{"id":12446,"date":"2021-01-11T12:53:29","date_gmt":"2021-01-11T04:53:29","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=12446"},"modified":"2025-12-23T15:01:48","modified_gmt":"2025-12-23T07:01:48","slug":"peningkatan-pesakit-diabetes-jenis-2-di-kalangan-remaja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/peningkatan-pesakit-diabetes-jenis-2-di-kalangan-remaja\/","title":{"rendered":"PENINGKATAN PESAKIT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN REMAJA"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetes yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing. Sebelum ini dia telah berjumpa seorang doctor di pusat kesihatan, dan diberikan antibiotic dan \u2018pelawas kencing\u2019 kerana disyaki mengalami masalah \u2018kencing kotor\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Doktor tidak mengesyaki pesakit mungkin mengalami diabetes sebab tubuhnya tidak obes dan umurnya masih muda. Pesakit pula takut melakukan pemeriksaan darah. Pada masa itu, pesakit baru saja ke bilik air, jadi tiada sampel air kencing yang dapat dihantar untuk pemeriksaan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Setelah beberapa hari, beliau datang berjumpa bersama ibunya. Saya memujuk beliau untuk membuat pemeriksaan darah. Memang agak sukar. Rasa takut, menjerit dan terpaksa dipegang oleh ibu dan staf klnik yang bertugas. Akhirnya dapat bacaan gula dalam darah.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata bacaan gula secara rawak adalah 18.0 mmol\/L. Ibunya terperanjat seperti tidak percaya. Saya mengambil masa untuk menceritakan masalah yang anak beliau alami adalah berpunca dari masalah tahap gula yang tinggi dalam darah.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Rasa mahu kerap kencing itu adalah sebahagian dari masalah diabetes yang dialami. Tanpa disedari oleh ibunya, pesakit ini sentiasa berasa haus dan hanya air soda dari peti sejuk saja yang dapat menghilangkan hausnya. Tidak hairanlah bacaan gulanya kekal tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Saya mulakan rawatan dan menasihatkan penjagaan makanan yang mudah diamalkan. Alhamdulillah setelah seminggu, bacaan gula beliau turun kepada 10 mmol\/L. Masih tinggi tetapi sudah menurun.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Saya merujuk beliau untuk ke hospital bagi memantau komplikasi pada mata dan ginjal, dan berharap agar tiada komplikasi pada organ-organ tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Memang sesuatu yang membimbangkan. Sekali lagi, kes-kes diabetes di kalangan remaja semakin meningkat di Malaysia, malah di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kajian kajian yang dikeluarkan oleh <em>Royal College of Paediatrics<\/em> <em>and Child Health<\/em> menunjukkan peningkatan pesakit diabetes di kalangan kanak-kanak di England dan Wales. Tidak semua mereka mengalami obesiti. Suku dari mereka tiada masalah kegemukan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pesakit diabetes yang terlalu muda pasti akan mengalami masalah komplikasi seperti masalah jantung, stroke dan ginjal, selepas 10-15 tahun. Tidak hairanlah jika ramai pesakit jantung, stroke dan ginjal juga berusia berada dalam usia awal 30an.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Saya percaya semakin ramai remaja yang mengalami kegemukan dan ia harus ditangani dengan memberikan perhatian apa yang mereka makan, selain dari menggalakkan mereka aktif dalam kehidupan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pendidikan tentang pemakanan seharusnya diterapkan pada ibubapa kerana saya melihat kadang kala ibu bapa tidak rasa bersalah membenarkan anak mereka minum air soda setiap hari di samping mengambil makanan yang banyak bersumberkan karbohidrat berproses.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kita faham keperluan tenaga di kalangan kanak-kanak adalah tinggi kerana mereka masih menjalani proses tumbesaran di samping mereka aktif bermain.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu mereka harus diberikan makanan seimbang sewaktu makan pagi (bersarapan). Kebanyakan kita memberikan makanan yang berproses, sedia dituang ke dalam mangkuk dan ditambah susu sebagai menu utama bila bersarapan. Ada pula yang memberikan makanan berasaskan karbohidrat berproses setiap hari seperti roti canai, dan minum teh tarik.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu ini akan meningkatkan tahap gula dalam tubuh, dan akhirnya disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Bila tubuh sudah menjadi obese, dan selera semakin bertambah, kanak-kanak ini akhirnya mengalami insulin resistance yang menyebabkan penyakit diabetis.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Apakah pilihan yang kita ada? Saya mencadangkan sarapan bagi kanak-kanak haruslah diberikan karbohidrat kompleks yang terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Berikan makanan bersumber protein dan tambahkan lemak sihat.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Antara menu yang sesuai diberikan adalah sandwich dari roti wholemeal, diletakkan sayur-sayuran seperti tomato dan lobak yang dipotong kecil disamping telur mata atau telur dadar. Tambahkan sedikit minyak zaitun OLIVIE sebagai sumber minyak sihat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pengambilan minyak zaitun sangat baik untuk kanak-kanak bersekolah kerana ia adalah sumber antioksida, monounsaturated fatty acid dan sumber tenaga yang banyak. Mereka juga lambat lapar dan boleh focus terhadap pembelajaran di kelas.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga mencadangkan, sesekali kita sediakan pisang, ubi rebus atau keledek yang mempunyai sumber tenaga yang tinggi dan sesuai untuk keperluan tenaga kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka yang mahu sediakan nasi goreng atau mee goreng, pastikan ada sumber protein seperti telur atau sedikit daging yang dipotong kecil ke dalam masakan. Yang penting letakkan sayur-sayuran yang mencukupi.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Berapa banyak keperluan sayur yang mencukupi? Saya mencadangkan separuh atau satu pertiga dari mee atau nasi yang hendak digoreng. Banyak bukan? Tetapi itulah keperluan sayur-sayuran sebagai sumber antioksida dan fiber untuk anak-anak kita.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Jangan lupa untuk pastikan mereka mendapat minyak zaitun, sekurang-kurangnya sesudu. Boleh dimasukkan ke dalam masakan atau diberikan terus ke dalam mulut.