{"id":1107,"date":"2010-12-14T16:20:47","date_gmt":"2010-12-14T08:20:47","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1107"},"modified":"2021-02-14T22:10:50","modified_gmt":"2021-02-14T14:10:50","slug":"urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan\/","title":{"rendered":"Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1108\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan\/md002200\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN.jpg?fit=728%2C481&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"728,481\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;MD002200&quot;}\" data-image-title=\"MD002200\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN.jpg?fit=618%2C408&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter wp-image-1108\" title=\"MD002200\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN.jpg?resize=360%2C238&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"360\" height=\"238\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN.jpg?resize=300%2C198&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN.jpg?resize=150%2C100&amp;ssl=1 150w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN.jpg?w=728&amp;ssl=1 728w\" sizes=\"auto, (max-width: 360px) 100vw, 360px\" \/><\/a><br \/>\n<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujian yang dilakukan ialah <em>Urine Pregnancy Test (UPT<\/em>) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon <strong>human chorionic gonadotropin<\/strong> yang dikeluarkan oleh uri (<em>placenta) <\/em>pada bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(<em>embryo<\/em>) \u2018ditanam\u2019 (<em>implantation<\/em>) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan.<\/p>\n<h3><strong>Adakah ianya tepat? <\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (<a href=\"http:\/\/jama.ama-assn.org\/issues\/v286n14\/abs\/jbr10110.html\">JAMA. 2001;286:1759-1761<\/a>) menerbitkan satu artikel yang menyatakan bahawa kebarangkalian untuk mengesan hormone hCG menggunakan UPT yang dilakukan selepas seminggu tidak datang darah haid (<em>missed period<\/em>) adalah 97 peratus.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu saya selalu menasihatkan kepada wanita bahawa <strong>waktu yang terbaik untuk melakukan ujian UPT adalah seawal dua minggu selepas <em>missed period. <\/em><\/strong>Walaupun hormon hCG dikeluarkan sebaik saja selepas berlakunya <em>implantation,<\/em> namun kepekatan hormon pada waktu itu mungkin belum dapat dikesan menggunakan alat UPT.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari hari ke hari, kepekatan hormone hCG akan bertambah dalam air kencing wanita yang hamil. Pada hari ke-10 kepekatan hCG dalam air kencing ialah 25 mIU, manakala pada hari ke-12 ialah 50mIU dan hari ke-14 ialah 100 mIU.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak semua alat UPT mampu mengesan kepekatan hCG pada 25 mIU. Ada alat UPT hanya mengesan hCG dalam air kencing jika kepekatannnya 50 atau 100 mIU. Jadi cara terbaik ujian ini haruslah dilakukan pada hari ke 14.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu sebelum membeli alat UPT dan membawa balik ke rumah, perlulah bertanya pada ahli farmasi dan doktor mengenai alat UPT yang diberikan itu. Jika tidak, wanita yang dikatakan tidak hamil (<em>UPT result negative)<\/em> mungkin tiba-tiba menjadi positif beberapa hari kemudian.<\/p>\n<h3><strong>Bagaimana membaca keputusannya?<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Alat UPT selalunya mempunya dua \u2018tingkap\u2019. Satu \u2019tingkap\u2019 sebagai <em>control (C) <\/em>untuk memberitahu sama ada ujian ini dijalankan dengan betul.\u00a0 Satu lagi \u2018tingkap\u2019 sebagai <em>test<\/em> (T) untuk memberitahu sama ada ujian itu positif atau negatif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/positif.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1110\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan\/positif\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/positif.jpg?fit=110%2C70&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"110,70\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"positif\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/positif.jpg?fit=110%2C70&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1110\" title=\"positif\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/positif.jpg?resize=110%2C70&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"110\" height=\"70\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika terdapat dua garis (satu di tingkap C dan satu di tingkap T), maka keputusannya adalah positif. Manakala jika hanya terdapat satu garisan, keputusannya negative.