Advertorial
Home » Tag Archives: pembedahan (page 10)

Tag Archives: pembedahan

Rahem Jatuh

RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM)   “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit tompokan darah di seluar dalam. Nenek saya amat risau. Apakah masalah yang dialami oleh nenek saya dan bagaimana untuk merawat? Mohon Doktor bantu kami. Terima kasih”   Terima kasih kepada ... Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).   Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi, terutamanya risiko penyakit kardiovaskular, terutamanya penyakit jantung. Kebiasaanya jika dalam masa 10 ... Read More »

Datuk ada diabetes luka di kaki semasa banjir

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR       “Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik.   Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan ... Read More »

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan keguguran. Ia juga tidak menyebabkan kekurangan nutrisi kepada bayi yang berada dalam rahem. Sewaktu menyusu bayi , hanya sedikit kuantiti hormon oxytocin akan dikeluarkan dan tidak menyebabkan rahem mengecut sehingga ... Read More »

129 produk kesihatan dikesan ada bahan terlarang

129 PRODUK KESIHATAN DIKESAN ADA BAHAN TERLARANG Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan 129 produk kesihatan dan kecantikan yang dikesan mengandungi bahan terlarang termasuk racun terkawal. Produk tersebut termasuk 357 Nasal Spray, Acai Berry ABC, Atika Beauty Renewal Cream, Bio Dream Gold, Lami, Kopi Pahlawan, Maajun Tenaga Herba-Ubi Jaga, Natasya Krim Herba, Tia Amelia Krim Jaragat dan Tri-Max. Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata senarai penuh produk berkenaan boleh dilihat di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),www.pharmacy.gov.my. “Sebanyak 55 peratus daripada produk tersebut adalah kategori makanan, 32 peratus kategori ubat tradisional dan 13 peratus merupakan kosmetik,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) Datuk ... Read More »

3 produk kesihatan tradisional dikesan beracun

3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN    Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, bengkak pada bahu dan tengkuk serta kulit kesihatan garis kebiru-biruan (striae). “Orang ramai yang sedang menggunakan Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant dinasihatkan menghentikan penggunaannya, manakala ... Read More »

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS     “Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).   Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.   Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila mereka yang mengalami masalah gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .   Ini menyebabkan masalah keputihan yang mungkin akan menyebabkan: jangkitan ... Read More »

Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)   “Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice.   Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah hampir semua bayi yang baru lahir mengalami masalah kekuningan, tetapi selalunya ia tidak ketara.   Oleh itu ia adalah keadaan yang tidak berbahaya dan bersifat sementara yang akan hilang dengan ... Read More »

Masih ceret beret akibat jangkitan rotavirus walaupun telah dibenarkan keluar hospital

MASIH CERET BERET AKIBAT JANGKITAN ROTAVIRUS WALAUPUN TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL   “Salam doc. Saya mempunyai anak saya kecil yang dijangkiti rota virus. Anak saya mengalami muntah yang teruk dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama 3 hari. Selepas keluar dari hospital, anak saya masih mengalami ceret beret. Adakah ia normal ? Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jangkitan rotavirus sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Jangkitan ini merupakan salah satu punca ceret-berit.   Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan rotavirus selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya, dan muntah-muntah, sering diikuti dengan sakit perut yang memulas-mulas, dan ceret-birit berair.   Mereka juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti batuk dan hidung berair.   Bayi atau anak kecil berumur 6 tahun ke bawah, perlu ... Read More »

Kudis akibat scabies

KUDIS AKIBAT SCABIES     Scabies adalah penyakit kulit yang menyebabkan pesakit mengalami gatal yang melampau dan mudah disebabkan oleh jangkitan hama Sarcoptes scabiei. Ia merebak melaui sentuhan pada kulit.   Selain dari gatal, tanda-tanda lain termasuk ruam kulit yang terbentuk dari lebam kecil berwarna merah dan melecet pada kawasan-kawasan tertentu pada badan. Gatal yang melampau menyebabkan pesakit menggaru dengan kerap, sehingga kulit menjadi luka atau jangkitan kuman dan bernanah.   Rawatan termasuk ubat scabicidal oral atau topikal. Read More »

Apa maknanya najis bermakna hijau?

APA MAKNANYA NAJIS BERWARNA HIJAU?   “Assalamualaikum doctor , Saya ingin bertanya kan pada dr tentang masalah yang sedang hadapi sekarang. Bahaya ke najis berwarna hijau? Kerana 2 hari lepas selepas makan beberapa jam perut saya rasa memulas dan kemudian sy dapati najis berwarna hijau. Diawal tu najis berwarna coklat kemudian hijau bila diakhir2 najis bercampur hijau dan coklat.. selepas 2 hari sy buang pon keluar najis hijau selepas sarapan. Adakah kerana keracunan makanan? Sbb selama ni sy blm pernah lagi keluar najis hijau. Sblm keluar najis hijau ni sy ada memakan aym kfc yg tersimpan selama 3hari di dlm peti ais serta sejak ibu mertua sy dtg kerumah mak mertua suka panas kn dan mkn lauk yg semalam atau kemarin. Saya risau memikir kan masalah yg dihadapi. Mohon pencerahan ... Read More »

Sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan akibat berat badan berlebihan

SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN   “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil. Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Ini kerana mereka selalunya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Bagi wanita yang mempunyai masalah berat yang berlebihan, tetapi mempunyai kitaran haid yang tetap dan normal setiap bula, mereka lebih mudah ... Read More »

Jenis-jenis keguguran

JENIS-JENIS KEGUGURAN “Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah.   Allah berfirman yang bermaksud: “…Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar“. (Surah al-Baqarah ayat 155)   Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage”  kerana pendarahan dari faraj hanya menunjukkan bahawa proses keguguran baru bermula, dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan janin masih berada dalam rahem dan masih ada degupan jantung. Proses ini ... Read More »

Wanita yang berisiko tinggi untuk keguguran

WANITA YANG BERISIKO TINGGI UNTUK KEGUGURAN   antiphospho lipid, “Salam doctor. Saya bermur 38 tahun, baru saja berkahwin dan hamil 12 minggu setelah berusaha selama 5 tahun dengan bantuan beberapa ubat dan suplemen. Apa yang merisaukan saya ialah ada berita yang saya dengar bahawa wanita yang berusia lebih 35 tahun lebih mudah untuk mengalami keguguran. Mohon pendapat doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang benar, semakin meningkat umur seseorang wanita, semakin tinggi untuk beliau mengalami kegugurannya.   Ini bermakna kebarangkalian untuk puan untuk mengalami keguguran sangat tinggi berbanding dengan wanita lain yang masih muda, namun tidak semestinya puan akan mengalami keguguran.   Bagi wanita yang berumur  35 tahun ke atas, risiko ini adalah tinggi. Oleh itu saya kerap menasihatkan jika seorang wanita ingin hamil, harus segera ... Read More »

Rawatan keguguran

RAWATAN UNTUK KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya telah mengalami keguguran pada usia kehamilan 10 minggu dua hari lepas. Ketika itu saya mengalami pendarahan, dan doctor memeriksa dengan menggunakan uktrasound mengesahkan keguguran itu.  Saya telah dinasihatkan untuk melakukan prosedur D&C.  Perlukah saya menjalani perosedur itu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sebenarnya tiada apa yang dapat dibuat untuk menghalang keguguran, apabila proses keguguran itu bermula.   Apa yang doctor boleh lakukan ialah memastikan keseluruhan janin telah dikeluarkan sengan sempurna dan rahem menjadi kosong semula.   Jadi doctor akan membuat keputusan  sama ada mahu melakukan prosedur D&C atau tidak, berdasarkan jenis keguguran yang berlaku.   1.  Jika doctor percaya bahawa janin dengan lengkap , telah dikeluarkan ketika proses keguguran, secara semulajadi, maka doctor tidak melakukan apa-apa. Ini kerana ... Read More »

Punca keguguran di awal kehamilan

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN “Salam doctor. Saya hamil pada usia kehamilan 12 minggu, saya menyedari terdapat tompokan darah yang keluar dari faraj saya. Ia berlaku selama 2 hari, kemudian suami membawa saya ke klinik. Doktor memberitahu bahawa saya telah keguguran. Saya ingin bertanya, apakah punca keguguran yang saya alami. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Keguguran di awal kehamilan berlaku apabila ia berlaku apabila usia kehamilan belum mencapai 15 minggu.   Dianggarkan sebanyak  80% keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan.   Ini bermakna ramai wanita yang hamil mengalami keguguran, malah ada yang mengalami keguguran tanpa mengetahui  beliau hamil kerana menyangka darah yang keluar adalah darah haid.   Risiko keguguran akan meningkat sekiranya wanita yang hamil itu pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini.   Antara ... Read More »

Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN   “Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean.   Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini.  Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang anak sahaja.  Jadi, hanya inilah satu satunya sahaja peluang yg saya ada untuk mencuba dan berusaha untuk mendapatkan anak lelaki. Terima kasih Dr. kerana sudi menjawab soalan saya yang tidak ... Read More »

Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan

UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN “Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”.  Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari.   Ia sangat  berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti:   Kitaran haid yang tidak menentu Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone Masalah keguguran yang kerap. Masalah endometriosis Masalah ‘premenstrual syndrome’   Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg yang diambil sebiji atau dua biji atau tiga biji dalam sehari, mengikut penilaian doctor pada hari ke lima hingga hari ke  hari 25 mingkut kitaran haid.   Bagi pesakit endometriosis, ... Read More »

