Tag Archives: obesiti

Migraines tidak menyebabkan kegemukan

    Wanita yang penghidap migraines tidak mempunyai risiko untuk mengalami risiko menjadi gemuk, walau pun secara teorinya, migraine menyumbangkan ke arah kegemukan secara tidak langsung. Antara sebabnya ialah kerap sakit kepala  menyebabkan seseorang tidak dapat melakukan riadah.     Satu kajian yang dilakukan oleh Department of Medicine, Brigham and Women’s Hospital, Harvard Medical School, Amerika Syarikat, mendapati wanita penghidap migraine mengalami peningkatan purata sebanyak 4.5 kg, sama seperti wanita yang tidak menghidap migraine selepas 13 tahun.   Kajian ini melibatkan 19,162 wanita yang bekerja sebagai ‘professional kesihatan’ yang berumur 25 tahun ke atas, dan mempunyai berat yang normal (BMI<25). …

Read More »

Kegemukan Suami dan Kesuburannya

Saya masih teringat peristiwa seorang kanak-kanak yang agak montel, menjerit-jerit ketika dikhatankan. Saya dan pembantu bersusah payah dalam usaha melakukannya. Apa tidaknya, tidak ubah seperti mahu menyembelih seekor kambing. Pembantu saya memegang tangan. Bapanya memegang peha agar punggungnya tetap di atas katil, sementara seorang rakan bapanya menekan dada budak itu agar tidak bergerak. Lima orang sedang ‘bergelut’ di bilik yang kecil, menyebabkan kesemua kami berpeluh. Lolongan dan teriakan budak tadi akhirnya berakhir setelah saya menyempurnakan tugas itu dengan kepayahan dan mengambil masa sejam. Bapanya berjabat tangan dan mengucapkan terima kasih. “Sebelum ini dah lima kali saya ke klinik, semua doktor menolaknya. Terima kasihlah doktor kerana …

Read More »

Kesan Kaffein Kepada Kesuburan Wanita

Saya ditanya tentang kaitan kesuburan dengan pengambilan kaffein. Dalam penulisan kali ini saya memfokuskan kesan kaffein terhadap kesuburan wanita dan risiko keguguran. Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, tentunya kaffein tidak memberikan apa-apa kesan. Bagaimana pula dengan pasangan yang telah lama berkahwin dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata? Nasihat saya, amalan meminum kaffein harus dihentikan bagi lelaki dan wanita. Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus. Kajian itu dijalankan pada tahun 1999 terhadap 100 orang wanita yang tidak mengamalkan minum kopi berbanding …

Read More »
error: Content is protected !!