Tag Archives: pill

SELAMATKAH UBAT UNTUK ANAK ANDA?

Dalam merawat kanak-kanak, penggunaan ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa. Ini kerana wujud perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka. Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak. Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan. Cara …

Read More »

Bacaan pemeriksaan darah untuk fungsi hati tidak normal

BACAAN PEMERIKSAAN DARAH UNTUK FUNGSI HATI TIDAK NORMAL   “Salam Dr. Baru-baru nie saya ada p buat blood test.. pastu bahagian liver ada menunjukkan peningkatan.. antara part yg meningkat ialah total protein, globulin n SGOT/AST dan A/G Ratio x smpi 1.0 pun,, adakah ini menunjukkan saya mengalami penyakit kritikal… perlu ka saya mendapat rawatan hospital”   WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan darah untuk ujian fungsi hati (liver function test) kadang kala menunjukkan bacaan yang tidak normal terutamanya pada parameter SGOT dan AST . Namun jika bacaan itu tidak melebihi dua kali ganda dari bacaan normal, selalunya ia hanya menunjukkan hati …

Read More »

Rahem jatuh

RAHEM JATUH   “Salam doctor, saya ingin tanya bagi pihak kawan saya. Dia mengalami peranakan jatuh. Dia sudah berubat kampung secara mengurut dan makan jamu tapi masih tidak ok. Dia beritahu seperti ada macam ada sesuatu di lubang faraj. Kalau hamil, ada kesan apa-apa kah? Saya sudah suruh dia pergi hospital tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya harap doktor dapat beri penjelasan dan bantu cara rakan saya. Saya kasihan pulak tengok kawan saya tu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM     Uterus (rahem) adalah struktur peranakan yang disokong oleh otot-otot dan ligament.  Jika ini otot atau ligamen …

Read More »

Luka Faraj Lambat Sembuh

LUKA FARAJ BELUM SEMBUH     “Assalamualaikum doctor Zubaidi.  Saya mengalami bengkak pada kelenjar limfa di bahagian celah peha. Hal ini disebabkan oleh ulcer dalam vagina yg telah terkoyak semasa hubungan kelamin. Untuk makluman doctor sy telah berkahwin. Saya telah diberikan ubat antibiotik cefamyine, ubat bengkak papase, serta gel gengigel untuk di sapu pada ulcer yg terdapat dlm mulut dan dalam vagina.   Ubat yang diberikan adalah untuk 7hari sahaja. Sekiranya ubat telah habis dan bengkak masih belum reda..perlukah saya berjumpa dengan doctor semula?   Saya juga mengalami demam yang biasanya lebih terasa dalan waktu malam. Saya juga menggunakan alternatif …

Read More »

Selalu mengalami bengkakan tiroid

SELALU MENGALAMI BENGKAKAN TIROID       “Assalamualaikum doktor. Terima kasih kasih kerana hari ini doctor banyak kongsikan masalah tiroid. Saya juga menghadapi masalah tiroid. Awal tahun ini saya sudah beberapa kali mengalami bengkakan pada kelenjar tiroid saya. Saya pun tidak tahu puncanya.  Saya ada pergi ke  klinik kesihatan, Medical Assistant hanya bagi ubat demam, antibiotic dan ubat bengkak. Disebabkan terlalu kerap adik saya ada beritahu yang kawan adik dia yang mempunyai masalah tiroid telah disahkan doctor  menghidap kanser hidung tahap3. Adik saya risauda n dia suruh saya buat biopsi. Tetapi bila saya pergi klinik kesihatan medical assistant itu cakap …

Read More »

Susu Formula Tidak Serasi Menyebabkan Sembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT   “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar. Bayi …

Read More »

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT

“Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”.    Jawapan:   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula.   Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar.   Bayi yang diberi susu …

Read More »

Vaksin untuk URTI?

