{"id":1139,"date":"2010-12-23T17:16:02","date_gmt":"2010-12-23T09:16:02","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1139"},"modified":"2024-07-08T16:10:39","modified_gmt":"2024-07-08T08:10:39","slug":"masalah-seksual-wanita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-seksual-wanita\/","title":{"rendered":"MASALAH SEKSUAL WANITA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap \u2018performance\u2019 mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan mereka bukan saja tidak menikmati malah ada yang terpaksa \u2018menyerahkan diri\u2019 pada suami. Cuma saya mengharapkan jika mereka tidak menikmati, sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terseksa dengan hubungan bersama suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara pertanyaan yang saya terima adalah seperti ini\u2026<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Dr, saya mahu bertanya \u2026 saya sudah berkahwin 5 tahun, saya mempunyai anak \u00a02 orang anak dan saya berumur 29 tahun. Saya tidak pernah rasa nikmat sex itu\u2026 dan saya tidak merasakan sex itu sesuatu yang menyeronokkan.. saya hendak tahu, adakah ianya berkaitan dengan khatan saya semasa kecil? Ia dilakukan oleh bidan kampung. Saya bimbang dia mungkin memotong sehingga bahagian clitoris? Macam mana kita nak tahu?? thanks Dr..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu respon terhadap pertanyaan yang diajukan. Masalah seksual wanita tidak boleh dirawat dengan pil, seperti masalah \u2018mati pucuk\u2018 bagi lelaki. Ia memerlukan banyak perbincangan antara suami dan isteri. Jika perbincangan ini gagal, orang ketiga (kaunsellor) harus membantu menyelesaikan masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika masalah ini amat kronik dan sangat penting bagi isteri, pergilah berjumpa dengan kaunsellor yang berkaitan. Namun ia memerlukan ketabahan bagi wanita untuk menghilangkan perasaan malunya ketika mencerita masalahnya. Si suami harus mempunyai kekuatan, semangat dan rasa mahu membantu isteri. Tidak ramai suami yang mahu mengaku \u2019gagal memuaskan isterinya\u2019 di bilik tidur.<\/p>\n<h3><strong>Segalanya bermula dari komunikasi<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila membaca semula pertanya dari wanita tersebut, saya berasa kasihan tetapi dalam masa yang sama saya tertanya-tanya apakah terjadi pada perkahwinan yang sebegitu? Tiada komunikasi antara suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah seksual wanita selalunya berpunca dari komunikasi yang gagal antara suami dan isteri. Sebelum seorang doktor memeriksa tahap kesihatan seseorang wanita atau memeriksa anggota seksualnya, pertanyaan yang akan ditanya oleh doktor ialah bagaimanakah hubungan komunikasi antara puan dan suami?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa komunikasi juga, tentunya suami akan menganggap isterinya telah berpuas hati dan menikmati hubungan suami dan isteri itu. Apatah lagi memang tabiat lelaki apabila sudah mencapai orgasm, tidak lagi memperdulikan perasaan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada juga masalah di mana suami langsung tidak peduli terhadap perasaan isterinya. Ianya suatu musibah. Jika masalah seksual wanita ini mendesak, bolehlah berjumpa dengan peguam syarie untuk berbincang tentang masa depan beliau. (Islam membenarkan isteri meminta cerai jika suami tidak dapat memenuhi kepuasan seksualnya).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai tentu tertanya-tanya apakah tanda-tanda tidak puas dalam hubungan seksual dengan suami. Sebelum menerangkan lebih lanjut, elok juga saya menerangkan makna kepuasan seksual bersama suami atau dinamakan orgasm.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Orgasm bagi wanita adalah suatu fasa dalam hubungan seksual yang mana wanita itu terasa kemuncak keseronokan apabila keseluruhan anggota seksual dan otot pelvis mengecut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Doktor, adakah saya mengalami menopause apabila saya tidak berminat langsung dengan hubungan seksual bersama suami?\u201d <\/em> tanya seorang suri rumah berusia 30 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah seksual wanita bukan saja disebabkan oleh menopause. Maka amatlah tidak relevan jika seorang wanita muda yang masih subur dan produktif menyalahkan dirinya apabila gagal mendapatkan kepuasan seksual.