Tag Archives: virus

Mahu kahwini anak pesakit HIV

MAHU KAHWINI ANAK KEPADA PESAKIT HIV   “Assalamuaikum dr,kawan saya akan berkahwin dengan seorang gadis di mana bapanya telah meninggal dunia kerana jangkitan HIV. Ketika itu anak perempuannya masih berumur 2thn. Setelah anak perempuannya membesar ahli keluarga lain telah membawa anak perempuan tersebut untuk pemeriksaan HIV dan keputusannya adalah negatif di mana dia tidak dijangkiti HIV bapanya. Soalan saya, adakah keputusan itu sememangnya benar dan tepat dan walau keputusan hiv adalah negative, adakah dia masih dikatakan sebagai “pembawa hiv”?Mohon pencerahan. Terima kasih” WaA ALAIKUM MUS SALAM Ya. Ujian HIV yang terbaru digunakan di mana-mana makmal moden yang mendapat pengiktirafan KKM …

Read More »

Ginseng juga ada kesan sampingan

GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan.   Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan …

Read More »

Masa Sesuai Guna Pil Perancang

MASA SESUAI GUNAKAN PIL PERANCANG   “Salam doctor. Saya telah melahirkan anak kedua seminggu yang lepas. Jururawat di Pusat Kesihatan sibuk mencadangkan saya mengamil pil perancang untuk menjarakkan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Pertanyaan saya, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil pil pernacang ini? Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masa yang sesuai untuk menggunakan pil perancang kehamilan adalah bergantung sama ada puan menyusukan anak atau tidak. Secara amnya, bagi wanita ibu yang menyusukan anaknya perlu menunggu enam minggu selepas melahirkan anak, untuk memberikan masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang. Ini kerana …

Read More »

Kesan pil perancang Noriday pada bayi melalui susu ibu

KESAN PIL PERANCANG NORIDAY PADA BAYI MELALUI SUSU IBU   “Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu. Pil Perancang Keluarga Noriday  termasuk dalam  kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill)  kerana ia hanya  mengandungi  satu  jenis hormon progestogen sahaja. Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram …

Read More »

BILA LAKUKAN PAP SMEAR

“Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj. American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin). Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan  pada wanita  yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa …

Read More »

Kaedah perancang keluarga yang mengurangkan penghasilan susu

KAEDAH PERANCANG KELUARGA YANG MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU   “Salam doctor. Saya ibu yang menyusukan anak saya berusia 6 bulan. Saya perasan susu saya semakin sedikit. Adakah ini berkait dengan pil perancang kehamilan  Mercelon yang saya gunakan?. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan kaedah pencegahan kehamilan adalah selamat digunakan ketika menyusu anak, tetapi sebarang kaedah yang menggunakan hormone estrogen, (sama ada dalam bentuk pil, IUCD atau suntikan), boleh mengurangkan penghasilan susu.   Oleh kerana itu sangat penting bagi ibu mahu meneruskan menyusui anak, dan dalam masa yang sama mahu menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga  untuk …

Read More »

Keputusan pap smear tidak normal

KEPUTUSAN PAP SMEAR TIDAK NORMAL     “Salam. Saya baru melakukan pemeriksaan pap smear kerana mengalami pendarahan selepas bersama suami melakukan hubungan seksual. Dari laporan pap smear, menunjukkan TIDAK NORMAL. Adakah saya sudah mengalami kanser pangkal rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan pap smear  adalah pemeriksaan saringan untuk menguji kewujudan sel-sel kanser pada pangkal rahim di kalangan wanita.   Dalam ujian ini, sels-sel pada pangkal rahem diambil  dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop.   Bagi wanita yang berisiko tinggi, mengesan kewujudan sel-sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal dengan pemeriksaan Pap …

Read More »

PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL

  “Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual,  saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil.  Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. …

Read More »

Jangkitan kuman pada faraj

JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ   “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj.  Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.   Tanda jangkitan pada faraj ialah seperti keluarnya cairan diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian …

