{"id":1299,"date":"2011-01-21T10:35:04","date_gmt":"2011-01-21T02:35:04","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1299"},"modified":"2022-12-22T21:16:19","modified_gmt":"2022-12-22T13:16:19","slug":"pesakit-berhak-pilih-doktor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pesakit-berhak-pilih-doktor\/","title":{"rendered":"Pesakit Berhak Pilih Doktor"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1276\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pesakit-berhak-pilih-doktor\/hmet\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/hmet.jpg?fit=220%2C100&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"220,100\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"hmet\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/hmet.jpg?fit=220%2C100&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter wp-image-1276\" title=\"hmet\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/hmet.jpg?resize=253%2C115&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"253\" height=\"115\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Susah sangat\u00adkah hendak bercakap? Kita hendak tanya lagi tetapi dia cepat-cepat suruh keluar dan ambil ubat<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Itu komen seorang pesakit yang baru mendapatkan perkhidmatan di sebuah klinik kecil di taman perumahannya. Ketika mengadu mengenai sakitnya, si doktor terus memberi beberapa ubat dan si pesakit yang mahu mengetahui ubat yang diberi seperti nama ubat, tujuan diberi dan kesan pe\u00adngambilannya, dia tidak diberi penjelasan terperinci.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ternyata doktor itu begitu berat mulut hendak berkomunikasi dan membuat penera\u00adngan. Tentu ada yang pernah mengalami pengalaman ini dan rasa kecewa lantas membuat keputusan tidak mahu mengunjungi klinik yang sama lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bolehkah doktor bersifat \u2018pendiam\u2019 di dalam tugasnya? Menjenguk bidang kerjaya lain sekadar untuk membuat perbandingan, bolehkah guru juga bersikap \u2018pendiam\u2019 lantas dia tidak mahu mengajar muridnya?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semua bidang pekerjaan memerlukan komunikasi dua hala. Tidak semua doktor di negara kita tidak mahu berkomunikasi dengan pesakit atau orang yang terbabit dengan pesakit itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengalaman Zulkeflee Haron yang baru kehilangan ibunya buat selama-lamanya pada 10 Disember lalu berbeza pula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Saya pernah melalui pengalaman apabila doktor malas berkomunikasi dengan pesakitnya. <\/em><em>Saya bercakap panjang lebar, dia hanya menunduk sambil menulis sesuatu<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Selepas periksa tekanan darah dia terus menyuruh mengambil ubat di luar. Acuh tidak acuh sikapnya dan kita pun rasa panas hati. Bayaran pula mahal<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun pengalaman terbaru ketika ibunya tiba-tiba diserang angin ahmar, membuatkan Zulkeflee berubah fikiran bahawa tidak semua doktor berat mulut berkomunikasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Saya dan keluarga bersyukur kerana kali ini kami bertemu semua doktor yang baik-baik belaka di Hospital Besar Melaka. Mereka tidak jemu bercakap dan memberi penerangan mengenai keadaan emak walaupun kami asyik bertanya soalan yang sama berulang-ulang<\/em>\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Walaupun ketika itu wad kecemasan sedang sibuk, setiap kali kami adik-beradik mahu penerangan, doktor sentiasa mahu memberi penjelasan terperinci<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setiap orang ada pe\u00adngalaman tersendiri ketika mendapatkan perkhidmatan doktor sama ada doktor kerajaan mahupun swasta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun sedarkah kita bahawa komunikasi antara doktor dan pesakit memang sebenarnya amat penting demi kebaikan kedua-dua pihak?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Komunikasi antara doktor-pesakit adalah antara yang terpenting.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Pegawai Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, dalam usaha doktor membantu pesakit menangani penyakitnya, seseorang doktor itu harus mempunyai tiga aspek penting dalam dirinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Aspek berkenaan ialah ilmu kedoktoran yang dipelajari, kemahiran menyampaikan informasi dan menerangkan masalah perubatan kepada pesakit serta sikap merawat pesakit yang betul.