{"id":13151,"date":"2021-03-11T15:30:00","date_gmt":"2021-03-11T07:30:00","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=13151"},"modified":"2024-04-05T10:36:58","modified_gmt":"2024-04-05T02:36:58","slug":"penyakit-ginjal-yang-kronik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/penyakit-ginjal-yang-kronik\/","title":{"rendered":"PENYAKIT GINJAL YANG KRONIK"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ yang penting untuk tujuan perkumuhan (membuang bahan-bahan toksik atau yang berbahaya dalam tubuh) melalui air kencing. Selain itu ianya juga berfungsi:<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Membuang cecair yang berlebihan dari badan.<\/li>\n\n\n\n<li>Mengawal tekanan darah.<\/li>\n\n\n\n<li>Mengawal asid dalam darah.<\/li>\n\n\n\n<li>Mengawal mineral di dalam darah.<\/li>\n\n\n\n<li>Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia dianggarkan 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan ginjal setiap tahun. Dianggarkan juga seramai 70% mendapat rawatan di pusat rawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapat samada rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis di rumah. Masalah ini bertambah hebat apabila masyarakat keliru dengan punca dan cara merawat penyakit ini.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Masalah ginjal ini disebut sebagai Penyakit Ginjal yang Kronik atau <strong><em>Chronic Kidney Disease<\/em> (CKD)<\/strong> boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Ada tahap yang boleh sembuh jika dirawat dengan baik, dan ada tahap yang memerlukan peralatan bantuan seperti mesin hemodialisis atau CAPD. Oleh kerana CKD adalah penyakit yang progresif, keadaan seseorang pesakit boleh bertambah teruk, jika tidak dikawal dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pengkelasan CKD bergantung kepada nilai <strong><em>Glomerular Filtration Rate (GFR). <\/em><\/strong>Terdapat lima tahap CKD.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table\"><table><tbody><tr><td>Tahap<\/td><td>Nilai GFR<\/td><\/tr><tr><td>1<\/td><td>&nbsp;Normal (&gt; 90 mL\/min)<\/td><\/tr><tr><td>2<\/td><td>60-89 mL\/min<\/td><\/tr><tr><td>3A<\/td><td>45-59 mL\/min<\/td><\/tr><tr><td>3B<\/td><td>30-44 mL\/min<\/td><\/tr><tr><td>4<\/td><td>15-29 mL\/min<\/td><\/tr><tr><td>5<\/td><td>&lt;15 mL\/min<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TAHAP 1 CKD<\/strong> adalah kerosakan ginjal dengan nilai GFR yang normal (melebihi 90 ml\/min). Selalunya tiada gejala atau tanda kerosakan ginjal. Ramai yang tidak mengetahui mereka mengalami masalah kerosakan ginjal tahap 1. Selalunya diketahui apabila mereka melakukan pemeriksaan rutin terutama pesakit diabetes dan hipertensi kerana dua-dua penyakit ini adalah punca utama masalah penyakit ginjal. Selain itu ia dikesan apabila:<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>1. Tahap tinggi creatinine atau urea dalam darah<\/p>\n\n\n\n<p>2. Darah atau protein dalam air kencing<\/p>\n\n\n\n<p>3. Kerosakan ginjal yang dikesan melalui MRI, CT scan, ultrasound atau&nbsp; X-ray (IVU)<\/p>\n\n\n\n<p>4. Ada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit <em>polycystic kidney disease<\/em> (PKD)<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TAHAP 2 CKD<\/strong> adalah kerosakan ginjal dengan nilai GFR antara 60-89 ml\/min. Seperti CKD tahap 1, tiada gejala atau tanda kerosakan ginjal. Ia dikesan apabila melakukan pemeriksaan rutin.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TAHAP 3 CKD<\/strong> adalah kerosakan ginjal dengan nilai GFR antara 45-59 mL\/min (Tahap 3A) atau nilai GFR antara 30-44 mL\/min (Tahap 3B). Kegagalan ginjal akan menyebabkan tahap urea terlalu tinggi, keadaan ini dinamakan \u201c<strong>uremia<\/strong>.\u201d Dalam tahap 3, pesakit akan mengalami komplikasi seperti hipertensi, anemia (kekurangan darah merah dan masalah tulang. Tanda-tanda kerosakan ginjal di tahap ini adalah:<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Rasa letih keterlaluan<\/li>\n\n\n\n<li>Pengumpulan cecair dalam tubuh menyebabkan bengkakan (edema) dan sukar bernafas.<\/li>\n\n\n\n<li>Air kencing menjadi berbuih, pekat (oren pekat) dan mungkin mengandungi darah, dan isipadunya sedikit.