Advertorial
Home » Tag Archives: virus (page 13)

Tag Archives: virus

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat. Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar. Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang. Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda.  Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada saraf, sehingga puan akan merasa sakit, ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Kenapa orang dewasa tidak demam

  “Salam, doktor. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik. Cuma ada sedikit kerisauan. Umur saya memasuki 25 tahun. Kali terakhir saya demam ketika saya berumur 15 tahun. Adakah normal keadaan ini? Andai kata Allah uji saya dengan demam, adakah saya berisiko untuk mendapat demam yang teruk? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seseorang itu mengalami serangan kuman, sama ada bakteria atau virus, tubuh akan bertindakbalas dengan merangsangkan sistem daya tahun untuk membunuh kuman tersebut.   Antara tanda tubuh kita sedang bertindakbalas ialah kita sedang mengalami demam, selain menghasilkan antibody. Namun begitu tidak semua serangan kuman akan menyebabkan tubuh akan mengalami demam.   Lebih daripada 20 peratus orang dewasa umur 65 tahun ke atas yang mengalami jangkitan bakteria yang serius tidak mempunyai demam.   Semakin lama kita ... Read More »

Adakah selsema yang disebabkan oleh virus berbahaya kepada wanita hamil?

  Wanita yang hamil mempunyai daya tahan yang rendah (sebab perubahan fisiologi) menyebabkan mereka mudah disrang virus selsema.   Wanita yang hamil diserang oleh virus selsema boleh cepat menjadi tenat akibat jangkitan pada paru-paru mereka.   Bayi dalam rahem juga boleh mengalami masalah antaranya kelahiran pramatang.   Selesema yang disebabkan oleh virus biasanya bermula dengan demam, rasa sakit badan, keletihan, diikuti oleh rasa sejuk, hidung berair atau tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk, seram sejuk. Pesakit boleh juga mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.   Selesema boleh menjadi lebih tenat dengan cepat jika berlaku pada wanita yang hamil kerana beliau lebih mudah terdedah kepada risiko mendapat jangkitan pada paru-paru.   Jika setakat selsema, bersih dan batuk, ia tidak menjadi masalah.   Tetapi jika mengalami tanda-tanda yang lebih teruk seperti sukar bernafas, menjadi ... Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’. Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan elektrolit ini akan merangsangkan jantung berdegup ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk memberikan lebih banyak buah, serat dan jus buah-buahan.   Kanak-kanak yang makan banyak makanan ringan, dan makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, boleh mengalami masalah sembelit yang kronik. ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi.   Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air suam, karena air sejuk boleh menyebabkan bayi mengalami hipotermia. Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun ... Read More »

Batuk ketika hamil

  “Salam 1Malaysia doctor, saya ingin bertanya, saya mengalami batuk yang lama, lebih kurang sebulan. Minggu lalu batuk saya telah reda dan kemudian ia berulang, terutama pada waktu malam.   Sekarang ini saya hamil 35 minggu, dan telah melakukan pemeriksaan kahak dan doctor mengesahkan kahak saya tiada kuman.   Tiga minggu yang lalu, doctor telah memberikan saya ubat batuk dan antibiotik.   Saya bercadang ini menggunakan gula-gula untuk merawat batuk saya tetapi mengandungi AMBROXOL HYDROCHLORIDE.   Mohon penjelasan dan nasihat. Terima kasih.”       Wa alaikum mus salam.   Bagi ibu yang hamil yang mengalami batuk, saya selalu mencadangkan agar minum air secukupnya, lebih baik dari mengambil mana-mana ubat, terutama jika batuk yang dialami bukanlah disebabkan jangkitan kuman bakteria.   Saya ada menulis dalam blog.   http://drzubaidi.com/blog/?p=4823   Puan ... Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

  “Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”   Walalaikum mus salam.   Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya.   Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada bayi mereka.   Kolostrum dalam susu ibu, adalah sumber yang kaya dengan pelbagai antibodi, dan sangat penting dalam memastikan kekuatan daya tahan bayi yang baru dilahirkan ... Read More »

Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?

        As salam mu alaikum, doctor. Anak saya sudah berusia setahun 2 bulan dan sudah 7 hari demam. Saya ada bawa diake  hospital dan telah melakukan ujian darah. Doktor memberitahu bahawa semuanya OK tetapi saya rasa dia  sekarang makin panas 39 c. Apa nasihat doktor.Terimma kasih.   Wa alaikum mus salam.   Saya memahami perasaan puan. Ibu mana yang tidak risau jika anaknya mengalami demam yang panas dan berlarutan.   Saya juga selalu merawat bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam, dan jarang memberikan ubat antibiotic kecuali jika ianya benar-benar perlu.   Cuma ibubapa yang risau, datang semula dan bertanyakan jika anak mereka perlukan antibiotik.   Antibiotik hanya perlu untuk bayi dan kanak-kanak yang demam akibat jangkitan kuman bakteria saja. Jika ia disebabkan oleh virus yang biasa, antibiotic ... Read More »

