{"id":1083,"date":"2010-12-08T21:35:40","date_gmt":"2010-12-08T13:35:40","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1083"},"modified":"2023-03-10T10:41:57","modified_gmt":"2023-03-10T02:41:57","slug":"menghadapi-kesedihan-bila-keguguran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menghadapi-kesedihan-bila-keguguran\/","title":{"rendered":"Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di\u2019cuci\u2019 dengan kaedah <em>dilatation and curettage<\/em> (D&amp;C).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa akibat keguguran. Saya terpaksa meluang sedikit masa untuk berbincang dan memberikan semangat kepada mereka. Saya lebih kecewa mendengar kata-kata yang seolah-olah tiada lagi masa depan untuk mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cDoktor apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201dMasihkah suami sayangkan saya walaupun saya gagal untuk meneruskan kehamilan?\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Soalan-soalan ini tidak dapat saya jawab. Namun saya boleh memberikan kata-kata harapan bagi meninggikan semangat. Pembacaan dan kuliah agama terutamanya petikan cerita-cerita para sahabat Nabi s.a.w banyak membantu saya.<\/p>\n<h3><strong>Keguguran suatu yang tidak dapat dielakkan<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keguguran (<em>spontaneos abortion<\/em>) diertikan sebagai keluarnya janin dari rahem sebelum tempuh masanya secara <em>premature<\/em>, lalu meninggal dunia kerana bayi belum mampu untuk hidup.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Risiko keguguran di peringkat awal kehamilan 20 peratus dari jumlah keseluruhan kehamilan. 80 peratus dari keguguran ini berlaku pada usia kehamilan belum mencecah 3 bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan keguguran disebabkan oleh faktor genetik seperti mana pernah saya tuliskan dalam penulisan saya \u201dPendarahan Ketika Baru Hamil\u201d \u00a0(https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=750)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Musibah sebegini amat dikhuatiri oleh ibu-ibu muda yang belum lagi mempunyai zuriat. Pelbagai pertanyaan, persoalan dan tandatanya yang bermain di kepala. Ditambah lagi perasaan <em>stress<\/em>, sakit ketika keguguran dan trauma menghadapi musibah itu. Semuanya akan menyebabkan gangguan emosi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Gangguan emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan perasaan sedih, kemurungan, rasa bersalah, marah, dan rasa kegagalan. Apatah lagi jika rakan dan sanak saudara yang bertanya pula tidak berapa sensitif dalam mengolahkan rasa simpati mereka, lalu menjadi bebanan pada perasaan wanita tersebut.<\/p>\n<h3><strong>Adakah perasaan sedih itu normal?<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perasaan sedih yang datang ketika musibah melanda adalah suatu yang normal. Nabi s.a.w juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya \u00a0Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanya mengalirkan airmata, dan tidak diiringi ratapan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut riwayat Anas bin Malik r.a bahawa sebelum Ibrahim menghembuskan nafasnya (yang terakhir) dengan tenang, baginda Nabi s.a.w bersabda sambil menitiskan air mata :<\/p>\n<blockquote><p>\u201d<em>Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan\u00a0hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali\u00a0apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami\u00a0merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.\u201d <\/em><em>(<\/em>Hadis riwayat al-Bukhari)<\/p><\/blockquote>\n<h3><strong>Berikan kata-kata perangsang<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mudah untuk kita mengingatkan sahabat yang dilanda musibah supaya bersabar, namun hanya wanita yang menanggungnya merasakan betapa pahitnya kekecewaan dan kesedihan itu. Perasaan ini boleh berlangsung sehingga beberapa lama, berminggu malah berbulan-bulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perasaan ini selalunya begitu kuat pada wanita yang hamil untuk kali pertama. Pertama kali hamil dan kemudiannya keguguran \u00a0sepatutnya ditangani dengan hati yang terbuka. Suami harus memainkan peranan memujuk isteri mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Suami tidak seharusnya menyalahkan isteri atas musibah yang berlaku. Keguguran itu adalah qada\u2019 \u00a0Allah yang telah ditetapkan, namun si suami juga mempengaruhi \u2019keputusan\u2019 Allah tetapkan semasa proses kehamilan. Jadi sama-samalah bertanggungjawab.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ada juga suami yang memandang rendah atas kesedihan yang dialami oleh isteri. Setiap kali si isteri menyatakan kesedihan, suami hanya melayannya dengan kata-kata tengking dan cercaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun kesedihan itu tidak harus dilayan, suami harus faham kemurungan yang berlaku adalah akibat perubahan hormon serta merta. Tahap hormon <em>progestrone<\/em> ketika hamil tiba-tiba saja merudum ke paras yang amat rendah dalam waktu yang singkat akibat dari keguguran itu, menyebabkan wanita itu berasa keliru dan sedih.