{"id":1288,"date":"2011-01-20T19:55:42","date_gmt":"2011-01-20T11:55:42","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1288"},"modified":"2024-12-15T23:22:37","modified_gmt":"2024-12-15T15:22:37","slug":"kesan-pil-perancang-kepada-kanser-payudara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-pil-perancang-kepada-kanser-payudara\/","title":{"rendered":"Kesan Pil Perancang kepada Kanser Payudara"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/oral-contraceptives-9430.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1290\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-pil-perancang-kepada-kanser-payudara\/oral-contraceptives-9430\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/oral-contraceptives-9430.jpg?fit=418%2C295&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"418,295\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"oral-contraceptives-9430\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/oral-contraceptives-9430.jpg?fit=418%2C295&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1290\" title=\"oral-contraceptives-9430\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/oral-contraceptives-9430.jpg?resize=300%2C211&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"211\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/oral-contraceptives-9430.jpg?resize=300%2C211&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/oral-contraceptives-9430.jpg?w=418&amp;ssl=1 418w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menerima banyak pertanyaan setiap hari. Saya mengharapkan rakan-rakan FB yang bertanya melalui <em>inbox fb<\/em> bersabar kerana saya mempunyai masa yang terhad.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini saya menerima soalan dari seorang wanita awal 40an yang telah mengamalkan pil perancang keluarga selama 8 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Salam, saya ingin bertanya tentang pil perancang keluarga. Ibu saya menghidap kanser payudara dan telah selamat dibedah. Saya dinasihatkan untuk berhenti dari mengamalkan pil perancang ini kerana ada risiko kanser payu dara. Adakah saya harus menghentikannya? Terima kasih\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum menjawab soalan ini, elok kita lihat kebarangkalian seseorang wanita di Malaysia untuk mendapat kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara. Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 &#8211; 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bermakna kemungkinan seorang wanita di Malaysia untuk mendapat kanser payu darah adalah 0.001%. Peratusan ini kecil kerana tahap kesedaran terhadap kanser payudara yang semakin meningkat. Ramai wanita Malaysia yang terus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat jika mereka risau terdapatnya ketulan pada payudara mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Apakah pengamalan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan boleh meningkatkan risiko kanser payudara bagi seorang wanita?<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Risiko seseorang wanita untuk menghidap kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah hormon wanita mereka sendiri. Mengikut kajian, wanita yang terdedah lama pada hormon semulajadi juga akan menyebabkan risiko kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana ini boleh terjadi? Seorang wanita akan terdedah pada hormon terlalu lama apabila beliau menjadi akhil baligh pada usia yang awal &#8211; haids pada usia yang muda (kurang 12 tahun), atau mengalami fasa menopause yang lewat pada umur selepas 55 tahun, atau lambat mempunyai anak pertama (selepas umur 30 tahun) atau tidak mempunyai anak langsung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perlu diketahui bahawa pil pencegah kehamilan atau pil perancang keluarga ini juga mengandungi hormon tambahan. Secara logiknya, penambahan hormon ke dalam badan seseorang boleh menyebabkan dirinya \u2019tidak subur\u2019 untuk sementara namun sudah tentu ada kesan sampingan, antaranya kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Jadi betullah pil perancang keluarga menyebabkan kanser payudara? Bukanlah semuanya takdir dari Allah?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sukar saya menjawab soalan ini. Sesuatu penyakit yang diujikan pada seseorang adalah takdir dari Allah yang mana tidak seorang pun yang tahu. Kita tidak tahu takdir kita sehingga ianya berlaku. Seorang wanita tentunya tidak tahu takdirnya menghidap kanser payudara kecuali apabila dia telah didiagnosakan sebagai pesakit kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/tanda-kanser.