{"id":1038,"date":"2010-11-23T13:26:41","date_gmt":"2010-11-23T05:26:41","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=1038"},"modified":"2023-06-19T10:45:25","modified_gmt":"2023-06-19T02:45:25","slug":"anak-lahir-tiada-tempurung-kepala-petanda-bagi-neural-tube-defects-ntd","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-lahir-tiada-tempurung-kepala-petanda-bagi-neural-tube-defects-ntd\/","title":{"rendered":"Anak Lahir Tiada Tempurung Kepala &#8211; Petanda bagi Neural tube defects (NTD)"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;<em>Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w<\/em>&#8220;.<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doa di atas adalah doa yang sering dianjurkan untuk dibaca selalu oleh ibu-ibu yang hamil. Tiada kekuatan dan daya usaha yang boleh mengatasi qadar Allah kecuali doa kerana Allah sajalah yang mampu melakukan apa saja untuk kebaikan bayi yang dikandung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab kita telah cuba mengusahakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun siapa yang dapat menjamin, bayi yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak yang sempurna dan sihat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Saya baru kehilangan seorang putera ketika dilahirkan<\/em>\u201d kata seorang kenalan yang baru saya jumpa. Beliau mula mesra dan \u00a0bertanya apabila saya memperkenalkan diri sebagai doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Sungguh mengerikan, bayi saya tidak ada tempurung kepala. Saya terima segala qada Allah. Namun apa agaknya punca kematian anak saya sejak dari dalam perut ibunya lagi<\/em>?\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya terkejut. Tak ada tempurung kepala?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Bermula dari peringkat perkembangan janin<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila beliau menunjukkan gambar anaknya sebelum ditanam untuk dikuburkan, barulah saya menyedari anaknya menghidapi <em>anencephaly<\/em>. Tengkorak kepalanya tidak terbentuk dengan sempurna. Ia disebabkan oleh masalah ketika pertumbuhan di peringkat janin lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Musibah sebegini boleh berlaku pada mana-mana janin atau bayi dalam kandungan. Walaupun ianya jarang berlaku, namun keadaan sebegini akan menyebabkan kecacatan bila bayi itu semakin membesar dan memasuki alam dewasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kecacatan itu bukan setakat tiada tempurung kepala saja. Malah benjolan di leher atau mana-mana tempat di bahagian tulang belakang merupakan keadaan penyakit yang sama. Ia dinamakan sebagai <em>Neural Tube Defect<\/em> (NTD).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">NTD adalah kecacatan janin yang bermula di awal perkembangan bayi. Pada kehamilan yang normal, ketika usia kehamilan antara 3-4 minggu, terdapat beberapa sel yang spesifik dalam <em>embryo<\/em> akan bergulung dan bercantum hujungnya bagi membentuk satu saluran tiub yang dinamakan <em>neural tube<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Neural tube<\/em> inilah akan berkembang dan kemudiannya akan menjadi saraf tunjang dan otak. Jika <em>neural tube<\/em> ini tidak dibentuk dengan baik, berlakukalah kecacatan <em>neural tube <\/em>yang boleh dilihat di sepanjang kepala ke hujung saraf tunjang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Agaknya boleh tak masalah ini dicegah? Ada kemungkinankah anak saya yang seterusnya akan mengalami masalah yang sama? Saya amat bimbanglah doktor..\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun musibah yang Allah berikan ada hikmahnya, namun selalunya kita harus berusaha agar ianya tidak berulang. Habis berusaha, barulah berserah pada qada Allah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Folic acid mencegah musibah NTD<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, Kementerian Kesihatan mewajibkan agar semua ibu yang hamil diberikan <em>folic acid<\/em>. Tidak memadai dengan mengharapkan vitamin itu dari diet yang dimakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan ibu yang hamil, di awal kehamilan mereka mengalami masalah muntah dan loya. Ianya suatu fenomena yang membataskan ibu untuk makan dengan diet yang kaya dengan vitamin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu, di mana-mana klinik pemeriksaan ibu mengandung, mereka dibekalkan dengan <em>folic acid<\/em>, bukan saja bagus untuk menambahkan kepekatan <em>haemoglobin <\/em>dam darah, ianya juga berguna untuk mengelakkan kejadian NTD.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita yang hamil haruslah diberikan <em>folic acid <\/em>sebanyak 400 mcg (0.4gm)\/hari kerana ianya akan mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat masalah <em>neural tube defects<\/em> (NTD) sebanyak 75%.