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor, mulanya saya dapati ianya negative, selepas sejam saya nampak ada dua garisan tetapi pudar<\/em>\u201d, tanya seorang wanita yang tiba-tiba muncul di ruang <em>chatting FB<\/em> saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dBagaimana pula jika jalurnya pudar?\u201d <\/em>Soalan ini sering ditanyakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang wanita menceritakan pengalamannya, \u201c<em>Doktor, masa anak kedua dulu, saya buat ujian UPT dan negatif. <\/em><em>Setelah tiga bulan tidak datang darah haid, saya buat ujian ultrasound dan doktor kata saya pregnant. Macam mana boleh jadi macam tu?<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan ini selalu berlaku apabila ujian itu dilakukan terlalu awal. Kepekatan hormon hCG yang rendah, menyebabkan alat UPT tidak dapat mengesan dengan baik, menyebabkan jalur di tingkap T menjadi kabur.<strong> Walaupun garisan itu kelihatan kabur, namun ia tetap dikira positif.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/positif2.jpg?ssl=1\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1109\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan\/positif2\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/positif2.jpg?fit=110%2C70&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"110,70\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"positif2\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/positif2.jpg?fit=110%2C70&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1109\" title=\"positif2\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/positif2.jpg?resize=110%2C70&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"110\" height=\"70\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya <span style=\"text-decoration: underline;\">mencadangkan agar melakukan ujian UPT semula setelah beberapa hari<\/span>. Masa terbaik ialah 14 hari selepas <em>misssed period<\/em>.<\/p>\n<h3><strong>Positif UPT tidak bermakna hamil jika\u2026<\/strong><\/h3>\n<p>Seorang wanita berumur 35 tahun yang sedang menjalani rawatan kesuburan dengan cara suntikan hormon datang berjumpa saya dengan <em>mood <\/em>yang baik. Beliau telah <em>missed period<\/em> selama dua minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan muka ceria, beliau memberitahu yang UPT yang dilakukannya pagi tadi positif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Alhamdulillah doktor, saya sudah hamil!<\/em>\u201d tanda keriangan di mukanya. Saya tidak sampai hati untuk mengganggu keseronokan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Puan pasti?<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Apa maksud doctor?<\/em> <em>Ujian UPT saya pagi tadi positif<\/em>\u201d, nada bertukar menjadi perlahan. Keliru dengan soalan saya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terpaksa menjelaskan keadaan sebenar walaupun mungkin akan menukarkan mood mereka suami isteri. Saya bimbang jika tidak diberikan penerangan, mereka akan salah faham. Mereka akan menyangkakan <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1198\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">anak yang dihamilkan dilarikan bunian<\/a>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Wanita yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon hCG seperti <em>Profasi, Pregnyl <\/em>atau<em> Novarel<\/em> haruslah menunggu 7-14 hari selepas disuntik<\/span>. Hormon yang disuntik itu tentunya akan diproses dan akan dikeluarkan semula melalui air kencing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika mereka melakukan ujian UPT terlalu awal, hormon hCG yang dibekalkan melalui suntikan itu yang akan dikesan, bukannya yang dikeluarkan dari uri janin dalam rahem.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujian UPT akan memberikan keputusan <strong>false positif, <\/strong>iaitu ujian itu menunjukkan keputusan positif, padahal wanita itu tidak hamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, <span style=\"text-decoration: underline;\">saya menasihatkan agar tunggulah sedikit masa<\/span>. Tanyakan kepada doktor yang memberikan suntikan tentang ubat suntikan itu dan dosnya. Ini kerana ada ubat kesuburan yang mengandungi hormone hCG dan mengganggu ujian UPT, dan ada juga ubat kesuburan yang tidak memberi kesan pada ujian itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk suntikan yang mengandungi hCG 10 000 mIU, harus menungu selama 14 hari, sementara suntikan yang mengandungi 5,000 IU, harus menunggu 10 hari dan bagi 2,500 IU harus menunggu 7 hari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi janganlah terlalu \u2019<em>excited<\/em>\u2019 dengan terus membuat ujian UPT apabila <em>missed period<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/EkstrakKacipFatimah\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3><strong>Mula-mula positif, kemudian negatif..