“Salam doktor, boleh doktor terangkan apa itu morning sickness? Bila bermulanya morning sickness?” Morning sickness biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita kepada wanita. Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, dan mungkin akan muntah apabila bangun pagi. Walaupun ia dinamakan morning sickness, namun rasa loya dan muntah boleh datang bila-bila masa sepanjang hari. Rasa loya dan muntah ini lebih kerap berlaku pada sebelah pagi, mungkin disebabkan pada waktu pagi perut kita telah kosong. Bau tertentu boleh menyebabkan rasa loya, menyebabkan tiada ada …
Read More »Tag Archives: kegatalan
ANAK DIJANGKITI VIRUS CHICKEN POX BOLEH MANDI
“Salam, doktor. Saya mahu bertanya anak saya berumur 4 thn 3 bulan, dia kena sakit chickn pox. Bolehkah dia mandi dan berkipas?”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ya boleh. Pesakit harus mandi dan bersabun bagi menjaga kebersihan diri. Cuma tuala jangan digunakan oleh orang lain bagi mengelakkan jangkitan. Tiada masalah untuk berkipas. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »IUCD dan Sukar Hamil
IUCD DAN SUKAR HAMIL “ Salam Doktor. Saya pernah menggunakan alat pencegah kehamilan IUCD yang dimasukkan ke dalam rahem saya, ketika saya mula berkahwin. Ini kerana pada masa itu saya belum bersedia untuk hamil. Setelah 3 tahun saya mengeluarkannya kerana cuba hamil. Malangnya sudah masuk 2 tahun, saya dapati saya agak sukar hamil. Mengapa ya doctor? Ketika ini umur saya sudah 32 tahun. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Alat pencegah kehamilan IUCD (Intra Uterine Contraceptive Device) atau kadang kala dikenali sebagai ‘Copper T’, adalah alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahem. Ia diperbuat daripada plastik …
Read More »KAFEIN DAN IVF
KAFEIN DAN IVF “Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF. Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran. Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein. Wa allahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »Jumlah Kafein Untuk Wanita Hamil
JUMLAH KAFEIN YANG DIBENARKAN UNTUK WANITA HAMIL “Salam doktor. Saya penggemar kafein. Benarkah pengambilan kafeine boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya benar, pakar perubatan menasihatkan agar mengurangkan, jika tidak mampu menghentikan pengambilan kafein semasa hamil. Setakat ini tiada ada panduan khas yang menghadkan pengambilan kafein untuk wanita yang ingin hamil. Cuma saya cadangkan agar pengambilan kafein tidak melebihi 200mg sehari. Pengambilan kafein melebihi 200mg sehari meningkatkan risiko untuk keguguran. Jika puan seorang penagih kafein, cuba kurangkan kafein, jika tidak dapat menghentikan pengambilannya. Wallahu a’lam. IKLAN Bagi wanita …
Read More »BOLEHKAH KAFEIN MENGGANGGU KESUBURAN?
” Salam. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun, berumur 35 tahun. Saya penggemar kafein. Adakah kafein mengganggu kesuburan saya? Mohon pencerahan. Terima kasih ” Setakat ini tidak ada bukti yang sahih menunjukkan kafein boleh seorang wanita tidak boleh hamil. Namun beberapa kajian telah mencadangkan bahawa tahap kafein boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein dalam minuman. Pakar-pakar mengatakan mungkin ada kesan kafein ke atas masa ovulasi dan tahap keseimbangan hormon atau mungkin menyebabkan saliran fallopian menjadi tersumbat apabila otot-otot pada saluran itu mengecut akibat kesan kafein. Saluran fallopio yang membawa telur ovum …
Read More »Adakah selsema disebabkan virus berbahaya untuk wanita hamil.
ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL? “Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami selsema. Saya baca artikel di internet, mengatakan bahawa selsema itu bahaya di kalangan wanita yang hamil. Mohon penjelasa, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil. Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius. Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang. Walaupun kebanyakan wanita yang hamil yang mengalami selsema akibat jangkitan virus tidak mempunyai …
Read More »DOS ASID FOLIK
“Salam. Bolehkah pengambilan pil asid folik dimulakan sebelum wanita itu hamil? Sekiranya boleh dan jika wanita itu tidak hamil misalnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan kemudian, adakah dia patut menghentikan pengambilannya? Apakah dos yang sewajarnya diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil? Adakah pil ini mempunyai kesan sampingan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Folik asid ialah sejenis vitamin B. Ia bersifat larut air, maka berlebihan dos lazimnya dikeluarkan ke dalam air kencing. Jadi selagi ginjal masih sihat dan dapat mengeluarkan lebihan folik asid, ia tidak memberikan kesan sampingan. Asid folik sangat penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf tunjang …
Read More »Menghilangkan Morning Sickness
MENGHILANG MORNING SICKNESS “Salam doktor. Berapa lamakah mabuk hamil seperti loya dan muntah akan berlangsung? Bolehkah ia menjejaskan perkembangan bayi yang kini lapan minggu dalam kandungan? Bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika simptom ini berterusan atau semakin teruk? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang hamil mengalami morning sickness atau rasa muntah dan loya di awal kehamilan. Ia adalah normal, dan tahap ketidakselesaan ini berbeza antara wanita dengan wanita yang lain. Ramai yang mengalaminya pada waktu pagi, sebab itu dinamakan morning sickness. Ada wanita yang mengalaminya sepanjang hari. Jika puan bimbang dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, …
Read More »Bolehkah mengambil folic acid walaupun belum hamil?
BOLEHKAH MENGAMBIL FOLIC ACID WALAUPUN BELUM HAMIL? “Salam. Dr saya ingin bertanya tentang pengambilan asid folik di hospital kerajaan. Saya dan suami merancang utk mempunyai zuriat. Bolehkah kami mengambil asid folik 5mg untuk persediaan? Saya juga mengalami masalah sengugut yg agak teruk. Mohon pencerahannya doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ada dua isu yang diutarakan: Pertama adakah pengambilan asid folik asid 5mg sebagai persediaan untuk hamil itu bermanfaat? Ya pengambilan asid folik sangat bermanfaat ketika hamil dan harus bermula ketika seorang wanita itu sedang berusaha untuk hamil (belum hamil lagi). Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada risiko …
Read More »SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP
“Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya. Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185). Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes …
Read More »Ubat selsema ketika menyusukan anak
UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan. IKLAN Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …
Read More »AIR KETUBAN YANG BANYAK
“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …
Read More »Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa
“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea. Gabungan ini menjadikan yang diberikan menjadi sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed. Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …
Read More »Krim Dermovate tidak sesuai untuk wanita hamil
Salam doktor, saya hamil 31minggu dan mengalami dermatitis sejak umur 20tahun. Saya mendapati bahawa ubat krim paling berkesan untuk saya guna adalah kream Dermovate. Sekarang saya di UK dan kream itu tidak boleh dibeli di farmasi kerana memerlukan preskripsi doctor. Mohon penjelasan. Wa alaikum mus salam. Bahan aktif dalam kream Dermovate adalah clobetosol propionate iaitu sejenis steroid yang agak kuat. Ia selalu digunakan untuk meredakan masalah kekeringan kulit akibat penyakit eczema, psoriasis dan dermatitis. Kream Dermovate sangat berkesan untuk mengurangkan bengkakan, kegatalan dan keradangan pada kulit. Sayangnya kream ini tidak sesuai untuk wanita hamil dan …
Read More »MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG
“Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan” Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti. Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …
Read More »Amalan mencuci faraj (Douching)
“Salam doktor. Bolehkah saya mengamalkan vaginal douching kerana saya mengalami keputihan yang melampau, sehingga berbau dan kegatalan. Jika tidak boleh, adakah ubat untuk membantu saya mengurangkan keputihan?” Wa alaikum mus salam. Douching sudah menjadi amalan biasa kebanyakan wanita di Malaysia, kerana mereka tidak menyedari bahaya melakukan amalan ini. Di Amerika Syarikat dianggarkan seramai 30% wanita di sana mengamalkan “vaginal douche” iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air yang dicampurkan dengan ubat-ubatan herba, bahan kimia, atau cuka kerana merasakan ‘dia mereka kotor’. Mereka mengalami perasaan ini apabila mengalami keputihan yang melampau, menyebabkan faraj mereka …
Read More »Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi
Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …
Read More »Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami
“Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?” “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?” “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.” “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?” “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.” “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..” “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh …
Read More »‘Hanya nampak kantung’ saja…
“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…” “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …
Read More »Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?
As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur. Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative. Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …
Read More »Manfaat tidur tengah hari
Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …
Read More »Nenas boleh Sebabkan Keguguran?
“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …
Read More »Hormone Progestrone dan Kesuburan
Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah …
Read More »PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL
Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. …
Read More »Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda
“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat …
Read More »MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?
”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …
Read More »Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?
Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit.
Read More »KERAP KENCING
Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya …
Read More »