{"id":1063,"date":"2010-11-30T20:00:54","date_gmt":"2010-11-30T12:00:54","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1063"},"modified":"2023-01-20T12:10:54","modified_gmt":"2023-01-20T04:10:54","slug":"ada-dara-atau-tidak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ada-dara-atau-tidak\/","title":{"rendered":"Ada Dara atau Tidak?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang tergelak apabila saya memberitahu saya mahu menulis tentang <em>hymenal repair<\/em>, atau dalam bahasa mudahnya membetulkan selaput dara yang koyak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya sebenarnya tidak berminat menulis tentang isu ini tetapi telah didesak beberapa kali oleh rakan-rakan FB saya. Logiknya jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar mengenai rahsia selaput dara dan cara memyembuhkanya, bimbang ramai akan berjumpa bomoh dan <em>melunyaikan<\/em> selaput dara yang berbaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selaput dara (<strong><em>hymen<\/em><\/strong>) atau ke\u2019dara\u2019an menjadi status yang dipandang berharga oleh agama, sosial malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga kesuciannya. Kesucian bukan hanya bermakna kebersihan saja, tetapi maruah dari \u2018diceroboh\u2019 oleh lelaki bukan suaminya.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Dan mereka itu yang memeliharakan kehormatan mereka melainkan atas isteri atau hamba sahyanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas<\/em>\u201d Al-Mukminun : 5-7<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada aspek sosial dan budaya, ramai bakal pengantin wanita dan keluarganya malu akibat ketiadaan dara. Pendarahan di malam pertama adalah suatu yang penting bagi menunjukkan bagi pengantin wanita itu belum pernah melakukan jima\u2019 dan dianggap suci.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3><strong>Selaput dara mudah koyak?<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Bolehkah seseorang itu kehilangan dara walaupun tanpa hubungan kelamin<\/em>?\u201d tanya seorang wanita yang aktif dalam sukan. Mencari alasan atau kebenaran?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk berlaku adil dan bersangka baik, saya memberitahu banyak sebab berlakunya kehilangan dara. Selain dari hubungan jima\u2019 (<em>sexual intercourse<\/em>), selaput dara boleh terkoyak jika :<\/p>\n<ol>\n<li>berlakunya <strong>kecederaan<\/strong> seperti terjatuh dan kemaluan terkena benda yang menonjol eg ketika cuba melompat pagar.<\/li>\n<li><strong>latihan sukan<\/strong> eg menunggang kuda dan berbasikal<\/li>\n<li>melakukan <strong>onani<\/strong> menggunakan batang lilin atau <em>vibrator<\/em><\/li>\n<li>apabila doktor memasukkan peralatan ketika melakukan <strong>prosedur\u00a0memeriksa faraj atau pangkal rahem<\/strong><\/li>\n<li>melakukan<strong> <em>douching<\/em> <\/strong>atau membersihkan faraj dengan\u00a0memasukkan air atau bahan cucian ke dalamnya.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun kemalangan dan bersukan adalah antara perkara yang <span style=\"text-decoration: underline;\">amat jarang<\/span> menyebabkan selaput dara menjadi koyak. Ini kerana kedudukan selaput dara yang berada dalam faraj dan dilindungi oleh tulang <em>pubic<\/em> (tulang ari-ari atau tondon).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara peribadi saya akan meletakkan kemalangan dan bersukan adalah sebab yang terakhir. Kebanyakan punca kehilangan atau kerosakan selaput dara ialah <span style=\"text-decoration: underline;\">memasukkan sesuatu ke dalam faraj<\/span>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3><strong>Selaput Dara : selaput nipis di faraj<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai wanita yang mempunyai masalah kerosakan selaput dara cuba untuk membaikinya. Namun elok juga kita ketahui misteri selaput dara yang dianggap sebagai penting dalam sebuah perkahwinan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semasa dalam kandungan, jantina bayi ditentukan apabila umur kehamilan berumur antara 7 &#8211; 12 minggu. Pada lelaki, struktur \u201c<em>genital walls<\/em>\u201d akan bercantum dan membentuk kerandut zakar (<em>scrotum<\/em>) dan pada bayi perempuan pula ia akan membentuk <em>labia minora <\/em>(bibir dalam) dan<em> labia majora <\/em>(bibir luar<em>). <\/em>Kemudian \u201c<em>mucosal fold<\/em>\u201d akan membentuk selaput dara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun selaput dara akan pecah pada hubungan jima\u2019 yang pertama, namun ada juga yang masih mempunyai baki selaput dara yang dinamakan <strong><em>&#8216;carunculae myrtiformis&#8217;<\/em><\/strong>.<\/p>\n<h3>Ada beberapa fakta yang elok kita renungkan. Antaranya :<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. 