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi wanita yang pernah melahirkan anak yang mengalami NTD, dos yang harus diberikan ialah 5.0 mg\/hari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dos sebegini juga untuk mereka mengalami penyakit seperti <a href=\"http:\/\/www.patient.co.uk\/DisplayConcepts.asp?WordId=COELIAC%20DISEASE&amp;MaxResults=50\"><strong>coeliac disease<\/strong><\/a>, ada latar belakang ahli keluarga yang mengalami NTD atau sedang mengamalkan ubat <a href=\"http:\/\/www.patient.co.uk\/DisplayConcepts.asp?WordId=EPILEPTIC&amp;MaxResults=50\"><strong>epileptic<\/strong><\/a>. Wanita yang mengalami <a href=\"http:\/\/www.patient.co.uk\/DisplayConcepts.asp?WordId=DIABETES%20MELLITUS&amp;MaxResults=50\"><strong>diabetes<\/strong><\/a> <strong>mellitus<\/strong> (jenis 1 atau 2) dan penyakit darah <a href=\"http:\/\/www.patient.co.uk\/DisplayConcepts.asp?WordId=SICKLE%20CELL%20DISEASE&amp;MaxResults=50\"><strong>sickle cell anaemia<\/strong><\/a> juga harus mengamalkan dos yang sama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masalahnya ramai ibu yang tidak sedar diri mereka hamil ketika itu. Bila mereka mula menjalani pemeriksaan, umur kehamilan sudah mencapai 6 minggu. Sedangkan pembentukan neural tube berlaku pada umur kehamilan 28 hari. <strong>Jadi dinasihatkan agar <em>folic acid <\/em>diamalkan bermula ketika merancang kehamilan.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Petanda dan Punca<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saraf tunjang atau <em>spinal cord<\/em> dan otak ditenggelamkan oleh cecair <a><em>cerebrospinal fluid<\/em> (CSF)<\/a> yang dibaluti oleh tisu <em><a>meninges<\/a><\/em>. Otak dilindungi oleh tengkorak <em>(skull<\/em>), sementara saraf tunjang dilindungi oleh tulang belakang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila seorang mengalami NTD, terdapat ruang dalam tengkorak dan tulang belakang. Ia menyebabkan tisu otak dan saraf tunjang akan mengunjur keluar dan boleh cedera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana sraf tunjang mengandungi saraf yang mengawal pergerakan badan, kecederaan padanya menyebabkan kelumpuhan (<em>paralysis<\/em>) aau melemahkan otot tertentu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara mudah, terdapat tiga jenis NTD yang biasa dilihat iaitu <em>spinal bifida, anencephaly dan meningocele.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Punca NTDs tidak diketahui dengan jelas, tetapi saintis percaya ianya disebabkan oleh faktor genetik, persekitaran dan pemakanan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seramai 95% bayi yang mengalami NTD tidak mempunyai latar belakang ahli keluarga yang mengalami NTD. Namun kecacatan pada <strong>k<\/strong><strong>romosom trisomy 13, 18, 21 <\/strong>dikaitkan punca masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebab-sebab yang lain ialah faktor umur ibu hamil semakin meningkat, penyakit <em>diabetes<\/em> yang dihadapi, kekurangan <em>zinc <\/em>dan<em> folic<\/em> acid, minum alcohol dan merokok, menghidapi penyakit sawan dan mengamalkan ubat sawan eg <em>Valproic acid<\/em> adalah antara punca yang\u00a0 \u00a0menyumbang kepada masalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Risiko ini boleh dikurangkan dengan pengambilan <em>folic acid<\/em> yang mencukupi ketika merancang kehamilan lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Mengesan NTD di peringkat awal. <\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebanyakan NTD dapat dikesan ketika kehamilan lagi.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li><strong>Maternal Serum Alpha Fetoprotein (MSAFP),<\/strong> adalah ujian darah untuk menyaring (screening) ibu yang hamil pada usia kehamilan 16-18 minggu.<\/li>\n<li>Menggunakan peralatan <strong>Ultrasound <\/strong>yang berkuasa tinggi pada umur kehamilan 18 minggu<\/li>\n<li><strong>Amniocentesis<\/strong>, ujian mengambil contoh air tuban (amniotic fluid) selepas usia kehamilan 15 minggu.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun apa yang dibimbangkan ialah keadaan di mana bayi kelihatan normal. Tidak terdapat kecacatan di tulang belakangnya. Namun apabila bayi semakin membesar, kanak-kanak ini mengalami lemah tubuh di bahagian pinggang ke bawah, sama ada lemah sedikit atau terus lumpuh (<em>paralysis)<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengimejan\u00a0 x ray akan menunjukkan kanak-kanak itu mempunyai kecacatan di mana ada tulang di bahagian pinggang (terutama di bahagian tulang <em>sacrum<\/em>) yang tidak bercantum.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u201cRabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u\u2019doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami.\u201d <\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (021110)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w&#8220;. Doa di atas adalah doa yang sering dianjurkan untuk dibaca selalu oleh ibu-ibu yang hamil. Tiada kekuatan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[187,186],"tags":[417,202,201,200],"class_list":["post-1038","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-children","category-perancangan-keluarga","tag-asid-folik","tag-doa-anak-sihat","tag-folic-acid","tag-tiada-tempurung-kepala"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-gK","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":4792,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/hydrocephalus\/","url_meta":{"origin":1038,"position":0},"title":"Hydrocephalus","author":"drzubaidi","date":"21\/10\/2013","format":false,"excerpt":"Hydrocephalus adalah masalah kecacatan pada tempurung kepala bayi yang dilahirkan akibat pengumpulan cecair cerebrospinal fluid (CSF). Ia menyebabkan peningkatan tekanan dalam dan otak sehingga menyebabkan pembesaran tempurung kepala secara tidak normal. Bayi seperti ini selalunya menderita akibat sawan, penglihatan yang menyempit dan masalah perkembangan mental yang tidak sihat. Keadaan ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5385,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/sukar-meninggalkan-bayi-walaupun-mahu-ke-bilik-air\/","url_meta":{"origin":1038,"position":1},"title":"Sukar Meninggalkan Bayi Walaupun mahu ke Bilik Air","author":"drzubaidi","date":"12\/02\/2014","format":false,"excerpt":"\u201cAssalamu alaikum. Saya adalah seorang ibu muda berusia 21 tahun dan mempunyai anak sulong berusia setahun dan sudah boleh berjalan. Saya tidak bekerja dan tiada pembantu. Saya tinggal bersendirian. Adakalanya saya amat bimbang hendak meninggalkan anak saya, sama ada untuk buang air, mandi atau memasak. Hanya hanya melakukan perkara-perkara tersebut\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":4403,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/perlukah-saya-berjumpa-doctor-apabila-anak-selesema\/","url_meta":{"origin":1038,"position":2},"title":"Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?","author":"drzubaidi","date":"03\/09\/2013","format":false,"excerpt":"\u201cSalam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia \u00a0sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/WhatsApp-Image-2024-09-03-at-11.15.42-AM-300x300.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":1468,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/bagaimana-memeriksa-pertumbuhan-fizikal-anak\/","url_meta":{"origin":1038,"position":3},"title":"Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?","author":"drzubaidi","date":"10\/03\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Saya melapangkan masa menghadiri majlis kesyukuran kelahiran seorang bayi, anak rakan saya. Tersenyum bila saya mendengar perbualan kaum ibu. Mereka nampaknya amat peka terhadap apa yang berlaku pada anak yang dilahirkan. Mereka berbincang sesama sendiri dan memberikan beberapa petua agar anak mereka sihat. \u00a0 Malangnya, apabila di pusat kesihatan,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":6353,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/anak-terhantuk-dan-kepala-berdarah\/","url_meta":{"origin":1038,"position":4},"title":"Anak Terhantuk dan Kepala Berdarah","author":"drzubaidi","date":"03\/09\/2014","format":false,"excerpt":"\u00a0 \u201cSALAM doctor, baru-baru ini anak saya berusia 3 tahun mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila rak buku terjatuh setelah digoyangnya menimpa beliau. Anak saya mengalami luka, tetapi berhenti selepas beberapa ketika. Selain itu beliau pernah beberapa kali tergelincir dan jatuh kepala dulu. Saya sangat risau terhadap kesan hantukan\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bayi\/Kanak-kanak&quot;","block_context":{"text":"Bayi\/Kanak-kanak","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/children\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Set-Anak-Sihat.webp?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":2710,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menggugurkan-bayi-kerana-cacat-edwards-syndrome\/","url_meta":{"origin":1038,"position":5},"title":"Menggugurkan Bayi kerana Cacat (Edward&#8217;s Syndrome)","author":"admin","date":"08\/06\/2012","format":false,"excerpt":"\u00a0 \"Assalamualaikum doktor. Saya hamil 26 minggu. Pada kehamilan saya berusia 20 minggu saya telah menjalani pemeriksaan ultrasound dan mendapati fizikal bayi saya mengalami kecacatan, berkemungkinan disebabkan oleh genetic disorder. Saya juga telah menjalani pemeriksaan amniocentesis dan disahkan mengalami Edward's syndrome trisomy 18. Saya difahamkan oleh doktor bahawa kebarangkalian untuk\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/Edwards-Syndrome-300x273.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1038","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1038"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1038\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15369,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1038\/revisions\/15369"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1038"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1038"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1038"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}