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Mereka boleh minum air susu segelas. Mereka juga boleh minum air kosong saja jika makanan yang diberikan telah cukup nutrisi dan tenaga yang diperlukan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Nasihat saya, elakkan anak-anak kita mengambil makanan yang manis ketika bersarapan kerana ia akan menyebabkan rasa mengantuk, dan tidak focus dalam pelajaran. Makanan atau minuman manis akan menyebabkan anak kita menjadi terlalu aktif sehingga dikatakan \u2018nakal\u2019 dalam kelas.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Perhatikanlah pemakanan anak-anak kita jika kita mahu mereka sihat, kuat dan bersemangat dalam pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Semoga bermanfaat.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/hashtag\/healthdrzubaidi?__eep__=6&amp;__tn__=*NK*F\">#HealthDrZubaidi<\/a><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>[IKLAN]<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tingkatkan daya tahan anak anda terhadap sebarang jangkitan dengan <strong>Set Anak Sihat<\/strong>. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh dapatkan di <a href=\"https:\/\/www.needsvenue.com.my\/collections\/kombo-istimewa\/products\/-set-anak-sihat-1-unit-immuneedz-vit-c-1-unit-fish-oil-500mg\">S I N I<\/a><\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"618\" height=\"824\" data-attachment-id=\"22483\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/peningkatan-pesakit-diabetes-jenis-2-di-kalangan-remaja\/whatsapp-image-2025-12-04-at-15-42-15\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?fit=768%2C1024&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"768,1024\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"WhatsApp Image 2025-12-04 at 15.42.15\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?fit=618%2C824&amp;ssl=1\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?resize=618%2C824&#038;ssl=1\" alt=\"\" class=\"wp-image-22483\" style=\"aspect-ratio:0.7500256436557595;width:280px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?w=768&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/WhatsApp-Image-2025-12-04-at-15.42.15.jpeg?resize=225%2C300&amp;ssl=1 225w\" sizes=\"auto, (max-width: 618px) 100vw, 618px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetes yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda. Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing. Sebelum ini dia telah berjumpa seorang &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-12446","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-3eK","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":7076,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/punca-rasa-sakit-pada-peranakan\/","url_meta":{"origin":12446,"position":0},"title":"PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN","author":"drzubaidi","date":"11\/02\/2015","format":false,"excerpt":"PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN\u00a0 \u201cAssalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/VIT-E-1-300x268.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2478,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/risau-air-mani-bercampur-darah\/","url_meta":{"origin":12446,"position":1},"title":"Risau Air Mani Bercampur Darah","author":"drzubaidi","date":"06\/01\/2012","format":false,"excerpt":"Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/darah-dalam-airmani-300x218.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2678,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pancutan-air-mani-ke-belakang-atau-retrograde-ejaculation\/","url_meta":{"origin":12446,"position":2},"title":"Pancutan Air Mani ke Belakang atau Retrograde Ejaculation","author":"drzubaidi","date":"19\/05\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (semen) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks. Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar (testicles) melalui satu saluran dinamakan (vas deferens) \u00a0yang membawa sperma ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6020,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pesakit-mana-yang-boleh-dan-tidak-boleh-berpuasa\/","url_meta":{"origin":12446,"position":3},"title":"Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?","author":"drzubaidi","date":"21\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.\u201d WA ALAIKUM MUS SALAM\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/IMG-20241118-WA0008.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":12131,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kerap-kencing-malam\/","url_meta":{"origin":12446,"position":4},"title":"KERAP KENCING MALAM","author":"admin","date":"02\/12\/2020","format":false,"excerpt":"KERAP KENCING MALAM \u00a0 \u00a0 Assalamualaikum doktor, saya SSSSS berumur 31 tahun. Telah berkahwin 4 tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Saya nak tanya pendapat doktor, adakah masalah saya iaitu masalah lemah tenaga batin dan pancutan pramatang disebabkan kerap beronani semasa remaja. Sekarang saya mengalami masalah kerap kencing sehingga setiap\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/kencing-malam-3.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":845,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/rasa-pitam-di-kalangan-wanita-muda\/","url_meta":{"origin":12446,"position":5},"title":"Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda","author":"drzubaidi","date":"02\/11\/2010","format":false,"excerpt":"Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita\u00a0pertengahan 20an, mengadu\u00a0sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba\u00a0beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/med02_1-300x229.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12446","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12446"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12446\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22485,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12446\/revisions\/22485"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12446"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12446"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12446"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}