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1292\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-pil-perancang-kepada-kanser-payudara\/tanda-kanser\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/tanda-kanser.jpg?fit=328%2C275&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"328,275\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"tanda kanser\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/tanda-kanser.jpg?fit=328%2C275&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1292\" title=\"tanda kanser\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/tanda-kanser.jpg?resize=300%2C251&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"251\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/tanda-kanser.jpg?resize=300%2C251&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/tanda-kanser.jpg?w=328&amp;ssl=1 328w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah kelemahan manusia sebgai makhluk. Namun begitu jika kita inginkan perubahan dalam diri kita, Allah perintahkan kita untuk berusaha dan berdoa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika kita telah berusaha melakukan perubahan dan berjaya melakukan perubahan itu, tidak bermakna kita boleh menepuk dada dan mengaku kekuatan dan kebolehan kita. Begitu juga jika usaha perubahannya tidak berjaya, janganlah bersedih. Kita tidak mampu memikirkan kebaikan sesuatu takdir sama ada usaha kita berjaya atau tidak. Ia juga melambangkan iman kita yang lemah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana manusia itu lemah dan tidak mengetahui takdirnya, maka diwajibkan untuk berusaha secara bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan hidupnya. Dalam menjalani hidupnya, manusia diberikan pegangan hidup berupa Al Quran dan Al Hadis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi perlulah diusahakan pencegahan dan sikap berhati-hati kerana ianya termasuk dalam usaha untuk mencapai kebaikan dalam hidup.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya telah mengupaskannya dalam penulisan saya iaitu <strong>\u201dMencari Ubat adalah Tawakal\u201d<\/strong> di <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=602\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=602<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beriman kepada Qadar tidak bererti kita tidak perlu berusaha dan hanya berpeluk tubuh saja.\u00a0 Bahkan haruslah melaksanakan usaha kerana ia adalah perintah Syari\u2019ah. <em>Apabila ada sebab maka akan lahirkan musabab (akibat).<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kuliah pengajian saya, diceritakan Amirul Mu\u2019minin, Umar bin Khattab, ketika pergi menuju Syam, di tengah perjalan dia mengetahui bahwa telah tersebarnya wabak penyakit taun di pertengahan jalan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemudian para sahabat yang mengikuti beliau bermusyawarah. Apakah perjalanan ini perlu diteruskan atau kembali pulang ke Madinah? Maka terjadilah perselisihan pendapat di antara mereka dan kemudian Umar Khattab memutuskan untuk kembali ke Madinah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka datanglah Abu Ubaidah Amir bin Al-Jarah seraya berkata : \u201d<em>Hai Amirul Mu\u2019minin, mengapa anda kembali ke Madinah dan lari dari Qadar Allah ?\u201d<\/em> Umar menjawab : <em>\u201d Aku lari dari Qadar Allah menuju Qadar Allah\u201d. <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemudian setelah itu datang Abdurrahman bin Auf (dia sebelumnya tidak ada di situ), kemudian dia menceritakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang wabak penyakit.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cErtinya, bila kamu sekalian mendengar terjadinya wabak penyakit di suatu kawasan, maka janganlah kamu ke sana\u201d<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulan perkataan Umar \u201c<strong><em>lari dari Qadar Allah menuju Qadar Allah\u201d <\/em><\/strong>itu merupakan dalil bahwa melaksanakan sebab juga termasuk Qadar Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kita tahu bahawa apabila seseorang mengatakan <em>\u201dsaya beriman kepada Qadar Allah dan Allah akan memberiku seorang anak dengan tanpa berkahwin dan mempunyai isteri \u201d<\/em>, maka orang tersebut adalah gila.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga bila dia mengatakan \u201c<em>saya beriman kepada Qadar Allah dan saya tidak akan mahu bekerja dan mencari rezeki\u201d,<\/em> maka dia adalah bodoh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka iman kepada Qadar adalah tidak bermakna jika tiada usaha dengan ikhtiar yang betul. Janganlah kita bersangka buruk dengan Allah dan janganlah kita berputus asa dari rahmatNya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu kita harus berusaha untuk mengelak sesuatu penyakit dan berserah kepada Allah untuk menentukan keputusan.\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1291\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-pil-perancang-kepada-kanser-payudara\/pic-2\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/pic-2.gif?fit=532%2C400&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"532,400\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"pic 2\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/pic-2.gif?fit=532%2C400&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1291\" title=\"pic 2\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/pic-2.gif?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/pic-2.gif?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/pic-2.gif?w=532&amp;ssl=1 532w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dTapi saya membaca dari internet bahawa pil perancang boleh mengurangkan risiko kanser payudara pula?