Advertorial
Home » Tag Archives: kaki (page 3)

Tag Archives: kaki

Perbezaan antara sakit kepala dan pening kepala

APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING?       “Salam doktor. saya ingin bertanya jika ada perbezaan antara pening dan sakit kepala? Terima kasih”   Ramai orang yang sering menggunakan perkataan ‘pening’ apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doctor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.   Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.   Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyusuk di dalam kepala.   Rasa pening pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan ... Read More »

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya. Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone. Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam kawasan pelvik. Akhirnya menyebabkan lekatan pada organ dalam kawasan itu seperti usus, saluran fallopian dan pundi kencing. Akhirnya menyebabkan masalah kesuburan. Banyak ... Read More »

UTM menemukan formulasi rawat kulit bermasalah

UTM MENEMUKAN FORMULASI RAWAT KULIT MUKA BERMASALAH   Kacip Fatimah dikenali sebagai herba tradisional yang telah banyak digunakan di nusantara sejak dari zaman dahulu lagi. Ia biasanya digunakan sebagai rawatan selepas melahirkan anak. Ini kerana Kacip Fatimah dikatakan dapat merawat kecederaan pada rahem dan faraj ketika proses melahirkan anak. Namun tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikannya, sehingga Universiti Tekonolgi Malaysia melalui Institute Bioproduct Development (IBD) membuktikan kesan positif ekstrak Kacip Fatimah  terhadap sel-sel kulit.   Dalam kajian itu menunjukkan Kacip Fatimah atau nama sainsnya, Labisia pumila mengandungi banyak  sebatian phenolic acid dan flavonoid yang dipercayai bertanggungjawab dalam merawat pelbagai jenis penyakit. (Zhang & Ye, 2008). Sebatian ini bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel human dermal fibroblasts yang ada pada kulit, dari kerosakan yang disebabkan oleh radiasi UV dari cahaya matahari. ... Read More »

Hamil Walaupun UPT Negatif

UPT NEGATIF TETAPI HAMIL   “Salam doktor, saya berusia 32 tahun dan sudah tidak datang haid selama 5 minggu. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan UPT dan mendapati keputusannya negatif. Adakah sah saya tidak hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Mengikut pengalaman saya, tidak datang haid selama 5 minggu dari tarikh akhir haid pertama yang lepas atau seminggu dari tarikh haid yang sepatutnya, masih dianggap sebagai terlalu awal.     Ini kerana kitaran haid yang normal adalah antara 21 hari hingga 35 hari. Oleh itu tidak datang haid sehingga hari ke 35 atau minggu ke 5 masih dikira normal, dan mungkin tidak hamil.     Selepas 2 minggu dari tarikh sepatutnya atau 6 minggu dari tarikh haid pertama pada bulan terakhir adalah lebih tepat untuk melakukan pemeriksaan UPT.   Oleh ... Read More »

Anak-anak yang lambat berkembang

ANAK-ANAK YANG LAMBAT BERKEMBANG Ramai ibubapa yang risau jika anak mereka tidak mencapai berat tertentu. Berat, tinggi dan ukurlilit kepala adalah perkembangan fizikal yang penting.     Namun ada satu lagi perkembangan pada bayi yang kadang-kadang kita terlepas pandang, hingga bayi kita berusia setahun. Pada masa itu barulah kita menyedari bahawa anak kita mengalami masalah dalam perkembangannya.     Perkembangan seorang kanak-kanak tidak sepatutnya terbantut. Ini kerana ia adalah proses di mana mereka berinteraksi dan belajar menjadi dewasa. Mereka belajar kemahiran yang rumit yang melibatkan kematangan berfikir seperti berjalan, berkomunikasi, bermain dan berfikir.   Kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat berlaku apabila mereka tidak mendapat kemahiran yang dicapai oleh kanak-kanak yang sama umur dengannya.   Antara kemahiran yang perlu diperhatikan ialah : 1. Kemahiran melakukan pergerakan kasar (seperti berjalan dan ... Read More »

