Tag Archives: istihadah

Nifas dan pendarahan selepas tempoh berpantang

NIFAS DAN PENDARAHAN SELEPAS TEMPOH BERPANTANG   Salam Dr Zubaidi, saya mempunyai kemushkilamn. Saya baru saya melahirkan anak. Selepas 40 hari, sarah nifas saya berhenti. Kemudian selepas dua minggu, pendarahan berlaku semula. Adakah ia darah nifas dan adakah ia berbahaya? Terima kasih. Pendarahan selepas melahirkan anak adalah normal. Dalam istilah syarie dinamakan darah nifas. Di dalam mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari. Ini berdasarkan istiqra (penyelidikan) Imam al-Syafie sendiri. Adapun dalam mazhab lain, contohnya mazhab Hanbali, kadar maksimum adalah 40 hari. Pendarahan yang berpanjangan selepas tempuh ini dinamakan darah istihadah. Jika ia berlaku dalam tempuh pantang …

Read More »

Implanon, haid tidak menentu dan solat

IMPLANON, HAID TIDAK MENENTU DAN SOLAT “Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang …

Read More »

Darah Nifas Bermula Selepas Proses Kelahiran

DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN   “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari..   Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar …

Read More »

Implanon, Haid Tidak Menentu dan Sukar Solat

Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid.  Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.   Wa alaikum mus salam.   Salah satu dari kesan sampingan dari …

Read More »

Implanon : Hukum dan Kesan Sampingan

  ”Saya ingin pencerahan mengenai pemakaian kaedah perancang keluarga, implanon yang dimasukkan ke lengan, boleh menyebabkan didatangi haid lebih daripada 15 hari.Adakah saya menunggu sehingga pendarahan itu berhenti, baru boleh melakukanhubungan intim bersama suami? Ini disebabkan oleh saya mengalami pendarahan haidyang melebihi 15 hari. Mohon pencerahan doktor menjawab kemusykilan saya ini”     Wa alaikum mus salam.   Hukum menggunakan kaedah perancangan keluarga secara implanon dari perspektif Islam, adalah harus, kerana ia bersifat sementara.   Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar’ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh …

Read More »

Nifas Wanita yang Melahirkan secara Caesarean

  “Assalamu’alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan caesarean.   1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal.   2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah dan air tuban yang keluar, adakah ia dikira nifas?   Mohon dengan pencerahan doctor.   Wa ‘alaikum mus salam.   Dalam pembedahan caesarean, selalunya tidak banyak darah ayang akan keluar melalui faraj. Kebanyakan darah keluar terus dari rahim dan disedut terus menggunakan pam. Malah ada wanita yang tidak mengalami pendarahan …

Read More »

Bagaimana Mengenali Istihadah

  Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah: 1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam. 2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari. 3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun. 4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.   http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=263:apa-itu-istihadah&catid=42:artikal&Itemid=367   Wa allahu a’lam.

Read More »

Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

“ Salam Ramadan Dr. 1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran  kali kedua pada tahun ini.  Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu.  Masa keguguran saya kali ini,  darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah  darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas?   2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu …

Read More »

PENDARAHAN SELEPAS HAID

PENDARAHAN SELEPAS HAID Salam doctor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu.Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakn saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi ape yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu …

Read More »

Pendarahan haid yang banyak

SAYA amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim?   Dr Zubaidi: saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan memang membimbangkan wanita Islam apabila tidak dapat bersolat dengan sempurna. Darah yang keluar melebihi tempuh 15 hari, dinamakan sebagai darah istihadah di mana puan harus soalat dan berpuasa, jika berada di bulan Ramadhan. Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan. Keadaan puan dinamakan menoragia dan terdapat pelbagai punca. Di hospital selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan …

Read More »

Darah Nifas

Definisi Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin. Tempoh Nifas Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar …

Read More »

Darah Istihadhah: Fisiologi dan Syariah

“Saya sedang mengalami pendarahan haids sudah 4 bulan. Ia tidak pernah kering. Kadang kala ia adalah pendarahan yang sedikit dan ada kalanya ia pendarahan yang banyak. Ada kalanya saya terpaksa menukarkan banyak pad, dan adakalanya pula ia keluar seumpama ketulan darah yang besar. Saya hairan kerana saya tidak mengalami senggugut yang kuat. Adakah ia penyakit yang berbahaya?” Saya menerima e-mail dari seorang rakan FB yang berumur 36 tahun. Saya tidak dapat membayangkan kesukaran yang beliau hadapi selama 4 bulan. Tentu besar pahalanya jika dapat bersabar dengan ujian ini. Secara amnya, darah yang puan alami bukanlah darah haids, kerana darah haids …

Read More »
error: Content is protected !!