{"id":12035,"date":"2020-11-20T11:51:52","date_gmt":"2020-11-20T03:51:52","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=12035"},"modified":"2023-10-16T16:42:51","modified_gmt":"2023-10-16T08:42:51","slug":"punca-punca-tekanan-darah-rendah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/punca-punca-tekanan-darah-rendah\/","title":{"rendered":"PUNCA-PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n<p><strong>a) Tekanan Darah Rendah \u2018Orthostatic\u2019<\/strong><\/p>\n<p>Ini adalah keadaan darah rendah yang biasanya akan berlaku apabila anda berubah posisi. Sebagai contoh anda bangun dari tidur atau duduk dengan terlalu cepat lalu menyebabkan tekanan darah anda turun. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pusing. Ianya berlaku kerana tubuh badan anda tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan anda. Keadaaan ini biasanya akan berlaku untuk beberapa saat sahaja.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>b) Tekanan Darah Rendah \u2018Neurally Mediated\u2019 (NMH)<\/strong><\/p>\n<p>Jenis masalah tekanan darah rendah yang kedua ini berlaku apabila otak dan jantung anda gagal untuk berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain. Sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangkamasa yang panjang, darah akan mula berkumpul di kaki anda lalu menyebabkan tekanan darah menurun. Dalam kes NMH, badan anda menjadi keliru dan memberi isyarat kepada otak bahawa tekanan darah anda adalah tinggi. Sebagai tindak balas, otak anda akan melambatkan kadar denyutan jantung. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah secara mendadak lalu menyebabkan anda berasa pening kepala dan rasa nak pitam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>c) Tekanan Darah Rendah Teruk berkaitan dengan \u2018Shock\u2019<\/strong><\/p>\n<p>Tekanan darah rendah jenis ini adalah adalah suatu keadaan yang sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa. Dalam kes ini, tekanan darah dalam badan anda akan turun menjadi begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain dalam tubuh badan anda tidak mendapat bekalan darah yang cukup.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Jadi, apakah punca tekanan darah rendah? Punca bagi masalah kesihatan tersebut adalah berbeza bagi setiap jenis seperti yang dinyatakan di atas tadi. Di antara punca yang sering kali berlaku ialah:<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>1. Kurang air dalam badan<\/strong><\/p>\n<p>Kekurangan air dalam badan yang terlampau boleh menjadi punca tekanan darah rendah yang anda alami. Ini kerana kekurangan air akan menjejaskan fungsi tubuh badan anda. Di antara punca kekurangan air dalam badan ialah:<\/p>\n<p>1. Berpeluh dengan terlalu banyak<br \/>2. Tidak minum air dengan secukupnya<br \/>3. Aktiviti yang terlalu ekstrem<br \/>4. Cirit-birit<br \/>5. Muntah-muntah<br \/>6. Demam<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>2. Cuaca yang terlalu panas<\/strong><\/p>\n<p>Cuaca yang terlalu panas juga boleh menjadi punca anda mendapat tekanan darah rendah. Apabila anda berada dalam cuaca yang terlalu panas, badan anda akan berpeluh secara berlebihan dalam usaha untuk menstabilkan suhu badan.<\/p>\n<p>Apabila anda terlalu banyak berpeluh, badan anda akan kehilangan banyak air lalu menyebabkan tekanan darah anda menurun dengan mendadak.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>3. Tidak bergerak untuk tempoh yang lama<\/strong><\/p>\n<p>Jika tubuh badan anda berada dalam keadaan yang statik dan tidak bergerak dalam keadaan yang lama, ia juga boleh menyebabkan tekanan darah anda menurun. Sebagai contoh, jika anda menyertai perbarisan dan terpaksa berdiri dengan lama.<\/p>\n<p>Darah akan terkumpul di kaki anda lalu anda akan mula berasa pening dan terasa seolah-olah mahu pitam. Begitu juga keadaannya sekiranya anda duduk terlalu lama dan tiba-tiba bangun.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>4. Ubat-ubatan<\/strong><\/p>\n<p>Kajian mendapati bahawa terdapat sesetengah ubat-ubatan yang boleh meningkatkan risiko anda untuk hipotensi ortostatik. Di antara ubat yang telah dikenal pasti ialah:<\/p>\n<p>Ubat untuk merawat masalah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung seperti :<\/p>\n<p>a)\u00a0 Diuretics atau ubat kencing<br \/>b)\u00a0\u00a0<em>Calcium channel blockers<\/em><br \/>c)\u00a0\u00a0<em>Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors<\/em><br \/>d)\u00a0\u00a0<em>Angiotensin II receptor blockers<\/em><br \/>e)\u00a0\u00a0<em>Nitrates<\/em><br \/>f)\u00a0\u00a0<em>Beta blockers<\/em><br \/>g)\u00a0 Ubat yang digunakan untuk merawat masalah kebimbangan<br \/>h)\u00a0 Ubat untuk masalah kemurungan<br \/>i)\u00a0 Ubat untuk mengubati masalah mati pucuk<br \/>j)\u00a0 Ubat untuk penyakit Parkinson<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>5. Makanan<\/strong><\/p>\n<p>Hipotensi \u2018postprandial\u2019 biasanya terjadi selepas anda makan. Makanan yang masuk ke dalam badan akan menyebabkan tekanan darah dalam badan anda menjadi rendah lalu menyebabkan anda berasa pening untuk seketika.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>6. Kesakitan yang teramat sangat<\/strong><\/p>\n<p>Tahukah anda bahawa kesakitan yang teramat sangat juga boleh menyebabkan badan anda mengalami tekanan darah yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana badan anda sedang mengalami trauma dan menyebabkan tekanan darah anda menjadi terlalu tinggi lalu otak anda mendapat signal supaya menurunkan tekanan darah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>7. Ketakutan yang teramat sangat<\/strong><\/p>\n<p>Selain kesakitan yang melampau, ketakutan yang teramat sangat juga boleh menyebabkan tekanan darah dalam badan anda menjadi rendah. Sama seperti keadaan anda mengalami kesakitan yang teramat sangat, ketakutan yang melampau akan memaksa badan anda untuk menurunkan tekanan darah. Muka anda juga akan menjadi pucat.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>8. Bakteria dalam darah<\/strong><\/p>\n<p>Dari segi perubatan, keadaan ini dikenali sebagai septic shock. Ia adalah keadaan di mana terdapat kehadiran bakteria dalam tubuh badan anda lalu memasuki aliran darah. Bakteria yang berada dalam aliran darah anda akan mengeluarkan toksin yang akan meracun darah anda lalu tekanan darah anda menurun.