masalah kecacingan

  MASALAH KECACINGAN         Baru-baru ini seorang ibu membawa anak perempuannya ke klinik berjumpa saya. Apa yang merisaukan beliau adalah perut anak beliau yang berusia 9 tahun itu kelihatan membuncit.     Ibunya mendesak saya lakukan pemeriksaan ultrasound, kerana bimbang anaknya hamil. Saya berfikir panjang. Namun saya hanya mengikuti kehendak ibu kanak-kanak ini memandang beliau sangat runsing.   Ini kali ketiga beliau membawa anaknya ke klinik. Sebelum ini pergi ke satu klinik swasta, tetapi oleh kerana tiada kemudahan ultrasound, doctor merujukkan ke pusat kesihatan kerajaan.     Di pusat kesihatan kerajaan pula doctor yang bertugas tidak mahu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana tidak percaya kanak-kanak perempuan itu hamil.     Saya melakukannya, mulanya agak sukar kerana saiz tubuhnya yang kecil, apatah lagi saiz rahemnya yang kecil. Tiada sebarang ... Read More »

SAKIT DI TENGKUK

    SAKIT  DI TENGKUK       “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya nak minta sedikit nasihat doktor utk panduan. Saya mengalami kesakitan sejak mlm tadi, macam tersalah urat. Sakitnya rasa pada tengkuk sebelah kiri hingga ke bahagian belakang badan sebelah kiri dan sakitnya berdenyut2. Rasa sakit sangat setiap kali bergerak. Kalau ke klinik biasa dr akan bg ubat apa dan kalau berurut, boleh ker… Risau sbb melibatkan tengkuk… Terima kasih dr.”             WA ALAIKUM MUS SALAM       Banyak punca sakit di bahagian tengkuk, bergantung kepada umur, berapa lama sudah alami, pekerjaan puan dan pelbagai lagi.           Secara mudahnya doktor akan mencari punca sakit tengkuk dengan bertanyakan keadaan sakit puan, sama ada ia berkaitan dengan kecederaan trauma atau masalah penyakit ... Read More »

Minyak Kelapa untuk Kulit Kering Eczema, Dermatitis dan Psoriasis

MINYAK  KELAPA UNTUK KULIT KERING   Pesakit yang mengalami penyakit chronic dermatitis mempunyai masalah keradangan kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering. Di samping masalah ketidaksempurnaan pada lapisan epidermis, sehingga tidak mampu menghasilkan pelembap semulajadi untuk kulit mereka sendiri. Sebab itu kulit pesakit chronic dermatitis memerlukan pelembap yang natural, yang dapat melembutkan dan membaiki kulit yang berterusan dan perlu digunakan lama. Kebanyakan produk yang dijual mengandungi minyak mineral atau produk yang diperbuat dari petrochemical yang menyumbangkan kepada keradangan kulit yang lebih teruk, dan dibimbangi boleh menyebabkan kanser apabila bahan-bahan ini diserap ke dalam tubuh. Ini kerana tubuh kita tidak sesuai untuk menerima bahan-bahan sintetik terutamanya produk petrochemical. Oleh itu banyak saintis di universiti dalam dan luar negeri menerbitkan kajian mereka di journal mencadangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa, yang telah ... Read More »

makna kebebasan emosi

MAKNA KEBEBASAN EMOSI     Tanda kita memiliki KEBEBASAN EMOSI ialah apabila kita sudah tidak perdulikan pandangan orang pada kita. Yang penting pandangan ALLAH pada kita.     #inspirasidrzubaidi       Read More »

Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!

AWAS 5 MAKANAN INI DILARANGKAN KEPADA BAYI. BELUM MASANYA!       Kadang kala kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja.   Tetapi tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.   Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.   1. Jus Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih ... Read More »

hadapi musibah dengan jiwa yang besar

HADAPI MUSIBAH DENGAN JIWA YANG BESAR       Semua orang buat silap atau ditimpa musibah, tidak kira orang yang berdarjat tinggi atau rendah, orang yang berilmu atau jahil, orang yang kaya atau orang miskin. Ia boleh berlaku pada semua orang, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.   Yang penting bagaimana kita menghadapi dan menerima kesilapan kita atau musibah yang dihadapi. Itu yang membezakan orang yang hebat, bukannya darjatnya, ilmunya atau harta kekayaannya.     #inspirasidrzubaidi     Read More »