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Sikap merawat pesakit yang betul bermakna seorang doktor harus faham bahawa dia berhadapan dengan manusia yang beremosi dan berakal. Doktor bukan saja merawat penyakitnya tetapi harus mengambil kira emosi dan akalnya<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Seorang profesor saya pernah berkata kepada saya, doktor bukanlah seorang mekanik yang membaiki kereta. Jika dia gagal membaikinya, mekanik mungkin akan membiarkan saja kereta itu menjadi buruk di hujung kedainya<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru, kata Dr Zubaidi, seorang doktor perlu sentiasa berinteraksi bagi memastikan usaha merawatnya berjaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor tidak boleh merawat dan kemudian membiarkan saja pesakit terpinga-pinga keliru dengan apa yang berlaku pada dirinya.<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor juga berhadapan dengan manusia yang perlu ditenangkan emosinya dan diberikan penerangan agar fikirannya puas sebelum membuat keputusan<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Apabila seorang doktor mempunyai sikap yang betul, maka terbinalah kemahiran berkomunikasi. Doktor dapat menerangkan apa yang berlaku pada pesakit dan memberitahu rawatan yang sepatutnya diambil<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Komunikasi adalah aspek penting bagi menyampaikan maklumat. Seorang doktor harus sedar bahawa dia bukan saja merawat tetapi memberikan maklumat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Bagaimana seorang doktor mahu mengetahui maklumat yang diberikan difahami? Sudah tentu dengan cara mendapatkan maklum balas. Komunikasi dua hala sudah tentu akan melancarkan proses penyampaian maklumat dan memastikan pesakit tidak keliru<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana sekiranya seorang doktor kurang dalam aspek komunikasi, berat mulut apabila ditanya atau tidak suka ditanya?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Sekali lagi ia bergantung kepada sikap dan kemahiran berkomunikasi yang baik yang seharusnya dipunyai oleh seorang doktor<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Katakan seorang tua datang ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan berkala serta mendapati tekanan darah dan kandungan gulanya tinggi. Adakah seorang doktor memarahi orang tua itu?<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Seharusnya doktor itu memeriksa tahap pengetahuan pesakitnya mengenai dos ubat dan cara pemakanan ubat yang diberikan. Makan ubat dua biji tiga kali sehari, mudah saja disalahfahamkan sebagai makan ubat tiga biji dua kali sehari. Kegagalan seorang doktor mengesan kelemahan pesakit memahami ubatnya adalah malapetaka yang bakal ditempah. Pesakit itu mungkin saja terlantar akibat terlebih dos atau penyakitnya menjadi bertambah tenat akibat dos yang tidak mencukupi<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Namun begitu pesakit pun harus cuba memahami situasi seorang doktor. Sebagai contoh seorang doktor yang baru saja menghabiskan \u2018on call\u2019 selama 32 jam sudah tentu tidak mempunyai sikap prihatin kepada pesakit<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Dalam keadaan ini, pesakit harus mencari doktor lain untuk mendapatkan penerangan atau datang semula untuk berjumpa doktor itu di waktu yang lain<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Jika didapati sikap doktor itu tidak ada kaitan dengan bebanan \u2018on call\u2019 tetapi lebih kepada masalah sikapnya sebagai individu, saya mencadangkan agar pesakit memilih doktor lain yang boleh diajak berkomunikasi<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memang tidak ada salahnya seorang pesakit mendapat\u00adkan pandangan kedua atau ketiga daripada doktor lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Dr Zubaidi, meng\u00adanggap doktor itu berilmu dan boleh membuat keputusan baik untuk diri pesakit seharusnya relevan jika doktor itu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan sikap menghormati hak pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor yang tidak dapat berkomunikasi dengan pesakitnya tentunya tidak boleh diharapkan untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit. Ini kerana jika pesakit menghadapi komplikasi rawatan atau penyakitnya tidak sembuh, pesakit terpaksa berjumpa semula dengan doktor itu<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambah Dr Zubaidi, masalah komunikasi antara doktor-pesakit berlaku di kalangan komuniti Asia yang masih tebal dengan cara kehidupan perbezaan darjat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Seperti filem P Ramlee itu, orang kaya dilayan dengan baik, orang miskin dipandang hina. Keegoan doktor yang dilatih tanpa sedar oleh profesor mereka menyebabkan mereka \u2018ego tanpa sedar\u2019. <\/em><em>Kata-kata mereka menyakitkan hati pesakit tanpa mereka sedari<\/em>,\u201d kata lulusan Kolej Perubatan Kastuba, Manipal ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekiranya masalah komunikasi terus beraja antara doktor dan pesakit, bagi membendung dan mengubah budaya ini, kata Dr Zubaidi, seharusnya ada kurikulum atau silibus pembelajaran perubatan mengajar aspek undang-undang dan kemahiran komunikasi yang baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Seingat saya, sepanjang pembelajaran saya tidak ada subjek bagi memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Pelajar perubatan harus didedahkan dengan perkara ini\u201d.