Advertorial
Home » Tag Archives: makanan tambahan

Tag Archives: makanan tambahan

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

  Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka telah ... Read More »

Makanan Tambahan dan Produk Herba juga ada kesan sampingan

    “Doktor, merujuk pada posting doctor, adakah suplemen yang berbentuk herba atau makanan tambahan yang selamat? Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Tidak semua suplemen herba dan makanan tambahan adalah selamat. Jika puan tidak pasti tentang keselamatan sesuatu makanan tambahan atau herba, bertanyalah dengan doktor puan, ahli farmasi, atau pakar diet.   Jika puan memngalami apa-apa penyakit dan sedang mendapatkan rawatan doctor, beritahu doktor yang merawat puan bahawa puan ingin menggunakan makanan tambahan atau herba jika puan menggabungkan suplemen herba atau makanan tambahan dengan dengan ubat-ubat doctor.   Adalah tidak selamat jika puan meninggalkan rawatan dan ubat-ubatan ... Read More »

Perbezaan antara suplemen (makanan tambahan) dengan ubat

    “As salamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya, apa perbezaan antara ubat dengan suplemen? Adakah produk suplemen yang dijual di pasaran boleh merawat penyakit? Adakah suplemen selamat digunakan? Mohon pencerahan”   Di Amerika Syarikat makanan tambahan (dietary supplement) ditakrifkan sebagai bahan yang boleh dimakan atau diminum, sama ada dalam bentuk vitamin, mineral , herba, asid amino, atau campuran dari bahan-bahan ini.   Ia dipasarkan dalam bentuk pil , kapsul , tablet, atau bentuk cecair. Perlu diingat ia hanya menambah keperluan pemakanan dan dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk makanan.     Di Amerika Syarikat pasaran bagi suplemen sangat ... Read More »

Kawal produk makanan kesihatan berasaskan sunah

  Produk kesihatan berasaskan makanan sunah dalam bentuk suplemen perlu dikawal dan disahkan khasiatnya secara saintifik sebelum dijual kepada orang ramai. Pengarah Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, berkata ia bagi mengelakkan produk itu disalah guna, sekali gus memberi implikasi kepada pengguna dan mencemarkan integriti Nabi Muhammad SAW.   Katanya, kebanyakan produk nutraseutikal (makanan tambahan) tidak memerlukan ujian dan keizinan khas daripada badan mengawal pelesenan dan penjual, sebelum dipasarkan kepada orang ramai berbanding produk farmaseutikal. “Produk nutraseutikal kebanyakan dikategorikan makanan. Justeru, sesiapa boleh mendakwa pelbagai khasiat tanpa menyertakan bukti.   “Kajian ... Read More »

Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi ... Read More »

Makanan Tambahan DHEA dan Kesuburan

Saya amat terkejut bila membaca pertanyaan dalam inbox saya. ‘Klinik FB’ saya nampaknya dicurahi pelbagai warna. Pertanyaan kali ini memang menyentuh perasaan saya. Selama ini saya meluang masa dan tenaga dari kesibukan hidup semata-mata hanya untuk tujuan ini iaitu membantu orang ramai terutama rakan fb saya mendapat kecerahan dari kekusutan akibat musibah dan ujian yang Allah berikan. Semakin lama saya menguruskan ‘klinik’ ini, semakin saya dapati tahap pengetahuan masyarakat kita terhadap kesihatan dan perubatan sebenarnya tidaklah setinggi mana. Kemudahan jalur lebar atau broadband nampaknya mengusutkan lagi keadaan. Sepatutnya pengetahuan yang sahih mengenai kesihatan dan perubatan semakin bertambah. Malangnya terlalu banyak kekeliruan yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!