{"id":1225,"date":"2011-01-08T03:02:14","date_gmt":"2011-01-07T19:02:14","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1225"},"modified":"2025-09-18T10:30:47","modified_gmt":"2025-09-18T02:30:47","slug":"berapa-lamakah-diperlukan-untuk-puas-tidur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berapa-lamakah-diperlukan-untuk-puas-tidur\/","title":{"rendered":"Berapa Lamakah Diperlukan untuk Puas Tidur?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Alhamdulillah, maha puji bagi Allah. Saya tidak mengalami masalah tidur sekarang. Sewaktu memulakan kerjaya sebagai doktor, tidur yang nyenyak adalah suatu kemewahan. Keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi membuatkan saya <em>stress <\/em>fizikal dan mental.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kini, letak saja kepala di bantal, otak saya terus masuk ke fasa rehat. Bila bangun tidur berasa puas. Mungkin beban kerja yang semakin berkurangan walupun tanggungjawab semakin bertambah. Saya tidak lagi <em>on call <\/em>di malam hari.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDan Dialah yang menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki)\u201d<\/em>Al-Furqan:47<\/p>\n<\/blockquote>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mereka yang terpaksa berjaga malam kerana maslahat umum seperti kerja sebagai doktor, kakitangan hospital dan pasukan keselamatan, cabaran berjaga dan bekerja di waktu malam telah menjadi lumrah. Saya memahami.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201dDoc, boleh tak bagi saya tips-tips untuk tidur lena. Lately ni saya stress dan tidur saya terganggu\u201d <\/em>Tanya seorang rakan FB.<\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang merasa tidak puas tidur dan ada pula yang mengalami masalah sukar untuk melelapkan mata. Saat saya menulis ini ada dua pertanyaan mengenainya di dalam <em>inbox facebook <\/em>saya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakan-rakan fb merasakan mereka tidak cukup tidur. Apabila bangun pagi, tubuh badan mereka rasa letih seolah-olah waktu yang digunakan untuk tidur terlalu sedikit.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak mahu menulis tentang tips tidur lena kerana ia boleh didapati di banyak laman web. Namun saya mahu berkongsi adab yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<ol>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Semasa tidur, kaki jangan menghadap ke arah Qiblat.<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Bacalah <strong><em>Tasbih Fatimah<\/em><\/strong>, iaitu membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 33 kali.<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Bacaah \u00a0surah 3 Qul, \u00a0tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh tubuh.<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Niat untuk bangun untuk bangun awal dan bersolat Tahajjud.<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Ambil wudhu dan solat witir sebelum tidur.<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Banyakkanlah muhasabah terhadap dosa diri kita dan mengharapkan ampunannya.<\/div>\n<\/li>\n<li>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tidur mengiringkan badan di sebelah kanan dan tapak tangan di bawah pipi.<\/div>\n<\/li>\n<\/ol>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sanad hadis bagi adab-adab tidur di atas. Jika ianya bersalahan harap dapat menegur saya. Semoga kita mendapatkan ketenangan sewaktu tidur.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : <strong>bismikallahumma ahya wa amutu<\/strong>(Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; <strong>alhamdulillahil ladzi ahyana ba\u2019da ma amatana wailaihin nusyur<\/strong>(Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit).<\/em> (Bukhari)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalunya mereka yang membaca doa ini adalah orang yang siap dan bersedia untuk tidur. Jadi jika kita bukannya pekerja yang terpaksa bekerja dan berjaga malam untuk kepentingan masyarakat, tentunya tidur dan bangun pada waktu yang tetap akan memberikan kita tenaga setelah rehat di malamnya. Saya percaya doa yang dibaca akan memberikan kekuatan pada siang hari.