<\/em>\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cJika tidak mereka akan mengalami kejutan budaya, daripada suasana kampus yang sibuk dengan buku dan amali klinikal kepada suasana masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan harapan.\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cPerubahan membabitkan sikap tidak hanya terhadap pelajar perubatan tetapi juga tenaga pengajar mereka iaitu profesor\u201d.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cProfesor yang mengajar klinikal juga harus mengubah sikap mereka yang dengan selamba memarahi pelajar di hadapan pesakit ketika latihan klinikal di wad.\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cJika seorang guru (profesor) sanggup memarahi seorang pelajar perubatan dengan dengan kata, \u2018Hoi monkey!\u2019, bayangkan apa yang bakal doktor ini katakan pada pesakitnya nanti?<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengenai perbezaan perkhidmatan di hospital kerajaan dan swasta, Dr Zubaidi berpendapat, perbezaan perkhidmatan swasta dan kerajaan adalah daripada sudut jumlah pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cJika tekanan kerja kurang, tentu doktor dapat memberikan perhatian kepada pesakitnya. Sebagai perbandingan semasa saya bekerja di Jabatan Kardiothoracic, setiap hari saya membantu lima pembedahan jantung selama lima hari dalam seminggu. Dalam seminggu bermakna 25 kes pembedahan.\u201d<\/em><em>\u201cDi hospital kerajaan doktor bekerja dengan pesakit yang ramai berbanding dengan swasta. Maka nampak perbezaan layanan yang ketara,<\/em>\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDi hospital swasta, rakan memberitahu mereka melakukan pembedahan sekali seminggu dan hasil gajinya berlipat kali ganda berbanding dengan kerja di hospital kerajaan.&#8221;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Dr Zubaidi, tekanan pesakit yang ramai dan harus dihabiskan dalam waktu tertentu (untuk me\u00adngelakkan aduan menung\u00adgu lama daripada pesakit), membuatkan doktor akan cuba mempercepatkan rutin\u00adnya melihat pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Bagi penyakit yang tidak serius seperti batuk atau selesema, ada kalanya diperiksa hanya lima minit. Malah ada yang tidak me\u00admeriksa langsung. Rawatan hanya berdasarkan aduan pesakit. Namun bagi penyakit yang serius dan berulang, catatan sejarah dan pemeriksaan yang lengkap adalah suatu kemestian<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada doktor yang malu mengaku kekurangan mereka seperti kurang pengetahuan dan hasilnya mereka tidak menjawab soalan pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor yang kurang berpengalaman atau berpengetahuan harus merujuk kepada doktor yang lebih senior. Kami faham mereka hanya manusia biasa yang mem\u00adpunyai kelemahan,<\/em>\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Panik dan takut pada apa yang menimpa diri juga sering dihadapi oleh ramai orang. Apakah bantuan yang boleh diberikan oleh doktor?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Pesakit yang takut adalah fenomena biasa. Mereka panik, disebabkan tidak biasa berada di hospital atau melihat sesuatu yang mengerikan di klinik atau di wad. Seorang doktor yang berpengalaman tentu saja tidak panik kerana sudah biasa dengan situasi itu. Namun jika doktor juga panik, ini bermakna mereka kurang berpengalaman atau kurang berpengetahuan.\u201d<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cMereka menterjemahkan panik mereka dengan me\u00admarahi pesakit. Jika doktor penat atau sedih, saya rasa adil bagi mereka untuk sedikit beremosi. Namun jika ia disebabkan oleh masalah sikap, maka wajar seorang pesakit mencari doktor yang lain.&#8221;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi menghadapi suasana panik atau kecemasan, doktor harus tenang dan menjadi contoh pada staf paramedik yang lain. Ketenangan dan kepantasan doktor tentu saja akan me\u00adnyelamatkan pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Pesakit berhak memilih doktor sebagaimana doktor berhak memilih pesakit (kecuali dalam keadaan kecemasan). Selagi belum terjadi hubungan doktor-pesakit, mereka berhak memilih. Jadi pilih doktor yang berpengalaman, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berkomunikasi. Itu hak pesakit<\/em>,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Teks oleh Kusyi Hirdan di Harian Metro 18 Jan 2011.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.hmetro.com.my\/articles\/Pesakitberhakpilihdoktor\/Article\">http:\/\/www.hmetro.com.my\/articles\/Pesakitberhakpilihdoktor\/Article<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cSusah sangat\u00adkah hendak bercakap? Kita hendak tanya lagi tetapi dia cepat-cepat suruh keluar dan ambil ubat.