Penyakit Kawasaki boleh membawa maut pada bayi dan kanak-kanak

  Sewaktu saya menghadiri satu konferens mengenai penyakit kanak-kanak, antara penyakit yang ditekan ialah Penyakit Kawasaki (PK).   Ini kerana penyakit ini dapat dirawat, tetapi boleh menyebabkan kematian jika ia lambat dikesan.   Ini kerana pesakit PK yang tidak dirawat dengan betul akan mengalami kerosakan saluran darah pada jantung (coronary artery aneurysme), menyebabkan otot jantung menjadi bengkak (myocarditis), dan injap pada jantung menjadi rosak, sehingga menyebabkan jantung gagal berfungsi.   Oleh itu ibubapa tidak boleh berlengah untuk membawa anak mereka ke hospital untuk berjumpa pakar perubatan kanak-kanak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan apabila doctor di klinik mengesyaki anak mereka mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit Kawasaki.   Ini kerana rawatan awal menyebabkan pesakit akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari, dengan izin ALLAH.     Selalunya penyakit ini menyerang kanak-kanak berusia bawah ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang diberikan oleh doktor berkenaan, kerana saya tidak mengetahui hal keadaan sebenar ketika itu.   Saya sendiri lebih berhati-hati apabila memeriksa pesakit lelaki yang berumur sekitar 40an yang mempunyai risiko untuk ... Read More »

Rubella dan Kehamilan

  Saya mendapat soalan dari seorang rakan FB mengenai Rubella.   Soalan beliau seperti berikut: ”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ”   Untuk menjawab soalan beliau elok kita berkenalan dengan virus dulu. Rubella adalah sejenis virus. Ianya juga dikenali sbg German measles. Kanak-kanak, remaja dan org dewasa boleh dijangkiti virus ini.   Ia merebak dari seorang ke pada seorang yang lain. Rubella sebenarnya menyebabkan demam dan masalah kulit yang tidak serius. Namun jika seorang wanita hamil dan dijangkiti Rubella, maka virus ini akan menyerang janin dalam kandungan.   Jika puan dijangkiti virus Rubella, ... Read More »

Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

“As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius. Antaranya ialah penyakit lymphoma. Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Selain dari merasakan tanda-tanda tadi, pesakit lymphoma juga mengalami bengkak pada kelenjar nodus limfa di leher, ketiak, dan celah kelengkang. Kelenjar nodus limfa ini membengkak kerana memerangkap kuman ketika berlaku jangkitan ... Read More »

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

  Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.   Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.   Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.   Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih   Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.   Virus HSV-1 merebak melalui sentuhan pada cecair dalam lepuhan itu. Jangkitan juga boleh berlaku melalui oral seks.   Nasihat saya agar jagalah kebersihan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana ianya dapat ... Read More »

Punca saluran fallopian tersumbat

  Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.   Pertama,  ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.   Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.   Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.   Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.   Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid yang masuk semula ke dalam rahem dan melalui saluran fallopian pergi ke belakang rahim.   Darah haid yang mengandungi darah tisu endometrium, toksin dan kuman2 menyebabkan reaksi radangan yang teruk ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya dengan kaki yang besar seperti gajah.   Penyakit untut disebabkan jangkitan cacing parasit Wuchereria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori yang sangat halus, hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara ... Read More »

Jangkitan Cytomegalovirus (CMV) ketika hamil

  “Assalamualaikum Dr, saya baru sahaja menjalani procedure D&C kerana kehamilan saya tidak berjaya. Enam bulan yang lalu saya turut mengalami keguguran atas sebab yang sama. Pada bulan November tahun lepas pulak saya mengalami “silent miscarriage” pada usia kandungan 14minggu. Ketika itu bila ujian darah di lakukan, saya di dapati mendapat jangkitan cytomegalovirus (CMV). Sekarang bila kejadian (keguguran) ini berlaku saya terfikir adakah ini berkaitan dgn virus tersebut? Saya cuba bertanya kepada doctor gynea saya, tapi jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati saya. Saya ingin menambah zuriat. Adakah virus ini akan menghalang saya untuk menambah zuriat Dr? Dan apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil utk menghalang virus ini dari menganggu kandungan saya nanti? Harap Dr boleh bagi penjelasan. Sekian , terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati ... Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl 16:78)   Bayi itu dinamakan Rumaisa Rahman, dilahirkan oleh ibunya yang berumur 23 tahun, secara pramatang pada usia kelahiran ... Read More »

Mengesan Punca Paru-paru Berair

“As salamu alaikum, doctor. Baru-baru ini adik saya mengadu sukar bernafas dan mudah penat. Beliau merasa seolah-olah “tidak cukup oksigen” apabila berjalan dan menaiki tangga. Sesekali beliau mengalami batuk terutama apabila beliau baring di atas katil. Jadi sekarang beliau terpaksa tidur secara duduk di kerusi. Rakan-rakan saya memberitahu bahawa adik saya mengalami paru-paru berair. Betulkah doctor?” Wa alaikum mus salam. Paru-paru berair merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru, sama ada pada tisu paru-paru atau pun lapisan antara paru-paru dengan lapisan dalam dinding dada. Ini menyebabkan tisu paru-paru (parenchyma atau alveolar) atau rongga plueral dipenuhi dengan cecair. Paru-paru berair berpunca dari pelbagai keadaan, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Kanser paru-paru juga boleh menyebabkan paru-paru berair. Biasanya ... Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang berlaku ialah bukan masalah kekurangan  minyak pada lapisan kulit, tetapi mengalami kekurangan air.   Oleh itu pesakit perlu berusaha untuk mengekalkan lapisan air di bawah kulit. Ini akan mengelakkan kulit ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.     ... Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Demam suatu musibah atau rahmat?