<\/li>\n\n\n\n<li>Rasa sakit pada belakang kawasan pinggang<\/li>\n\n\n\n<li>Masalah tidur akibat kejang kaki<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TAHAP 4 CKD<\/strong> adalah kerosakan ginjal dengan nilai GFR antara 15-30 ml\/min. Tahap ini adalah tahap yang teruk. Pesakit mengalami uremia. Selain komplikasi tahap 3, pesakit juga mungkin mengalami masalah kardiovaskular. Tanda-tanda kerosakan ginjal tahap ini, serupa dengan tahap 3 dengan tambahan:<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Rasa loya dan muntah<\/li>\n\n\n\n<li>Rasa pahit pada mulut<\/li>\n\n\n\n<li>Bau mulut busuk akibat pengumpulan urea dalam darah<\/li>\n\n\n\n<li>Tiada kerselera<\/li>\n\n\n\n<li>Sukar untuk focus terhadap pekerjaan<\/li>\n\n\n\n<li>Masalah saraf seperti rasa mencucuk-cucuk pada jari tangan atau kaki<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TAHAP 5 CKD <\/strong>adalah tahap kerosakan ginjal dengan nilai GFR kurang dari 15 ml\/min. Ia juga dinamakan <strong><em>End Stage Renal Disease<\/em> (ESRD)<\/strong>. Dalam tahap ini, ginjal tidak lagi dapat berfungsi. Oleh itu ia memerlukan rawatan peralatan tambahan seperti dialysis, CPD atau pemindahan ginjal. Tanda-tanda ESRD ini seperti mana tahap CKD yang lain, dengan tambahan:<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Rasa gatal<\/li>\n\n\n\n<li>Air kencing semakin sedikit atau tiada<\/li>\n\n\n\n<li>Bengkakan pada sekeliling mata, atau pergelangan kaki<\/li>\n\n\n\n<li>Kulit menjadi semakin gelap atau \u2018berkerak\u2019<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana ginjal tidak mampu lagi membuang cecair badan sebagai air kencing, toksin dalam badan akan berkumpul dalam darah menyebabkan pesakit rasa lemah, tidak bertenaga, kulit menjadi gatal dan \u2018berkerak\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Ginjal juga berfungsi untuk mengatur tekanan darah, menghasilkan hormone yang membuat sel darah merah dan mengaktifkan vitamin D untuk kesihatan tulang. Kerosakan ginjal tahap 5 ini akan menyebabkan tekanan darah akan meningkat, bilangan sel darah merah dan tahap hemoglobin akan merosot, dan tulang akan menjadi repu dan tahap kalsium dalam darah akan menjadi tinggi, kemudian menjadi rendah.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pesakit CKD harus mengambil ubat yang benar-benar perlu bagi memastikan kegagalan fungsi ginjal tidak menjadi bertambah teruk. Pemakanan untuk pesakit CKD perlu diubah bergantung kepada tahap CKD.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bagi pesakit CKD tahap 1-3, saya cadangkan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>1. Banyakkan kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada dalam makanan seharian atau dalam kudapan. Bagi tahap 4-5, kurangkan makanan ini yang mengandungi banyak potassium.<\/p>\n\n\n\n<p>2. Kurangkan pengambilan lemak tepu seperti daging merah, susu dan produk susu.<\/p>\n\n\n\n<p>3. Hentikan pengambilan lemak-trans yang banyak dalam makanan bergoreng, produk-produk tepung seperti biskut<\/p>\n\n\n\n<p>4. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dan makanan berproses seperti jajan, roti, kek, donut dan makanan dalam tin.<\/p>\n\n\n\n<p>5. Ambil makanan yang mengandungi vitamin C atau suplemen vitamin C 1000mg.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bagi pesakit CKD tahap 4-5, saya cadangkan tambahan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>1. Kurangkan pengambilan makanan atau suplemen yang mengandungi kalsium, tetapi ambil makanan atau suplemen yang ada vitamin D.<\/p>\n\n\n\n<p>2. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak potassium seperti pisang dan durian.<\/p>\n\n\n\n<p>3. Ambil suplemen seperti vitamin B kompleks dan vitamin C kurang 200mg sehari. (Note: ini kerana air kencing tidak lagi dikeluarkan dan metabolite vitamin C boleh berkumpul dalam ginjal menyebabkan batu karang).<\/p>\n\n\n\n<p>4. Ambil vitamin D dan zat besi.<\/p>\n\n\n\n<p>5. Air yang diambil dihadkan kepada 1000ml sehari (bergantung pada nasihat doctor)<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa pesakit CKD bertambah ramai? Cuba kita lihat punca-punca penyakit ini.<\/p>\n\n\n\n<p>1. Komplikasi akibat penyakit pencing manis (Diabetes Mellitus) lebih 50%<\/p>\n\n\n\n<p>2. Pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan<\/p>\n\n\n\n<p>3. Pengambilan ubat-ubat sintetik terutamanya steroid (prednisolone) tanpa pemantauan<\/p>\n\n\n\n<p>4. Radang buah pinggang (<em>Glomerulonephritis<\/em>)<\/p>\n\n\n\n<p>5. Komplikasi akibat penyakit batu karang<\/p>\n\n\n\n<p>6. Hypertensi (tekanan darah tinggi)<\/p>\n\n\n\n<p>7. Lain-lain punca seperti terdedah pada bahan kimia dan toksin.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bagaimana saya mengetahui saya mengidap penyakit ginjal?