Advertorial
Home » Tag Archives: tuam

Tag Archives: tuam

Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi

  “Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang.  Normal atau tidak? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi.   Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda.   Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan.   Jika puan merasa sakit selepas menyusukan anak puan, berkemungkinan susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu masih berkumpul di dalam saluran susu kerana tidak habis dihisap oleh bayi puan.   Puan boleh menuam payudara puan ... Read More »

Lebam selepas suntikan

  “Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang.  Saya harap dr dapat menjawab masalah saya”   Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam   Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit.   Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit.   Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan tuala nipis. Ini bertujuan menghentikan pendarahan.   Beberapa hari sebelum berlakunya lebam, puan boleh tuankan dengan air hangat bagi merangsangkan pemecahan darah beku. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!