{"id":1162,"date":"2010-12-27T01:34:23","date_gmt":"2010-12-26T17:34:23","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1162"},"modified":"2023-01-26T16:18:11","modified_gmt":"2023-01-26T08:18:11","slug":"suntikan-voltaren","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/suntikan-voltaren\/","title":{"rendered":"Suntikan Voltare"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Seorang lelaki berumur 30an, berbadan besar mengejutkan saya di Pusat Kesihatan seawal 3.30 am. Dia berjalan terhencut-hencut. Seolah-olah ada luka di kaki kanannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dCepat doktor, saya sudah tak tahan ni. <\/em><em>Saya ada gout. Tak tahan ni. Bagi saya injection !\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah mengambil <em>history-taking<\/em> dan menjalankan pemeriksaan, saya mendapati dia mengalami bengkakan di sendi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Doktor nak beri injeksion ubat gout atau ubat penahan sakit?\u201d <\/em>beliau bertanya dan siap meniarap.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Saya berikan suntikan voltaren. Insya Allah akan berikan kelegaan dengan cepat. Boleh rehat dengan aman. Esok kita buatlah pemeriksaan darah untuk masalah gout tu\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya memberikan suntikan voltaren. Voltaren mengandungi bahan non-steroidal yang bertindak menghalang bahan prostaglandin dalam darah dari memberikan kesakitan. Maka ia sesuai bagi rawatan yang melibatkan anggota sendi kerana ia mempunyai kebolehan untuk merawat radang dan memberikan kelegaan yang cepat, dengan izin Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dAgaknya kalau tak injek tak boleh ke?<\/em>\u201d tanya isteri yang menemaninya. Dia kelihatan cemas melihat jarum yang saya pegang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan bukanlah jalan terbaik untuk merawat sesuatu penyakit. Suntikan voltaren melalui <em>intramuscula<\/em>r boleh menyebabkan lebam dan bengkak di bahagian yang disuntik. Lebih teruk, jika tidak dilakukan dengan teknik aseptik boleh menyebabkan jangkitan kuman dan <strong><em>abscess.<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun jika dilakukan dengan betul dan teliti, ianya mendatangkan kebaikan lebih dari kesakitan dan masalah. Malah ada pesakit yang mulanya langsung tidak boleh meletakkan kaki ke lantai, mengucapkan terima kasih kepada saya. Selepas 15 minit dia sudah mula merasakan kelegaan semula dengan izin Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada beberapa sebab suntikan diberikan. Antaranya ialah suntikan akan mempercepatkan kesan ubat kerana <span style=\"text-decoration: underline;\">lebih cepat sampai<\/span> pada bahagian yang terjejas. Oleh itu ramai pesakit menganggap apabila diberikan suntikan merasakan ubat yang diberi lebih \u2019kuat\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesan ubat melalui suntikan juga bertambah baik kerana keseluruhan dos yang diberikan masuk ke dalam sistem peredaran darah dan tidak melalui halangan lain di dalam perut yang mengandungi jus gastrik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila ubat ditelan sebagai pil, asid di perut mengurangkan kesan pada dos yang diberikan. Sebahagiannya pula akan merentasi organ hati dan menjalani proses detoxification.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan juga sesuai diberikan kepada pesakit yang merasa loya dan muntah. Cuba bayangkan pesakit yang mengalami muntah yang teruk, tentu sukar untuk ubat ditelan dan memberikan kesan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak semua kesakitan akan merasakan kelegaan apabila disuntik dengan voltaren. Kesakitan yang sesuai diberikan suntikan voltaren ialah radang dan kerosakan sendi disebabkan oleh rheumatism antaranya \u00a0rheumatoid arthritis, ankylosing spondylitis, osteoarthrosis, dan spondylarthritis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia juga boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan disebabkan batu karang di buah pinggang, batu di hempedu, selepas pembedahan atau selepas kecederaan sendi seperti terseliuh. Pesakit yang mengalami sakit kepala yang keterlaluan disebabkan oleh migraine juga mendapat kelegaan dengan suntikan voltaren.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Minggu lepas saya baru disuntik. <\/em><em>Hari ini boleh disuntik lagi ke?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Biasa juga pertanyaan seumpama ini ditanyakan kepada saya. Mungkin ramai pesakit bimbangkan kesan <em>overdose.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk dewasa selalunya dose yang diberikan ialah satu ampoule sehari yang mengandungi Voltaren 75mg. Suntikan seharusnya diberikan pada punggung (<strong><em>deep intragluteal injection<\/em><\/strong>) kerana di punggung terdapat banyak otot yang besar. Ini akan mengurangkan kesan lebam dan bengkak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kes yang sakit yang keterlaluan, dua suntikan Votaren boleh diberikan selepas 4-6 jam pada hari yang sama dan diberikan pada sebelah punggung yang berlainan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara yang lain ialah dengan memberikan suntikan di punggung dan membekalkannya dengan pil tablet voltaren. Dos yang diberikan \u00a0haruslah tidak melebihi 150mg dalam sehari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan voltaren juga tidak boleh diberikan lebih dari dua hari. Jika kesakitan berterusan, boleh berikan tablet voltaren sebagai ganti suntikan untuk hari ketiga dan seterusnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dDoktor, anak saya ni teruk sangat sakit tangannya. Bagilah injection<\/em>.