Advertorial
Home » Tag Archives: vaksin (page 9)

Tag Archives: vaksin

Selamatkah Ubat Prednisolone untuk Anak Yang Ada Lendir?

SELAMATKAH UBAT PREDNISOLONE UNTUK ANAK YANG ADA LENDIR?   “Salam doctor, anak saya (1 tahun 5 bulan) sedang selsema, batuk dan kahak yang banyak selama seminggu. Saya sudah mengambil ubat salbutamol, ubat selsema tapi tak ada kesan. Hari ni doctor  bagi ubat prednisolone 3 kali sehari. Adakah ubat tersebut selamat utk anak saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Prednisolone adalah sejenis steroid untuk membantu mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan lendir, terutama bagi pesakit asma. Jika anak puan diserang asma yang teruk, doctor akan memberikan ubat prednisolone untuk mencegah serangan asma supaya tidak berulang dan mengurangkan lendir. Ubat prednisolone biasanya ... Read More »

Kesan sampingan injeksion vaksin tetanus

KESAN SAMPINGAN INJEKSION VAKSIN TETANUS     “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya, isteri saya mengandung buat kali pertama dan baru sahaja mendapat suntikan tetanus buat kali kedua dari doktor. Dia telah disuntik di bahagian atas punggung. Setelah 2 hari, dia mengalami kesakitan dari atas punggung ke peha, rasanya seperti sakit period. Saya amat risau, adakah itu kesan biasa suntikan tetanus? Sekian, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan vaksin anti tetanus (sama ada dalam bentuk DTaP atau TDAP) mempunyai kesan sampingan yang jarang berlaku. Sepanjang ingatan saya belum ada lagi masalah kesan sampingan yang teruk bagi pesakit yang ... Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang ... Read More »

Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)

  KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya ... Read More »

Vaksin disahkan selamat dan berkesan?

  Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa.   Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan.   Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan.   Para penyelidik itu mengkaji ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi ... Read More »

Kenapa orang dewasa tidak demam

  “Salam, doktor. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik. Cuma ada sedikit kerisauan. Umur saya memasuki 25 tahun. Kali terakhir saya demam ketika saya berumur 15 tahun. Adakah normal keadaan ini? Andai kata Allah uji saya dengan demam, adakah saya berisiko untuk mendapat demam yang teruk? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seseorang itu mengalami serangan kuman, sama ada bakteria atau virus, tubuh akan bertindakbalas dengan merangsangkan sistem daya tahun untuk membunuh kuman tersebut.   Antara tanda tubuh kita sedang bertindakbalas ialah kita sedang mengalami demam, selain menghasilkan antibody. Namun begitu tidak semua serangan kuman akan ... Read More »

Adakah selsema yang disebabkan oleh virus berbahaya kepada wanita hamil?

  Wanita yang hamil mempunyai daya tahan yang rendah (sebab perubahan fisiologi) menyebabkan mereka mudah disrang virus selsema.   Wanita yang hamil diserang oleh virus selsema boleh cepat menjadi tenat akibat jangkitan pada paru-paru mereka.   Bayi dalam rahem juga boleh mengalami masalah antaranya kelahiran pramatang.   Selesema yang disebabkan oleh virus biasanya bermula dengan demam, rasa sakit badan, keletihan, diikuti oleh rasa sejuk, hidung berair atau tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk, seram sejuk. Pesakit boleh juga mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.   Selesema boleh menjadi lebih tenat dengan cepat jika berlaku pada wanita yang hamil kerana beliau lebih mudah ... Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya ... Read More »

Panduan menindik telinga anak

“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ... Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh ... Read More »

Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?

  “Salam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari. Doktor telah mengatakan ada jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Saya menjadi risau ingin memberikan semula vaksin pada anak saya. Bolehkah saya melakukannya sekarang ?”   Imunisasi adalah langkah pencegahan yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya.   Ramai kanak-kanak yang tidak diberi vaksin ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti ... Read More »

Vaksin BCG tidak berkesan

    “As Salam mu alaikum doktor, saya lengkap divaksinasi. Tapi baru-baru ini saya didiagnosa sebagai penghidap TB setelah saya batuk berterusan selama lebih dua bulan. Sekarang saya masih dalam rawatan. Alhamdulillah rawatan ini berkesan dan ia bertambah baik. Pertanyaan saya ialah mengapa walaupun saya telah divaksinasi, tetapi masih lagi dijangkiti oleh kuman TB”.   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar puan dipermudahkan oleh ALLAH untuk mendapat kesembuhan. Saya juga mengucapkan tahniah atas kesabaran puan menghadapi ujian yang ALLAH berikan.   Vaksin TB yang sekarang digunakan dikenali sebagai BCG (bacille Calmette-Guérin), yang diperkenalkan semenjak 1920an. Ia dibuat daripada bacteria ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat ... Read More »

Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?

Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar. Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis ... Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik ... Read More »

Bayi Mendapat Jangkitan Hepatitis B Ketika Ibu Hamil

BAYI MENDAPAT JANGKITAN HEPATITIS B KETIKA IBU HAMIL  Ramai pesakit hepatitis B yang mengalami penyakit hepatitis B tanpa mengetahui bahawa mereka mengalami penyakit ini dan tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas.  Bagi seorang wanita yang hamil, jangkitan virus ini boleh menjangkiti anak mereka. Penyakit ini boleh menyebabkan penyakit hati yang serius, menyebabkan kanser dan menyebabkan kematian. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil berat terhadap isu ini. Apabila seorang wanita hamil melakukan pemeriksaan antenatal, antara pemeriksaan yang dilakukan ialah pemeriksaan darah untuk jangkitan virus hepatitis B (HBV). Hepatitis B mudah berjangkit melalui darah, air mani dan lendiran badan. Pesakit hepatitis B mendapat ... Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah ... Read More »

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. ... Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu ... Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit. Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!