Read More »

Tip Memilih Bra Ketika Hamil

TIPS MEMILIH BRA KETIKA HAMIL “Salam doctor. Saya hamil 20 minggu. Saya banyak membaca dan ada yang menyatakan bahawa kita harus menukarkan bra yang sesuai. Benarkah? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Semasa hamil, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang wanita. Pada masa itu payudara  sedang membina  lebih banyak tisu-tisu  untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu. Ia persediaan awal bagi menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya kelak. Pemakaian bra semasa hamil haruslah digalakkan kerana ia memberi sokongan pada payudara untuk mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur terutama pada wanita yang mempunyai payudara …

Read More »

Minum air suam apabila sakit tekak

MINUM AIR SUAM APABILA RASA SAKIT TEKAK TONSILITIS “Salam Dr.  Saya keliru tentang cara menyurutkan bengkak tonsil. Bolehkah saya minum ais? Atau perlukah saya minum air suam? Macam mana dengan aiskrim vanilla yang kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan orang? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tonsil adalah kelenjar yang berada  di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu untuk menapis kuman bagi untuk mencegah jangkitan dalam badan.  Ini bermakna sebelum kuman masuk dalam badan melalui jangkitan pada mulut dan tekak, tonsil akan membengkak  supaya antibody dapat  membunuh kuman tersebut.   Pada mulanya, bengkakan tonsil mungkin tidak menimbulkan rasa …

Read More »

Ketagihan coklat secara berlebihan ketika haid

KETAGIHAN COKLAT SECARA BERLEBIHAN KETIKA HAID   “Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan berlum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk mengetahuan doctor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doctor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gelaja-gelaja yang menyebabkan seorang wanita meresa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum …

Read More »

HAMIL PADA USIA 40AN

“Salam. Dr, saya berharap sangat dr akan membalas mesej saya ini. Saya berusia 43 thn 24 Nov ini. Saya mempunyai 4 org anak. Saya mengambil pil perancang selepas anak keempat dan sudah genap 5 thn sy ambil pil norriday. Baru2 ini saya mengalami keguguran iaitu pada 16 Oktober (unplanned). Saya termengandung mungkin sebab ada tercicir ambil pil tersebut. Saya teringin untuk menambah cahaya mata lagi (mungkin yg terakhir) sebelum saya mungkin membuat keputusan utk ikat. Persoalannya adakah saya masih boleh menagandung? Anak pertama usia 16 thn, kedua 15, ketiga 10, keempat 5. Saya start mkn pil selepas anak kedua. Saya …

Read More »

Masalah cirit-birit semasa haid

MASALAH CIRIT BIRIT SEMASA HAID “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengapa seorang wanita mengalami rasa sakit perut terutama bahagian ari-ari, dan ceret beret semasa kitaran haid? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang wanita sedang mengalami haid, bukan saja beliau mengalami rasa kekejangan dan sakit terutama di bahagian ari-ari, kembung perut , tetapi juga mengalami cirit-birit. Tidak semua wanita mengalami masalah rasa tidak selesa ketika kedatangan haid, ada yang diberikan nikmat oleh ALLAH untuk mengalami rasa mudah menjalani pendarah haid setiap bulan. Namun ramai juga yang mengalami gejala yang tidak menyenangkan. Ini semua ujian dari ALLAH bagi seorang wanita. …

Read More »

Pesakit MS boleh hamil?

