Umur 17 Belum Datang Haid

woman

“Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.”

Wa alaikum mus salam

Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal.

Keadaan ini dinamakan amenorrhea primer.

Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula mengalami haid antara umur 9 dan 18 , dengan purata berusia kira-kira 12 tahun.

Banyak punca berlaku hal sebegini, antaranya termasuk:

  1. Pangkal rahem atau serviks yang terlalu sempit
  2. Selaput dara yang terlalu kenyal dan tidak berlubang
  3. Tidak mempunyai rahem atau faraj
  4. Keadaan faraj yang mempunyai sekatan
  5. Keluarga tidak menyedari beliau hamil

Hormon memainkan peranan yang besar dalam kitaran haid wanita . Masalah hormon boleh berlaku apabila :

  1. Perubahan yang berlaku kepada bahagian-bahagian otak di mana hormon yang membantu menguruskan kitaran haid tidak dihasilkan
  2. Kelenjar ovari tidak berfungsi dengan betul

Adakalanya ia disebabkan oleh:

  1. Kecenderungan remaja perempuan itu untuk tidak makan untuk menurunkan berat badan (Anorexia)
  2. Mengalami penyakit kronik , seperti cystic fibrosis, TB atau penyakit jantung
  3. Mengalami kecacatan genetik
  4. Mengalami jangkitan dalam rahim

Dalam banyak kes , punca amenorea utama tidak diketahui kerana remaja wanita itu tidak menjalani pemeriksaan yang sempurna.

Saya mencadangkan agar adik perempuan melakukan pemeriksaan fizikal dan dan hormone dalam darah.

Ujian hormone dalam darah itu termasuk :

  1. estradiol
  2. FSH
  3. LH
  4. prolaktin
  5. TSH
  6. T3 dan T4

Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan, jika perlu termasuk:

  1. Hormone 17 hydroxyprogesterone
  2. analisa kromosom
  3. CT scan kepala
  4. MRI kepala
  5. ultrasound pelvik
  6. hormone progresterone

Jadi saya mencadangkan agar adik perempuan puan segera melakukan pemeriksaan dengan doktor wanita.

Wallahu a’lam.

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!