\u201d Itu komen seorang pesakit yang baru mendapatkan perkhidmatan di sebuah klinik kecil di taman perumahannya. Ketika mengadu mengenai sakitnya, si doktor terus memberi beberapa ubat dan si pesakit yang mahu mengetahui ubat yang diberi seperti nama ubat, tujuan diberi &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[294,295],"class_list":["post-1299","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-hak-pesakit","tag-sikap-doktor"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-kX","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":2284,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kematian-mj-dan-ubat-bius-propofol\/","url_meta":{"origin":1299,"position":0},"title":"Kematian MJ dan Ubat Bius Propofol","author":"drzubaidi","date":"12\/11\/2011","format":false,"excerpt":"Rakan saya yang juga seorang doktor, mencampakkan akhbar harian ke meja saya. Dia kelihatan tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Dr Conrad Murray. \u201cSetiap hari ada ribuan orang mati. Tidak ada seorang pun rasa mahu tahu apa yang berlaku. Tapi apabila seorang yang terkenal mati, satu dunia heboh..\u201d\u2026","rel":"","context":"In &quot;Ulasan Berita&quot;","block_context":{"text":"Ulasan Berita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/ulasan-berita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/11\/21-300x222.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1261,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rawatan-terbaik-untuk-anxiety-disorder\/","url_meta":{"origin":1299,"position":1},"title":"Rawatan Terbaik untuk \u201cAnxiety Disorder\u201d","author":"drzubaidi","date":"15\/01\/2011","format":false,"excerpt":"Ketika saya sedang merangka penulisan\u00a0tentang \u2018Anxiety Disorder \u2019 di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita. Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka. \u201dJust want to share. Saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":686,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sakit-kepala-akibat-hentikan-ubat-sawan\/","url_meta":{"origin":1299,"position":2},"title":"Sakit Kepala Akibat Hentikan Ubat Sawan","author":"drzubaidi","date":"02\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Seorang pesakit datang berjumpa saya kerana masalah sakit kepalanya yang kuat. Pemeriksaan tekanan darah adalah normal lalu saya mencadangkan pemeriksaan ujian darah memandangkan umurnya dalam 40an. Seminggu selepas itu pesakit datang semula berjumpa saya untuk mengetahui keputusan darah yang diambil itu. Malangnya sakit kepala beliau hanya lega setelah menelan ubat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4418,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-menggunakan-pil-pelangsing\/","url_meta":{"origin":1299,"position":3},"title":"Kesan menggunakan Pil Pelangsing","author":"drzubaidi","date":"09\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan. \u00a0 Saya mencuba\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5742,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tidak-semua-pesakit-perlukan-ubat\/","url_meta":{"origin":1299,"position":4},"title":"Tidak semua pesakit perlukan ubat","author":"drzubaidi","date":"23\/04\/2014","format":false,"excerpt":"Saya pernah bertanya kepada seorang doktor junior semasa buat \u2018round\u2019 pada awal pagi di ward bedah. Beliau adalah doctor Cina yang baru graduasi dari Australia. Cantik. Dan lulus dengan cemerlang. \u201cHow do you define \u2018patient\u2019?, Dr Choo\u201d \u201cPerson who come to hospital with disease?\u201d jawabnya ringkas, tetapi berupa pertanyaan semula.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":2348,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rawatan-suntikan-untuk-buasir\/","url_meta":{"origin":1299,"position":5},"title":"Rawatan Suntikan untuk Buasir","author":"drzubaidi","date":"14\/12\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai yang mengalami ketidakselesaan akibat buasir. Penyakit ini telah saya cerita dengan agak panjang di penulisan saya sebelum ini. (Lihat http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=2227) Namun apabila saya membayangkan perkataan \u201cbedah\u201d, ramai yang menulis email kepada saya semula dan bertanyakan rawatan yang boleh didapati selain dari pembedahan. \u201cSaya bukannya tidak mahu bedah, tapi menurut\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/12\/buasir2.jpg?fit=876%2C1050&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/12\/buasir2.jpg?fit=876%2C1050&ssl=1&resize=350%2C200 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/12\/buasir2.jpg?fit=876%2C1050&ssl=1&resize=525%2C300 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/12\/buasir2.jpg?fit=876%2C1050&ssl=1&resize=700%2C400 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1299"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1299\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15186,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1299\/revisions\/15186"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}