<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada juga kekeliruan apabila keputusan ujian UPT itu pada mulanya positif dan selepas beberapa minit ianya menjadi negatif kerana garisan kedua perlahan-lahan hilang.<\/p>\n<p><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1111\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan\/hptlinenegative\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/hptlinenegative.jpg?fit=110%2C70&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"110,70\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;}\" data-image-title=\"hptlinenegative\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/hptlinenegative.jpg?fit=110%2C70&amp;ssl=1\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1111\" title=\"hptlinenegative\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/hptlinenegative.jpg?resize=110%2C70&#038;ssl=1\" alt=\"\" width=\"110\" height=\"70\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keputusan sebenar bagi ujian UPT sebegini ialah <strong>negatif<\/strong>. Wanita itu <strong>tidak hamil<\/strong>. Garisan kedua seharuslah <span style=\"text-decoration: underline;\">muncul dalam masa lima minit dan kekal berada di situ<\/span>. Jika garisan itu tiba-tiba menjadi pudar, <strong>ujian UPT haruslah diulangi selepas beberapa hari<\/strong>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujian UPT boleh dilakukan sama ada di klinik atau di rumah. Namun <span style=\"text-decoration: underline;\">bacalah arahan pada kotak atau helaian kertas yang dilampirkan<\/span>. Ini akan membantu untuk memahami ujian yang dilakukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Antara sebab-sebab berlakunya kesilapan<\/strong> dalam melakukan ujian ialah ujian itu dilakukan dengan <span style=\"text-decoration: underline;\">cara yang salah atau \u00a0air kencingnya telah menjadi cair atau alat UPT telah <em>expired<\/em> dan tidak disimpan di dalam peti\u00a0 sejuk<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara yang betul melakukan UPT ialah menggunakan \u201c<strong>midstream urine<\/strong>\u201d di awal pagi iaitu wanita itu harus kencing dahulu sedikit dan kemudian tahan. Tadahkan air kencing dalam <em>urine container<\/em> untuk mengumpulkan air kencing. Kemudian titikkan air kencing ke tempat yang disediakan pada alat UPT.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara terbaik melakukan ujian itu ialah pada <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">waktu pagi sebelum sarapan <\/span><\/strong>bagi mengelakkan kecairan air kencing ini. Kecairan air kencing berlaku apabila wanita itu melakukannya di waktu tengah hari dan petang. Mereka telah minum air dan menyebabkan air kencing menjadi cair.<\/p>\n<h3><strong>Ujian darah untuk menentukan kehamilan<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Jika wanita itu mahu ujian yang lebih tepa<\/span>t, saya mencadangkan ujian darah dilakukan untuk mengesan hormon hCG.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat dua cara bagi menentukan kehamilan dengan pemeriksaan darah iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Ujian kualitatif akan memeriksa sama ada hormon hCG berada dalam darah atau tidak. Dengan ini ianya akan memberikan keputusan sama ada POSITIF atau NEGATIF.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara ujian kualitatif pula akan menguji kepekatan hormon hCG<em>. <\/em>Kebaikan ujian ini ia dapat mengesan tahap hormon yang lebih rendah, pada tahap kepekatan 5 mIU berbanding dengan air kencing 25-50 mIU. Ia juga akan memberikan nilai bacaan kepekatan hCG.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nilai bacaan tahap kepekatan hCG boleh digunakan untuk melihat corak (<em>pattern<\/em>) peningkatan kepekatan hCG dalam darah jika ia diambil secara berkala.