{"id":1171,"date":"2010-12-29T09:34:21","date_gmt":"2010-12-29T01:34:21","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1171"},"modified":"2024-06-07T14:56:41","modified_gmt":"2024-06-07T06:56:41","slug":"saya-diabetic-tolong-saya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/saya-diabetic-tolong-saya\/","title":{"rendered":"Saya Diabetic, Tolong Saya!"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya dilanda keresahan sepanjang minggu lalu. Banyak isu kesihatan yang selama ini saya tangguhkan. Sibuk dengan pelbagai aktiviti. Nasib baik saya telah menarik diri daripada aktiviti politik dan NGO yang sentiasa memerlukan komitmen yang berpanjangan.<\/p>\n<h3><strong>Umur 40 ibarat lampu kuning<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila memasuki umur 40 tahun saya berazam untuk menjadi manusia lebih baik dan lebih sihat. Saya perlu berhati-hati dan lebih berazam kuat kearah itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara logiknya saya masih lagi ada 15 tahun sebelum bersara, insya Allah. Namun kerjaya doktor selalunya berkhidmat sehingga akhir hayat. Saya harus menukar jadual kerja. Tidak mampu lagi bekerja selama 14 jam sehari, berada dalam ruang sempit di dalam klinik. Dengan terpaksa, saya perlu memberikan masa untuk diri sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya perlu mengurangkan masa merawat pesakit dan banyakkan masa merawat diri sendiri. Merawat fizikal, mental dan emosi. Perlu banyakkan senaman, bertanya khabar pada sanak saudara dan mengambil bahagian dalam perkembangan anak yang semakin membesar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya perlu mengakui kelemahan diri saya. Saya bukannya malaikat yang sentiasa tunduk pada KhalikNya dan tiada keperluan duniawi. Saya juga manusia yang pelupa. Masalah kesihatan mula merisaukan \u00a0apabila berat saya semakin bertambah. Saya semakin risau apabila kehilangan stamina menaiki tangga. Saya semakin kehilangan kekuatan untuk berdiri lama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah ini harus segera diselesaikan sebelum pelbagai penyakit kronik bertandang dan memberi salam. Saya harus lakukan sesuatu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Umur 40 ibarat lampu kuning yang memberikan amaran untuk berjaga-jaga sebelum lampu merah. Ibarat cahaya kuning selepas asar dan beransur ke maghrib.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak mahu menghabiskan sisa hidup selepas bersara dengan terlantar di rumah akibat penyakit-penyakit yang kronik. Saya mahu aktif dan memperbanyakkan masa dan menghabiskan tenaga dengan berada dalam jalan Allah. Menyibukkan diri di masjid, bukannya di katil wad hospital. Kematian? Itulah hakikatnya. Kita menuju ke arahnya sama ada cepat atau lambat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. Daripada Ibn Abbas r.a., sabda Nabi s.a.w.,<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Dua nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan kelapangan masa.&#8221; (al-Bukhari)<\/p>\n<\/blockquote>\n<h3><strong>Mempercepatkan qada\u2019 kematian dengan banyak beralasan<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Minggu lepas seorang rakan sekolah, Abdul Rahim meninggal dunia tanpa diketahui puncanya. Saya percaya ianya disebabkan oleh masalah jantung. <strong><em>Silent Heart Attack<\/em><\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah kerosakan jantung selalunya berpunca dari penyakit diabetes, darah tinggi dah kolestrol yang tinggi dalam darah dan tidak terkawal. Malah ramai yang tidak menyedarinya. Ada juga yang menafikannya dan bersikap <em>denial<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dIskh, takkan saya ada diabetes doktor. Doktor biar betul. Mak dan ayah saya semuanya sihat. Mereka tiada diabetes. Alat yang doktor gunakan tu rosak kot\u201d. <\/em>Denial tahap maksimum!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kalau bacaan glucometer 15.6 mmol\/L berserta dengan simptom-simptom lain seperti cepat dahaga, kerap kencing dan bangun malam untuk kencing, saya pasti diabetes telah bertandang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semasa berbual dengan Abdul Rahim beberapa bulan yang lepas, beliau mengadu sering letih, kerap dahaga dan pemandangan matanya semakin kabur. <em>Diabetes Mellitus<\/em> !