{"id":1332,"date":"2011-01-27T01:34:26","date_gmt":"2011-01-26T17:34:26","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1332"},"modified":"2024-07-15T14:37:22","modified_gmt":"2024-07-15T06:37:22","slug":"sperma-dan-ejakulasi-pramatang-pe","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sperma-dan-ejakulasi-pramatang-pe\/","title":{"rendered":"Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat \u2019harga diri\u2019 seseorang lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah ejakulasi pramatang (<em>Premature Ejaculation\/PE<\/em>) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan sebanyak 25-30% lelaki mengalami PE.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia boleh berlaku pada mana-mana umur. Ada yang mengalaminya sejak mula berkahwin dan ada pula yang mengalaminya selepas beberapa tahun berkahwin walaupun sebelum itu beliau tidak menghadapi apa-apa masalah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun apa yang hendak saya bincangkan kali ini adalah masalah PE dan kaitannya dengan ketidaksuburan lelaki. Adakah air mani yang dikeluarkan oleh lelaki yang mengalami PE mengandungi sperma? \u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dDoktor, saya mengalami masalah ejakulasi pramatang. <\/em><em>Namun apa yang merisaukan saya adalah tentang kesuburan. Saya ingin bertanya adakah air mani saya mempunyai sperma?\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya amat simpati atas musibah yang ditanggungnya. Saya membayangkan masalah yang dihadapi oleh suami yang rasa tertekan menghadapi keghairahan isteri setiap malam. Sudah tentu \u2018keegoan\u2019 lelakinya tercabar apabila gagal memuaskan naluri seksual isterinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor, zakar saya boleh menegang, namun sebelum saya memulakan jima\u2019,\u00a0 air mani saya telah keluar\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum memahami masalah PE, elok kita fahamkan fenomena ejakulasi yang berlaku pada setiap lelaki. Apabila ada rangsangan seksual \u00a0yang didapati secara fizikal dan mental, mesej akan dihantar dari zakar kepada saraf tunjang (<em>spinal cord<\/em>) dan otak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila seorang lelaki mencapai satu fasa keseronokan (<em>sexual climax<\/em>) dalam proses jima\u2019, mesej pula dihantarkan dari saraf tunjang kepada organ-organ di kawasan pelvis dan menyebabkan ejakulasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dEreksi saya normal, tapi mengapa air mani saya keluar terlalu awal?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ereksi amat berbeza dari ejakulasi. Oleh itu bagi mereka yang boleh mendapat ereksi ada kalanya menghadapi masalah ejakulasi. Ereksi bermakna zakarnya keras \u00a0dan memudahkan zakar memasuki faraj, sementara ejakulasi adalah proses mengeluarkan air mani dari zakar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ejakulasi melibatkan dua fasa. Fasa pertama dinamakan <em>emission<\/em>, di mana pengumpulan air mani di saluran <em>urethra<\/em>. Fasa kedua pula dinamakan <em>evacuation<\/em> iaitu reflex di mana pengecutan otot di sekeliling urethra, akan memancutkan air mani dari <em>urethra<\/em> dan zakar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cJadi apa kaitan masalah ejakukasi pramatang dengan sperma yang kurang?\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada lelaki yang normal, setiap kali ejakulasi mempunyai antara 50- 500 juta sperma. Selalunya air yang dikeluarkan antara 1 ml hingga 5 ml.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ejakulasi pramatang adalah pancutan ejakulasi yang berlaku apabila rangsangan yang minima diberikan. Ianya berlaku pada setiap kali jima\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakalanya PE berlaku sebelum zakar dimasukkan ke dalam faraj. Malah ada yang berlaku ketika baru dimasukkan. Ini bermakna sebelum lelaki itu merasakan klimaks, ejakulasi sudah berlaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu gelora nafsu seksual isteri tidak dapat dipuaskan kerana \u2018tiupan wisel penamat ditiupkan ketika sepakan bola baru bermula\u2019. Ia amat mengecewakan bagi suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada kajian yang menunjukkan jumlah sperma yang dikeluarkan oleh lelaki yang mengalami masalah PE mempunyai jumlah sperma kurang dari 3 juta\/ml. Sedangkan jumlah sperma yang kurang 5 juta \/ml sudah dikira sebgai \u2019tidak subur\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kajian lain pula menunjukkan lelaki yang mengeluarkan 3 juta sperma bagi setiap ml mempunyai kadar menghamilkan yang sangat rendah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu terlalu sukar untuk mengharapkan seorang lelaki yang mengalami PE untuk menghamilkan isterinya, terutama jika lelaki itu melakukan pancutan sebelum memasuki faraj isterinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi lelaki yang sempat memancutkan air maninya ke faraj isterinya, peluang untuk menghamilkan isterinya masih ada. Apa yang perlu ialah rawatan untuk mengawal ejakulasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Punca dan rawatan bagi masalah PE akan saya huraikan pada penulisan yang akan datang, Insya Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (270111)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat \u2019harga diri\u2019 seseorang lelaki. Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation\/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan sebanyak 25-30% lelaki mengalami PE. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2}},"categories":[186,310],"tags":[273,309,308],"class_list":["post-1332","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-suami-isteri","tag-air-mani","tag-sexual-climax","tag-sperma"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-lu","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1283,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perbezaan-antara-sperma-dan-semen-air-mani\/","url_meta":{"origin":1332,"position":0},"title":"Perbezaan antara Sperma dan Semen (Air Mani)","author":"drzubaidi","date":"19\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Kali ini klinik FB saya diajukan dengan pertanyaan dari beberapa pasangan yang baru berkahwin. Kerisauan bermula apabila mereka berkahwin pada umur 30an dan merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera. Mereka risau kerana \u2018percubaan\u2019 mereka untuk hamil belum berjaya. Ini kerana air mani yang dipancutkan ke dalam faraj telah keluar semula\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/10\/sperm-2-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1239,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/coq10-membantu-kualiti-sperma-lelaki\/","url_meta":{"origin":1332,"position":1},"title":"CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki","author":"drzubaidi","date":"12\/01\/2011","format":false,"excerpt":"\u201dDoktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor \u201d Rakan FB di kalangan kaum Adam telah\u00a0bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit. Saya bukannya tidak mahu\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/16-300x177.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1653,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pancutan-awal-boleh-merosakkan-hubungan-suami-isteri\/","url_meta":{"origin":1332,"position":2},"title":"Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri","author":"drzubaidi","date":"05\/04\/2011","format":false,"excerpt":"Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima\u2019 suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (Sexual Health), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja. Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3817,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/merokok-jejas-kualiti-sperma\/","url_meta":{"origin":1332,"position":3},"title":"Merokok Jejas Kualiti Sperma","author":"drzubaidi","date":"03\/02\/2013","format":false,"excerpt":"SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta\/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4241,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perokok-boleh-menyebabkan-anak-lelakinya-mandul\/","url_meta":{"origin":1332,"position":4},"title":"Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul","author":"drzubaidi","date":"10\/07\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?\u201d seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting \u00a0di facebook. \u201cMasalah yang bagaimana ..?\u201d \u201cSaya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi \u00a0mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca \u00a0dari saya..\u201d \u201cSaya terkejut\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":968,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lelaki-dan-kesuburan\/","url_meta":{"origin":1332,"position":5},"title":"Lelaki dan Kesuburan","author":"drzubaidi","date":"13\/11\/2010","format":false,"excerpt":"Kerana\u00a0ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah ketidaksuburan. Sesetengah lelaki menganggapnya sebagai langkah mempersoalkan \u2019kejantanan\u2019 mereka. Belum lagi disahkan sebagai lelaki mandul yang tidak mampu mendapatkan zuriat. Tidak ada seorang lelaki pun yang mahu mengaku dirinya dalam keadaan begitu. Perkataan \u2019mandul\u2019, sesolah-olah dekat dengan perkataan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1332","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1332"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1332\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19245,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1332\/revisions\/19245"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1332"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1332"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1332"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}