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Saya suka bersama suami, namun di pertengahan hubungan itu nafsu saya terhenti kerana perut saya di bahagian ari-ari, sangat senak. Ianya menyakitkan bagai dirodok-rodok dengan pisau<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk merawat masalah seksual wanita, perlu difahami di mana masalah itu berpunca. Pakar seksologi membahagikan masalah ini kepada tiga :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Rasa keinginan seksual yang rendah<\/strong>. Biasanya wanita sebegini tidak berminat pada hubungan seksual suami isteri. Dia sekadar \u2019memberi\u2019 dengan rasa terpaksa dan tidak pernah merasakan keseronokan. Ucapan perkataan yang mengajak ke arah hubungan seksual itu sudah cukup untuk dia berasa \u2019mual\u2019 dan tidak berminat langsung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak punca bagi masalah sebegini. Selain dari masalah hormone, pengalaman lepas seperti dirogol atau didera secara seksual akan memberikan pengalaman pahit bagi wanita. Setiap kali disentuh oleh suami, dia tentu akan teringat peristiwa hitamnya dulu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Masalah mengekalkan keinginan seksual<\/strong>. Wanita sebegini mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual bersama suami namun sukar untuk kekal ghairah ketika melakukan aktiviti seks bersama suami. Keseronokan tidak dapat dikekalkan akhirnya menyebabkan wanita itu \u2019menyerah\u2019 sahaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara sebabnya ialah wanita itu mengalami kesakitan akibat luka di anggota seksualnya atau mempunyai jangkitan kuman di bahagian pelvic. Rasa sakit inilah yang mematikan perasaan seronok dan menghalang menikmati orgasm.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Masalah orgasm<\/strong>. Ini adalah masalah yang biasa berlaku. Wanita itu merasa berkeinginan (<em>desire<\/em>) dan boleh mengekalkannya sepanjang hubungan seksual itu. Namun dia gagal untuk mencapai kepuasan seks walaupun suami telah memberikan rangsangan yang cukup semasa berjima\u2019. Akhirnya dua-dua keletihan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perlu diketahui bahawa kepuasan seorang wanita berada di dalam otaknya. Perasaan dihargai dan diperlukan akan mempercepatkan wanita itu mendapatkan orgasm. Oleh itu suami haruslah memberikan sedikit masa untuk isteri mendapatkan perasaan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sikap terburu-buru suami tentunya akan menghalang isteri mencapai kepuasan seksual. Maka isteri haruslah berkomunikasi ketika melakukan hubungan seksual bersama suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dPerlukah saya mendapatkan rawatan? Adakah ia merbahaya pada kesihatan\u201d <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Persoalan sama ada perlu atau tidak mendapat rawatan bergantung kepada individu. Jika wanita itu merasakan kepuasan seksual ini adalah isu besar yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri, maka isu kepuasan seksual bukanlah suatu isu jenaka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia bukan saja akan menjejaskan kesihatan pada jangka masa yang panjang tetapi juga masalah yang menjejaskan emosi dan menimbulkan stress di antara suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Saya sudah berjumpa bomoh, alhamdulillah ianya amat berkesan<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk mencari penyebab bagi masalah-masalah di atas adalah terlalu sukar. Saya sendiri tidak akan menjawab masalah atau soalan ini secara terbuka melainkan yang dihantar melalui email atau inbox fb saja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita mempunyai sistem kepuasan seksual yang agak kompleks. Terlalu banyak komponen yang mengambil bahagian. Antaranya fisiologi, emosi, pengalaman buruk (eg dirogol, didera), kepercayaan yang menganggap hubungan seksual adalah kotor, cara hidup yang tidak sihat dan hubungan komunikasi antara suami dan isteri. Mana-mana komponen yang terjejas, keseronokan dan mendapat kepuasan seksual bersama suami juga akan terjejas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak hairanlah bomoh \u2018yang mendengar\u2019 dapat membantu menyembuhkan masalah ini berbanding dengan \u2018doktor yang sibuk dan tidak ada masa\u2019 mendengar keluhan pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak masa yang harus diberikan dalam sesi kaunseling sebegini. Oleh itu tidak banyak doktor yang berkesanggupan merawat masalah ini. Apabila kecewa dengan sikap doktor yang \u2018tidak mendengar\u2019, ramai yang beralih kepada medium alternative yang \u2018mendengar\u2019 dan perihatin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nasihat saya pergilah berjumpa doktor yang baik atau kaunsellor yang berpengalaman. Saya sangat bimbang bila mendengar banyak kes gangguan seksual pada pesakit wanita yang memerlukan rawatan apabila berjumpa dengan bomoh atau pawang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cKalau bomoh boleh berikan air jampi, takkan doktor tak boleh beri ubat?