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi <span style=\"text-decoration: underline;\">mereka yang selalu keguguran<\/span> (<strong><em>miscarriage<\/em><\/strong>), pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap kepekatan hormone hCG secara kuantitatif dilakukan untuk menganggarkan kebarangkalian kehamilan kali ini menerima nasib yang sama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Darah diambil beberapa kali pada selang beberapa hari bagi melihat corak peningkatan kenaikan kepekatan hormon hCG. Selalunya kepekatan hCG akan meningkat secara mendadak. Ia menjadi berganda setiap dua hari selepas umur kehamilan memasuki 4-6 minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemudian apabila mula mencapai 1600-6000 mIU, kepekatan ini akan berganda secara mendadak setiap 3 hari dan akan mencapai kemuncaknya apabila umur kehamilan mencapai 12-14 minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Kehamilan yang mungkin mengalami keguguran dapat dijangkakan apabila peningkatan kepekatan hCGnya perlahan daripada biasa. Ia meningkat secara perlahan dan tidak secara mendadak seperti kehamilan normal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu, jika pemeriksaan <em>ultrasound<\/em> telah mengesan denyutan jantung bayi dalam rahem, kebarangkalian untuk mengalami keguguran akan bertambah nipis. Kebarangkalian untuk gugur akan berkurangan menjadi 1-2% apabila umur kehamilan mencapai 12 minggu dan mempunyai degupan jantung.<\/p>\n<h3><strong>UPT positif dan pendarahan <\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Bagaimana pula jika<\/em> <em>baru-baru ini saya menjalani ujian UPT, keputusannya positif. Tapi tidak lama selepas itu saya mengalami pendarahan<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Musibah sebegini biasa berlaku pada wanita yang hamil. Pendarahan (pada faraj ketika hamil) adalah tanda proses keguguran sedang berlaku. Apabila mereka melakukan semula ujian UPT mereka mendapati ia masih positif (masih hamil).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Biasanya pendarahan pada hari pertama, kepekatan hormon hCG masih tinggi dan dapat dikesan melalui UPT. <span style=\"text-decoration: underline;\">Apabila proses keguguran telah sempurna (janin mati), hormon hCG tidak lagi keluarkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika ujian UPT dilakukan semula selang beberapa hari, sudah tentu keputusannya negatif. <span style=\"text-decoration: underline;\">Cara yang terbaik untuk mengesahkan kematian janin (keguguran) ialah melakukan ujian ultrasound.<\/span> Doktor akan cuba melihat degupan jantung bayi. Jika tiada, maka sahlah bayi telah mati dan perlu dikeluarkan melalui prosedur D&amp;C.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi jika pemeriksaan ultrasound mendapati rahem telah kosong, bermakna janin telah keluar bersama dengan pendarahan itu. Prosedur D&amp;C tidak perlu dilakukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201d<em>Apa perlunya anak saya perlu lakukan ujian UPT. Dia kan belum kahwin, masih belajar di kolej. Dia cuma sakit perut dan ada pendarahan saja. Doktor ni mengarutlah<\/em>!\u201d sergah seorang datin ketika membawa anaknya ke Jabatan Kecemasan satu masa dulu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak terpengaruh dengan dakwaan sebegitu. Hasilnya.. ujian UPT positif dan anaknya disahkan mengalami kehamilan luar rahem (ectopic pregnancy).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada wanita yang sudah berkahwin mengalami sakit perut yang kuat atau pendarahan di luar waktu kitaran haid yang biasa, terperanjat apabila doktor minta melakukan ujian UPT. Apa kaitannya?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Ia sebenarnya untuk mendiagnosa kehamilan yang tidak disangkakan. Ada kalanya pendarahan yang disangkakan \u2018darah haids\u2019 sebenarnya tanda-tanda kehamilan luar rahem, terutama jika disertai dengan sakit perut yang kuat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ujian UPT tidak dapat mendiagnosa kehamilan luar rahem tapi akan membantu doktor mendiagnosa musibah itu. Kes kehamilan di luar rahem juga akan mengeluarkan hormone hCG, tetapi selalunya dikeluarkan dalam kadar yang perlahan. Jadi ia dapat dikesan melalui ujian UPT atau paling tepat ujian darah. Pemeriksaan ultrasound membantu doktor mengesahkannya.<\/p>\n<h3><strong>Kesan ubat farmasi dan herba?<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Saya sudah menjanda lima tahun, umur pun sudah masuk 50 tahun, sudah menopause. Lepas makan ubat direct selling tu, nape saya mengalami pendarahan ?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kes yang terbaru yang berjumpa saya ialah seorang wanita 50an yang sudah menopause, mengadu mengalami pendarahan (seperti darah haid) apabila mengamalkan makanan tambahan. Berhati-hatilah ketika mengamalkan apa saja makanan tambahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Jadi cuba tanya penjual ubat herba atau ahli farmasi jika ubat atau makanan tambahan yang dibeli mengandungi apa-apa hormon.