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>9. Jangkitan kuman yang teruk (Sepsis)<\/strong><\/p>\n<p>Jika kuman telah memasuki darah, ia boleh menyebabkan satu keadaan yang dinamakan sebagai sepsis. Jika tidak dirawat dengan cepat, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah dan keadaan ini dipanggil sebagai<em> Septic Shock<\/em> dan boleh membawa kepada maut. Jangkitan yang boleh berlaku dengan teruk adalah jangkitan paru-paru, jangkitan pada kulit(cellulitis), jangkitan pada tempat buang air kencing\/Kencing kotor dan banyak lagi.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>10. Pendarahan<\/strong><\/p>\n<p>Pendarahan yang teruk juga akan menyebabkan isipadu darah menjadi berkurangan. Bagi pesakit seperti ini, darah yang hilang perlulah diganti dengan darah semula.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>#HealthDrZubaidi<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>a) Tekanan Darah Rendah \u2018Orthostatic\u2019 Ini adalah keadaan darah rendah yang biasanya akan berlaku apabila anda berubah posisi. Sebagai contoh anda bangun dari tidur atau duduk dengan terlalu cepat lalu menyebabkan tekanan darah anda turun. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pusing. Ianya berlaku kerana tubuh badan anda tidak dapat menyesuaikan tekanan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-12035","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-387","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":16600,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/apa-itu-tekanan-darah-rendah-di-kalangan-wargamas\/","url_meta":{"origin":12035,"position":0},"title":"APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH DI KALANGAN WARGAMAS","author":"admin","date":"07\/07\/2023","format":false,"excerpt":"1. Secara purata, tekanan darah di kalangan orang dewasa lebih rendah dari 120\/80 mmHg. Sementara itu tekanan darah yang Normah lebih rendah dari 135\/85 mmHg. \u00a0 2. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90\/60 mmHg. \u00a0 3. Sesetengah orang mengalami tekanan darah rendah sepanjang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wargatua&quot;","block_context":{"text":"Wargatua","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/wargatua-2\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-07-at-3.56.38-PM-224x300.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":20318,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahayakah-tekanan-darah-rendah\/","url_meta":{"origin":12035,"position":1},"title":"BAHAYAKAH TEKANAN DARAH RENDAH","author":"admin","date":"01\/11\/2024","format":false,"excerpt":"Tekanan darah rendah, atau hipotensi, adalah keadaan di mana tekanan darah seseorang berada di bawah 90\/60 mmHg. \u00a0 Ini bermakna aliran darah ke organ-organ utama seperti otak dan buah pinggang mungkin tidak mencukupi, yang boleh menyebabkan pelbagai simptom. \u00a0 Antara puncanya adalah dehidrasi, iaitu kehilangan air yang berlebihan dari badan,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/465004220_1085318742967090_5129574114144183744_n.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/465004220_1085318742967090_5129574114144183744_n.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/465004220_1085318742967090_5129574114144183744_n.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/465004220_1085318742967090_5129574114144183744_n.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":13833,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perbezaan-tekanan-sistolik-dan-diastolik\/","url_meta":{"origin":12035,"position":2},"title":"PERBEZAAN TEKANAN SISTOLIK DAN DIASTOLIK","author":"admin","date":"20\/08\/2021","format":false,"excerpt":"PERBEZAAN TEKANAN SISTOLIK DAN DIASTOLIK Ketika jantung mengepam darah ke seluruh tubuh, otot-otot jantung menolak darah melawan tekanan yang diberikan oleh saluran darah agar saluran darah dapat mengembangkan dan darah dapat bergerak dgn mudah. Inilah tekanan sistolik. Ia ditulis sebagai bacaan atas. Ketika otot jantung rehat, darah masuk ke dalam\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/sistolik-dan-diastolik-2.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/sistolik-dan-diastolik-2.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/sistolik-dan-diastolik-2.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x"},"classes":[]},{"id":5468,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tekanan-darah-yang-tidak-stabil\/","url_meta":{"origin":12035,"position":3},"title":"Tekanan darah yang tidak stabil","author":"drzubaidi","date":"23\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171\/110 kadang 97\/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung \u00a0dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala \u00a0di sebelah kanan. Saya tidak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4913,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tekanan-darah-rendah-semasa-hamil\/","url_meta":{"origin":12035,"position":4},"title":"TEKANAN DARAH RENDAH SEMASA HAMIL","author":"drzubaidi","date":"10\/11\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada\u00a0 masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6193,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/tekanan-darah-rendah-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":12035,"position":5},"title":"TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL","author":"drzubaidi","date":"17\/07\/2014","format":false,"excerpt":"Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110\/70 dan 110\/60, tetapi telah mencecah kepada 90\/53 dan kini 90\/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12035","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12035"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12035\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18017,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12035\/revisions\/18017"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12035"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12035"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12035"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}