kurma dicampur dengan gula

KURMA DIJUAL DICAMPUR DENGAN GULA   “Salam dr zubaidi nak tanya betul ke kurma yg jual di Malaysia nie ade campur gula. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mohon maaf sebab tidak dapat menjawab isu ini. Saya tidak dapat fakta yang tepat mengenai buah kurma yang dicampurkan dengan gula ini.   Walau bagaimana pun saya ada membaca laporan akhbar KOSMO mengenai kegiatan penjual yang ingin mengaut keuntungan besar, dengan mengimport buah kurma secara pukal dengan harga yang murah. Kemudian diproses (dibersihkan dan dicampurkan dengan gula) dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.   Kemudian buah kurma ini dijual semula dengan harga yang lebih tinggi menyamai kualiti kurma yang sederhana itu. Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti ... Read More »

diam itu lebih utama

DIAM ITU LEBIH UTAMA   Apabila orang bertanya dengan tujuan untuk menyakitkan hati kita, kita tidak perlu menjawab. Kerana mereka hanya mahu mendengar jawapan yang mereka mahu dengar. Selagi tidak tidak memberikan jawapan yang mereka mahu, selagi itu mereka akan menyakitkan hati kita dan kita terus disakiti.   Oleh itu, elok diamkan saja. Bukan untuk kemenangan mereka, tetapi ketenangan jiwa kita. Bimbang masa kita berzikir pun, masih ada rasa marah, benci dan dendam.   Diam adalah jawapan yang menenangkan hati kita, meredakan kemarahan diri. #inspirasidrzubaidi     Read More »

Implanon, haid tidak menentu dan solat

IMPLANON, HAID TIDAK MENENTU DAN SOLAT   “Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang puan ajukan adalah masalah yang biasa ditanyakan oleh wanita lain yang menggunakan kaedah perancang keluarga IMPLANON.     Ia berbentuk seperti kayu pencungkil gigi yang di masukkan ... Read More »

15 perkara yang perlu kita tahu tentang garam

15 PEKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM     1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.   2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit.   3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih.   4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Kita kena faham bahawa makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.   5 – Sodium bertindak dalam ... Read More »

masalah haid akibat rawatan kimoterapi

MASALAH HAID AKIBAT RAWATAN KEMOTERAPI       “Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Saya ingin bertanya bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan kimoterapi untuk peyakit kanser memang akan menyebabkan beberapa kesan sampingan berlaku pada diri pesakit. Oleh itu doctor akan memastikan rawatan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat melebihi kemudaratan yang mungkin akan diterima oleh pesakit. Doktor akan memastikan ubat kimoterapi tersebut adalah ubat yang spesifik dan berkesan untuk penyakit kanser tersebut memandangkan kesan sampingannya amat besar.   Doktor juga akan berusaha untuk meminimakan kesan sampingan yang mungkin dirasai oleh mereka. Selalunya rawatan kimoterapi yang diberikan sangat berkesan untuk penyakit kanser, bergantung kepada jenis  kanser dan ... Read More »

Urut ganti senaman?

URUT GANTI SENAM?   “Assalamualaikum Dr., adakah mengurut adalah satu amalan yg baik bg yang kurang bersenam atau tidak sempat bersenam sebagai salah satu cara menjaga tahap kesihatan yang baik.. tqvm”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Amalan berurut badan seperti yang kita amalkan sejak dari zaman dulu, adalah amalan yang bagus terutama bagi mereka yang selesai menjalani proses fizikal yang stress seperti selepas melahirkan anak, menjalani pembedahan (pada anggota tertentu), dan selepas temasya sukan.   Bagi individu yang mempunyai penyakit kronik dan mengalami sakit-sakit badan dan sendi, amalam ururtan juga membantu mendapat kesegaran kerana ia melancarkan perjalanan darah dan lendiran limfatik. Ia sangat bermanfaat.   Namun begitu ia tidak dapat menggantikan manfaat melakukan senaman. Bagi mereka yang tidak mampu melakukan aktiviti senaman berat (bermain bola di padang, berzumba, etc) ... Read More »