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Para doktor dan saintis\u00a0 masih lagi berbeza pendapat mengenainya. Mereka tidak mendapat satu keputusan secara muktamad sama ada pil perancang keuarga akan meningkatkan risiko kanser payudara atau tidak. Kajian yang dibuat oleh Mayo Clinic, juga memberikan keputusan yang bercampur-campur dalam menentukan hubungan pil pencegah kehamilan dengan kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun saya lebih suka mengambil pendapat yang mengatakan <em>\u2019pengambilan pil perancang keluarga akan meninggikan risiko untuk mendapat kanser payudara\u2019<\/em>. Pada saya lebih baik dari tidak mengambilnya kerana ada kajian yang mengaitkan pengambilan pil itu dengan kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cJadi siapa yang perlu berhati-hati?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mereka yang mempunyai keluarga terdekat (sama ada emak, saudara perempuan atau ibu saudara malah sepupu) yang pernah mendapat kanser payudara, pengambilan pil pencegahan kehamilan haruslah diambil\u00a0dengan berhati-hati.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita ini berisiko tinggi dan mungkin mengalami masalah kerosakan genetik BRCA1. Satu kajian yang mendapati bahawa wanita yang mengamalkan pil perancang dan mempunyai kecacatan genetic BRCA1 akan meninggikan risiko untuk mendapat kanser payudara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Genetik BRCA1 ada pada setiap wanita. Ia berfungsi menghalang pembentukan sel-sel kanser dalam payudara. Jika terdapat kecacatan atau kerosakan pada genetik ini, BRCA1 tidak lagi dapat menjalankan fungsinya dan menyebabkan sel-sel kanser terbentuk di dalam payudara. Oleh itu sebarang kerosakan atau kecacatan pada genetik BRCA1 akan meninggikan risiko menghidapi kanser payudara. Apatah lagi jika terdedah kepada hormon tambahan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dJadi saya perlu hentikan pengamalan pil ini walaupun saya tidak mempunyai keluarga yang ada kanser payudara?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya serba salah dalam menjawab soalan ini. Saya tidak menentang penggunaan pil perancang keluarga. Ianya boleh digunakan jika wanita itu mengalami masalah kesihatan yang akan memudharatkannya jika dia hamil lagi. Contohnya jika dia mempunyai masalah jantung. Sudah tentu pesakit akan mendapat mudharat jika dia hamil semula dan pil perancang harus digunakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun bagi wanita muda dan sihat, saya harap berhati-hatilah dengan pil perancang keluarga. Ia boleh dibeli dari kaunter farmasi namun haruslah mendapatkan nasihat dari ahli farmasi dahulu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dKalau begitu bolehkah saya mengambilnya sebab saya sekarang menyambungkan pengajian di peringkat Master?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya boleh memberikan pendapat dari segi perubatan bukan dari segi hukum. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2003 oleh <em><a href=\"http:\/\/www.cancer.gov\/dictionary\/db_alpha.aspx?expand=N#National Cancer Institute\">National Cancer Institute<\/a><\/em><em> (NCI) USA<\/em> mendapati ada risiko yang tinggi di kalangan wanita muda yang mengambil pil pencegah kehamilan melebihi 5 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian ini boleh dilihat di <em>Althuis MD, Brogan DD, Coates RJ, et al. Breast cancers among very young premenopausal women (United States). <\/em><em>Cancer Causes and Control<\/em><em> 2003; 14(2):151\u2013160.<\/em><em>\u00a0<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi penggunaan pil perancang keluarga tidak harus digunakan pada jangka waktu yang lama. Wanita yang mengamalkannya haruslah kerap melakukan pemeriksaan saringan untuk kanser payu dara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika bimbang pada kesan sampingan pil perancang keluarga, boleh\u00a0gunakan kaedah lain seperti <strong>IUD<\/strong> \u2013<em>intrauterine device<\/em>, kondom\u00a0 atau merancang menggunakan kaedah kalendar, iaitu memilih waktu tidak subur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0Allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (200111)<\/p>\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p><strong style=\"font-size: revert; color: initial;\">KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, <a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">boleh klik di link ini<\/a><\/p>\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui <a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/kanser\">Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi<\/a><\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/kanser\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"300\" height=\"300\" data-attachment-id=\"20606\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rawatan-kanser-payudara-peringkat-satu\/img-20241118-wa0008\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?fit=1024%2C1024&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"1024,1024\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"IMG-20241118-WA0008\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?fit=618%2C618&amp;ssl=1\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=300%2C300&#038;ssl=1\" alt=\"\" class=\"wp-image-20606\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=300%2C300&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=150%2C150&amp;ssl=1 