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi berikanlah berita gembira yang menghiburkan hati si isteri. Kata-kata yang memberikan harapan untuk bertemu semula anak yang dikasihi tentu akan menaikkan semula semangat si isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antaranya katakan \u201d<em>Anak kita tidak mati di sisi kita, tetapi menanti di syurga nanti<\/em>\u201d. Ia adalah ubat yang sangat mujarab untuk mengembalikan semangat untuk isteri terus menghadapi cabaran-cabaran hidup seterusnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka Nabi bertanya kepadanya : <em>Kamu cintakannya ?<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jawabnya : <em>Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya. Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya <em>: Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka para sahabat memberitahunya : <em>Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata : <em>Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dia menjawab : <em>Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka kata Baginda : <em>Maka begitulah keadaannya bagimu<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : <em>Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ?<\/em> Maka jawab Baginda : <em>Bahkan ia adalah untuk kamu semua.<\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wallahu a\u2019lam. Semoga hadis ini memberikan berita gembira kepada ibu-ibu yang keguguran anaknya. Namun begitu ada beberapa <em>tips <\/em>yang boleh membantu si isteri memenangkan hatinya menghdapi musibah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Pertama<\/strong>, fahamilah bahawa ini adalah <span style=\"text-decoration: underline;\">ketentuan Allah yang mungkin ada hikmah di sebaliknya.<\/span> Antara hikmahnya telah saya sebutkan dalam penulisan saya \u201dPendarahan Ketika Baru Hamil\u201d\u00a0 (https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=750). Keguguran boleh berlaku pada mana-mana wanita yang hamil. Malah dua dari sepuluh kehamilan akan mengalami keguguran tanpa apa-apa sebab yang boleh dielakkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Kedua<\/strong>, si isteri haruslah <span style=\"text-decoration: underline;\">berbincanglah dengan suami secara terbuka dan terus terang<\/span> mengenai bagaimana keguguran itu memberikan kesan pada emosinya. Dalam perbincangan ini elakkan dari menyalahkan sesiapa atau mencari punca terjadi keguguran itu. Musibah telah berlaku. Apa yang boleh diperbincangkan ialah bagaimana hendak menghadapi tekanan emosi yang sedang berlaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Ketiga<\/strong>, berikan masa untuk kelukaan emosi itu dirawat dengan sendirinya. Bagi masa untuk si isteri melayani kegelisahannya. Jangan memaksa diri isteri untuk terus melupakannya. Kelukaan itu akan sembuh dengan lebih baik jika tiada desakan dari luar. Apabila banyak perkara yang berlaku dalam menjalani kehidupan, secara perlahan-lahan kekecewaan itu akan hilang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Keempat<\/strong>, cuba berbincang dengan majikan untuk mendapatkan cuti rehat. Walaupun secarafizikalnya si isteri kelihatan sihat, namun si isteri perlukan masa untuk untuk melupakan musibah itu. Ambillah sedikit masa untuk meninggalkan rutin biasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Kelima<\/strong>, jangan menjangka si suami juga akan merasa kesedihan dengan cara si isteri. Maksudnya si suami mungkin kelihatan tidak terjejas dengan \u2018kehilangan\u2019 akibat keguguran itu, namun si suami tetap merasa sedih \u2019dengan cara lelaki\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita kemungkinan cuba menghilangkan perasaan sedih dengan meluahkan perasannya kepada orang lain. Sementara lelaki \u00a0pula kelihatan \u2019tidak peduli\u2019 dan seolah-olah \u2019berhati keras\u2019.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya lelaki juga berasa sedih namun atas perasaan tanggungjawab untuk kelihatan \u2018kuat dan teguh\u2019 si isteri mungkin akan tersilap faham. Fahamilah suami\/lelaki tidak meluahkan kesedihannya seperti mana yang ditunjukkan oleh si isteri\/wanita. Kongsikanlah perasaan itu tetapi berilah kebebasan untuk masing-masing mengatasinya dengan cara tersendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Keenam<\/strong>, jangan memencilkan diri daripada masyarakat. Walaupun mungkin agak sukar untuk menceritakan hal musibah kepada orang lain, namun berkongsi cerita dengan rakan-rakan akan membuatkan wanita akan mudah berasa lega.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita itu akan terkejut apabila ramai rakan sekerja, jiran sekampung dan sanak saudara yang akan bersimpati dan memberikan sokongan. Mereka juga akan berkongsi pengalaman keguguran yang mungkin selama ini wanita itu merasakan hanya dia seorang saja yang diuji dengan musibah itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun begitu jika terdapat kata-kata yang agak menyakitkan, lupakan dan maafkan saja. Ramai yang mungkin tidak faham perasaan yang dialami oleh seorang wanita yang mengalami keguguran itu. Kata-kata mereka ada kalanya menyakitkan hati.