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semestinya setiap penyakit ada ubat. Kita harus faham, ubat bukan saja bermakna pil yang ditelan atau cecair yang perlu diminum. Ubat juga bermakna apa saja cara selain yang ditelan atau diminum mahu pun disuntik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin ia berbentuk nasihat, pantang-larang pemakanan, atau cara hidup yang perlu diubah. Jadi apa-apa \u2018ubat\u2019 yang diberikan haruslah berdasarkan puncanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara punca-punca bagi masalah seksual wanita ialah :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Masalah fizikal<\/strong>. Banyak penyakit fizikal yang menggangu keseronokan ketika hubungan seksual bersama suami. Antaranya ialah arthritis, masalah kerap kecing, kepenatan yang melampau (<em>fatigue<\/em>), sering sakit kepala, masalah saraf yang serius seperti <em>multiple sclerosis.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat juga beberapa ubat yag mengganggu keseronokan itu. Antaranya ubat untuk merawat kemurungan dan tekanan darah tinggi, dan antihistamines. Oleh itu elok bertanyakan ahli farmasi atau doktor jika ubat yang biasa dimakan menyebabkan masalah seksual.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalah fizikal ini hanya dapat diatasi dengan nasihat doktor. Buatlah pemeriksaan bersama doktor wanita kerana pemeriksaan pelvic akan dilakukan untuk memeriksa sama ada keseronokan itu berkurangan disebabkan anggota seksual yang kurang sensitive, kulit semakin kurang elastik atau berparut yang menyebabkan kesakitan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Masalah hormon<\/strong>. Bukan wanita menopause sahaja yang mengalami masalah kekurangan hormone yang seimbang, wanita muda juga mempunyai kemungkinan itu. Tahap hormone estrogen yang rendah menyebabkan perubahan yang negative pada anggota seks wanita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antaranya ialah lapisan dalam faraj\u00a0 menjadi nipis dan kurang elastik. Jika tidak dibantu dengan gel pelincir sebelum melakukan hubungan seksual bersama suami, ia akan menyebabkan kesakitan (dyspareunia), dan ada kalanya mustahil untuk mendapatkan orgasm.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga jika baru sahaja melahirkan anak atau ketika menyusukan anak yang mana menyebabkan kekeringan faraj dan boleh mengurangkan keseronokan ketika berjima\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Masalah psikologi.<\/strong> Ada wanita yang mindanya terlalu banyak memikirkan masalah sehingga tidak merasakan keseronokan itu. Selalunya kerunsingan dan kemurungan yang melampau menyebabkan masalah ini. Antara kebimbangan yang difikirkan ialah kebimbangan hamil kerana belum bersedia untuknya atau konfliks yang berpanjangan dengan suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dTak ada jalan lain kah selain buat pemeriksaan doktor dan menghadiri kaunselling. Saya rasa ianya masih belum terdesak\u201d <\/em>alasan yang diberikan bila saya mencadangkan pemeriksaan yang lengkap<em>.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin wanita menganggap ianya suatu pengorbanan keseronakan diri untuk suami yang tercinta. Namun semua \u2019kesengsaraan batin\u2019 dapat dibaca dengan jelas dari riak muka ketika hubungan seksual bersama suami.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Si suami mungkin akan menyangka diri suami tidak lagi hebat seperti dulu atau menyangka si isteri mempunyai hubungan luar dengan lelaki lain. Ini akan mengeruhkan lagi suasana hubungan yang sudah keruh antara suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi apa yang perlu dibuat jika belum bersedia berjumpa doktor atau kaunsellor untuk berbincang hal ini?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nasihat saya ialah cubalah berkomunikasi dengan suami dengan cara yang baik. Berbincang dengan jujur agar rasa tidak puas hati dan kekecewaan dapat disampakan dengan jelas. Dapatkan info dari bahan bacaan yang baik berkenaan cara-cara membangkitkan keseronokan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cubalah mencari alternatif lain yang mana hubungan seksual itu tidak tergesa-gesa, tidak\u00a0<em>stress<\/em> dan lebih menyeronokkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p><strong>KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI<\/strong><\/p>\n<p>Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz\">https:\/\/needsvenue.onpay.my\/order\/form\/20mindrz<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman. Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap \u2018performance\u2019 mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap. Kebanyakan mereka bukan saja &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[310,10,7],"tags":[144,233,232],"class_list":["post-1139","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-suami-isteri","category-umum","category-wanita","tag-mati-pucuk","tag-orgasm-wanita","tag-vagina-kering"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-in","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1653,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pancutan-awal-boleh-merosakkan-hubungan-suami-isteri\/","url_meta":{"origin":1139,"position":0},"title":"Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri","author":"drzubaidi","date":"05\/04\/2011","format":false,"excerpt":"Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima\u2019 suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (Sexual Health), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja. Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1955,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda\/","url_meta":{"origin":1139,"position":1},"title":"Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda","author":"drzubaidi","date":"09\/08\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. \u00a0 Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/08\/Infertility_causes-300x178.png?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":10017,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kekerapan-hubungan-intim-yang-normal\/","url_meta":{"origin":1139,"position":2},"title":"KEKERAPAN HUBUNGAN INTIM YANG NORMAL","author":"drzubaidi","date":"12\/01\/2019","format":false,"excerpt":"\"Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. Rasa malu kerana soalan ini agak sensitif. Saya berusia 32 tahun sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Pertanyaan saya adakah normal bagi saya hanya mampu melakukan hubungan seksual dengan isteri sekali seminggu? Berat badan saya normal dan saya tiada masalah kesihatan. Terima kasih\"\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2019\/01\/ETA-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6773,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/punca-rasa-sakit-ketika-melakukan-hubungan-seksual-semasa-hamil\/","url_meta":{"origin":1139,"position":3},"title":"PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL","author":"drzubaidi","date":"10\/11\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual, \u00a0saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2615,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengapa-lelaki-tidak-ingat-tarikh-perkahwinan\/","url_meta":{"origin":1139,"position":4},"title":"Mengapa Lelaki Tidak Ingat Tarikh Perkahwinan?","author":"drzubaidi","date":"09\/03\/2012","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor ingat tarikh perkahwinan?\u201d saya ditanya oleh petugas di kaunter pendaftaran sarjana di UTM beberapa minggu lepas. Saya diam. Rasa malu. Tersengih. \u201cErrr\u2026 boleh saya minta talian hayat. Saya nak call isteri saya\u201d Saya bukan lelaki yang tidak peduli pada perkahwinan.\u00a0 Cuma saya tidak dapat mengingati tarikhnya. Di waktu yang\u2026","rel":"","context":"In &quot;Motivasi&quot;","block_context":{"text":"Motivasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/motivasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":1697,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/penerangan-umum-mengenai-ketagihan-seksual\/","url_meta":{"origin":1139,"position":5},"title":"Penerangan Umum Mengenai Ketagihan Seksual","author":"drzubaidi","date":"20\/04\/2011","format":false,"excerpt":"Rakan FB saya, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil meluahkan kebimbangannya terhadap email yang baru diterima. Saya menyalin luahan dari wall FB beliau. \u201cBerpuluh-puluh emel saya terima dengan kes yang sama. Anak muda yang soleh, tak pernah tinggal solat semenjak aqil baligh, tetapi ketagihan pornografi, merutin diri dengan masturbasi, dan aktif naik\u2026","rel":"","context":"In &quot;Umum&quot;","block_context":{"text":"Umum","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/umum\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1139","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1139"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19123,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1139\/revisions\/19123"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}