PESAKIT MS BOLEH HAMIL?     “Salam doctor. Saya sudah 3 tahun berkahwin  dan baru-baru ini saya disahkan mengalami penyakit  Multiple Sclerosis (MS). Adakah saya boleh hamil dan adakah selamat untuk saya hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit di mana sistem imun seorang individu menyerang dan merosakkan sarung yang melindungi dan meliputi saraf.  Kerosakan pada sarung saraf ini akan mengganggu komunikasi antara otak dan bahagian lain badan anda.   Maknanya otak tidak dapat mengawal pergerakan tubuh, menyebabkan seseorang itu mengalami kebas pada anggota, tidak dapat menggerakkan anggota tubuh dan akhirnya akan lumpuh.   Tanda-tanda …

Read More »

Tip untuk mereka yang kuat berpeluh

TIPS BAGI MEREKA YANG KUAT PELUH “Salam doktor. Boleh beri tips untuk menguruskan peluh yang terlalu banyak? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa berpeluh secara berlebihan itu bukanlah disebabkan oleh suatu masalah perubatan atau penyakit berbahaya. Selain itu boleh gunakan semburan antiperspirant. Semak label produk sebelum membelinya bagi memastikan bahawa produk yang digunakan adalah “antiperspirant” dan bukan hanya deodoran. Deodoran hanya akan mengelakkan dari bahagian yang berpeluh, terutamanya ketiak agar tidak berbau, tetapi ia tidak akan mengurangkan keadaan berpeluh secara berlebihan. Bagi yang mengalami masalah berpeluh berlebihan, produk antiperspirant yang …

Read More »

Langkah mengurangkan berpeluh keterlaluan

LANGKAH MENGURANGKAN BERPELUH KETERLALUAN   “Salam doktor. Saya mengalami masalah berpeluh yang kuat. Saya tidak tahu apa masalahnya. Apa nasihat doktor untuk saya? Mohon bantuan doktor, terima kasih”  Sebenarnya berpeluh adalah proses biasa yang dialkukan oleh tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh. Berpeluh dianggap berlebihan apabila ia menyebabkan seseorang individu merasa malu apabila berpeluh sehingga tidak terkawal. Sebagai contohnya apabila tapak tangannya berpeluh terlalu kuat, sehingga beliau malu untuk bersalaman dengan orang lain.   Berpeluh dianggap melampau apabila akibat perpeluhan itu baubadan seseorang itu telah berubah menjadi masam, bacin dan busuk. Ini akan menggangu orang disekeliling beliau dan menyebabkan beliau berasa …

Read More »

Adakah wanita kuat berpeluh dari lelaki?

ADAKAH WANITA KUAT BERPELUH DARI LELAKI?   “Salam doktor. Adakah wanita lebih kuat berpeluh dari lelaki?”Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Manusia  mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar peluh eccrine  dan kelenjar peluh apocrine.   Kelenjar peluh eccrine berada pada seluruh kulit kita terutamanya pada  telapak tangan dan telapak kaki. Peluh dari kelenjar ini mengandungi  air (sebahagian besar) , mineral sodium dan mineral kalium, dan biasanya bertujuan untuk menyejukkan tubuh.   Sementara kelenjar peluh apocrine pula berada bahagian tertentu yang mempunyai banyak folikel rambut  seperti pada  ketiak, ari-ari dan kulit kepala. Peluh ini dihasilkan apabila …

Read More »

Peluh sihat dan peluh disebabkan penyakit

PELUH SIHAT DAN PELUH DISEBABKAN PENYAKIT “Salam doktor. Bagaimana kita sebagai orang awam mahu mengetahuii sama ada peluh itu sihat atau disebabkan oleh  penyakit ? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Peluh yang sihat adalah peluh yang keluar dari tubuh pada kadar yang sederhana apabila berada dalam suasana yang panas atau sedang melakukan aktiviti fizikal.   Peluh yang tidak sihat adalah disebabkan oleh beberapa masalah perubatan dan penyakit.   Beberapa perkara yang membezakan sama ada keadaan berpeluh secara berlebihan itu suatu penyakit atau peluh yang sihat.   Apabila disertai dengan demam Apabila berada dalam suasana yang …

Read More »

Pesakit diabetes dan mati pucuk

PESAKIT DIABETES DAN MATI PUCUK   “Salam doctor. Saya adalah pesakit diabetes  dan telah menjalani rawatan lebih 5 tahun. Setakat ini saya mengambil Metformin dan Daonil, dan bacaan gula saya antara 8-10 mmol/L. Masalah saya ialah saya telah lama tidak mengalami ketegangan zakar seperti mana yang selalu doctor tuliskan dalam blog. Ada kalanya saya bersama dengan isteri saya namun saya gagal menjalankan tugas saya sebagai suami. Harap doctor dalam membantu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saudara tidak keseorangan dalam hal ini.  Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati …

Read More »

Indeks Glisemik

APAKAH INDEKS GLISEMIK (GI)? “Salam doctor. Apa yang doctor maksudkan sebagai indeks glisemik dalam penulisan doctor di blog?”   Indeks Glisemik telah diperkenalkan pada 1981 oleh seorang ahli sains, Dr David Jenkins. Ia telah dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition dan dijadikan panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah. Secara tidak langsung  kajian beliau memberikan impak mengenai kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.   Untuk menilai GI dalam satu makanan, ia diberikan nilai antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah …

Read More »

Sumber asli glutathione

SUMBER ASLI GLUTATHIONE   “Salam. Apakah suplemen glutathione perlu diambil? Terima kasih”   Glutathion amat penting dalam fungsi biologi manusia dan semua organisma di muka bumi ini. Ia dijumpai di dalam semua sel tubuh dan terutamanya dalam organ hati, limpa, buah pinggang dan pankreas.  Glutathione adalah sebatian yang mengandungi tiga asid amino, glutamat, sisteina dan glycine. Ia membantu satu enzime bernama superoksida dismutase dalam melengkap tindak balas terhadap radikal bebas. Ia amat penting dalam melawan radikal hidroksil yang amat aktif . Ia diperlukan bersama selenium dalam melaksanakan fungsi antioksidan. Pengambilan mineral seperti Selenium dan Vitamin B2 diperlukan untuk meningkatkan aktiviti glutathion …

Read More »

Tip merendahkan gula pada tahap normal dengan menjaga pemakanan

TIP MERENDAHKAN GULA PADA TAHAP NORMAL DENGAN MENJAGA PEMAKANAN   “Salam doktor. Saya pesakit diabetes. Bacaan gula saya tidak begitu cantik. Selalunya antara 10-15. Saya telah cuba makan makanan berkhasiat. Namun ada kalanya ia menyebabkan saya mengalami kandungan gula yang rendah. saya pernah beberapa kali pengsan. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih”   W ALAIKUM MUS SALAM Memang sukar untuk pesakit diabetes mendapat bacaan gula dalam darah yang normal. Semakin lama semakin sukar untuk dia mendapat bacaan yang normal, disebabkan faktor umur di mana tubuh tidak dapat lagi bertindakbalas dengan baik terhadap ubat-ubatan yang diberikan.   Ini menyebabkan dos ubat-ubat yang …

Read More »

Perlukah Pesakit Diabetes Mellitus Mengelak Makan Nasi?

PERLUKAH PESAKIT DIABETES TIDAK MAKAN NASI? “Salam doktor, saya seorang pesakit diabetes. Bacaan gula saya antara 9-10 mmol/L setiap kali saya periksa selepas berpuasa pada malamnya. Jururawat di pusat kesihatan memberitahu saya harus makan sedikit nasi saja dan kalau boleh tinggalkan terus nasi. Betulkah doktor, mohon pencerahan. terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Jawabannya: TIDAK PERLU Pesakit diabetes tidak perlu untuk meninggalkan makanan berkarbohidrat sepenuhnya. Pilih karbohidrat yang kompleks dan akan menjadi gula secara perlahan-lahan dalam badan untuk mendapatkan tenaga yang stabil. Namun begitu saya mencadangkan agar mengurangkan pengambil nasi dan semua makanan yang bergula dan amat manis. Makanlah  makanan …

Read More »