VAKSIN UNTUK URTI?   “Salam dr. Vaksin pneumococcal utk kanak2 bole ambil dr umur brape ye? Ada vaksin lain x yg bagus utk elakkn ank slalu dapat URTI? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Vaksin pneumococcal ada dua jenis.   1. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV13)  adalah disyorkan untuk semua kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, semua wargatua berumur 65 tahun atau kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur  6 tahun ke atas dan mempunyai faktor-faktor risiko tertentu.     2, Pneumococcal polysaccharide vaccine (PPSV23)  adalah disyorkan untuk wargatua berusia 65 tahun ke atas, Tetapi boleh juga diberikan pada kanak-kanak …

Read More »

Ibu mempunyai fibroid. Perlukah pembedahan?

IBU MEMPUNYAI FIBROID. PERLUKAN PEMBEDAHAN? “Salam sejahtera doktor zubaidi. Maaf menggangu, Saya ingin bertanyakan soalan. Macam ni..emak sy setelah di scan oleh doktor didapati terdapat fibroid yang sudah membesar  di dalam rahimnya, Mohon pencerahan.  Terima kasih atas keprihatinan tuan. Sekian.” SALAM SEJAHTERA. Ia bergantung kepada umur ibu puan dan saiz fibroid dalam rahem. Jika saiz fibroid terlalu besar sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid, atau mengganggu rutin seharian yang lain, mungkin akan mencadangkan pembuangan rahem, kerana secara biologinya fungsi rahem sudah tidak digunakan lagi (kerana fungsi rahem adalah untuk hamil). Ia lebih bermanfaat. Tetapi jika saiz fibroid itu sederhana, …

Read More »

HAMIL DAN MENGALAMI SEDIKIT PENDARAHAN 

“Assalamualaikum doktor. Maaf mengganggu sekarang ni saya sedang hamil anak ke 4 usia kehamilan 32minggu. Saya mahu bertanya doktor dalam 2 hari kebelakangan ini saya mengalami darah coklat cair yang keluar dari faraj. Apakah puncanya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jika pendarahan yang sedikit tanpa rasa ada rasa sakit perut di bahagian bawah pusat (tanda kontraksi mahu lahirkan anak) dan pergerakan bayi dalam rahem seperti biasa, ia tidak perlu dirisaukan.   Biasanya berlakunya “engorgement “(pengembangan salur darah) sekitar faraj menyebabkan sedikit darah keluar dari saluran darah. Ini kerana bayi yang bersaiz semakin besar dan menjadi …

Read More »

Haid Berpanjangan dan Belum Hamil

HAID BERPANJANGAN DAN BELUM HAMIL “Salam. Saya hendak tanya. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan ingin menimang cahaya mata. Pertanyaan saya ialah:  1. Saya sudah mengalami darah haid selama 3 bulan, dan tidak menunjukkan sebarang tanda haid saya akan berhenti. Dalam waktu period, darah ketul sebesar ibu jari sering kali keluar setiap kali sya membuang air kecil.  2. Ada yang mencadangkan supaya saya mengambil suplemen GLA kompleks dan Asid Folic untuk utk betulkan haid. Ada juga mengatakan yang rahim saya panas dan susah hendak hamil. Saya mohon sangat supaya doktor dapat membantu. Terima kasih” Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM …

Read More »

Hamil bersama fibroid dan mengalami pendarahan

“Salam doktor, saya berumur 26thn dan sudah genap setahun kahwin . Sekarang  asay sedang hamil anak pertama berusia 14 minggu. Masalah saya sekarang adalah saya ada fibroid berukuran 13x11cm yang berada dalam rahem bahagian atas. Baru-baru ini, saya  ada mengalami pendarahan yang berwarna coklat. Saya sudah pergi buat pemeriksaan di hospital. Doktor telah melakukan scan, dan mendapati bayi saya  dalam rahem alhamdulillah sihat dan degupan jantung juga baik. Tetapi  saya risau kenapa masih ada pendarahan untuk beberapa hari sampai sekarang, tambah lagi kalau saya bergerak lebih sikit. Mujur sekarang saya adalah suri rumah, jadi saya  kena bed rest je sepanjang …

Read More »

Punca Strok dan Bolehkah Ia Berulang?

