kita selalu sebut sebagai Penyakit Ginjal Yang Kronik\u00a0 atau Chronic Kidney Disease (CKD). Malah ramai yang tidak mengetahui yang mereka sebenarnya telah mula mengalami masalah ini. Jika masalah CKD dikenalpasti awal, ia dapat dirawat dengan lebih mudah.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/Picture1.png?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/Picture1.png?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/Picture1.png?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/Picture1.png?resize=700%2C400&ssl=1 2x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/Picture1.png?resize=1050%2C600&ssl=1 3x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/Picture1.png?resize=1400%2C800&ssl=1 4x"},"classes":[]},{"id":20193,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-asid-urik-tinggi-punca-kerosakan-jantung-dan-ginjal\/","url_meta":{"origin":13514,"position":1},"title":"BAGAIMANA ASID URIK TINGGI PUNCA KEROSAKAN JANTUNG DAN GINJAL?","author":"admin","date":"21\/10\/2024","format":false,"excerpt":"BAGAIMANA ASID URIK TINGGI PUNCA KEROSAKAN JANTUNG DAN GINJAL? \u00a0 Tahap asid urik yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius, termasuk kerosakan pada jantung dan ginjal. \u00a0 Berikut adalah beberapa cara bagaimana asid urik tinggi boleh menyebabkan kerosakan ini: \u00a0 1. Pembentukan Kristal Asid Urik :\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-15-at-17.13.29.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-15-at-17.13.29.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-15-at-17.13.29.jpeg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-15-at-17.13.29.jpeg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":4938,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengelak-batu-karang-berulang\/","url_meta":{"origin":13514,"position":2},"title":"MENGELAK BATU KARANG BERULANG","author":"drzubaidi","date":"13\/11\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum, doctor. Saya pernah mengalami penyakit batu karang lima tahun lepas dan menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang.. Tetapi masalahnya penyakit itu berulang kembali dan saya kerap rasa sakit hingga ke hari ini sehingga mengganggu tidur saya. Ada kalanya sehingga ada darah dalam air kencing saya. Mohon pencerahan. Terima\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6102,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-bayam-menyebabkan-batu-dalam-ginjal\/","url_meta":{"origin":13514,"position":3},"title":"Bahaya bayam menyebabkan batu dalam ginjal?","author":"drzubaidi","date":"08\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 Baru-baru tersebar dalam internet bahawa bayam (pinach) tidak boleh dimakan kerana memudaratkan. Mulanya saya ingatkan ianya hanya gurau, namun penulis blog itu beria-ia mengatakan ia sangat berbahaya kepada kesihatan, terutamanya boleh menyebabkan batu pada ginjal. \u00a0 Saya pun cuba mencari profile penulis, manalah tahu penulis blog adalah seorang pakar\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"Fresh spinach iin a wooden bowl on a cutting board","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/bayam-2-300x200.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":13151,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/penyakit-ginjal-yang-kronik\/","url_meta":{"origin":13514,"position":4},"title":"PENYAKIT GINJAL YANG KRONIK","author":"admin","date":"11\/03\/2021","format":false,"excerpt":"Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ yang penting untuk tujuan perkumuhan (membuang bahan-bahan toksik atau yang berbahaya dalam tubuh) melalui air kencing. Selain itu ianya juga berfungsi: Membuang cecair yang berlebihan dari badan. Mengawal tekanan darah. Mengawal asid dalam darah. Mengawal mineral di dalam darah. Menghasilkan hormon untuk pembentukan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":9436,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tahukah-anda-9-warna-air-kencing-ini-menerangkan-tahap-kesihatan-tubuh-badan-kita\/","url_meta":{"origin":13514,"position":5},"title":"Tahukah Anda 15 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita","author":"drzubaidi","date":"13\/01\/2018","format":false,"excerpt":"BAGAIMANA AIR KENCING DIHASILKAN? Kita mempunyai sistem perkumuhan yang lengkap bagi membuang bahan-bahan perkumuhan yang terhasil selepas tubuh menjalankan pencernaan (metabolisme) makanan dan minuman yang kita diambil sepanjang hari. Kita mengeluarkan bahan-bahan ini melalui tiga cara, melalui air kencing, air besar atau perpeluhan. Sebahagian besar bahan-bahan perkumuhan ini dikeluarkan melalui\u2026","rel":"","context":"In &quot;BERNAMA RADIO 24&quot;","block_context":{"text":"BERNAMA RADIO 24","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/bernama-radio-24\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13514","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13514"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13514\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17041,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13514\/revisions\/17041"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13514"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13514"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13514"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}