Tag Archives: Septal Defect

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka …

Read More »
error: Content is protected !!