Tidak datang haid setahun selepas ambil implan

TIDAK DATANG HAID SETAHUN SELEPAS MENDAPAT IMPLANT DI BAWAH KULIT LENGAN    Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berusia 30 tahun, bekas rakan utm skudai dalam bidang kaunseling. Saya ingin bertanya. Saya telah melahirkan anak tahun lepas dan mula menggunakan implan pada jun 2015 sehingga kini, sudah setahun tapi saya tiada mengalami haid yang teratur. Bulan lepas, saya ada kedatangan haid yang banyak, lebih kurang kurang 20 hari. Kemudian pada bulan berikutnya ada pendarahan berterusan selama 30 hari. Apa masalahnya ya Doktor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kitaran haid yang tidak teratur selepas suntikan hormon perancang sama ada yang dimasukkan ke bawah kulit (implant) atau ke otot punggung (Unidepo) adalah disebabkan kesan sampingan ubat hormon yang terdapat dalam suntikan itu.   Ia bukan menjadi rahsia lagi, kerana hampir kesemua wanita yang ... Read More »

kerosakan ginjal akibat penyakit autoimmune dan ubat penahan sakit

KEROSAKAN GINJAL AKIBAT PENYAKIT AUTOIMMUNE DAN UBAT PENAHAN SAKIT     Dulu saya ada seorang pesakit lelaki berusia 25 tahun. Beliau sering dibawa berjumpa dengan saya semenjak berusia 12 tahun lagi kerana penyakit biasa seperti asma, ruam pada kulit, batuk, selsema dan demam.   Lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin sebab saya sudah tidak bekerja di klinik lama, dan berpindah ke klinik yang baru di daerah berlainan. Tetapi ibunya berusaha mendapatkan telefon saya dan menjejaki saya. Mahu membawa anaknya berjumpa saya.   Kali ini beliau datang bersama dengan ibunya kerana masalah yang berlainan. Beliau mengalami sakit sendi, sakit badan dan mudah letih. Sebelum ini telah berjumpa dengan doctor di klinik panel syarikat beliau pada bulan lepas. Beliau telah diberikan ubat penahan sakit dan pil B-kompleks. Namun mendapat kelegaan yang ... Read More »

Segera menyahut jika kita sayang

Segera menyahut jika kita sayang

SEGERA MENYAHUT JIKA KITA SAYANG   Seorang suami bertanya pada isterinya : ” Sudah solat asar ke?” “Belum” jawab isterinya ringkas.   Suami bertanya lagi : “Kenapa belum solat ?”   Lalu isterinya menjawab : ” Saya baru sahaja balik, badan letih sekali dan saya tertidur tadi “   Suaminya menjawab : ” Baiklah … Bangun dan solatlah asar dan maghrib sekaligus. Sebentar lagi sudah masuk waktu Isyak “   Pada keesokan harinya suami pergi untuk bertugas ke Singapura. Si suami selalunya akan menelefon isterinya bila telah sampai ke destinasi. Si isteri menunggu panggilan telefon berjam-jam dari suaminya. Namun si suami tak juga menelefon.   SMS atau whatapp singkat pun tidak ada. Si isteri pun mulai risau. Selalunya suaminya akan menghubungi segera apabila sudah sampai. Si isteri mula membuat berbagai ... Read More »

Pengambilan cecair bagi pesakit ginjal yang menjalani rawatan hemodialysis

    PENGAMBILAN CECAIR BAGI PESAKIT GINJAL YANG MENJALANI RAWATAN HEMODIALYSIS   Pesakit yang mengalami kegagalan ginjal selalunya akan melakukan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di pusat hemodialysis. Mereka terpaksa melakukan rawatan ini kerana ginjal mereka tidak mampu lagi menghasilkan air kencing. Jadi semua bahan kumuh yang sepatutnya keluar melalui air kencing tidak dapat dikeluarkan.   Ini menyebabkan mereka mengalami komplikasi apabila terlalu banyak cecair dalam tubuh yang biasanya berkumpul dalam paru-paru, akhirnya menyebabkan pesakit sukar bernafas dengan baik. Selain itu bahan kumuh akan berkumpul terutamanya dalam otak, menyebabkan pesakit mungkin pengsan dan meninggal dunia.   Setakat ini tiada lagi ubat sintetik moden yang mampu merawat kegagalan ginjal ini. Rawatan hemodialysis yang dilakukan ini sebenarnya menggantikan fungsi ginjal, walaupun ia tidak sempurna seperti fungsi ginjal.   Oleh kerana mereka tidak ... Read More »