APA YANG MENYEBABKAN SAYA DISERANG STROK DAN BOLEH IA BERULANG?   “Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami stroke. Doktor mengesahkannya apabila saya mengalami lemah badan, muka saya yang senget sebelah kaki dan tangan sebelah kiri tidak dapat digerakkan. Doktor membuat CTscan dan mendapati saya mengalami pendarahan kecil di bahagian otak tetapi terkawal. Dengan ubat yang diberikan dan physiotherapy Alhamdulillah keadaan saya semakin bertambah baik. Apa yang menyebabkan saya diserang stroke atau angina ahmar? Bolehkah saya mengalami serangan stroke kali kedua? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Lapan puluh peratus daripada semua pesakit yang diserang penyakit angin …

Read More »

PEMULIHAN PESAKIT STROKE

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Ibu saya diserang stroke 2 kali dalam masa sebulan. Ada kemungkinan atau tidak, dia boleh sihat seperti sedia kala? Sekarang keadaan dia agak teruk. Dia tidak boleh bergerak, tidak boleh bercakap, hanya mata yang bukak dan berkelip. Kadang-kadang dia bergantung sepenuhnya kepada susu yng disuap melalui tiup. Saya sangat-sangat sedih melihat seorang ibu terpaksa melalui keadaan ini. Mohon doktor terangkan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Sukar untuk menentukan sama ada seorang individu yang diserang stroke boleh sembuh sepenuhnya atau tidak. Sokong dari ahli keluarga membantu pesakit dari segi fizikal dan emosi sangat penting. Pesakit …

Read More »

Darah Nifas Berlarutan Melebihi 60 Hari

DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI.   “Salam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah yg keluar akan berpanjangan yang mengambil masa mungkin sehingga tiga bulan.   WA ALAIKUM MUS SALAM Suntikan perancang keluarga yang  diberikan memberikan beberapa kesan sampingan antaranya ialah kitaran haid yang tidak menentu. Antaranya ialah darah haid yang terlalu sedikit atau tidak datang langsung untuk beberapa bulan. Dalam kes puan, inkesion …

Read More »

Kelenjar limfa bengkak di ketiak

KELENJAR LIMFA BENGKAK DI KETIAK   “Salam. Saya mahu tanya, 2 bulan lepas saya demam panas selama seminggu dan ketiak kanan saya telah membengkak agak besar jugaklah. Bila demam saya sudah baik, ketiak saya masih bengkak cuma saiznya sudah kecik sikit. Doktor sudah memeriksa payudara saya dan memberitahu ia normal . Tapi tiada apa-apa  yang tidak kena, sama ada denggi, TB, nanah atau darah. Cuma saya rasa ada rasa ada biji kecil dan bengkak sedikit pada ketiak kanan sy. Macam mana, ya doktor. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tubuh kita mempunyai kira-kira 20 hingga 40 kelenjar limfa …

Read More »

HAMIL LIMA MINGGU DAN KELUAR DARAH WARNA COKLAT

  “Salam doctor, saya nak bertanya doc. Saya baru sahaja hamil anak pertama dan usia kehamilan dalam 5minggu. Pagi tadi  ada berlaku pendarahan berwarna coklat. Doktor ada beri ubat untuk kuatkan rahim. Kenapa ya jadi macam tu dan apa perlu saya perlu buat. Adakah bahaya utk baby saya. Terima kasih? “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah atas kehamilan puan. Usia kehamilan 5 minggu masih lagi dikategorikan sebagai peringkat awal kehamilan, dan ia sangat mudah untuk mengalami keguguran.   Puan mengalami pendarahan berwarna coklat.  Lendiran yang bercampur dengan darah, selalunya berwarna coklat ketika awal kehamilan disebut “spotting”. Ia adalah …

Read More »

