Tag Archives: zaitun

SAKIT PINGGANG, SAKIT TENGKUK DAN MASALAH EREKSI

“Assalamualaikum dr. Saya berumur 32 tahun. Sejak 2 minggu yang lalu saya mengalami suatu yg amat menggusarkan saya iaitu saya mengalami sakit di bahagian pinggang, tengkuk dan tahap ereksi yang menurun begitu mendadak sekali. Dan saat kemuncak permasalahan ini ialah apabila saya tidak mampu menegangkn zakar saya ketika hendak bersama isteri saya. Adakah sy mengalami masalah mati pucuk atau saya mengalami masalah kesihatan yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Terlalu sukar untuk saya mengagak masalah yang saudara hadapi kerana banyak maklumat yang tidak diberitahu. Jika saudara mengalami masalah berat badan berlebihan, saya bimbang saudara juga …

Read More »

Rahem Jatuh Selepas Melahirkan Anak Pertama

RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA   “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan.  Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?” WA ALAIKUM MUS SALAM Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau …

Read More »

Rahem Jatuh

RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM)   “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit …

Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran …

Read More »

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR

“Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada …

Read More »

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan …

Read More »

3 produk kesihatan tradisional dikesan beracun

3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN  Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, bengkak …

Read More »

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS     “Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).   Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.   Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila …

Read More »

Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)   “Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice.   Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah …

Read More »

Masih ceret beret akibat jangkitan rotavirus walaupun telah dibenarkan keluar hospital

MASIH CERET BERET AKIBAT JANGKITAN ROTAVIRUS WALAUPUN TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL   “Salam doc. Saya mempunyai anak saya kecil yang dijangkiti rota virus. Anak saya mengalami muntah yang teruk dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama 3 hari. Selepas keluar dari hospital, anak saya masih mengalami ceret beret. Adakah ia normal ? Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jangkitan rotavirus sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Jangkitan ini merupakan salah satu punca ceret-berit.   Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan rotavirus selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya, dan muntah-muntah, sering diikuti …

Read More »

KUDIS AKIBAT SCABIES

Scabies adalah penyakit kulit yang menyebabkan pesakit mengalami gatal yang melampau dan mudah disebabkan oleh jangkitan hama Sarcoptes scabiei. Ia merebak melaui sentuhan pada kulit. Selain dari gatal, tanda-tanda lain termasuk ruam kulit yang terbentuk dari lebam kecil berwarna merah dan melecet pada kawasan-kawasan tertentu pada badan. Gatal yang melampau menyebabkan pesakit menggaru dengan kerap, sehingga kulit menjadi luka atau jangkitan kuman dan bernanah. Rawatan termasuk ubat scabicidal oral atau topikal.

Read More »

APA MAKNANYA NAJIS BERWARNA HIJAU?

“Assalamualaikum doctor , Saya ingin bertanya kan pada dr tentang masalah yang sedang hadapi sekarang. Bahaya ke najis berwarna hijau? Kerana 2 hari lepas selepas makan beberapa jam perut saya rasa memulas dan kemudian sy dapati najis berwarna hijau. Diawal tu najis berwarna coklat kemudian hijau bila diakhir2 najis bercampur hijau dan coklat.. selepas 2 hari sy buang pon keluar najis hijau selepas sarapan. Adakah kerana keracunan makanan? Sbb selama ni sy blm pernah lagi keluar najis hijau. Sblm keluar najis hijau ni sy ada memakan aym kfc yg tersimpan selama 3hari di dlm peti ais serta sejak ibu mertua …

Read More »

Sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan akibat berat badan berlebihan

SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN   “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil. Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Ini kerana …

Read More »

JENIS-JENIS KEGUGURAN

“Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah. Allah berfirman yang bermaksud: “…Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar“. (Surah al-Baqarah ayat 155) Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage”  kerana pendarahan …

Read More »

Wanita yang berisiko tinggi untuk keguguran

WANITA YANG BERISIKO TINGGI UNTUK KEGUGURAN   antiphospho lipid, “Salam doctor. Saya bermur 38 tahun, baru saja berkahwin dan hamil 12 minggu setelah berusaha selama 5 tahun dengan bantuan beberapa ubat dan suplemen. Apa yang merisaukan saya ialah ada berita yang saya dengar bahawa wanita yang berusia lebih 35 tahun lebih mudah untuk mengalami keguguran. Mohon pendapat doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang benar, semakin meningkat umur seseorang wanita, semakin tinggi untuk beliau mengalami kegugurannya.   Ini bermakna kebarangkalian untuk puan untuk mengalami keguguran sangat tinggi berbanding dengan wanita lain yang masih muda, namun tidak …

Read More »