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara amnya, ubat-ubat yang dibeli dari farmasi atau ubat herbal tidak akan mempengaruhi keputusan hCG selagi ianya tidak mengandungi hormone hCG. Ini termasuk ubat batuk, demam atau antibiotic.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya juga simpati atas wanita yang mengalami keguguran dan terdesak mahukan zuriat. Selepas keguguran, sama ada gugur secara sendiri atau \u2018dicuci\u2019 dengan prosedur D&amp;C, selalunya kitaran haid akan terganggu. Beliau mungkin akan kelewatan kedatangan darah haids untuk beberapa minggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Namun ada kalanya mereka tidak sabar untuk melakukan ujian UPT kerana mengharapkan mereka hamil semula. Ia akan mengelirukan jika ujian UPT itu positif, dan mereka merasa gembira kerana menyangka telah berjaya hamil setelah keguguran.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Saya menasihatkan kepada wanita yang baru saja keguguran dan tidak mengalami kedatangan darah haids untuk beberapa minggu, agar tidak melakukan ujian UPT dengan segera<\/span>. Saya bimbang kekecewaan lama akan dituruti oleh kekecewaan yang baru.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika keputusannya positif atau terdapat garisan yang pudar pada tingkat T di alat UPT, ia hanyalah disebabkan terdapat sedikit baki hormon hCG yang masih berada dalam tubuh wanita itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulannya, ujian UPT adalah ujian yang ringkas dan mudah, boleh dilakukan di rumah. Oleh kerana ianya ringkas, kadang kala ianya mendatangkan kekeliruan. Sebarang kekeliruan mengenai ujian UPT haruslah dibincangkan bersama <span style=\"text-decoration: underline;\">dengan doktor yang merawat<\/span>. Berkomunikasilah dengan baik. Semoga mendapat penjelasan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (131210)<\/p>\n<h5>[IKLAN]<\/h5>\n<div class=\"_1mf _1mj\" data-offset-key=\"atqd4-0-0\">\n<p>Dalam <em><strong>Ilmu Perubatan Melayu Silam<\/strong><\/em>, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil\u00a0 <strong>Ekstrak Kacip Fatimah<\/strong> dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.\u00a0 Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan <strong>vitamin E.<\/strong><\/p>\n<p>Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk<a href=\"http:\/\/needsvenue.com.my\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><strong> Kacip Fatimah<\/strong> keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini<\/a>.<b><\/b><\/p>\n<p>Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream L<strong>abicea Revitalizing Moisturizer. <\/strong><strong>Info lanjut di <a title=\"mengekalkan kelembapan kulit yang kering\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/pages\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer\/486696818067490\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.facebook.com\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490\/<\/a><\/strong><\/p>\n<p>Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:<\/p>\n<figure id=\"attachment_10331\" aria-describedby=\"caption-attachment-10331\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"https:\/\/mailchi.mp\/d844d72c1f98\/ekf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"10331\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-soaya-dan-produknya-memberikan-kesan-pada-kesuburan-lelaki\/ekf1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=960%2C720&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"960,720\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"ekf1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda&lt;\/p&gt;\n\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" class=\"wp-image-10331 size-medium\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"[KLIK]\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=768%2C576&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?w=960&amp;ssl=1 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-10331\" class=\"wp-caption-text\">Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda<\/figcaption><\/figure><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[4,6,7],"tags":[220,222,224,223,221],"class_list":["post-1107","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-farmasi","category-pregnancy","category-wanita","tag-bunian","tag-ectopic-pregnancy","tag-kehamilan-luar-rahem","tag-kehamilan-yang-tidak-dijangka","tag-profasi"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-hR","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4810,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-pemeriksaan-ultrasound-untuk-mendiagnosa-kehamilan\/","url_meta":{"origin":1107,"position":0},"title":"Perlukah Pemeriksaan Ultrasound untuk Mendiagnosa Kehamilan","author":"drzubaidi","date":"22\/10\/2013","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cDoktor, saya telah melakukan ujian UPT dan saya disahkan hamil. Doktor di klinik telah memeriksa dan mengesahkan umur kehamilan saya 14 minggu. Perlukah saya melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan saya?