Demam selepas melahirkan anak

DEMAM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK   “Salam doctor, saya baru melahirkan anak seminggu dan mengalami demam panas. Badan saya menjadi letih da nada kalanya menggigil. Adakah demam saya berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang)  sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj)  atau secara pembedahan Cesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.   Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian.  Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.   Demam sebegini da dikenali sebagai  “Postpartum Fever “, apabila suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi.   Punca utama demam seperti ini ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada ... Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.”  (Muslim) Jika puan amat bersedih, saya mencadangkan puan agar berehat dan berehat dahulu sehingga perasaan dan emosi puan ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di ... Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai psoriasis, ia mempunyai risiko sebanyak 15% -25% untuk mendapat psoriasis juga. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai psoriasis, risiko mendapat penyakit itu meningkat sebanyak ... Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke dinding dalam rahem. Maka berlaku sedikit pendarahan, dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama  1-3 hari sahaja. Selain itu, jika seorang wanita telah disahkan hamil dan mengalami ... Read More »

Luka Pembedhan Ceserean Lebih Baik Dijahit Dari Dikokot (Staples)

“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya berbincang dengan doctor sakit puan saya dan dia memberikan saya pilihan sama ada mahu menjahit luka Ceserean menggunakan jahitan biasa atau pun kokot staple. Mengikut pengetahuan dan pengalaman doctor, mana yang lebih baik. Mohon penverahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Di Malaysia, luka ceserean ketika mengeluarkan anak dari rahem selalunya ditutup dengan dua cara. Cara pertama menggunakan jahitan biasa dan satu lagi menggunakan kokot (staple). Penggunaan kokot semakin popular di kalangan doctor kerana ia lebih cepat dan kosnya lebih murah. Dianggarkan bahawa menutup luka menggunakan kokot, paling kurang lebih cepat 10 minit berbanding dengan menjahit secara biasa. Walaupun cepat hanya 10 minit, namun dalam pembedahan perbezaan ini sangat besar maknanya. Walau bagaimana pun dalam satu artikel yang diterbitkan dalam Journal Obstetrics and Gynecology, ... Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat. Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar. Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang. Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda.  Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada saraf, sehingga puan akan merasa sakit, ... Read More »

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

  Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya.   Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri)   Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya.   Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka.   Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita semula. Ia akan memberi kesan kepada jiwa kita yang selama ini mungkin gagal untuk meraih satu kejayaan kerana kita terpengaruh dengan kata-kata orang di sekeliling ... Read More »

Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat

  “Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.   Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.   Ketika ini, bahan biokimia “prostaglandin” dikeluarkan dari sel-sel yang cedera bagi menghantar mesej bahawa tubuh sedang mengalami keradangan dan otak membacanya sebagai tubuh mengalami kesakitan.   “Prostaglandin” dalam tubuh dihasilkan ... Read More »

DOS PARACETAMOL YANG SELAMAT

“Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Keracunan akibat pengambilan paracetamol boleh menyebabkan kerosakan hati. Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara  langsung. Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas. Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di  bahagian perut atau mengadu rasa loya saja. Apabila kerosakan hati semakin teruk, pesakit akan berasa lemah dan kemungkinan akan pengsan akibat kandungan gula yang semakin rendah, darah semakin berasid, dan mudah berlaku pendarahan. Jika ... Read More »

Ambil Paracetamol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?

“Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Paracetamol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand. Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk anak-anak mereka mendapat asthma. Namun menurut Prof Dr Richard Beasley, dari Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand, pengambilan ubat ini adalah selamat dan tidak perlu dibimbangkan. Beliau hanya memberikan peringatan agar ubat ... Read More »

Bahaya Paracetamol

  “Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik.   Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia.   Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku.   (rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.)   Malah di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, keracunan akibat pengambilan paracetamol yang berlebihan adalah punca utama kerosakan organ hati (acute liver failure).   (rujuk: “Acetaminophen-induced acute liver failure: results of ... Read More »

Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

    “Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.   Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami  rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.   Bagi sesetngah individu pula ia menyebabkan muntah lender masam dan ‘melekat’ ke tekak dan mulut terutama apabila sedang berbaring.   Selain itu individu tersebut mungkin juga mengalami rasa kembung perut, dan sering sendawa.   ... Read More »

Mengelakkan Gastrik pada Orang Berpuasa

Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu perlu diambil. 1. Elakkan makan secara banyak sekali gus. 2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan. 3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat 4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur 5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak 6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat. 7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok. 8. Berbincang dengan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat cair darah aspirin, dan ubat tahan sakit seperti ibuprofen, atau ponstan. Wa allahu a’lam Read More »

Bahaya Ubat Penahan Sakit

“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri  selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua. Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan saja boleh didapati di klinik tetapi di mana-mana farmasi secara over the counter. Lebih-lebih pesakit migraine, gout dan arthiritis yang biasa menggunakannya untuk meredakan rasa sakit kepala, sakit sendi, dan ... Read More »

Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang juga akan membantu mengurangkan sakit kepala dan badan. Kanak-kanak yang mengalami HFMD juga digalakkan untuk minum secukupnya. Bagi luka di mulut yang menyebabkan rasa sakit ketika makan, doctor selalunya akan ... Read More »

Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan.     Wa alaikum mus salam Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang ... Read More »

Rawatan untuk Keloid

  “Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM     Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa  panjang.   Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal.   Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi  memhentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Suntikan ini dilakukansebulan sekali sebanyak enam kali. Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!