Jangan cepat sangka buruk terhadap nasib kita

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA     Ini adalah pelajaran tauhid yang sangat bernilai.   Dahulu kala, ada seorang lelaki arab memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah. Ramai yang cuba membeli dari lelaki ini, namun dia tidak mahu menjualnya.   Suatu hari, seorang saudagar kaya dari bandar ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sepuluh ganda dari harga yang biasa ditawarkan.  Lelaki itu masih tidak mahu menjualnya. Teman-temannya mengejek karena dia tidak menjual kudanya.   “Rugi kamu tidak jual kuda putih itu. Mana tahu kuda kamu akan mati esok hari” kata mereka sambil tertawa.   Keesokan harinya, dengan takdir ALLAH kuda itu hilang dari kandangnya. Puas dia mencari serata kampung namun tidak ditemui. Dia pun balik ke rumah sambil berdoa, “Semoga ALLAH ... Read More »

Bolehkah menaiki pesawat ketika hamil

BOLEHKAH MENAIKI PESAWAT KETIKA HAMIL?     Apabila seorang wanita hamil menaiki kapalterbang, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam rahem. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat yang mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa di atas, tiada kemudahan perubatan yang lengkap, kecuali apa yang ada dalam perut kapal sahaja.   Faktor yang disebutkan tadi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jantung boleh mengalami kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik atau sukar bernafas.   Ramai yang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan perkhidmataan udara untuk balik kampung atau bercuti? Selalunya masa paling selamat untuk menaiki terbang adalah apabila usia kehamilan dalam trimester kedua iaitu antara 15-30 minggu.     Ini kerana kebanyakan keguguran bisanya ... Read More »

Cara berdiet dengan pil

CARA BERDIET DENGAN PIL     Kebanyakan pil-pil diet di pasaran mempunyai dua kaedah, sama ada pil yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine, yang menyebabkan kita tiada selera untuk makan atau bahan yang mengandungi dulcolax, yang menyebabkan kita membuang air besar secara kerap.   Silbuteramine adalah bahan yang menyebabkan selera kita berkurangan, dalam masa yang sama akan menyebabkan tekanan darah meningkat, degupan jantung laju, berpeluh kuat, mudah marah, dan sukar tidur. Kesan sampingannya sangat besar, selalunya menyebabkan pengguna mengalami penyakit darah tinggi, diabetis, kerosakan hati dan kerosakan ginjal.   Sementara produk pelangsing yang menyebabkan kita buang air besar kerap pula, mungkin mengandungi bahan dulcolax. Bahan ini akan menyebabkan kita dehidrasi, akhirnya kita kehilangan antara 3-5 kilogram berat badan, dan tidak lebih dari itu. Selalunya pengguna tidak tahan menggunakan produk ini kerana ia ... Read More »

Ibu jari mahu dipotong

IBU JARI KAKI MAHU DIPOTONG Lama saya tidak bertemu dengan rakan saya. Pagi-pagi lagi dia telefon kerana mahu berjumpa saya di klinik. Ada hal mustahak katanya. Saya kata, “datanglah”. Lagi pun saya sudah lama tidak berjumpa dia untuk mengetahui perkembangan dirinya.   Lapan bulan lepas dia mengunjungi saya kerana risau jari kakinya mula membusuk. Hujung ibu jari kakinya kemerah-merahan. Membengkak. Dalam keradangan. Tidak sakit. Rasa kebas.   Saya percaya tisu-tisu di hujung jarinya sedang mengalami keadaan kekurangan oksigen dan nutrisi, sebab salur darah yang membekalkan keperluan di situ mengalami ‘sumbatan’ dan ‘penyempitan’   Saya minta dia teruskan ubat yang diberikan oleh doktor di hospital. Saya hanya beritahu tip pemakanan yang betul. Kurangkan gula, nasi dan produk tepung. Minum air kosong sebanyaknya. Gantikan gula dalam minuman dengan stevia.   Akhirnya selepas ... Read More »