\u201d Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan tahniah pada puan kerana puan telah disahkan hamil dengan ujian UPT. Selalunya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":2685,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jalur-samar-di-upt-adakah-saya-hamil\/","url_meta":{"origin":1107,"position":1},"title":"Jalur Samar di UPT: Adakah Saya Hamil?","author":"drzubaidi","date":"23\/05\/2012","format":false,"excerpt":"Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor. Saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/UPT-300x264.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":7657,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berapa-cepat-saya-boleh-menguji-kehamilan-dengan-upt\/","url_meta":{"origin":1107,"position":2},"title":"Berapa Cepat Saya Boleh Menguji Kehamilan dengan UPT?","author":"drzubaidi","date":"04\/08\/2015","format":false,"excerpt":"BERAPA CEPAT SAYA BOLEH MENGUJI KEHAMILAN SAYA DENGAN UPT? \"Salam doc. saya ingin bertanya. Haid saya telah lambat selama 7 hari dan payudara saya agak menegang dan sakit. Saya juga mengalami keputihan yang banyak dan berwarna sedikit kuning. Adakah saya hamil? Bila masa sesuai untuk saya memeriksa UPT? Atau adakah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/UPT-3-300x254.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6302,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/keguguran-tanpa-disedari-dan-kehamilan-kimia\/","url_meta":{"origin":1107,"position":3},"title":"KEGUGURAN TANPA DISEDARI AKIBAT KEHAMILAN KIMIA","author":"drzubaidi","date":"18\/08\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cSalam doctor, saya baru berkahwin. Beberapa minggu yang lepas, saya tidak datang haid seperti biasa. Saya beli alat UPT dan hasilnya positif. Tidak lama kemudian, saya buat semula pemeriksaan UPT dan saya mendapati negative pula. Kemudian saya mengalami darah haid seperti biasa. Apakah saya keguguran kerana saya tidak perasaan ada\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":8472,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mengesahkan-kehamilan-selepas-ivf\/","url_meta":{"origin":1107,"position":4},"title":"Mengesahkan Kehamilan Selepas IVF","author":"drzubaidi","date":"26\/03\/2017","format":false,"excerpt":"MENGESAHKAN KEHAMILAN SELEPAS IVF Bagi wanita yang menjalani rawatan IVF dan menerima suntikan kesuburan, cara terbaik ialah bukan dengan pemeriksaan urine pregnancy test (UPT) atau menjalani pemeriksaan darah untuk\u00a0hormon kehamilan B-hcG. Ini kerana suntikan kesuburan seperti\u00a0Ovidrel dan Pregnyl juga mengandungi hormon B-hcG. Sudah tentu tahap hormon ini akan tinggi dalam\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"usg1","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/usg1.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":8351,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/upt-negatif-tidak-semestinya-tidak-hamil\/","url_meta":{"origin":1107,"position":5},"title":"UPT Negatif Tidak Semestinya Tidak Hamil","author":"drzubaidi","date":"30\/05\/2017","format":false,"excerpt":"Ada seorang wanita berusia 30an pernah datang ke klinik saya. Masalah beliau ialah mengalami kelewatan haid selama dua minggu. Ini disebabkan suami beliau berada di luar negara semenjak 6 bulan lepas kerana melanjutkan pelajaran PhD di luar negara. Beliau risau jika beliau hamil ! Saya puas memberitahu bahawa puan tidak\u2026","rel":"","context":"In &quot;Wanita&quot;","block_context":{"text":"Wanita","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/wanita\/"},"img":{"alt_text":"[KLIK]","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1107","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1107"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1107\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13349,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1107\/revisions\/13349"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1107"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1107"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1107"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}