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201dSuami saya tidur macam mayat. Kalau tidak saya set kan jam loceng pukul 6.00 am, tentu dia tak bangun sampai ke tengah hari..\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Melampau betul dia menggambarkan masalah suaminya. Tapi mungkin dia bercakap benar. Ada setengah orang yang terpaksa memerlukan bantuan jam loceng untuk bangun pagi. Tanpa jam loceng yang berdering pada waktu yang ditetapkan, mereka bagaikan tidak berdaya untuk terjaga dan bangun dari tidur.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mereka masih lagi tidur lena walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Ini bermakna tidur mereka tidak lena dan tidak memberikan kepuasan dan rehat yang cukup. Mereka masih perlu lagi masa untuk rehat (tidur).<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Alasan kita rasa tidak mendapat tidur yang cukup. Kita tidak boleh bangun dengan sendirinya.Penggunaan jam loceng bermakna seseorang itu tidak \u2018cukup tidur\u2019 dan perlu dikejutkan. Begitu juga jika terpaksa minum kopi di waktu pagi untuk mencerahkan mata.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi\u00a0jika kita mendapat tidur yang lena dan cukup, kita tidak memerlukan jam loceng atau memberi tekanan kepada isteri untuk mengejutkan kita. Sebaliknya tubuh kita akan memberikan rangsangan agar kita dapat terjaga sendirinya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201dCukup kah tidur selama 6 jam?\u00a0 Tak merbahaya kah?\u201d <\/em>soal ibu saya yang risau apabila melihat saya berkeadaan seperti mayat hidup.<\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pernah tidur hanya 6 jam untuk dua hari ketika berada di Jabatan Pembedahan Kardiothorasik. Waktu itu nyawa pesakit bagaikan api lilin yang ditiup angin. Sentiasa perlu di<em>monitor.<\/em>Para jururawat pula tidak\u00a0 mahu mengambil risiko membiarkan pesakit di CICU tidak \u2019ditemani\u2019 oleh doktor. Sentiasa bertanya \u201ddoktor di mana?\u201d walaupun doktor hanya &#8216;hilang&#8217; kerana hendak melepaskan hajat di bilik air.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201dSebenarnya berapa jam yang bagus untuk kita merehatkan badan?\u201d <\/em><\/strong>soal pesakit yang membawa anak lelakinya yang sering kelihatan letih dan tidur sepanjang hari.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu kajian yang dilakukan oleh <em>National Sleep Foundation, Amerika Syarikat <\/em>memberitahu \u2018tiada jawapan yang standard untuk semua orang\u2019.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jumlah tidur yang diperlukan bergantung kepada faktor baka, umur, jantina dan jumlah masa tidur hari sebelumnya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun sebelum menentukan berapa\u00a0lama yang diperlukan\u00a0untuk tidur, eloklah dilakukan pemeriksaan kesihatan kerana dibimbangi sifat kita yang dikatakan suka tidur berkaitan dengan penyakit yang selama ini kita tidak ketahui.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201dBenarkah kekurangan tidur menyebabkan masalah kesihatan?\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya pernah membaca sebuah artikel dalam satu jurnal perubatan (saya\u00a0sudah tidak ingat judulnya), menyatakan professional muda yang bekerja melebihi 10 jam sehari setiap hari akan mudah mendapat penyakit kronik.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun jumlah yang masa untuk tidur tidak ditetapkan, namun kekurangan tidur akan menyebabkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penambahan berat badan, mudah mendapat jangkitan kuman dalam badan, diabetes dan penyakit jantung. Kekurangan waktu tidur juga akan mengurangkan kualiti kerja dan mengganggu mood.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kekurangan masa tidur akan memberikan kesan secara perlahan-lahan. Mengikut pengalaman saya selalunya selepas lima tahun, mereka yang kekurangan tidur akan mengalami masalah-masalah penyakit itu.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201dKalau begitu tidak salahlah saya tidur 12 jam sehari..\u201d <\/em><\/strong>celah seorang remaja lelaki. Loyar buruk.