Kehamilan dan ubat jerawat

KEHAMILAN DAN UBAT JERAWAT   “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Saya telah hamil  9 minggu dan mengalami jerawat di muka. Boleh ke saya pakai ubat jerawat kat muka ? Ubat jerawat tersebut saya beli di klinik pakar kulit. Bahaya tak untuk kandungan? Terima kaseh.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jerawat yang berlaku semasa hamil bukanlah sesuatu yang luar biasa, ia hanya disebabkan oleh tahap hormon puan yang tinggi. Bagi mereka yang hamil, perlu lebih berhati-hati menggunakan ubat merawat jerawat.   Antara ubat jerawat yang harus dielakkan adalah:   Kream Accutane: mengandungi bahan isotretinoin. Kream Retinoid: mengandungi bahan adapalene, tazarotene …

Read More »

ANAK DIVAKSIN TAPI MUDAH DIJANGKITI DEMAM DAN PENYAKIT

“Salam doc. Anak pertama saya umur 6tahun-imunisasi saya ambil penuh dari bayi mengikut jadual yg diberi oleh klinik kesihatan (tapi kerap dmm,sakit,senang dapat jangkitan kuman dan senag dapat penyakit berjangkit) Anak ke2 pula umur 3tahun-imunisasi lengkap sama macam anak pertama saya dan sehingga sekarang masih ada temujanji di klinik kesihatan untuk follow up perkembangan juga ubat cacing (tapi masalah sama macam anak pertama saya,senang dijangkiti penyakit) Kawan saya anak pertama dia hanya mendapat vaksin (imunisasi dr bayi sampai 6bulan shj) dan ank ke2 pula hanye mendapat suntikan selepas lahir.imunisasi setiap bulan seperti dijadualkan dia tidak pernah ambil. Kawan saya mengatakan …

Read More »

Menghilangkan rasa berdebar dan pening kepala walaupun tidak lagi mengambil ubat kurus

MENGHILANGKAN RASA BERDEBAR DAN PENING WALAUPUN TIDAK LAGI MENGAMALKAN UBAT KURUS “Salam, doc tumpang tanya. Saya ada makan ubat kurus, kesan yang ketara pada saya ialah tekanan darah menjadi tidak stabil, sakit kepala, jantung berdebar. Saya sudah berhenti makan pil kurus tu. Sekarang kesan ubat itu masih lagi ada. Bagaimana hendak hilangkan kesan2 yang saya rasa sekarang. Harap doktor boleh bantu. Saya tidak tahan jantung selalu berdebar. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan ubat kurus mengandungi bahan terlarang sibuteramine, yang menyebabkan seseorang yang mengambil ubat ini tidak berasa lapar.   Pengambilan ubat kurus ini harus mendapat pemantauan dari doktor. …

Read More »

Perlukah rawatan antibiotik jika pemeriksaan air kencing menunjukkan “air kencing kotor”?

PERLUKAH ANTIBIOTIK JIKA PEMERIKSAAN AIR KENCING MENUNJUKKAN “AIR KENCING KOTOR? “Salam doktor. Saya ingin bertanya. baru-baru ini saya menjalan pemeriksaan air kencing sebagai pemeriksaan perubatan sebelum saya diterima masuk ke dalam sebuah syarikat multinasional. Doktor mendapati air kencing saya mempunyai beberapa sel darah putih, darah dan elemen protein. Doktor memberitahu saya mengalami kencing kotor, sedangkan saya tidak ada rasa apa-apa. Perlukah saya mengambil antibiotik?” WA ALAIKUM MUS SALAM “Kencing kotor” adalah istilah yang digunakan untuk makna terdapat jangkitan kuman dalam air kencing. Tanda-tanda jangkitan kuman adalah rasa kerap mahu kencing, pedih semasa kencing, rasa tidak puas kencing dan rasa tidak …

Read More »