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP   “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi mendiagnosa pesakit diabetes. Ia bukan pemeriksaan saringan. Jadi saya puan hanya disyaki mengalami diabetes mellitus saja. Pemeriksaan gula dalam darah dilakukan kepada wanita yang hamil, jika didapati bahawa peningkatan gula ... Read More »

Patah tulang buku lali

PATAH TULANG BUKU LALI “Salam doctor, saya mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami keretakan tulang kaki kiri (buku lali) akibat terjatuh ketika bermain bola. Beliau diberikan cuti selama 3 minggu oleh doctor. Adakah perlu dia banyak minum susu dan ambil pil kalsium yg berterusan untuk mengurangkan sakit?  Dan benar kah selepas simen dibuka, dia tidak boleh aktif sukan semula. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua kecederaan patah tulang sama ada akibat kemalangan atau pembedahan akan melalui proses penyembuhan yang sama.   Proses penyembuhan tulang mempunyai tiga peringkat yang berlaku serentak. Bengkakan (inflamasi), pengeluaran sel-sel tulang yang rosak dan pembentukan semula tulang.   Proses bengkakan bermula selepas tulang itu patah dan akan berlangsung selama beberapa hari. Pendarahan di kawasan  yang patah itu akan menyebabkan pembekuan darah. ... Read More »

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

  Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya.   Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri)   Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya.   Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka.   Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita semula. Ia akan memberi kesan kepada jiwa kita yang selama ini mungkin gagal untuk meraih satu kejayaan kerana kita terpengaruh dengan kata-kata orang di sekeliling ... Read More »

Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat

  “Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.   Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.   Ketika ini, bahan biokimia “prostaglandin” dikeluarkan dari sel-sel yang cedera bagi menghantar mesej bahawa tubuh sedang mengalami keradangan dan otak membacanya sebagai tubuh mengalami kesakitan.   “Prostaglandin” dalam tubuh dihasilkan ... Read More »

DOS PARACETAMOL YANG SELAMAT

“Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Keracunan akibat pengambilan paracetamol boleh menyebabkan kerosakan hati. Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara  langsung. Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas. Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di  bahagian perut atau mengadu rasa loya saja. Apabila kerosakan hati semakin teruk, pesakit akan berasa lemah dan kemungkinan akan pengsan akibat kandungan gula yang semakin rendah, darah semakin berasid, dan mudah berlaku pendarahan. Jika ... Read More »

Ambil Paracetamol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?

“Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Paracetamol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand. Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk anak-anak mereka mendapat asthma. Namun menurut Prof Dr Richard Beasley, dari Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand, pengambilan ubat ini adalah selamat dan tidak perlu dibimbangkan. Beliau hanya memberikan peringatan agar ubat ... Read More »

Bahaya Paracetamol

  “Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik.   Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia.   Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku.   (rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.)   Malah di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, keracunan akibat pengambilan paracetamol yang berlebihan adalah punca utama kerosakan organ hati (acute liver failure).   (rujuk: “Acetaminophen-induced acute liver failure: results of ... Read More »

Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

    “Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.   Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami  rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.   Bagi sesetngah individu pula ia menyebabkan muntah lender masam dan ‘melekat’ ke tekak dan mulut terutama apabila sedang berbaring.   Selain itu individu tersebut mungkin juga mengalami rasa kembung perut, dan sering sendawa.   ... Read More »

Mengelakkan Gastrik pada Orang Berpuasa

Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu perlu diambil. 1. Elakkan makan secara banyak sekali gus. 2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan. 3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat 4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur 5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak 6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat. 7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok. 8. Berbincang dengan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat cair darah aspirin, dan ubat tahan sakit seperti ibuprofen, atau ponstan. Wa allahu a’lam Read More »

Bahaya Ubat Penahan Sakit

“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri  selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua. Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan saja boleh didapati di klinik tetapi di mana-mana farmasi secara over the counter. Lebih-lebih pesakit migraine, gout dan arthiritis yang biasa menggunakannya untuk meredakan rasa sakit kepala, sakit sendi, dan ... Read More »

Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang juga akan membantu mengurangkan sakit kepala dan badan. Kanak-kanak yang mengalami HFMD juga digalakkan untuk minum secukupnya. Bagi luka di mulut yang menyebabkan rasa sakit ketika makan, doctor selalunya akan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!