<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Datanglah klinik, nanti aku check darah kau. <\/em><em>Jangan dibiarkan\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Aku takutlah kalau aku ada darah tinggi atau kencing manis\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menghela nafas panjang. Sudah lali dengan pelbagai alasan orang Melayu kita. Kata-kata itu menggambarkan bahawa kita sebenarnya PENAKUT.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akibat ketakutan itu, kita mahu lari dari masalah yang kita hadapi. Atau kita mahu melupakannya. Semuanya \u2019mahu disapu dan disimpan di bawah tikar\u2019. Bila sudah busuk dan berulat, tentu kita sukar untuk membersihkannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyakit adalah ujian yang Allah berikan untuk hambaNya. Ia harus dihadapi dengan sikap terbuka dan menyelesaikannya dengan betul.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibarat menjawab soalan metamatik dalam peperiksaan. Kita harus berusaha menyelesaikannya. Jangan ditinggalkan soalan itu, nanti kita gagal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2019Takut pada penyakit\u2019 dan melupakannya ibarat \u2019pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk\u2019. Penyakit kronik yang tidak boleh dirawat seperti sakit buah pinggang dan sakit lemah jantung akan menjerat kita bila kita alpa pada umpannya. <em>Umpan<\/em>? Apa lagi kalau bukan cara hidup yang <em>sedentary<\/em> dan pemakanan yang bermewah-mewah.<\/p>\n<h3><strong>Pergi tidak kembali<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dRahim sudah meninggal dunia di balai polis!\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terperanjat mendengar berita itu. Abdul Rahim kena tangkap polis dan dibelasah dalam lokapkah?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rupanya Abdul Rahim meninggal dunia di atas kerusi pangkin menunggu di balai polis. Selepas dia bergelut dan menangkap seorang pencuri yang memasuki rumahnya, beliau menyerahkan pencuri kepada pihak polis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau mengadu pada rakan-rakannya yang sama pergi ke balai polis bahawa dia penat dan mahu berbaring menghilangkan penat. Rakan -rakan yang lain sibuk membuat laporan polis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selesai urusan di balai polis, Abdul Rahim masih lagi berbaring dan tidur. Rupanya beliau telah meninggal dunia tanpa disedari. <em>Premature death<\/em> ketika berumur 35 tahun. Pergi tak kembali.<\/p>\n<h3><strong>Tolong saya&#8230;<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dDoc, tolong I doc. <\/em><em>I rasa macam tak bertenaga sekarang ini. <\/em><em>Bila balik rumah, rasa mahu tidur saja. Lemah satu badan. Entah apa makhluk yang masuk dalam badan I ni. Semua ubat dah I try. Tongkat Ali, Ginseng dan pelbagai herba&#8230;\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya mencadangkan teman yang mempunyai \u2019jadual aktiviti harian yang sibuk\u2019 ini melakukan pemeriksaan darah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dDoc, sori. I nak buat pengakuan. <\/em><em>I diabetic. Dah sebulan I tak makan ubat I. I nak try ubat kampong dulu\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selepas melakukan ujian ringkas dan mendapati bacaan <em>glucometer<\/em>nya 18.5 mmol\/L, saya menasihatkannya agar mulakan gaya hidup yang lebih sihat. Ubat diabetes jangan ditinggalkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Sorry bro, the herb doesn\u2019t works on you. \u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nasib baik beliau tidak pengsan akibat komplikasi <em>diabetis<\/em>. Kalau tak, beliau akan menambahkan lagi senarai rakan-rakan yang pergi meninggalkan alam fana\u2019 ini lebih awal.<\/p>\n<h3>\u00a0<\/h3>\n<h3><strong>Turning point, masa untuk berubah.