Keracunan Plumbum dari cat di rumah

KERACUNAN PLUMBUM DARI CAT DI RUMAH   Plumbum (atau dikenali sebagai lead dalam Bahasa Inggeris) sangat berbahaya dan boleh merosakkan organ-organ tubuh kita terutamanya otak dan saraf hujung. Ia merosakkan selaput saraf dan menghalang saraf hujung daripada menghantar isyarat dengan betul. Ini akan menyebabkan rasa kebas.   Keracunan plumbum selalunya berlaku pada pekerja di kilang bateri yang banyak menggunakan plumbum.   Plumbum juga boleh melintasi uri dan pergi ke pada bayi dalam rahem dan merosakkan otak, hati dan tulang bayi. Bayi yang terdedah kepada keracunan plumbum selalunya akan dilahirkan secara pramatang dan mengalami masalah berat badan kurang daripada biasa.   …

Read More »

ELAK KANAK-KANAK DIJANGKITI BISUL

  (Berikut adalah artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 hb Mac 2015)     Bisul lazimnya menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak, namun risiko untuk golongan kanak-kanak terkena bisul juga tinggi, malah memungkinkan komplikasi yang lebih buruk memandangkan kanak-kanak lebih terdedah kepada kekotoran.   Bisul merupakan kumpulan nanah yang berlaku di bawah kulit yang sangat menyakitkan akibat proses jangkitan, biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit.   Selalunya, masyarakat menganggap kelompang pada kulit yang berwarna kuning (nanah) adalah bisul, namun pengumpulan nanah boleh berlaku pada mana-mana tisu dalam tubuh seperti otak, hati dan ginjal.   Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan …

Read More »

KEKURANGAN MINERAL BOLEH MENYEBABKAN RASA KEBAS

“Salam doktor. saya ingin bertanya. Pemeriksaan darah baru-baru ini menunjukkan saya mengalami kekurangan potassium. Doktor memberitahu ginjal saya tidak berfungsi dengan baik. Adakah ia boleh menyebabkan rasa berasa kebas ? Mohon pencerahan. Terima kasih”  WA ALAIKUM MUS SALAM Kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, natrium atau di dalam badan boleh menyebabkan rasa kebas. Isyarat yang dibawa oleh saraf dihantar memerlukan mineral sodium (natrium), potassium (kalium) dan kasium. Apabila seorang individu ini tidak cukup tahap mineral-mineral tersebut dalam tubuh, ia akan menyebabkan isyarat yang dibawa ditafsirkan secara rambang. Ini menyebabkan sentuhan yang ringan pada kulit, menyebabkan otak kita menerima isyarat yang dibawa …

Read More »

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

HUKUM MINYAK IKAN YANG DIPROSES TANPA DIBUANG PERUT DAN NAJISNYA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah …

Read More »

Hukum Menggugurkan Bayi dalam Rahem

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN   “Salam doktor, apa hukum menggugurkan bayi dalam rahem?” WA ALAIKUM MUS SALAM Berdasarkan analisa kepada 3 fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, panduan bagi menjelaskan hukum menggugurkan janin adalah merujuk kepada penjelasan berikut, tanpa membezakan antara satu kes dengan kes yang lain: Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat, iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari 1 hari hingga 40 hari. Peringkat kedua ialah peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhgah yang berumur di antara 40 hari hingga 120 hari. Peringkat ketiga pula ialah peringkat …

Read More »

Cara Pengiraan Haid

CARA PENGIRAAN HAID “Saya ada menonton rancangan di tv oleh seorang ustaz mengenai cara pengiraan haid. Apa yg disampaikan betul-betul perkara baru bagi saya. Jadi saya makin keliru tentang pengiraan haid yang sebenar. Beliau ada beritahu wanita kena kira kitaran haid mengikut kalendar Islam bukan masihi. Beliau ada bagi contoh. misalnya kebiasaan wanita datang haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan datang haid pada 5 Ramadhan juga tetapi tidak datang pada 5 tetapi pada 7 misalnya, jadi 7 Ramdhan itu kena kira sebagai hari ke-3 datang haid bukan hari pertama. Tapi 2 hari yang suci itu boleh solat macam …