99.9% selaput dara dibentuk ketika peringkat embryo. Ini bermakna seramai 1 dalam 1000 wanita tidak mempunyai selaput ini ketika dilahirkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2. Semasa jima\u2019 pertama seramai 44% wanita tidak mengalami pendarahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Fakta ini tentu mencabar tanggapan budaya dan sosial yang menganggap wanita suci akan mempunyai selaput dara dan ianya dibuktikan dengan pendarahan di malam pertama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun jika tanggapan ini tidak dapat diubah, beberapa pendekatan perubatan moden akan membantu masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3><strong>Cara membaiki selaput dara <\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembedahan untuk memperbaiki selaput dara bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ketiadaan atau kerosakan selaput dara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun selaput itu akan diganti atau diperbaiki, namun \u2019kesucian\u2019 yang hilang akan selalu menghantui wanita itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu seharusnya sebelum melakukan pembedahan, harus diadakan sesi kaunselling yang melibatkan wanita dan keluarganya. Jika tiada pilihan, (akibat tekanan sosial dan budaya), pembedahan adalah \u00a0pilihan yang terakhir.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya perlu ingatkan bahawa <span style=\"text-decoration: underline;\">melakukan pembedahan selaput dara kerana hendak membohongi bakal suami adalah suatu tindakan yang keji<\/span> dan tidak dibenarkan oleh agama. Doktor yang melakukan pembedahan itu juga harus bertanggungjawab terhadap dosa itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembedahan selaput dara disebut sebagai <em>hymen repair, hymen reconstruction, hymen surgery, hymenoplasty <\/em>atau <em>revirgination<\/em>. Ia sebenarnya adalah pembedahan kosmetik yang cuba membaiki atau mewujudkan semula selaput dara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3><strong>Simple Hymenoplasty:<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam prosedur ini, doktor akan menjahit baki selaput dara yang tinggal dan cuba merapatkannya untuk menutup selaput yang koyak. Ianya sangat mudah, namun mengambil masa 3-7 hari untuk sembuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Risikonya ialah<span style=\"text-decoration: underline;\"> jangkitan kuman <\/span>kerana selaput dara tidak mempunyai saluran darah. Ia tidak bertahan lama dan perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sebelum majlis perkahwinan dan malam pertama. Ia boleh dilakukan menggunakan bius <em>local anaesthesia.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0<\/em><\/p>\n<h4><strong>Alloplant:<\/strong><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika selaput dara <span style=\"text-decoration: underline;\">tidak dapat dibaiki<\/span>, sejenis bahan biomaterial yag mudah pecah dimasukkan ke dalam dara dan bertindak sebagai selaput dara. (Rujuk gambar di atas)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prosedur ini juga mudah dan boleh dilakukan menggunakan bius <em>local anesthetic<\/em> atau bius penenang (<em>sedative<\/em>). Prosedur akan berlangsung selama dua jam dan wanita itu boleh kembali bekerja keesokan harinya.\u00a0 Ianya sangat menyerupai selaput dara yang normal namun ianya<span style=\"text-decoration: underline;\"> tidak bertahan lama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Vaginaplasty<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila <span style=\"text-decoration: underline;\">tiada lagi baki<\/span> selaput dara yang perlu diperbaiki, pembedahan <em>vaginaplasty<\/em> dicadangkan. Pembedahan ini lebih besar iaitu lapisan mukosa faraj di kedua-dua belah kanan dan kiri dipotong dan dicantumkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ianya mengambil masa yang<span style=\"text-decoration: underline;\"> agak lama untuk sembuh<\/span>. Pembedahan ini memerlukan bius pengsan (<em>general anaesthesia<\/em>) kerana pembedahan mengambil masa yang lama. Jahitan itu tidak perlu dibuka kerana ianya akan tanggal dengan sendirinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3><strong>Fatwa mengenai hymenoplasty<\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid<\/strong>, seorang ulama dari Arab Saudi memberitahu, terdapat dua pandangan yang berbeza mengenai pembedahan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pendapat pertama tidak membenarkan langsung (haram melakukan pembedahan). Sementara pendapat kedua menegaskan :<\/p>\n<ol>\n<li style=\"text-align: justify;\">Ianya <strong>dibolehkan<\/strong> (harus) jika selaput dara itu koyak disebabkan oleh <span style=\"text-decoration: underline;\">kemalangan atau perbuatan yang berlaku akibat perbuatan tidak dianggap sebagai berdosa oleh Syariah<\/span>, seperti bersukan, atau dirogol dan bukan hubungan zina, dan kehilangan selaput dara meletakkan kehormatan wanita itu dalam bahaya akibat kesan budaya masyarakat setempat.