150w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=768%2C768&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?w=1024&amp;ssl=1 1024w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/figure>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya menerima banyak pertanyaan setiap hari. Saya mengharapkan rakan-rakan FB yang bertanya melalui inbox fb bersabar kerana saya mempunyai masa yang terhad. Baru-baru ini saya menerima soalan dari seorang wanita awal 40an yang telah mengamalkan pil perancang keluarga selama 8 tahun. \u201cSalam, saya ingin bertanya tentang pil perancang keluarga. Ibu saya menghidap kanser payudara dan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[4,7],"tags":[290,291,293,292],"class_list":["post-1288","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-farmasi","category-wanita","tag-brca1","tag-iud","tag-qada-terhadap-penyakit","tag-takdir"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-kM","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":6164,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kesan-sampingan-suntikan-perancang-keluarga\/","url_meta":{"origin":1288,"position":0},"title":"Kesan sampingan suntikan perancang keluarga","author":"drzubaidi","date":"13\/07\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat. \u00a0 Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/EKF.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2207,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kaitan-pil-perancang-keluarga-dengan-stroke\/","url_meta":{"origin":1288,"position":1},"title":"Kaitan Pil Perancang Keluarga Dengan Stroke","author":"drzubaidi","date":"28\/10\/2011","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini staff saya memberitahu bahawa kakaknya yang berusia 43 tahun dimasukkan ke hospital akibat pengsan di rumah ketika memasak. Pada mulanya keluarganya enggan membawa pesakit ke hospital kerana menyangka beliau diserang santau. Kebetulan sebelum ini pesakit ada bertengkar dengan keluarga berkenaan harta peninggalan nenek mereka. Setelah tidak sedarkan diri\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/14.jpg?fit=600%2C450&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/14.jpg?fit=600%2C450&ssl=1&resize=350%2C200 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/14.jpg?fit=600%2C450&ssl=1&resize=525%2C300 1.5x"},"classes":[]},{"id":5202,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/haid-dua-kali-selepas-henti-pil-perancang\/","url_meta":{"origin":1288,"position":2},"title":"Haid Dua Kali selepas Henti Pil Perancang","author":"drzubaidi","date":"30\/12\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cAs salammu alaikum, doktor. Saya keliru dgn period yg sy alami sekarang. Saya sudah berkawin dan mempunyai seoorg anak berumur 2 tahun dan melahirkan secara pembedahan caserian. Saya bercadang mahu menambah anak pada tahun depan. \u00a0 Saya mengalami haid pada 11.12.13 dan haid semula pada 28.12.13. Saya sudah menghentikan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"OCP 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/OCP-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3905,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-selepas-pap-smear\/","url_meta":{"origin":1288,"position":3},"title":"Pendarahan selepas Pap smear","author":"drzubaidi","date":"17\/03\/2013","format":false,"excerpt":"As salam Dr...saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 15 tahun. Saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di 'os 'apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan 'burn'di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":3918,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/merawat-jerawat-dengan-pil-perancang\/","url_meta":{"origin":1288,"position":4},"title":"Merawat Jerawat dengan Pil Perancang","author":"drzubaidi","date":"17\/03\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"Sebagai \u00a0seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang. Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil perancang akan menyebabkan saya mandul nanti. Apakah nasihat doktor?\". \u00a0 JAWAPAN \u00a0 Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5869,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-selepas-persetubuhan\/","url_meta":{"origin":1288,"position":5},"title":"Pendarahan Selepas Persetubuhan","author":"drzubaidi","date":"12\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan\" WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas\u2026","rel":"","context":"In &quot;EKF&quot;","block_context":{"text":"EKF","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/ekf\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1288","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1288"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1288\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20695,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1288\/revisions\/20695"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1288"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1288"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1288"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}