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apa tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya anda tergulung dalam kumpulan berisiko tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Seseorang pesakit boleh mengesyaki ada penyakit CKD apabila:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Sentiasa dalam keadaan lemah, keletihan dan pucat (disebabkan kekurangan sel darah merah)<\/li>\n\n\n\n<li>Rasa sukar bernafas<\/li>\n\n\n\n<li>Rasa mual, muntah dan hilang selera makan<\/li>\n\n\n\n<li>Gatal seluruh badan<\/li>\n\n\n\n<li>Sakit tulang<\/li>\n\n\n\n<li>Bengkak pergelangan kaki<\/li>\n\n\n\n<li>Pucat<\/li>\n\n\n\n<li>Kencing yang berbuih<\/li>\n\n\n\n<li>Darah keluar bersama air kencing<\/li>\n\n\n\n<li>Jangkitan salur kencing berulang-ulang<\/li>\n\n\n\n<li>Isipadu air berkurangan<\/li>\n\n\n\n<li>Kerap kencing terutama sebelah malam<\/li>\n\n\n\n<li>Mengalami hypertensi pada usia muda<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pesakit mungkin tiada tanda-tanda di atas, tetapi ada masalah seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Pesakit tekanan darah tinggi lebih 10 tahun<\/li>\n\n\n\n<li>Pesakit diabetes mellitus lebih 10 tahun<\/li>\n\n\n\n<li>Ada darah dan protein dalam air kencing<\/li>\n\n\n\n<li>Pesakit autoimmune seperti \u2013 Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)<\/li>\n\n\n\n<li>Pesakit yang mengambila kerap ubat penahan sakit atau steroid tanpa pemantauan<\/li>\n\n\n\n<li>Ada sejarah penyakit ginjal didalam keluarga<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka di atas boleh melakukan pemeriksaan seperti :<\/p>\n\n\n\n<p><strong>1. Ujian air kencing<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Mengesan kehadiran protein<\/li>\n\n\n\n<li>Mengesan darah<\/li>\n\n\n\n<li>Mengesan kandungan bakteria<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>2. Ujian darah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Mengesan tahap kerosakan ginjal (melihat nilai GFR)<\/li>\n\n\n\n<li>Mengesan penyebab kegagalan ginjal seperti diabetes, SLE<\/li>\n\n\n\n<li>Mengesan komplikasi penyakit ginjal seperti kekurangan darah, penyakit kerapuhan tulang etc<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>3. Ujian Ultrasound<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Mengesan saiz ginjal atau kehadiran batu dalam ginjal. Saiz (panjang) ginjal yang normal adalah 10-14 cm (lelaki) dan 9-13 cm (wanita).<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu kerana haruslah mengamalkan pemakanan lebih sihat dan menjalani pemeriksaan berkala jika sudah mengalami penyakit kronik.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>#HealthDrZubaidi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ yang penting untuk tujuan perkumuhan (membuang bahan-bahan toksik atau yang berbahaya dalam tubuh) melalui air kencing. Selain itu ianya juga berfungsi: Membuang cecair yang berlebihan dari badan. Mengawal tekanan darah. Mengawal asid dalam darah. Mengawal mineral di dalam darah. Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-13151","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-3q7","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":9436,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tahukah-anda-9-warna-air-kencing-ini-menerangkan-tahap-kesihatan-tubuh-badan-kita\/","url_meta":{"origin":13151,"position":0},"title":"Tahukah Anda 15 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita","author":"drzubaidi","date":"13\/01\/2018","format":false,"excerpt":"BAGAIMANA AIR KENCING DIHASILKAN? Kita mempunyai sistem perkumuhan yang lengkap bagi membuang bahan-bahan perkumuhan yang terhasil selepas tubuh menjalankan pencernaan (metabolisme) makanan dan minuman yang kita diambil sepanjang hari. Kita mengeluarkan bahan-bahan ini melalui tiga cara, melalui air kencing, air besar atau perpeluhan. Sebahagian besar bahan-bahan perkumuhan ini dikeluarkan melalui\u2026","rel":"","context":"In &quot;BERNAMA RADIO 24&quot;","block_context":{"text":"BERNAMA RADIO 24","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/bernama-radio-24\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":11957,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perkara-yang-kita-perlu-tahu-tentang-ubat-darah-tinggi-hydrochlorothiazide\/","url_meta":{"origin":13151,"position":1},"title":"PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE","author":"admin","date":"12\/11\/2020","format":false,"excerpt":"Paragraph PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE 1. Ubat sintetik ini digunakan untuk mengawal tekanan darah. Ia tidak bertujuan untuk merawat (sembuh), tetapi untuk mengelakkan dari komplikasi seperti stroke, serangan sakit jantung atau kerosakan ginjal. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi. 2. Ia berada dalam\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/hydrochlorzide.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":13514,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-mengetahui-kesihatan-ginjal\/","url_meta":{"origin":13151,"position":2},"title":"BAGAIMANA MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL?","author":"admin","date":"08\/06\/2021","format":false,"excerpt":"BAGAIMANA MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL? Menurut BERNAMA, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada March 14, 2021 memberitahu bahawa penduduk Malaysia yang mengalami penyakit ginjal akan meningkat seramai 106,000 pada 2040. Malah sebanyak 30 peratus dari mereka adalah individu berusia 45 tahun ke bawah, yang secara langsung memberikan impaks\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/buah-pinggangg.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/buah-pinggangg.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/buah-pinggangg.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x"},"classes":[]},{"id":21339,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-minyak-zaitun-olivie-30-plus-membantu-mengawal-penyakit-3-serangkai\/","url_meta":{"origin":13151,"position":3},"title":"BAGAIMANA MINYAK ZAITUN OLIVIE 30 PLUS MEMBANTU MENGAWAL PENYAKIT 3 SERANGKAI?","author":"admin","date":"12\/03\/2025","format":false,"excerpt":"\u00a0 Penyakit tiga serangkai merujuk kepada diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi), dan dislipidemia (kolesterol tinggi), yang merupakan faktor utama penyakit jantung. \u00a0 Minyak zaitun, khususnya extra virgin olive oil (EVOO), mengandungi asid lemak tak tepu (MUFA), polifenol, dan antioksidan yang membantu mengawal ketiga-tiga penyakit ini secara semula jadi. \u00a0 1.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Olive House&quot;","block_context":{"text":"Olive House","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/olive-house\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":12417,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ubat-sintetik-boleh-menyebabkan-kerosakan-ginjal\/","url_meta":{"origin":13151,"position":4},"title":"UBAT SINTETIK BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN GINJAL","author":"admin","date":"01\/01\/2021","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualikum Doktor. Saya adalah pesakit ginjal tahap dua. Apakah benar ubat-ubat yang diberikan boleh mempercepatkan kerosakan ginjal saya sehingga terpaksa menjalani rawatan hemodialisis? Terima kasih.\u201d Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Tidak dapat dinafikan ubat-ubatan sintetik adalah sebahagian usaha kita mendapatkan kesembuhan. Ubat-ubat ini diberikan oleh para doctor dengan berhati-hati. Namun\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":10760,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lapan-khasiat-badam-untuk-sihat\/","url_meta":{"origin":13151,"position":5},"title":"LAPAN KHASIAT BADAM UNTUK SIHAT","author":"admin","date":"05\/11\/2019","format":false,"excerpt":"Ramai yang mengenali biji kacang almond berbanding dengan biji kacang badam. Ini kerana kita tidak banyak penulisan yang memperkatakan kebaikan biji kacang badam berbanding dengan penulisan barat yang menceritakan kebaikan biji kacang almond. Kacang badam adalah salah satu kacang yang mempunyai pelbagai nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Diet Sihat&quot;","block_context":{"text":"Diet Sihat","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/diet-sihat\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13151","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13151"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13151\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19862,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13151\/revisions\/19862"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13151"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13151"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13151"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}