Read More »

Baru Gugur Mahu Hamil Lagi

BARU GUGUR MAHU HAMIL LAGI   “Assalamualaikum. Maaf mengganggu doktor. Sekadar ingin bertanya. Saya baru keguguran pada awal tahun ini. Saya ingin bertanya bilakah waktu subur sesorg itu dan bilakah waktu sesuai untuk saya ‘bersama’ dengan suami. Haid saya tidak teratur. Saya baru dating haid pada 1hb mei baru-baru ini. Maaf kalau soalan saya terlalu peribadi kerana saya dan suami inginkan zuriat. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah kepada puan. Banyaklah bersabar dan berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Ramai doktor menasihatkan wanita yang keguguran agar menunggu sehingga kedatangan haid sekurang-kurangnya sekali …

Read More »

Pesakit stroke berurut dan bersauna

PESAKIT STROKE  BERURUT DAN BERSAUNA   “Salam doktor, mak saya baru dua bulan kena strok sebelah kanan. Bolehkah pesakit strok bersauna setiap hari ? Bolehkah pesakit mengurut setiap hari. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Pesakit stroke akan diberikan ubat dan rawatan mengikut punca yang menyebabkan stroke. Kawalan tekanan darah dan paras dan kolestrole dan gula dalam darah. Salah satu rawatan untuk pesakit stroke ialah dengan mengurut bagi melembutkan otot-otot tubuhnya dan sendi yang semakin mengeras. Untuk mengurut saya cadangkan agar berjumpa dengan fisioterapis dan belajar cara yang betul mengurut pesakit stroke. Bersauna tidak menjadi masalah asalkan tidak sampai …

Read More »

Strawberi menyebabkan keguguran?

STRAWBERRY MENYEBABKAN KEGUGURAN? “Assalam mu alaikum dr. Saya ada satu soalan.Saya sedang hamil 6 bulan dan saya sangat gemar memakan buah strawberi. Ada rakan yang memberitahu bahawa strawberi adalah buah yang tajam dan membahayakan kehamilan. Soalan saya, adakah jika makan strawberi terlalu kerap boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Strawberi merupakan buahan bukan tropika yang sangat banyak khasiat. Beberapa kajian telah menunjukkan pengambilan strawberi dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular kerana bahawa fitokimia yang terdapat dalam strawberi mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-kanser. (rujuk: Giampieri F, The potential impact of strawberry on human health. Natural …

Read More »

ANAK 6 BULAN ALAMI RUAM SELEPAS DEMAM

“Salam doktor,  anak saya berusia 6 bulan. Tiga hari lepas dia kena demam panas. Setelah demamnya surut timbul pula bintik-bintik  merah pada seluruh tubuh hingga kepala sehingga menyebabkan dia rasa tidak selesa. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Jika anak puan baru mengalami demam dan kini mempunyai ruam, boleh jadi anak puan mengalami masalah yang dinamakan sebagai roseola, juga dikenali sebagai roseola infantum atau sixth disease. Roseola adalah penyakit virus yang agak ringan dan biasa yang biasanya menyerang kanak-kanak berumur antara 6 bulan dan 3 tahun. Ia disebabkan oleh sejenis virus herpes. Ia bermula dengan demam yang agak …

Read More »

Luka Pembedahan Lambat Baik

LUKA PEMBEDAHAN YANG LAMBAT SEMBUH   “Assalamualaikum wbt. Untuk pengetahuan DR. Saya telah menjalani pembedahan pada 17/4/2015 akibat saluran tiub kiri ovari pecah disebabkan kandungan luar rahim yang berusia 7minggu dan telah berlaku pendarahan didalam perut. Selepas menjalani pembedahan buang tiub ovari kiri doktor telah mengesahkan masih terdapat fibroid kecil dirahim saya. Selepas 14 hari pembedahan, luka pada pembedahan masih tidak sembuh,  kulit kering tetapi di hujung kiri dan kanan masih terasa pedih dan panas, serta lukanya bernanah(tetapi tidak banyak). Saya juga mengalami batuk dari sebelum pembedahan sehingga sekarang masih tidak pulih. Setiap kali batuk, luka pada kawasan pembedahan akan …