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupu kekurangan masa tidur akan menyebabkan masalah kesihatan, terlalu banyak tidur juga akan menyebabkan masalah yang sama. Terlalu banyak tidur bermakna tidur melebihi 8 jam sehari bagi dewasa. Jadi tidak ada alasan untuk bermalas-malasan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian yang dilakukan oleh <em>National Sleep Foundation, Amerika Syarikat <\/em>menunjukkan mereka yang tidur antara 6.5 jam sehari akan hidup lebih lama, berbanding dengan mereka yang tidur melebihi 8 jam atau kurang dari 6.5 jam sehari.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulan bagi kajian ini menunjukkan masa yang lama untuk seseorang itu tidur ialah 8 jam. Tidur yang tidak mencukupi ialah kurang dari 6.5 jam sehari. Pilihlah waktu tidur antara keduanya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201dBagaimana hendak tahu\u00a0tempoh\u00a0yang baik untuk tidur bagi saya?\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seperti yang disebut di awal tadi, tidak ada masa yang tertentu yang boleh digunakan oleh setiap orang. Semuanya bergantung kepada banyak faktor.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara terbaik untuk menentukan lama masa\u00a0 tidur kita ialah dengan mengikuti langkah berikut. Katakan kita tidur pukul 12.000 am dan setiap pagi kita memerlukan jam loceng untuk terjaga dari tidur pada pukul 6.00am.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bermakna kita tidak mendapat kepuasan tidur sepanjang malam. Cuba awalkan 15 minit waktu kita tidur keesokkannya. Tidur pukul 11.45pm dan cuba bangun pada waktu yang sama 6.00am.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika tidak berjaya, awalkan lagi masa tidur 15 minit setiap hari, sehingga kita benar-benar rasa puas untuk mendapat rehat. <span style=\"color: #000000;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Jangan pula melebihi 8 jam atau kurang dari 6.5 jam<\/span><\/span>. Biasakanlah dengan\u00a0tempoh kita tidur. Insya Allah kita akan mendapat tidur yang nyenyak dan tubuh berasa bertenaga dan bersemangat, selain mengamalkan doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur dan bacaan surah 3 Qul.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201cKalau masih lagi tidak puas walaupun tidur melebihi 8 jam dan susah terjaga dari tidur, bagaimana?\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya hanya tersenyum. Soalan ikhlas. Memang terdapat pesakit yang mengalami masalah yang sebegitu. Mudah rasa letih dan mengantuk saja.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><em>\u201cDoc, saya kalau tengok TV rancangan Berita Perdana, tak sampai setengah jam, saya dah lelap. Rasa mengantuk sangat\u201d.<\/em><\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mereka yang berbadan besar (<em>obese<\/em>) dan mengalami masalah tidur, saya mencadangkan agar berjumpa dengan doktor\u00a0 kerana kemungkinan mengalami masalah <strong><em>sleep apnoea <\/em><\/strong>di mana pernafasan sering terhenti ketika tidur menyebabkan rasa mengantuk di siang hari.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allhu a\u2019lam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (080111)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi\">http:\/\/www.facebook.com\/drzubaidi<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog<\/a> <!--subscribe2--><\/strong><\/p>\n\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah, maha puji bagi Allah. Saya tidak mengalami masalah tidur sekarang. Sewaktu memulakan kerjaya sebagai doktor, tidur yang nyenyak adalah suatu kemewahan. Keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi membuatkan saya stress fizikal dan mental. \u00a0 Kini, letak saja kepala di bantal, otak saya terus masuk ke fasa rehat. Bila bangun tidur berasa puas. Mungkin beban &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[265,267,266],"class_list":["post-1225","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-sleep-apnoea","tag-tak-cukup-tidur","tag-tasbih-fatimah"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-jL","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":5934,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-melatih-bayi-tidur-sepanjang-malam\/","url_meta":{"origin":1225,"position":0},"title":"Bagaimana Melatih Bayi Tidur Sepanjang Malam","author":"drzubaidi","date":"24\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1850,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-selalu-mengantuk-di-siang-hari\/","url_meta":{"origin":1225,"position":1},"title":"Mengapa Selalu  Mengantuk Di Siang Hari","author":"drzubaidi","date":"27\/06\/2011","format":false,"excerpt":"Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya. \u201cDalam satu hari berapa cawan minum nes ?