Rawatan keguguran

RAWATAN UNTUK KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya telah mengalami keguguran pada usia kehamilan 10 minggu dua hari lepas. Ketika itu saya mengalami pendarahan, dan doctor memeriksa dengan menggunakan uktrasound mengesahkan keguguran itu.  Saya telah dinasihatkan untuk melakukan prosedur D&C.  Perlukah saya menjalani perosedur itu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sebenarnya tiada apa yang dapat dibuat untuk menghalang keguguran, apabila proses keguguran itu bermula.   Apa yang doctor boleh lakukan ialah memastikan keseluruhan janin telah dikeluarkan sengan sempurna dan rahem menjadi kosong semula.   Jadi doctor akan membuat keputusan  sama ada mahu melakukan prosedur D&C atau …

Read More »

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN

“Salam doctor. Saya hamil pada usia kehamilan 12 minggu, saya menyedari terdapat tompokan darah yang keluar dari faraj saya. Ia berlaku selama 2 hari, kemudian suami membawa saya ke klinik. Doktor memberitahu bahawa saya telah keguguran. Saya ingin bertanya, apakah punca keguguran yang saya alami. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Keguguran di awal kehamilan berlaku apabila ia berlaku apabila usia kehamilan belum mencapai 15 minggu. Dianggarkan sebanyak  80% keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Ini bermakna ramai wanita yang hamil mengalami keguguran, malah ada yang mengalami keguguran tanpa mengetahui  beliau hamil kerana menyangka darah yang keluar adalah …

Read More »

Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN   “Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean.   Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini.  Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang …

Read More »

Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan

UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN “Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”.  Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari.   Ia sangat  berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti:   Kitaran haid yang tidak menentu Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone Masalah keguguran yang kerap. Masalah endometriosis Masalah ‘premenstrual syndrome’   Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg …

Read More »

Demam selepas melahirkan anak

DEMAM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK   “Salam doctor, saya baru melahirkan anak seminggu dan mengalami demam panas. Badan saya menjadi letih da nada kalanya menggigil. Adakah demam saya berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang)  sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj)  atau secara pembedahan Cesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.   Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian.  Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.   Demam sebegini da dikenali sebagai  “Postpartum Fever “, …

Read More »

Pembungan rahem dan pendarahan

PEMBUANGAN RAHEM DAN PENDARAHAN   Salam, saya ingin bertanya tentang masalah saya. 1)pada tahun 2005 saya disahkan hamil tetapi semasa kandungan berusia lapan bulan anak saya disahkan meninggal di dalam kandugan.doktor meminta saya membuat d&c.   2) pada tahun yang sama saya disahkan hamil lagi alhamdulillah anak saya lahir dengan selamat tetapi terpaksa di bedah kerana songsang   3)tahun 2009 saya disahkan hamil lagi tetapi  kehamilan  ini menghadapi masalah uri bawah plencenta previa type 3. semasa proses kelahiran saya mengalami tumpah darah yang tidak henti-henti sehinnga doktor terpaksa membuang rahim saya untuk meyelamatkan nyawa saya. untuk pengetahuan doktor ovari saya …

Read More »

Wanita yang tidak sesuai menggunakan implanon

WANITA YANG TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLANON Implanon adalah alat perancang keluarga berbentuk seperti batang lidi, mengeluarkan hormone yang menghalang kehamilan untuk tempuh 3 tahun.   Ia mengandung hormon progesterone sintetik yang dinamakan ‘etonogestrel’.   Alat ini dimasukkan ke bawah kulit, melalui pembedahan ringkas.   Implanon menghalang kehamilan dengan menghalang pengeluaran telur ovum dari ovary. Ia bermakna tiada telur wanita yang keluar untuk disenyawakan. Selain itu ia menukar tekstur lendiran faraj menjadi lebih pekat sehingga sperma tidak boleh berenang masuk ke dalam rahem.   Apabila Implanon diletakkan dengan betul, kebarangkalian untuk hamil menjadi amat rendah, iaitu satu kehamilan dalam 100 wanita …

Read More »

HABBATUS SAUDA DAN KEHAMILAN

HABBATUS SAUDA’ DAN KEHAMILAN “Salam doktor, saya sedang hamil 34 minggu. Saya bercadang untuk mengambil suplemen habbatus sauda ketika hamil dalam bentuk softgel. Saya juga ada mengambil new obimin, suplemen yang diberi di klinik kerajaan. Boleh saya mengambil kedua-dua suplemen ini dalam masa yang sama? Atau saya perlu berhenti berhenti ambil pil obimin? Adakah suplemen habbatus sauda mempunyai kesan sampingan ketika hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.   Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di …

Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

Beza Minyak Sawit dan Minyak Sayuran untuk Memasak

Pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu. Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging. Sementara  minyak zaitun contoh adalah minyak mono tidak tepu,  yang mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan. Selain itu minyak mono yang lain seperti minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari, sangat baik kerana mempunyai omega …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  …

Read More »
error: Content is protected !!