      Saya sering didatangi oleh pesakit yang demam. Demam bukanlah suatu penyakit tetapi lebih kepada tanda-tanda kewujudan penyakit dalam tubuh.   Sungguhpun ia hanya suatu tanda, tetapi sudah cukup untuk menyebabkan seseorang yang demam merasa menderita akibat rasa tidak sedap badan, kurang berselera makan, sakit kepala dan tubuh dan malah ada yang menggigil.   Saya pernah ditanya, “Sebagai seorang doctor Muslim, adakah doctor berpendapat bahawa kita perlu mengambil ubat demam? Bukankah itu kifarah dosa?”   “Jadi apa tujuan tuan datang berjumpa saya? Untuk menerima rawatan atau hanya bertanya hukum?” soal saya pula.   “Kedua-duanya, doctor..”   Saya merasakan ia seolah-olah soalan perangkap. Entah apa tujuannya bertanyakan hukum agama pada saya yang berkelulusan MBBS saja.   “Jika tuan menganggap ubat yang saya akan beri memberikan kesembuhan secara total, maka ... Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.   Dalam ... Read More »

Bengkakan kelenjar pada kanak-kanak

    As salamu a’laikum doktor. Anak saya berumur 5tahun, mula-mula ada kelenjar yang membengkak di leher anak saya, kelenjar tu tidak pernah susut tapi sekarang ini semakin banyak pula kelenjar yang tumbuh. Yang terbaru terdapat kelenjar di celah-celah kelengkangnya. Saya sudah bawa dia berjumpa doktor di hospital & sedang menunggu untuk berjumpa pakar 2 minggu lagi. Ujian darah juga sudah diambil. Sekarang ini saya risau sebab kelenjar tu semakin banyak. Boleh ke saya tunggu sehingga dua minggu lagi untuk berjumpa pakar. Bagaimana dengan status kelenjar ini, membahayakan atau tidak… Terima kasih   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan juga bimbang dengan keadaan anak puan. Saya doakan agar anak puan diberikan kekuatan oleh ALLAH agar terus berada dalam keadaan sihat.   Cuma saya ... Read More »

Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS

  “ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?”     Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.   Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83).   Bagaimana diagnose PCOS diberikan kepada pesakit? Pesakit yang mengalami PCOS sekurang-kurangnya mempunyai dua ciri dari tiga ciri yang berikut: 1.hyperandrogenism (lebihan hormone lelaki) 2.oligo and/or anovulation (kitaran haid yang tidak menentu dan ... Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana perubahan hormone yang menyebabkan penghasilan lebih banyak lendiran (mucous) terutama di saluran pernafasan, terutama hidung dan tekak.   Saya tidak menggalakkan pengambilan ubat ketika hamil, ... Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

  Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku.   Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama.   “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam”   Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar.   Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu.   Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema.   Sebenarnya menggunakan antibiotic bukanlah rawatan yang berkesan untuk merawat demam, selsema dan batuk akibat serangan virus. Ini kerana virus tidak dapat dikawal dan ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti doktor lain sebelum ini. Dr kerajaan meminta saya datang lagi untuk pemeriksaan scan pada 07.12.2012. Persoalan saya ialah mengapa ianya terjadi? Adakah saya masih di kira hamil walaupun hanya kantung ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Jangan berputus asa mencari kesembuhan kerana ia sebahagian dari tawakal. Kitaran haids akan berhenti apabila sesorang wanita mula hamil. Selepas melahirkan anak atau mengalami ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb) Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN di dalam Sahih al-Jami’ ... Read More »

Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Baru-baru ini seorang rakan FB menandakan gambar anaknya yang sedang dirawat di ICU di sebuah hospital awam ke dalam dinding GB saya. Beliau mengesahkan bahawa nak beliau sedang dijangkiti oleh virus RSV. Melihat gambar bayi yang sedang dimasukkan tiub melalui mulut dan beberapa wayar di beberapa tempat di tubuhnya, saya dapat memahami kepiluan seorang ibu. “Bersabarlah dengan ujian ini, dan harapkanlah yang terbaik dari ALLAH.” Dalam keadaan ini, doctor hanya melakukan rawatan setakat yang mereka mampu. ALLAH yang akan menyembuhkan kanak-kanak ini. Banyaklah berdoa…   Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV), boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan yang lain, terutama pada kanak-kanak kecil. RSV adalah virus dalam kumpulan Paramyxoviridae, yang juga mempunyai ‘adik beradik’ virus yang menyebabkan jangkitan measles dan mumps.   Jangkitan ini cepat merebak melalui pergaulan kanak-kanak ... Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada ... Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening. Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!