\u201d \u201cSaya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk\u201d \u201cTeruk sangat ke rasa mengantuk?\u201d \u201cMana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":19880,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tidak-boleh-tidur-malam-walaupun-ambil-ubat-penenang\/","url_meta":{"origin":1225,"position":2},"title":"TIDAK BOLEH TIDUR MALAM WALAUPUN AMBIL UBAT PENENANG","author":"admin","date":"19\/09\/2024","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya ada masalah tidak boleh tidur malam. Saya sudah mengambil ubat Epilim dan Olanzapine, tetapi kadang-kadang masih tidak boleh tidur. Apa yang perlu saya buat. Terima kasih.\" Waalaikumussalam. Saya faham betapa sukarnya jika tidak dapat tidur malam. PUNCA Ubat Epilim (sodium valproate) dan Olanzapine biasanya digunakan untuk\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":19075,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kenapa-saya-tidak-menggalakkan-bersenam-di-waktu-malam\/","url_meta":{"origin":1225,"position":3},"title":"KENAPA SAYA TIDAK MENGGALAKKAN BERSENAM DI WAKTU MALAM","author":"admin","date":"03\/07\/2024","format":false,"excerpt":"KENAPA SAYA TIDAK MENGGALAKKAN BERSENAM DI WAKTU MALAM \u00a0 Saya pernah ditanya oleh wartawan Sinar Harian mengenai bersenam malam. . Masa itu (18 Februari 2020) kita dikejutkan oleh pemergian pelakon Ashraf Sinclair berusia 40 tahun yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) yang dilaporkan meninggal dunia\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/WhatsApp-Image-2024-07-03-at-5.49.12-PM.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/WhatsApp-Image-2024-07-03-at-5.49.12-PM.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/WhatsApp-Image-2024-07-03-at-5.49.12-PM.jpeg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/WhatsApp-Image-2024-07-03-at-5.49.12-PM.jpeg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":2115,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/posisi-terbaik-semasa-tidur-bagi-wanita-hamil\/","url_meta":{"origin":1225,"position":4},"title":"Posisi Terbaik Semasa Tidur Bagi Wanita Hamil","author":"drzubaidi","date":"24\/09\/2011","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, boleh saya minta MC hari ini?\u201d \u201cApa masalah puan, puan sakit ke?\u201d tanya saya kepada seorang wanita yang sedang hamil. \u201cTidak. Saya tak cukup tidur semalam. Perut saya semakin membesar, saya tidak selesa untuk tidur. Saya pusing ke kanan dan ke kiri, tetapi masih tidak boleh melelapkan mata\u201d Saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":21601,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-sukar-tidur\/","url_meta":{"origin":1225,"position":5},"title":"MASALAH SUKAR TIDUR","author":"admin","date":"15\/05\/2025","format":false,"excerpt":"\u201cSaya dah 60 tahun, tapi setiap malam gelisah. Susah tidur. Bangun pagi pun rasa penat. Kadang menangis tanpa sebab.\u201d \u00a0 Ini luahan seorang wanita yang pernah saya temui dalam sesi konsultasi. \u00a0 Masalah sukar tidur bukan sekadar letih fizikal. Ia boleh mencetuskan keresahan emosi, serangan panik ringan, dan rasa tertekan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-12-at-13.43.31.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-12-at-13.43.31.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-12-at-13.43.31.jpeg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-12-at-13.43.31.jpeg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1225","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1225"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1225\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22172,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1225\/revisions\/22172"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1225"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1225"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1225"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}