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun ada juga yang seakan ikhlas menasihati, namun mereka tidak pandai menyusun kata lalu mungkin nada atau ada perkataan yang menyakitkan hati. Jangan terlalu sensitif dan <em>dont take it personally.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Ketujuh<\/strong>, dapatkan sokongan dan khidmat nasihat dari doktor \u00a0atau hospital jika ada menyediakan khidmat kaunselling. Khidmat <em>professional<\/em> adalah lebih dipercayai dan memberikan nasihat yang berguna.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang mendengar nasihat dari jiran-jiran atau kawan-kawan. Mereka memberikan \u2018nasihat\u2019 berdasarkan \u2018apa yang mereka dengar\u2019 bukan dari \u2018apa yang mereka pelajari\u2019. Mereka tidak akan bertanggungjawab atas \u2018nasihat\u2019 yang diberikan jika ternyata \u2018nasihatnya\u2019 memudharatkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akhir sekali, sebagai orang beriman, kita akan diuji untuk menilai keimanan kita. Hayatilah firman-firman Allah:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo&#8217;a): &#8220;Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma&#8217;aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.&#8221; (<\/em>Al Baqarah: 286)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya percaya jika ayat al Quran ini dibaca berulang-ulang kali terutama selepas solat, ianya adalah \u2018ubat penenang\u2019 yang paling mujarab bagi merawat kesedihan kita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengarkan juga kata-kata semangat ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allah mengurniakan kesenangan dan memberikan musibah sebagai cubaan untuk menilai kekuatan iman kita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibarat seseorang yang ingin mengenalpasti sesuatu perkara atau benda, sama ada asli atau palsu, maka wajarlah terlebih dulu mengujinya dengan kaedah tertentu. Begitulah keadaannya keimanan yang terselit di dada seseorang, perlu sesekali melalui proses ujian atau cubaan Allah untuk menilai sama ada teguh atau rapuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sama ada kita suka atau tidak, kita akan diuji. Ujian-ujian ini pula datang dengan pelbagai bentuk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. <\/em><em>Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda akan fitnah<\/em>.\u201d (Hadis riwayat Thobrani)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi anggaplah musibah yang kita terima sebagai satu ujian Allah untuk mengangkat darjat kita atau menghapuskan dosa kita. Kecekalan kita akan menyebabkan kita muncul sebagai insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p><strong>[IKLAN]<\/strong><\/p>\n<p>Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. <b>Boleh dapatkan produk<strong> Kacip Fatimah<\/strong> keluaran UTM di <a href=\"http:\/\/needsvenue.com.my\/Collections.aspx?sq6=kacip\">http:\/\/needsvenue.com.my<\/a><\/b><\/p>\n<p>Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:<\/p>\n<figure id=\"attachment_10331\" aria-describedby=\"caption-attachment-10331\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"https:\/\/mailchi.mp\/d844d72c1f98\/ekf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><img data-recalc-dims=\"1\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"10331\" data-permalink=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-soaya-dan-produknya-memberikan-kesan-pada-kesuburan-lelaki\/ekf1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=960%2C720&amp;ssl=1\" data-orig-size=\"960,720\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"ekf1\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda&lt;\/p&gt;\n\" data-large-file=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?fit=618%2C464&amp;ssl=1\" class=\"wp-image-10331 size-medium\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&#038;ssl=1\" alt=\"[KLIK]\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=300%2C225&amp;ssl=1 300w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?resize=768%2C576&amp;ssl=1 768w, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1.jpg?w=960&amp;ssl=1 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-10331\" class=\"wp-caption-text\">Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda<\/figcaption><\/figure>\n<p>Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream L<strong>abicea Revitalizing Moisturizer. <\/strong><strong>Info lanjut di <a title=\"mengekalkan kelembapan kulit yang kering\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/pages\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer\/486696818067490\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.facebook.com\/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490\/<\/a><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di\u2019cuci\u2019 dengan kaedah dilatation and curettage (D&amp;C). Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[8,6,7],"tags":[153,215,214],"class_list":["post-1083","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-fiqh","category-pregnancy","category-wanita","tag-keguguran","tag-kehamilan","tag-ujian-allah"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-ht","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":750,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pendarahan-ketika-baru-hamil\/","url_meta":{"origin":1083,"position":0},"title":"Pendarahan Ketika Baru Hamil","author":"drzubaidi","date":"07\/10\/2010","format":false,"excerpt":"Seorang wanita muda datang bersama suaminya berjumpa saya. Mukanya nampak agak sedih. Lalu dia duduk meceritakan pendarahan yang dialaminya. Musibah atau rahmat? \u201cDoktor, saya baru bernikah 5 bulan. Baru-baru ini saya saya miss period 14 hari, dan sudah buat ujian pregnancy dan ia positif. Masalahnya ada darah keluar dari kemaluan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Fiqh Perubatan&quot;","block_context":{"text":"Fiqh Perubatan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/fiqh\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":3635,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kehamilan-blighted-ovum\/","url_meta":{"origin":1083,"position":1},"title":"Kehamilan Blighted Ovum..","author":"drzubaidi","date":"26\/11\/2012","format":false,"excerpt":"Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita. Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor, Adakah Saya Hamil?&quot;","block_context":{"text":"Doktor, Adakah Saya Hamil?","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-adakah-saya-hamil\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1400,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/adakah-selamat-berjima-ketika-hamil\/","url_meta":{"origin":1083,"position":2},"title":"Adakah Selamat Berjima\u2019 Ketika Hamil?","author":"drzubaidi","date":"10\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB. Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain. Kali\u2026","rel":"","context":"In &quot;Suami Isteri&quot;","block_context":{"text":"Suami Isteri","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/suami-isteri\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1410,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/dc-dan-kehamilan-semula\/","url_meta":{"origin":1083,"position":3},"title":"D&#038;C dan Kehamilan Semula","author":"drzubaidi","date":"12\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Banyak soalan yang klinik FB terima mengenai kehamilan dan keguguran. Saya cuba menjawab pada kadar kemampuan saya. Klinik FB kali ini ditanya mengenai sama ada D&C mempengaruhi kebarangkalian untuk hamil semula. \u201cSalam doktor, saya sekarang sedang mengalami kitaran haids yang tidak teratur semenjak dari keguguran sehingga sekarang. Saya ingin bertanya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/13.jpg?fit=398%2C243&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1107,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan\/","url_meta":{"origin":1083,"position":4},"title":"Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan","author":"drzubaidi","date":"14\/12\/2010","format":false,"excerpt":"Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic\u2026","rel":"","context":"In &quot;Farmasi&quot;","block_context":{"text":"Farmasi","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/farmasi\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/PIC-MUKA-DEPAN-300x198.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1406,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ketidakseimbangan-hormone-ketika-hamil-hcg-dan-progesterone\/","url_meta":{"origin":1083,"position":5},"title":"Ketidakseimbangan Hormone Ketika Hamil: hCG dan Progesterone","author":"drzubaidi","date":"11\/02\/2011","format":false,"excerpt":"Banyak soalan yang ditanyakan mengenai \u2018ketidakseimbangan hormon\u2019 yang dikatakan menjadi punca keguguran. Sehingga perkataan itu di\u2019kambinghitam\u2019kan bagi setiap punca keguguran yang tidak diketahui. Untuk mendapat diagnosa ketidakseimbangan ini,\u00a0jalanilah beberapa pemeriksaan darah. Ia harus dijelaskan\u00a0oleh doktor yang merawat. Jangan menggunakan alasan ini tanpa bukti yang jelas. Saya mengharapkan penulisan kali ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/21.gif?fit=379%2C449&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1083","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1083"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1083\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15997,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1083\/revisions\/15997"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1083"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1083"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1083"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}