Bacaan gula dalam darah tidak berapa tinggi

BACAAN GULA DALAM DARAH TIDAK BERAPA TINGGI “Salam doktor. Saya berumur 45 tahun. Saya bertemujanji dengan doktor setiap 6 bulan sekali kerana mengalami hypertension dan memakan ubatan berikut: Perindropril 6mg, Amlodipine 10mg, propanolol 20mg dan mula mengambil ubat pada tahun 2008 pada ketika tekanan darah saya 130/90. Sekarang purata tekanan darah saya adalah 120/80 atau ke bawah. Selain itu saya mengalami tinggi kolestrol ( 5.62) dan diberi ubat Simvastatin berikutan kadar gula saya juga agak tinggi iaitu bacaan 6.0 ( fasting ). Yang membuat saya terkilan ialah apabila kandungan gula saya 6.0 tersebut di mana doktor yang merawat saya tidak …

Read More »

Siapakah yang perlu melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk mengetahui ada diabetes mellitus?

SIAPAKAH YANG HARUS MELAKUKAN UJIAN GULA DALAM DARAH UNTUK MENGETAHUI ADA DIABETES MELLITUS? “Salam doktor, saya berusia 50 tahun. adakah saya harus memeriksa kandungan gula dalam darah untuk mengetahui sama ada sama menghidap penyakit diabetes mellitus? Terima kasih “ WA ALAIKUM MUS SALAM Puan harus melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk mengetahi sama ada mengalami penyakit diabetes mellitus atau tidak, adalah apabila puan  mengalami tanda-tanda berikut, seperti   kerap membuang air kecil   kerap haus   sering rasa penat dan letih walaupun tidak buat kerja berat   rasa kerap mengantuk dan senang tertidur luka yang lambat sembuh dengan sempurna pandangan mata kabur Jka puan …

Read More »

Bengkakan di ketiak “raective lymphadenitis”

BENGKAKAN DI KETIAK  “REACTIVE LYMPHADENITIS” “Salam doktor. Boleh saya tahu adakah bengkak di ketiak kanan saya perlu di bedah? Saya pernah jumpa ke klinik dan doktor kata bengkak saya hanya “reactive lymphadenitis”. Adakah ia merbahaya? Ada tidak cara lain selain pembedahan? mohon sangat doktor dapat menjawab soalan saya ini,saya ada google tapi tidak ada banyak maklumat yang saya perolehi. Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bengkakan di ketiak disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya ialah disebabkan oleh kelenjar susu yang berlebihan.   Puan boleh rujuk untuk pembacaan di artikel saya https://drzubaidi.com/blog/?p=2270.   Bagi menjawab soalan puan, saya menumpukan …

Read More »

Haid yang panjang dan banyak darah keluar

HAID YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR   “Salam doktor, saya berusia 28 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mengalami masalah kitaran haid yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini. Saya mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari dan ada kalanya sehingga sebulan. Pendarahan haid sangat banyak pada beberapa hari pertama dan diikuti dengan sedikit lendiran berwarna coklat. Saya ingin berkahwin pada pertengahan tahun hadapan. Adakah ini mengganggu kesuburan saya nanti? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga …

Read More »

Tip Menjaga Kebersihan Faraj

TIPS MENJAGA KEBERSIHAN FARAJ  1. Selepas buang air kecil atau air besar, pastikan menggunakan air yang secukupnya. Selepas membersihkan keduanya pastikan  membersihkan bahagian luar faraj kerana kuman dari dubur dan saluran air kencing boleh menjangkiti faraj jika tidak dibersihkan dengan sempurna. 2. Tukar tuala wanita dengan kerap  pada hari-hari yang banyak darah. Darah adalah tempat yang sesuai bagi pembiakan kuman. 3. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj atau apa-apa jamu yang tidak diketahui ramuannya. Perbuatan ini akan membunuh bakteria lactobacili dari yang baik untuk faraj. Tanpa bakteria laktobicilis ini, jangkitan kuman pada faraj mudah berlaku. …

Read More »