<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tahun 2011\u00a0\u00a0 akan menjelang tidak lama lagi. Ianya suatu <em>turning point<\/em> yang bagus untuk saya dan rakan-rakan lain untuk mengubah diri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Langkah pertama ialah lakukan pemeriksaan darah, ECG stress test dan pulmonary function test. Ini semua untuk menguji setakat mana tahap kekuatan dan kemampuan jantung dan paru-paru kita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jom lakukan <em><span style=\"text-decoration: underline;\">jogging<\/span><\/em> yang ringan. Mungkin dapat lakukan beberapa pusingan di sekeliling rumah. Tidak perlu berlari beberapa kilometer jika kita baru saja mahu memulakan senaman. Kita bukanlah mahu berlatih untuk memenangi medal emas di sukan Olympik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kita cuma mahu memulakan rutin beriadah dan mahukan jantung berdegup laju sedikit daripada biasa. Mungkin 120 degupan per minit selama beberapa minit adalah langkah terbaik bagi mereka yang sudah lama meninggalkan kasut jogging.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin kita boleh dapatkan <em><span style=\"text-decoration: underline;\">dumbbell<\/span><\/em> yang semakin murah harganya di mana-mana <em>hypermarket<\/em>. Mahu jimat lagi? Boleh cari bongkah batu-bata dan dibalut kemas. Dengan mengangkat benda-benda berat ianya akan menguatkan otot-otot tangan. Angkatlah 10-15 bagi setiap pusingan dan lakukan 3-5 pusingan bagi setiap tangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara ketiga ialah dengan melakukan <em><span style=\"text-decoration: underline;\">push-ups<\/span><\/em><span style=\"text-decoration: underline;\"> dan <em>sit-ups<\/em>.<\/span> Ini adalah senaman asas \u00a0untuk membantu otot-otot abdomen dan pinggang. Mulakan dengan melakukan secara ringan dan jangan paksa otot yang lama berehat itu. Lakukan 10-20 dan ulangan sebanyak 3 kali.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara yang lebih <em>fancy<\/em> ialah <span style=\"text-decoration: underline;\">berbasikal<\/span> sama ada secara <em>static<\/em> atau menjelajahi beberapa kilometer. Ianya kan mencepatkan degupan jantung dan berpeluh malah dikira lebih ringan daripada\u00a0<em>workout<\/em> yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Yang lebih penting ialah sikap kita dalam beristiqomah dengan aktiviti riadah yang kita lakukan. Semua aktiviti yang dilakukan tidak akan berjaya jika tidak ada keazaman yang kuat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun hanya 30 minit setiap hari sudah tentu membuatkan kita berasa lebih sihat. Tidak perlulah kita mengabiskan masa jam-jam sehari dan membelanjakan beribu ringgit untuk membeli peralatan yang mahal. Bimbang peralatan itu akan menjadi tempat sidaian tuala atau perhiasan di sudut ruang tamu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semoga Allah memberikan kekuatan untuk saya dan tuan puan untuk terus memandang serius masalah penyakit kronik ini dan berusaha menghindarkannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ameen..<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (281210)<!--subscribe2--><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya dilanda keresahan sepanjang minggu lalu. Banyak isu kesihatan yang selama ini saya tangguhkan. Sibuk dengan pelbagai aktiviti. Nasib baik saya telah menarik diri daripada aktiviti politik dan NGO yang sentiasa memerlukan komitmen yang berpanjangan. Umur 40 ibarat lampu kuning Apabila memasuki umur 40 tahun saya berazam untuk menjadi manusia lebih baik dan lebih sihat. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[10],"tags":[5471,244,245],"class_list":["post-1171","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-umum","tag-diabetes-mellitus","tag-kencing-manis","tag-selalu-letih"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-iT","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":13662,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/brisk-walking\/","url_meta":{"origin":1171,"position":0},"title":"BRISK WALKING","author":"admin","date":"05\/07\/2021","format":false,"excerpt":"ALHAMDULILLAH. Saya ingin berkongsi diari hari ini. Saya masih lagi belajar dengan Tok Guru Fitness saya. Ramai yang masih tak tahu makna Brisk Walking yang saya amalkan. Makna mudah adalah Berjalan Laju. Bukan berjogging atau berlari anak. Hanya jalan sahaja. Rentak yang saya amalkan dua langkah setiap saat. Degupan jantung\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fitness&quot;","block_context":{"text":"Fitness","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/fitness\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/07\/WhatsApp-Image-2021-07-03-at-8.58.16-AM.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/07\/WhatsApp-Image-2021-07-03-at-8.58.16-AM.