<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">Jika selaput dara telah koyak akibat perkahwinan mereka atau disebabkan perzinaan (bukan perogolan), maka pembedahan ini adalah <strong style=\"text-align: justify;\">haram<\/strong><span style=\"text-align: justify;\">, kerana ianya menipu bakal suami. Namun jika perzinaan itu \u00a0tidak diketahui oleh orang lain, (dan wanita itu telah bertaubat) maka hukumnya harus. Terserahlah kepada doktor sama ada mahu melakukannya, namun lebih baik doktor itu membantu wanita yang ikhlas selepas bertaubat untuk memulakan hidup baru.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3><strong>Pembahasan Hujah:<br \/>\n<\/strong><br \/>\nPendapat pertama yang mengatakan bahawa pembedahan ini haram kerana :<\/h3>\n<ol>\n<li style=\"text-align: justify;\">Ia akan <span style=\"text-decoration: underline;\">mencampurkan nasab<\/span>, jika wanita itu telah mula\u00a0mengandung dan menjalani pembedahan. Apabila wanita itu\u00a0berkahwin \u00a0dengan suami yang baru, kandungan dari bekas suami\u00a0akan di\u2019bin\u2019kan dengan suami yang baru. Ini akan menyebabkan\u00a0nasab seseorang itu akan bercampur.<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">Pembedahan itu menyebab <span style=\"text-decoration: underline;\">pendedahan aurat<\/span> pada orang lain (pada\u00a0doktor, terutama non muslim).<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">Ia seolah-oleh menjadi penyelesai mudah bagi wanita muda untuk\u00a0<span style=\"text-decoration: underline;\">mengulangi perbuatan zina<\/span> dan kemudiannya membaiki selaput\u00a0daranya.<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">Terdapat kaedah syarak iaitu \u201cuntuk mendapatkan perkara yang\u00a0baik pada masa akan datang , <span style=\"text-decoration: underline;\">harus menghalang perkara yang\u00a0buruk sekarang<\/span>\u201d dan sebaliknya. Oleh itu untuk menghalang\u00a0sesuatu yang buruk di masa depan, (percampuran nasab dan\u00a0pergaulan bebas\/zina), pembedahan selaput dara haruslah\u00a0dihalang.<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\">Terdapat satu lagi kaedah syarak iaitu <span style=\"text-decoration: underline;\">\u201dsesuatu yang buruk tidak\u00a0boleh digantikan dengan yang buruk\u201d<\/span>, sebagai contoh seorang lelaki\u00a0tidak boleh menghalang air banjir ke kebunnya dengan\u00a0mengalirkan air yang mengalir ke kebun orang lain.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kes ini seorang wanita tidak boleh membaiki selaput daranya dengan\u00a0melakukan pembedahan dengan tujuan menipu bakal\u00a0suaminya. Pembedahan selaput dara tidak dibenarkan oleh Syariah\u00a0kerana ianya adalah \u201cperbuatan yang menipu\u201d, dan perbuatan\u00a0menipu diharamkan oleh syarak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Pendapat mana yang harus digunakan?<br \/>\n<\/strong><br \/>\nPendapat yang terbaik ialah pendapat yang mengatakan bahawa pembedahan ini diharamkan. Ini kerana walaupun kita merahsiakan dosa zina yang dilakukan, ketenangan tidak dapat dicapai dengan melakukan pembedahan. Ianya pembohongan dan haram.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita yang dizalimi orang (dirogol), seharusnyalah berterus terang dengan bakal suami. Melakukan pembedahan adalah suatu kaedah \u2018pembohongan yang halus\u2019. Jika bakal suami memahami dan menyintai sudah tentu dia akan meneruskan cintanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika bakal suami tidak dapat menerima, ia sepatutnya tidak mendatangkan masalah. Jangan risau soal jodoh. Tentu ada hikmah di balik penolakan cintanya. Berdoalah agar Allah memberikan lelaki yang lebih baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kita bimbang keburukan (ketiadaan dara) tidak dapat dirahsiakan lagi apabila si suami mengetahui setelah berkahwin. Sudah tentu dia akan marah dan akan meretakkan hubungan suami dan isteri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(Rujukan : <strong>Ahkaam Al-Jirahah At-Tibbiyyah wa\u2019l-Athar Al-Mutarattibah `alayha<\/strong>, oleh Dr. Muhammad Ibn Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shanqiti, mukasurat 403)\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya menasihati, berjumpalah dengan ulama setempat untuk berbincang berkenaan hukum, dan berjumpalah dengan doktor yang ikhlas untuk menjalankan pembedahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (301110)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai yang tergelak apabila saya memberitahu saya mahu menulis tentang hymenal repair, atau dalam bahasa mudahnya membetulkan selaput dara yang koyak. Saya sebenarnya tidak berminat menulis tentang isu ini tetapi telah didesak beberapa kali oleh rakan-rakan FB saya. Logiknya jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar mengenai rahsia selaput dara