\u201d rayu seorang ibu yang membawa anak yang berumur 10 tahun yang jatuh dan terkehel kaki kirinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan voltaren tidak diberikan kepada kanak-kanak. Ia juga tidak diberikan kepada orang tua yang kelihatan terlalu lemah atau orang yang kekurangan berat badan dari berat sepatutnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suntikan volatren dianggap selamat kecuali pada pesakit yang diketahui mempunyai alergi pada ubat ini. Maka doktor akan bertanya sama ada pesakit pernah mengalami tanda-tanda alahan apabila menerima suntikan atau pil tablet ubat penahan sakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanda-tanda alahan ialah ruam pada kulit , sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir dan tekak. Jika keadaaan ini berlaku, segaralah dapatkan bantuan kecemasan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Kalau isteri saya hamil, bolehkah dia disuntik doc?\u201d <\/em>tanya seorang suami yang menemani isterinya yang hamil 7 bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Badan yang mengawal keselamatan ubat di Amerika, FDA US mengkategorikan voltaren sebagai <strong><em>Pregnancy Category C<\/em><\/strong>. Ini bermakna ubat itu tidak merbahaya pada bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu haruslah beritahu doktor kerana menerima suntikan voltaren ketika umur kehamilan kurang dari tiga bulan mungkin memberikan kesan yang tidak baik bagi bayi. Beritahu doktor jika belum kedatangan haids dan mengesyaki kemungkinan hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi jangan minta suntikan kecuali jika doktor memikirkan ianya sangat perlu. Ubat Voltaren juga boleh merentasi halangan susu ibu\u00a0 dan mugkin akan memberikan kesan pada bayi yang sedang disusukan. Maka jika anda menyusukan anak, haruslah beritahu doktor yang bertugas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mereka yang mengalami masalah kepekatan darah, ubat Voltaren yang diberikan secara suntikan atau pil tablet tidak menambahkan kesan pada kecairan darah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selepas suntikan, pesakit yang mengalami pening atau kabur penglihatan harus dikecualikan dari memandu atau mengendalikan mesin-mesin yang berat. Dibimbangi akan mengalami kemalangan di tempat kerja atau di jalanraya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (271210)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang lelaki berumur 30an, berbadan besar mengejutkan saya di Pusat Kesihatan seawal 3.30 am. Dia berjalan terhencut-hencut. Seolah-olah ada luka di kaki kanannya. \u201dCepat doktor, saya sudah tak tahan ni. Saya ada gout. Tak tahan ni. Bagi saya injection !\u201d Setelah mengambil history-taking dan menjalankan pemeriksaan, saya mendapati dia mengalami bengkakan di sendi. \u201dDoktor nak &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[4],"tags":[241,239,240,242],"class_list":["post-1162","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-farmasi","tag-abscess","tag-gout","tag-intramuscular","tag-ubat-untuk-terkehel"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-iK","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":8198,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/boleh-suntik-ubat-penahan-sakit-dua-kali-dalam-sehari\/","url_meta":{"origin":1162,"position":0},"title":"Boleh suntik ubat penahan sakit dua kali dalam sehari?","author":"drzubaidi","date":"30\/06\/2016","format":false,"excerpt":"BOLEH SUNTIK UBAT PENAHAN SAKIT DUA KALI DALAM SEHARI? \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \" Salam doktor, ibu saya jatuh di bilik mandi. Bila saya bawakan ke klinik, doktor memberikan suntikan penahan sakit. Rasa sakit telah berkurang tetapi ibu saya masih tidak mampu menahan kesakitan. Bolehkah saya bawa ke klinik semula\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6027,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ubat-bagi-penyakit-gout\/","url_meta":{"origin":1162,"position":1},"title":"Ubat  Bagi Penyakit Gout","author":"drzubaidi","date":"23\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih\". \u00a0 WA ALAIKUM MUS\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6051,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bahaya-ubat-penahan-sakit\/","url_meta":{"origin":1162,"position":2},"title":"Bahaya Ubat Penahan Sakit","author":"drzubaidi","date":"25\/06\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami \u2018sprain\u2019 kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri\u00a0\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2077,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangan-terlalu-lama-mengamalkan-suntikan-pencegah-kehamilan\/","url_meta":{"origin":1162,"position":3},"title":"Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"14\/09\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1840,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-rawatan-kesuburan-sering-gagal\/","url_meta":{"origin":1162,"position":4},"title":"MENGAPA RAWATAN KESUBURAN SERING GAGAL","author":"drzubaidi","date":"26\/06\/2011","format":false,"excerpt":"Ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan kecewa dengan rawatan kesuburan yang mereka jalani. Mereka kecewa kerana rawatan itu terlalu panjang waktunya, sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini bermakna mereka terpaksa mengambil cuti bagi setiap hari temujanji, selain \u2018letih\u2019 memakan ubat atau disuntik dengan suntikan hormon setiap hari. \u00a0 Rawatan kesuburan memang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5418,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/steroid-dalam-ubat-herba\/","url_meta":{"origin":1162,"position":5},"title":"Steroid dalam Ubat Herba","author":"drzubaidi","date":"14\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cSalam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?\u201d \u00a0 Wa alaikum mus salam. \u00a0 Saya percaya \u201cubat herba\u201dyang diamalkan oleh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1162","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1162"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1162\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15576,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1162\/revisions\/15576"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1162"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1162"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1162"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}