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/07\/WhatsApp-Image-2021-07-03-at-8.58.16-AM.jpeg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x"},"classes":[]},{"id":5831,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menipu-diri-sendiri\/","url_meta":{"origin":1171,"position":1},"title":"MENIPU DIRI SENDIRI","author":"drzubaidi","date":"02\/05\/2014","format":false,"excerpt":"1. Ramai diantara kita yang berdusta terhadap diri sendiri untuk mengelakkan bebanan menerima kebenaran yang mungkin tidak menyenangkan kita. Kita lebih gemar mengelakkan dari memikir masalah yang kita hadapi dan berusaha mengatasinya. Lalu kita cuba menlukan masalah yang tidak diselesaikan sehingga ia menjadi bertambah besar. Ia selalu berpunca apabila kita\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2475,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/azam-untuk-menurunkan-berat-badan\/","url_meta":{"origin":1171,"position":2},"title":"Azam Untuk Menurunkan Berat Badan","author":"drzubaidi","date":"07\/01\/2012","format":false,"excerpt":"Sambutan tahun baru 2012 sudah selesai. Pada malam itu, saya berada di halaman rumah dan memerhatikan percikan bunga api yang jelas dari pusat bandar. Percikan itu naik ke ruang angkasa, berpecah kemudian meletup. Memberikan pemandangan yang menarik. Saya memandang muka anak saya yang kegirangan melihat percikan bunga api itu. Saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/images.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6487,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/lakukan-senaman-berjalan-dulu-sebelum-berjogging\/","url_meta":{"origin":1171,"position":3},"title":"LAKUKAN SENAMAN BERJALAN SEBELUM BERJOGING","author":"drzubaidi","date":"20\/09\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya memasuki 45 tahun, dan sedikit obese. Saya juga mempunyai masalah diabetes dan kandungan kolestrole yang tinggi. Saya ingin melakukan senaman berjogging. Apa nasihat doktor? Terima kasih\". \u00a0 WA ALAIKUM MUS SALAM \u00a0 Saya menasihatkan agar saudara mulakan dengan senaman berjalan kaki dulu.\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2019\/10\/Tongkat-Ali.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2358,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/scoliosis-jalani-pembedahan-atau-guna-brace\/","url_meta":{"origin":1171,"position":4},"title":"Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?","author":"drzubaidi","date":"16\/12\/2011","format":false,"excerpt":"Tidak ada yang lebih mengujakan perasaan saya apabila ada pembaca yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen. Saya bersyukur kerana usaha saya menulis (yang sudah tentu mengorbankan banyak tenaga dan masa) tidak menjadi sia-sia. Untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh rakan FB, saya terpaksa mengorbankan masa rehat makan tengah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/12\/brace1-300x237.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4349,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/syukur-adalah-motivasi-terbaik\/","url_meta":{"origin":1171,"position":5},"title":"SYUKUR adalah motivasi terbaik","author":"drzubaidi","date":"20\/08\/2013","format":false,"excerpt":"Saya menganggap diri saya sebagai kurniaan ALLAH yang sangat berharga dan saya sangat bersyukur atas segala pemberian nikmatNYA. Saya bersyukur dengan nyawa, kehidupan, bakat dan rahmat yang diberikan. Saya juga bersyukur dengan jutaan kurniaan yang tidak dapat saya hitung dari mula saya dilahirkan sehingga kini. Setiap saat, jutaan nikmat, rahmat\u2026","rel":"","context":"In &quot;Catatan Peribadi&quot;","block_context":{"text":"Catatan Peribadi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/catatan-peribadi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/vespa.jpg?fit=400%2C597&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1171","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1171"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1171\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18846,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1171\/revisions\/18846"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1171"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1171"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1171"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}