Advertorial
Home » Tag Archives: lelaki (page 10)

Tag Archives: lelaki

Makan Pil Perancang Selepas Hubungan Intim

MAKAN PIL PERANCANG SELEPAS HUBUNGAN INTIM “SALAM Dr Zubaidi, Minta maaf mengganggu. Saya ingin bertanya,  saya dan isteri melakukan hubungan intim pada lima hari lepas,  dan melakukan pancutan dalam rahim. Tetapi pada hari khamis selepas itu isteri saya makan pil perancang, dengan harapan tidak mahu hamil. Adakah berkesan cara begitu?  Saya mengharap jawapan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pil perancang yang biasa digunakan, biasanya diambil beberapa hari sebelum seorang wanita bersih dari haid.   Ini kerana selalunya pil perancang ini mengambil sekurang-kurangnya dua hari untuk ‘masuk ke dalam badan’ dan berkesan untuk  mencegah kehamilan. Jika ia diambil selepas ... Read More »

Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY  DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL     “Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik,   Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun ... Read More »

Sakit pinggang, sakit tengkuk dan masalah ereksi

SAKIT PINGGANG, SAKIT TENGKUK DAN MASALAH EREKSI   “Assalamualaikum dr. Saya berumur 32 tahun. Sejak 2 minggu yang lalu saya mengalami suatu yg amat menggusarkan saya iaitu saya mengalami sakit di bahagian pinggang, tengkuk dan tahap ereksi yang menurun begitu mendadak sekali. Dan saat kemuncak permasalahan ini ialah apabila saya tidak mampu menegangkn zakar saya ketika hendak bersama isteri saya. Adakah sy mengalami masalah mati pucuk atau saya mengalami masalah kesihatan yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Terlalu sukar untuk saya mengagak masalah yang saudara hadapi kerana banyak maklumat yang tidak diberitahu.   Jika ... Read More »

Rahem Jatuh Selepas Melahirkan Anak Pertama

RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA   “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan.  Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?” WA ALAIKUM MUS SALAM Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau ... Read More »

Rahem Jatuh

RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM)   “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit ... Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ... Read More »

Datuk ada diabetes luka di kaki semasa banjir

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR       “Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah ... Read More »

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan ... Read More »

129 produk kesihatan dikesan ada bahan terlarang

129 PRODUK KESIHATAN DIKESAN ADA BAHAN TERLARANG Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan 129 produk kesihatan dan kecantikan yang dikesan mengandungi bahan terlarang termasuk racun terkawal. Produk tersebut termasuk 357 Nasal Spray, Acai Berry ABC, Atika Beauty Renewal Cream, Bio Dream Gold, Lami, Kopi Pahlawan, Maajun Tenaga Herba-Ubi Jaga, Natasya Krim Herba, Tia Amelia Krim Jaragat dan Tri-Max. Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata senarai penuh produk berkenaan boleh dilihat di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),www.pharmacy.gov.my. “Sebanyak 55 peratus daripada produk tersebut adalah kategori makanan, 32 peratus ... Read More »

3 produk kesihatan tradisional dikesan beracun

3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN    Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, ... Read More »

Lelaki botak dikaitkan dengan penyakit prostate kanser

LELAKI  BOTAK DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT KANSER PROSTATE “Salam doctor. Benarkan lelaki yang botak senang mendapat penyakit kanser prostate? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, benar.  Lelaki yang mempunyai corak kebotakan yang tertentu mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser prostat yang agresif berbanding dengan lelaki yang tidak botak. Ini bedasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini. Namun kajian ini hanya menunjukkan kaitan (association) dan bukan penyebab (causative). Ini kebotakan di kalangan lelaki bukanlah penyebab penyakit kanser tetapi lelaki yang botak selalunya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit itu. Kebotakan di kalangan lelaki mempunyai pelbagai ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang ... Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang ... Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke ... Read More »

Jangkitan Hepatitis B ketika hamil

JANGKITAN  HEPATITIS  B  KETIKA  HAMIL     “Salam, doctor. Saya hamil anak pertama dan doctor telah mengesahkan bahawa saya telah mengalami jangkitan Hepatitis B. Saya agak risau dan bingung kerana sepanjang pengetahuan saya, penyakit Hepatitis B hanya berjangkit melalui hubungan kelamin. Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini sedangkan suami saya telah melakukan pemeriksaan darah dan disahkan negative. Bagaimana pula dengan anak saya dalam kandungan? Adakah ia boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan puan. Namun puan bukanlah berseorangan. Menurut statistic, dianggarkan seramai 1.3 juta penduduk Malaysia dijangkiti kuman Hepatitis ... Read More »

Wanita Berhalkum

WANITA BERHALKUM   Salam Dr., adakah normal untuk wanita mempunyai benjolan di leher (menyerupai halkum lelaki)? Adakah ini mempengaruhi tahap kesuburan wanita tersebut? Ciri-ciri lain seperti berbulu lebat seperti lelaki. Walaubagaimanapun, suara, haid, dan bentuk tubuh adalah seperti wanita normal yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM Benjolan di leher tidak semestinya halkum, tetapi ia boleh jadi beberapa masalah yang lain antaranya Thyroglossal cyst, kelenjar thyroid yang membesar, dan beberapa masalah yang lain. Oleh itu pemeriksaan yang teliti harus dilakukan. Jika benar ia adalah halkum, puan tidak perlu risau. Halkum terbentuk apabila tulang rawan thyroid yang menjadi ... Read More »