BILANGAN PLATELET RENDAH DALAM DARAH

“Salam doktor. Boleh doctor  terangkan mengapa platelet darah boleh rendah. Sebelum ini anak saya berusia 1thn mengalami demam panas suhu antara38-39°c. Bila buat pemeriksaan demam denggi adalah -tive. Bacaan platelet awal 174 dan hr ke3 menjadi 129. Demam sudah tiada tp tanda demam campak kelihatan. Bagaimana saya hendak menaikkan bacaan platelet darah anak saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Jmlah platelet dalam darah yang rendah dinamakan “Thrombocytopenia”.  Platelet adalah sel darah yang penting dalam pembekuan darah. Bacaan platelet yang normal antara 150,000 hingga 450,000 per mikroliter.  Jika kurang dari 150 000, bermakna pesakit mengalami thrombocytopenia. Jika bilangannya berkurangan, dikhuatiri akan menyebabkan …

Read More »

keputihan normal vs keputihan berpenyakit

KEPUTIHAN NORMAL VS KEPTUTIHAN BERPENYAKIT   “Doktor bagaimana mengetahui bahawa keputihan yang dialami bukanlah keputihan berpenyakit? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang mengalami keputihan pada faraj seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, sedang subur dan semasa hamil. Ia berwarna jernih, tidak berbau dan gatal. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya …

Read More »

PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL

“Salam doktor, isteri saya hamil pada usia kehamilan 30 bulan. Saya mendapati isteri saya seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Beliau mudah marah dan menghempas barang pada hal sebelum hamil  beliau merupakan seorang wanita yang periang. Apakah faktor utama berlakunya perubahan emosi berkenaan?. Mohon pencerahan, terima kasih “ WA ALAIKUM MUS SALAM Hampir  kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami, dan  banyak tenaga yang dihabiskan untuk …

Read More »

Jangkitan kuman pada faraj

JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj.  Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.   Tandanya ialah seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian ari-ari, bau …

Read More »

REMAJA LAMA TIDAK DATANG HAID

“Salam doctor. Anak saya berusia 18 tahun. Beliau telah mula datang haid pada usia 15 tahun. Sekarang beliau mengadu sudah tidak dating haid selama 3 bulan. Apakah penyakit itu, doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Secara umumnya, jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, bolehlah lakukan pemeriksaan. Apa yang selalu saya lakukan di klinik ialah lakukan pemeriksaan air kencing untuk kehamilan, walaupun anak puan kelihatan sopan dan belum berkahwin. Banyak kes di mana seorang gadis sebenarnya hamil dan dia sendiri tidak mengetahuinya. Ibubapa pula tidak menyedari langsung kegiatan anak gadis. Bila disoal siasat …

Read More »

beza jangkitan kuman dengan bakteria

BEZA JANGKITAN KUMAN VIRUS DENGAN BAKTERIA “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengalami demam dan doctor telah memberikan ubat antibiotic yang mahal. Perlukah saya menggunakan ubat antibiotic itu sedangkan demam saya tahap sederhana? Mohon penjelasan dan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seseorang itu demam, ada dua kemungkinan yang biasa berlaku sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman bakteria atau  jangkitan virus.   Kedua-dua jangkitan bakteria dan virus boleh menyebabkan demam, menggigil, rasa seram sejuk dan keletihan. Oleh itu sukar untuk membezakan jika seorang yang demam itu mengalami jankitan viral atau bakteria.   Kedua-dua jenis jangkitan ini harus dibezakan …

Read More »

ubat senggugut

UBAT SENGGUGUT     “Assalamualaikum, saya mengalami senggugut yang agak kuat, sehingga tidak dapat bekerja. Saya belum berkahwin. Apakah rawatan bagi senggugut ini? Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita ketika  datang haid. Ia sering kali menjadi masalah sehingga menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.   Senggugut juga dikenali sebagai “dysmenorrhoea”.   Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan wanita, tanpa sebab. Maknanya tiada masalah kesihatan atau penyakit.   Namun ada beberapa wanita yang mengalami senggugut disebabkan oleh masalah penyakit. Antaranya:   Endometriosis. Cyst Ovari …

Read More »
error: Content is protected !!