Read More »

Idebenone dalam Produk Kecantikan

IDEBENONE DALAM PRODUK KECANTIKAN Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya, adakah produk yg menggunakan Idebenone sbg bahan utama selamat dan berkesan dalam merawat masalah kulit wajah seperti jerawat? Terima kasih atas maklum balas yg bakal diberikan. WA ALAIKUM MUS SALAM Ketika ini memang banyak produk yang mengandungi bahan idebenone terkenal, seperti Catena, Raxone, atau Sovrima. Pada mulanya ia diperkenalkan oleh  Takeda Pharmaceutical Company sebagai sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit Alzheimer dan kecacatan kognitif (masalah ingatan) yang lain. Namun ubat ini tidak begitu berkesan. Syarikat dari Swiss, Santhera Pharmaceuticals  telah memulakan kajian untuk rawatan penyakit saraf yang dikenali sebagai ‘neuromuscular …

Read More »

HABBATUS SAUDA  BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN?

HABBATUS SAUDA  BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN? “Assalammualaikum doktor. Saya ada satu soalan,saya ada terbaca satu artikel berkenaan habatussauda.Dalam artikel tersebut ada menyatakan wanita mengandung dan merancang untuk mengandung tidak digalakkan untuk mengambil habatusauda kerana ia boleh menyebabkan rahim mengecut.Adakah benar kenyataan tersebut sebab saya ada mengambil habatusauda untuk mengurangkan alahan saya.Dalam masa yang sama,saya merancang untuk mengandung anak kedua.Saya harap doktor dalam memberi jawapan dari soalan ini. Terima Kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, pengambilan suplemen habatus sauda boleh menyebabkan keguguran bagi wanita yang mempunyai rahem yang sensitif, sebagai contohnya wanita yang sering keguguran atau mengalami senggugut yang kuat, kerana dalam …

Read More »

Adakah ia normal untuk payudara mengeluarkan susu semasa hamil?

SUSU KELUAR DARI PAYUDARA KETIKA HAMIL   “Assalamualaikum doctor.. saya sekarg tgh hamil 32 mggu.. pg td tiba2 sy bangun, payudar saya terasa sakit seperti bgkak susu.. dan ptg ni sy cuba untuk marmet dan keluar cecair pekat berwarna putih kehijauan. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Puan tidak perlu bimbang dengan cecair yang keluar dari payudara puan kerana ia adalah susu awal (kolustrum). Ia lebih pekat dan berkrim, mula dikeluarkan beberapa minggu sebelum masa puan melahirkan anak.   Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya payudara wanita hamil akan mula …

Read More »

Lelaki mengalami kerosakan alat kelamin setelah menyuntiknya dengan gel vaseline

LELAKI MENGALAMI KEROSAKAN ZAKAR SETELAH MENYUNTIKNYA DENGAN GEL  VASELINE   Lelaki berbangsa Hungarian, dan merupakan bapa kepada seorang anak, berusia 24 tahun telah menyuntik zakarnya dengan gel Vaseline untuk meningkatkan kelelakian beliau. Hasrat beliau untuk membesarkan saiz kemaluan (zakar) beliau.   Rakan beliau melakukan suntikan ini setelah mempelajarinya di internet. Akhirnya beliau tidak dapat lagi mengalami ketegangan zakar (ereksi) kerana alat kelaminnya telah rosak. Ia juga telah menyababkan rasa sakit dan bengkakan. Beliau memberitahu “Saya  terpaksa berhenti melakukan hubungan seks dengan isteri saya kerana ia terlalu menyakitkan. Setiap hari adalah sukar bagi saya kerana ia sangat menyakitkan dan menyebabkan pendarahan. …

Read More »
error: Content is protected !!