Advertorial
Home » Tag Archives: kemalangan

Tag Archives: kemalangan

Retak tulang leher disedari selepas beberapa hari kemalangan jalanraya

PATAH TULANG TENGKUK DISEDARI SELEPAS BEBERAPA HARI KEMALANGAN JALANRAYA     “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya mengalami kemalangan jalanraya apabila motorsikal saya dilanggar dari belakang dan saya tercampak ke dalam parit. Saya tidak pengsan. Di hospital saya diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Setelah beberapa hari berehat di rumah, saya mengalami sakit tengkuk. Saya kembali ke hospital dan pemeriksaan xray menunjukkan saya mengalami keretakan pada tulang leher C6 dan C7. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang lumpuh pada anggota. Boleh doctor komen masalah saya ni. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doctor di Jabatan Kecemasan akan melakukan xray terutamanya di bahagian leher, jika difikirkan perlu, terutama apabila mangsa mengalami hentakan atau tercampak semasa kemalangan jalanraya itu.   Ini kerana kira-kira 5% daripada mangsa ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Membawa Anak dalam Kereta

    “Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak.   Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan di tempat yang sama.   Dalam kajian yang dilakukan di UK menunjukkan bahawa dalam tempoh 10 tahun lepas beg udara telah menyelamatkan lebih daripada 1,500 kematian dalam kemalangan jalan raya. ... Read More »

Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur

    “As salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar ke taska. Persoalan saya, bolehkah bayi rakan saya meninggal dunia tanpa sebab?. Terima kasih atas perkongsian doctor”     Wa alaikum mus salam.   Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan anak rakan puan, lebih-lebih lagi dalam kes ini adalah kes kematian yang melibat pendakwaan (medicolegal) dan mungkin juga melibat polis dan mahkamah.   Secara umumnya, ada kes kematian bayi secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, dan dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!