COFFEE MENGURANGKAN RISIKO KEMATIAN AKIBAT KANSER PROSTATE    Satu kajian meta-analisa yang memeriksa 12 kajian kes kawalan yang melibatkan 7,909 kes kanser prostate dan 9 kajian kohort yang melibatkan 455,123 pesakit, mendapati: “Minum air kopi melebihi 4-5 cawan sehari dapat mengurangkan kebarangkalian risiko mendapat kanser prostate (high-grade) dan kematian akibat kanser prostate. Rujukan: Lu Y, Zhai L, Zeng J, Peng Q, Wang J, Deng Y, Xie L, Mo C, Yang S, Li S, Qin X. “Coffee consumption and prostate cancer risk: an updated meta-analysis.” Cancer Causes Control. 2014 May;25(5):591-604. Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat. Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar. Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi ... Read More »

Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem

“Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran doktor yang melakukan scan, mesin ultrasound yang digunakan dan posisi bayi dalam rahem. Pada usia kehamilan 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih jelas dan lebih mudah dikesan kerana cecair ketuban yang banyak. Jantina seorang bayi lebih mudah dikesan apabila kedudukan tapak kakinya tidak terletak di tengah kelengkangnya, keran ... Read More »

Ketepatan Scan Jantina Bayi dalam Rahem

“Salam doktor. terima kasih kerana membuka perbahasan mengenai scan bayi. Saya mohon pendapat doktor. Isteri saya pernah hamil minggu ke 16 dan doktor memberitahu bahawa bayi dalam rahem adalah perempuan, bila minggu ke 20 pula doktor melakukan scan semula memberitahu bayi kami adalah lelaki. Akhir sekali apabila bayi kami dilahirkan, rupanya ia adalah perempuan. Jadi berapa tepat peratusan scan bagi jantina anak dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sebenarnya, agak sukar bagi memeriksa jantina bayi di dalam rahem. ketepatannya bergantung kepada: 1. usia kehamilan 2. kemahiran doktor yang melakukan scan 3. mesin ultrasound yang digunakan 4. ... Read More »

Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina anak kami. Mohon penjelasan, doktor dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sekadar untuk mengetahui jantina anak, tidak berdosa kerana jantina anak puan telah ditetapkan dan telah pun terbentuk ketika bayi puan masih dalam rahem. Zaman dulu ibubapa tidak mengetahui jantina anak, dan meminta pertolongan pawang yang menggunakan khidmat ... Read More »

Khasiat Ginseng Bermadu

“As salam Doktor.. apa pendapat doktor tentang Honeyed Korean Ginseng? Trima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Minuman ginseng adalah tonik menyegarkan tubuh yang diperbuat daripada ginseng yang dikenali sejak zaman purba untuk mempunyai bahan-bahan aktif semulajadi yang berkesan untuk mengurangkan stress, menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel baru dengan meningkatkan pengoksigenan kepada sel-sel , melancarkan peredaran darah dan detoksifikasi badan. Akar Ginseng mempunyai rasa yang pahit. Bagi mengurangkan rasa pahit ini, ia direndamkan dengan madu. Madu sendiri mempunyai pelbagai vitamin, termasuk pyridoxine (vitamin B6) , thiamine (vitamin B1) , riboflavin (vitamin B2 ) dan asid Pantothenic (vitamin B5) , dan mineral seperti kalsium ... Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari ... Read More »

Batu karang dan darah dalam air kencing

  “ASSALAMUALAIKUM, Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Adakah keadaan ini berbahaya, doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang.   Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.   Batu karang merupakan ... Read More »

Masalah air mani di kalangan lelaki

  Ramai lelaki mempunyai nafsu seks yang normal dan ereksi normal, tetapi mempunyai masalah dengan puncak syahwat dan ejakulasi (orgasm/climax) yang mengganggu keseronokan seksual. Masalah-masalah ini boleh termasuk :   mencapai puncak syahwat dan ejaculating terlalu cepat (pancutan pramatang) kesukaran mencapai orgasma (pancutan terlalu lambat) mencapai orgasma tetapi tidak mempunyai ejakulasi ( pancutan kering ). Setiap satu daripada masalah-masalah ini mungkin mempunyai beberapa sebab-sebab yang berbeza, termasuk keadaan kesihatan, pembedahan dan kesan sampingan ubat.   Untuk masalah (2) dan (3) yang berkaitan dengan air mani, saya mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus untuk memperbaiki kualiti sperma dan memperbanyakkan kuantiti air mani. ... Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka ... Read More »

Sukar Hamil akibat Azoospremia?

  “Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula. Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk. Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. ... Read More »

Produk herba kuat seks dirampas

  KUALA LUMPUR 31 Julai – Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840. Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. “Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi ... Read More »

Lelaki Gugur Rambut Awal mudah kena Kanser Prostat

  Masalah rambut gugur  pada usia awal 20an boleh dikaitkan dengan penyakit kanser prostat.   Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Philippe Giraud, dari Hospital European Georges Pompidon di Paris pada tahun 2004, mendapati lelaki yang mengalami tanda keguguran rambut pada usia 20 lebih mudah mengidap masalah  kanser prostat, berbanding dengan lelaki yang mengalami keguguran rambutnya pada usia 30-an atau 40-an.   Ini kerana keguguran rambut dikaitkan dengan masalah hormone lelaki androgen yang terlalu banyak, sehingga boleh merangsangkan  kanser prostat.   Hasil penyelidikan dipersetujui oleh Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya ... Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!