dan cara memyembuhkanya, bimbang ramai &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[8,7],"tags":[206,207],"class_list":["post-1063","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-fiqh","category-wanita","tag-hymenoplasty","tag-selaput-dara"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-h9","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":18787,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bolehkah-hamil-walaupun-dara-tak-pecah\/","url_meta":{"origin":1063,"position":0},"title":"BOLEHKAH HAMIL WALAUPUN DARA TAK PECAH?","author":"admin","date":"31\/05\/2024","format":false,"excerpt":"Ya, masih mungkin untuk hamil walaupun selaput dara tidak pecah. Kehamilan terjadi apabila sperma bertemu dengan ovum (sel telur wanita). Selaput dara yang tidak pecah tidak semestinya menjadi penghalang kepada sperma untuk mencapai ovum. Ada wanita yang mempunyai selaput dara yang elastik, yang mana ia tidak pecah semasa hubungan seksual\u2026","rel":"","context":"In &quot;kehamilan&quot;","block_context":{"text":"kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/kehamilan\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":3001,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/pecah-tuban-sebelum-waktunya\/","url_meta":{"origin":1063,"position":1},"title":"Pecah Tuban Sebelum Waktunya","author":"drzubaidi","date":"10\/08\/2012","format":false,"excerpt":"Selepas solat Subuh, telefon saya berdering. Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu di pagi hari. Saya fikir tentu staff saya di pusat kesihatan yang mahu mengingatkan saya tentang temujanji dengan pesakit pagi ini. Namun deringan itu bertalu-talu. Akhirnya saya jawab juga. \u201cDoc, isteri saya sudah pecah tubannya. Kain batiknya sudah\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5534,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/umur-17-belum-datang-haid\/","url_meta":{"origin":1063,"position":2},"title":"Umur 17 Belum Datang Haid","author":"drzubaidi","date":"10\/03\/2014","format":false,"excerpt":"\"Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period...sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"woman","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/woman-300x136.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2177,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-lidah-yang-pendek-tie-tongue-dibedah\/","url_meta":{"origin":1063,"position":3},"title":"Perlukah Lidah Yang Pendek (Tie-Tongue) Dibedah?","author":"drzubaidi","date":"21\/10\/2011","format":false,"excerpt":"Baru-baru ini seorang sahabat membawa anaknya yang baru berumur 2 tahun berjumpa saya. Dia meminta saya memeriksa lidah anaknya. Apabila saya meminta membuka mulut dan menggerakkan lidah, didapati lidah\u00a0 anak itu tidak dapat digerakkan sebebasnya. \u00a0 Saya dapat melihat selaput pendek di bawah lidah yang melekat pada lantai mulutnya. Ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":9744,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/jangkitan-gbs-semasa-hamil\/","url_meta":{"origin":1063,"position":4},"title":"JANGKITAN GBS SEMASA HAMIL","author":"drzubaidi","date":"14\/08\/2018","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u00a0 JANGKITAN GBS SEMASA HAMIL \u00a0 Assalamua\u2019laikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan mengenai GBS untuk ibu hamil. Sebelum ini saya pernah hamil anak pertama, selepas bersalin anak saya telah meninggal beberapa hari dan doktor telah mengesahkan kematiannya disebabkan jangkitan kuman GBS. Cuma saya keliru sedikit degan jawaban yang diberikan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2018\/08\/bacteria.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":2385,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/mempercepatkan-proses-kelahiran-melalui-induksi\/","url_meta":{"origin":1063,"position":5},"title":"Mempercepatkan Proses Kelahiran Melalui Induksi","author":"drzubaidi","date":"22\/12\/2011","format":false,"excerpt":"Pengalaman saya bekerja di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di sebuah hospital awam di selatan tanah air, banyak membantu saya menjawab kekeliruan yang ditanyakan oleh rakan-rakan FB. Saya akui saya bukan pakar perbidanan, maka setiap yang saya tuliskan hanyalah sebagai satu panduan kepada pesakit dan bukanlah penyelesaian mutlak bagi setiap\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1063","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1063"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1063\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15543,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1063\/revisions\/15543"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1063"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1063"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1063"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}